لومړۍ 200 کرښې.
BERDASARKAN NOVEL "KING'S RANSOM" OLEH ED MCBAIN
BERDASARKAN FILEM AKIRA KUROSAWA "HIGH AND LOW"
Ya, Gabe. Tidak.
Ia bukan risiko. Ia kelahiran semula.
Kesilapan terbesar saya
ialah jual sebahagian Stackin' Hits.
Ya.
Ya, saya sedar semuanya malam tadi. Duit, pengambilalihan, undian.
Ini bukan penamat. Ini peluang untuk permulaan baharu.
Apabila Tuhan beri kita peluang untuk permulaan baharu, kita perlu ambil.
Kita tak beritahu Tuhan, "Tidak." Kita...
Kita ambil dan buat sampai jadi.
Ya.
Ya. Apa-apa saja yang diperlukan. Awak pakarnya.
Sebab itu saya bayar awak lima peratus. Masukkan apa-apa yang diperlukan.
Saya akan suruh Paul ambil dalam sejam lagi.
Betul. Ya.
Ya. Baiklah.
Bagus.
Hari yang indah.
Itu pun dia.
- Selamat pagi, En. King. - Selamat pagi.
- Awak sudah mahu pergi? - Saya boleh tunggu.
Ada mesyuarat awal, tapi boleh tunggu.
- Saya pun perlu ke tempat lain. - Ada apa?
Makan tengah hari bersama lembaga pengarah Studio Museum di Harlem.
- Ya. - Saya akan janji sumbang
- setengah juta dolar seperti tahun lepas. - Boleh tunggu dulu?
David, awak tahu saya pengerusi lembaga pengarah.
Boleh beri jumlah lebih kecil buat masa sekarang?
Apa berlaku?
Tiada apa-apa. Sekarang kita perlu berhati-hati.
- "Sekarang"? Ia seperti bermasalah. - Okey.
Kita sentiasa sokong artis muda kulit Hitam.
Saya pasti kakak kita, Thelma,
akan beri kita tempoh tanggung, kita bincang semula nanti.
- Awak betul. - Ya, kalau perlu.
Kita okey.
"Okey," sampai bila?
Sehingga selepas awak jual Stackin' Hits?
- Trey, mari pergi! - Saya datang.
Mak kamu tanya ayah bertubi-tubi.
- Tak jumpa cekak rambut saya. - Ya, tak perlu.
Ayah dah cakap tak boleh pakai warna itu di rumah ayah.
Itu... Ayah tak boleh sebut pun.
- Boston Celtics? - Pasukan begini... Celtics!
Pergi dulu.
Cepat.
- Saya datang. - Pergi dulu.
- Sayang mak. - Mak lebih sayang kamu.
Main bersungguh-sungguh dan dengan bijak.
Kamu suka berjudi?
- Saya suka berjudi? Tidak. - Kamu berjudi?
Kamu tak boleh tutup telefon selama lima minit.
- Berapa ayah mahu bertaruh? - Berapa kamu ada?
Tak cukup untuk bertaruh dengan ayah.
Berapa jam sehari kamu pegang telefon?
- Saya tak tahu. - Okey, teka.
Lebih kurang. Kiraan kasar.
Mungkin lima jam.
Baiklah. Lima jam di telefon, sepuluh jam tidur,
tiga jam makan
dan dua minit bersama kekasih.
Kamu tak fikir itu agak melampau?
- Lima jam? - Saya perlu dapat lebih ramai pengikut.
Kamu perlu jadi ketua untuk ada pengikut. Kamu bawa mereka ke mana?
Ayah cuma tanya. Bawa ke mana?
- Ke tanah yang dijanjikan. - Ya?
Sekarang kamu jadi pengkhutbah? Bawa mereka ke tanah yang dijanjikan?
Kitab apa kamu beri mereka? "Kamu tak boleh dengar muzik teruk"?
Ikut cakap ayah. Tutup.
Ini bukan tanah yang dijanjikan. Kita di bumi. Tutup.
- Saya kena... Saya perlu... - Tutup telefon itu. David suruh.
Atau Aku akan menghukummu dengan penuh pembalasan, dan...
Dia dah marah. Dia marah.
- Anak ayah marah. Ya, dia dah marah. - Tolonglah.
Ayah sudah dengar lagu Sula?
- Siapa Sula? - Tolonglah, ayah.
Saya masukkan dia dalam senarai lagu "perlu tahu dan perlu dengar" ayah.
Ayuh.
Jadi perempuan hantar kamu mesej supaya ayah dengar lagu mereka?
Itu antara kelebihannya. Mahu cakap apa lagi? Memang begitu.
Memang begitu?
Jadi bagaimana dengan dia, Sula?
Dia bagus. Suaranya sedap.
Dia tulis lagu sendiri.
Nampak seperti Zendaya dengan kulit lebih cerah.
Zendaya berkulit lebih cerah?
Ayah kena dengarnya cepat
sebab saya patut bersama dia hujung minggu ini.
- Maksud kamu, berasmara? - Bukan.
Jumpa biasa seperti perjumpaan perniagaan sebenar.
Kamu mahu ayah dengar dia sebab suaranya sedap
atau sebab kamu suka dia?
- Ya, kedua-dua sebab. - Okey.
Ayah akan dengar. Sebaik saja ayah berehat.
"Kita lambat, kita lingkup. Kita leka, kita kecundang."
Itu sebab kita terlepas artis sebelum ini, itu juga kata-kata ayah.
