One-Punch Man

One-Punch Man (ワンパンマン)

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

2 فصل

د خپرونې معلومات

One Punch Man S02 E01-12
د لخوا تبصره TNGOOO
Netflix Retail.

تګونه

other
په خپور شو: 2021-11-22
ډاونلوډونه: 90
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

Tuan, kita nak ke mana sekarang?

Kita dah beli bahan-bahan untuk stimbot, bukan?

Kita masih perlukan tisu tandas dan syampu.

Wira yang popular dapat barangan seperti ini.

Tentu seronok dijadikan patung kecil.

Mari kita tanya pengeluarnya.

Tak perlu, tak ada gunanya kalau kita buat sendiri.

- Mari kita pergi. - Baik!

Tuan, kita nak ke mana?

Apa itu?

Saya, Lidah Panjang yang bertukar menjadi reptilia

kerana terlalu sayangkan reptilia, dah sampai!

Raksasa! Lari!

Gadis-gadis, jangan cuba lari.

Mari sini dan kandungkan anak saya!

Terkejut saya.

Aura ini...

Wajah ini...

Dia memang luar biasa.

Tak guna, saya tak nak jadi wira.

Dia wira yang dikenali sebagai Lelaki Paling Gagah di Dunia.

King!

Patutlah saya macam kenal dia. Saya tak sangka dia sehebat itu...

Dia boleh bunuh awak dengan mudah.

Saya nak autograf!

King!

- King! - King!

- King! - King!

Saya yang bersalah. Tolong maafkan saya!

Hidup King!

Mata keranjang!

- Jijik. - Jijik.

Encik King, tolong hapuskan dia.

Macam mana boleh jadi begini?

Dia menggigil ketakutan.

- Encik King, awak memang hebat. - Encik King.

Awak datang kerana awak boleh rasakan kehadiran raksasa?

Tidak, saya nak beli barang...

Hei!

Cakap dengan penuh hormat kepada Encik King.

Tidak, itu agak keterlaluan.

Boleh kita berjabat tangan?

Saya sangat sibuk.

Jangan ganggu saya, boleh?

Saya minta maaf!

Pergi!

KEDAI PERMAINAN VIDEO

Terima kasih banyak.

Saya dah dapat.

Keluaran pertama dan terhad untuk Heartbeat Hottie Sisters 2.

Debaran yang dirasakan dalam perjalanan pulang sangat mengujakan.

Saya mesti cepat balik dan main permainan ini.

KELAS S TARAF TUJUH, KING

Tuan, saya pasti itu King.

Siapa dia?

Wira yang menghadiri mesyuarat Kelas S.

Tiga setengah tahun saya menunggu sambungan permainan ini.

Saya sangat teruja.

King.

Dia mengatasi Tuan Saitama dan kini digelar Lelaki Paling Gagah.

Tapi dia buat apa di tempat begini?

Raksasa!

Ada raksasa di sini.

Tuan, mari kita ke sana segera.

Tidak.

Ini mungkin peluang yang baik untuk menyaksikan kekuatan King.

Kita perhatikan dia dulu.

Nama saya G4, Dewa Mesin yang dicipta oleh Organisasi.

Awak King, wira Kelas S, bukan?

Saya nak bunuh awak.

Tengoklah! Itu King!

King ada di sana!

Awak tahu saya lelaki paling kuat di dunia, wira Kelas S Taraf Tujuh, King.

Saya datang untuk tamatkan riwayat awak!

Bunyi apa itu?

Awak tak tahukah tentang Enjin King?

Encik King buat bunyi itu sebelum dia berlawan.

Saya dengar tiada raksasa yang selamat selepas dengar bunyi itu.

Dengar sini baik-baik.

Ini untuk menguji kemampuan kecerdasan buatan dalam bertempur.

Untuk mengumpul data, saya akan lawan bermati-matian.

Dia robotkah?

Apa itu Organisasi?

Saya langsung tak tahu apa-apa.

Baiklah.

Tapi biar saya pergi ke tandas sekejap.

Saya cuma boleh tunjukkan separuh daripada potensi saya kalau saya tahan kencing.

Tentu awak tak mahu mengumpul data yang tidak lengkap, bukan?

Saya beri awak masa sepuluh minit.

Sepuluh orang akan mati bagi setiap minit awak lewat.

Faham?

Raksasa itu nampak kuat.

Tuan, itu robot.

Robot itu sangat kuat.

Kemampuannya mungkin jauh lebih baik daripada saya.

Lawan yang kuat. Paling kurang pun, ini ancaman tahap Syaitan.

Macam mana King nak menentang lawan sehebat ini?

Robot itu datang untuk bunuh saya?

Macam mana boleh jadi begini?

Takutnya.

Saya takut!

Saya tak kuat langsung.

Saya cuma lelaki berusia 29 tahun yang suka animasi dan komik.

Apa itu Enjin King?

Kamu semua bodohkah?

Saya juga penakut.

Jauh lebih teruk daripada kamu semua!

Kebetulan, ada raksasa yang menakutkan muncul di depan saya.

Apabila saya tutup mata, ada orang lain yang membunuhnya.

Kejadian seperti ini berlaku beberapa kali.

Itu saja.

Kemudian Persatuan Wira lantik saya menjadi wira Kelas S.

Mereka kata saya wira baru yang paling kuat.

Salah saya kerana tak menafikan sekeras-kerasnya.

Tapi saya tak sangka keadaan akan jadi begini.

Saya tak nak jadi wira.

Ia dah bermula.

Cepat cari jalan.

Ada carakah untuk menyelesaikan masalah ini?

Mustahil!

Lawan saya ialah robot. Ia takkan takut dengan gelaran saya.

Maafkan saya.

Maafkan saya!

Ada orang ganti saya berlawan!

Baguslah!

Apa itu? Tumbukan Roket?

Genos, biar saya tolong.

Tak apa. Saya nak laksanakan tugas yang tuan berikan.

Berada di kedudukan sepuluh teratas dalam Kelas S.

Ini cuma raksasa.

Saya mesti kalahkan dia dengan kekuatan sendiri.

Begitu rupanya.

Jangan kalah dengan dia.

Amaran pengosongan kecemasan.

Robot tempur mengganas berhampiran Dataran Pusat Kota M.

Penduduk berhampiran diminta beredar dari tempat itu secepat mungkin.

Akhirnya, saya selamat tiba di rumah.

Tapi saya rasa saya akan bermimpi buruk

tentang robot yang menakutkan itu.

Saya patut main permainan ini untuk melupakannya.

MULA

Pembukaan siri Heartbeat Hottie Sisters memang sangat menarik.

Saya tak sabar nak main.

Abang, siapa nama awak?

Nama?

Malulah kalau saya gunakan nama sebenar.

Apa patut saya buat?

Kenapa tak gunakan nama King saja?

Tidak, nama wira tak sesuai.

Kalau dia panggil saya "Abang King", itu agak...

Apa?

Apa?

Siapa dia? Macam mana dia boleh ada di sini?

Awak biarkan tingkap terbuka.

Ini tingkat 22.

Teruk betul.

Kenapa awak masuk ke rumah orang sesuka hati?

Awak tahu tak saya wira Kelas S?

Saya tahu. Awak King, bukan?

Dia wira Kelas B yang menyertai perjumpaan Kelas S.

Boleh hidangkan teh?

Tapi saya tak sangka awak jenis yang main permainan begini.

Abang, siapa nama awak?

Berhenti!

Permainan apa ni?

Macam menarik.

Itu permainan aksi.

Permainan mengawal robot?

Ya!

Saya sebenarnya suka main genre itu.

Saya sangka ini permainan aksi.

Apa ini? Ini permainan simulasi cinta rupanya.

Saya tersalah beli.

Heartbeat Hottie Sisters tertulis di sini.

Biar betul?

Saya sangka namanya lain.

Saya ditipu. Saya mesti buang sekarang!

Mari kita main.

Okey!

Itu lebih baik...

Apa? Awak nak main?

Tak bolehkah?

Saya lapang sekarang.

Kenapa dengan dia?

Dia Kelas B, tapi tak tahu malu langsung.

Cakap pun tak berlapik.

Saya lebih tua daripada dia.

Meriam Bara.

Saya dah leburkan struktur dalaman awak.

Saiz badan yang terlalu besar pun tak elok juga.

Itu benda yang mengawalnya?

Atau adakah itu bentuk sebenarnya?

Habislah!

Hei, King. Awak handal bermain permainan video.

Ya. Bagi permainan tempur,

saya pernah menang beberapa pertandingan sebelum ini.

Yakah?

Awak bukan saja kuat, tetapi juga handal bermain permainan video.

Berapa lama dia nak duduk di sini?

Cepatlah...

More Malay subtitles for One-Punch Man

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left