Beritahu saya sesuatu saya boleh beritahu dia. Apa-apa saja.
Ayah akan dengar...
apabila dapat berehat.
Ayah, Stackin' Hits Records legasi saya juga.
Minggu ini tentang bakat,
sikap dan kemahiran kamu.
Paling penting, sikap kamu.
Jangan bawa sikap yang salah ke dalam gim ini.
- Jurulatih Fox tegas dan teratur. - Ya, sangat tegas.
Tak. Memang patut begitu.
- En. King datang. Saya akan jumpa dia. - Okey.
- Selamat pagi, David. - Apa awak cakap?
- Selamat pagi, En. King. - Selamat pagi, Kyle.
- Ya. - Okey. Ya, okey.
- Apa khabar? - Apa khabar?
- Helo, En. King. - Hai.
- Itu cekak rambut saya? - Ya. Awak tertinggal dalam almari saya.
- Saya ambil. - Okey.
- Baiklah. Apa khabar? - Sihat.
- Bagus. Ya. - Teruja untuk satu lagi kem musim panas.
Kita akan cuba buat Trey dan Kyle hantar bola kepada orang lain selain mereka.
- Semoga berjaya. - Kena letak peralatan di mana?
Beg di kerusi, tapi tahun ini tak boleh guna telefon.
- Baik. - Terima kasih. Perhiasan sekali.
Kita nak asah kemahiran bermain awak, bukan video TikTok awak.
Masukkan dalam kotak berkunci. Awak akan dapat selepas selesai.
Ayah akan tunggu, bukan?
Ayah kena pergi pejabat. Ada hal penting.
Paul akan ambil ayah.
Ayah janji akan ada di sini esok.
Malam semalam ayah cakap akan datang.
Esok. Ayah janji.
Saya akan masukkan ini ke dalam kotak berkunci.
- Barang awak pun dikunci? - Ya.
- Okey, saya sayang ayah. - Ayah pun sayang kamu.
- Awak ada dua pemuda yang hebat. - Ya. Anak baptis dan anak lelaki.
- Ungu dan emas. - Saya hampir-hampir tersebut itu.
- Jingga dan biru, bukan? - Tolonglah.
Hei, kami menang 17 kali, kamu hanya dua!
Hijau warna saya, faham?
- Awak mahu ke mana? - Berapa kali awak menang daripada 17?
Tiga. Lebih baik daripada dua.
Saya kalah.
Beza kita 15 kali. Okey.
Hei! Apa yang kamu buat? Pergi ke garisan belakang!
Kamu berdua, cepat. Apa yang kamu fikir?
- Maaf, jurulatih. - Kamu fikir ini sarkas?
- Tak. - Trey, Kyle, ulang lari ke belakang.
Pergi!
Kamu pakai kasut Jordan. Apa Michael akan kata?
- Siapa Michael? - Siapa Michael?
Laju lagi, ayuh! Laju lagi!
King.
- Ya. - Salah saya. Sesak.
Biar saya masuk kejap untuk menyapa Kyle.
Tak apa, kita akan jumpa dia waktu balik.
Aduhai!
Ini yang dia beri kepada saya.
Dia cakap semua kenyataan mengikut susunan dan tawaran rasmi ada di belakang sekali.
- Semua ada di sini? - Ya. Rasa pelik
tengok keseluruhan hidup kita menjadi satu siri nombor.
Saya faham.
NYSID #12022001K. Itu nombor banduan saya.
Saya lebih suka nombor awak.
Apa lagi Gabe cakap?
Dia cakap, "David klien saya yang paling tak waras
- sebab cuba buat begini." - Ya? Apa pendapat awak?
- Saya Bennett dan saya tak masuk campur. - Tidak.
- Saya Paul dan tak boleh putuskan. - Tolonglah.
Awak taikun, saya pemandu. Saya cuma pembantu orang penting.
Nama kakak awak Ruth, bukan? Jadi cakap kebenaran.
Secara seriusnya, apa pendapat awak?
Sama ada kita membina atau memusnahkan.
Kadangkala dalam dunia ini, kita kena jadi agak tak waras
untuk dapat apa yang kita mahu.
Terima kasih.
Adun baharu atau muzik ikut suasana?
- Saya perlukan tema. - Muzik tema.
- Muzik tema. - Tema.
- Awak lagi? Bukan hari ini. - Tak apa, Luther. Awak lagi?
- Enam puluh saat. - Sekejap saja. Teruskan.
Kau sudah dengar khabar baik itu?
Aku bebas seperti burung
Aku ada apa diperlukan
Kau takkan tersilap
Apabila kau bunuh haiwan lebih besar Aku koir yang akan menyanyi
Aku yang terbaik di kerajaan ini
Kau pula raja
Penjaga persaudaraan Pembelah lautan
Kau hanya perlukan keajaiban Daripadaku
Jika seminit saja masa yang aku dapat daripadamu
Aku akan abdikan semua lirik kepadamu
Jika ini peluang terakhirku Aku sangat memohon
Tuanku Raja David Tuan David Si Raja
David.
Dia Marisol Cepeda. Wanita muda dari Boogie Down Bronx.
- Impian saya jadi kenyataan. - Sama-sama.
Saya membesar mendengar karya awak dan Mariah.
Dia menyanyi sepertinya dan dia juga menyanyi rap. Dia ada dua bakat.
Bagus. Awak dari kawasan mana di Bronx?
Fordham dan Davidson.
- Bagus. Harap dapat jumpa lagi. - Ya.
No comments yet. Be the first to leave one.