لومړۍ 200 کرښې.
Pembunuhan dua anak muda Jerman di dalam van antara pokok zaitun Giogoli
di pinggir bandar Florence nampaknya pautan terbaru
dalam rantaian pembunuhan yang bermula pada Ogos 1968.
Jelas sekali mereka mahu privasi, dan ini mesti…
Jika itu benar, pastinya di dalam penjara lelaki tak bersalah, Francesco Vinci,
berasal dari wilayah Cagliari…
INI KISAH BAGAIMANA SEMUANYA BERMULA
10 SEPTEMBER 1983 GIOGOLI, FLORENCE
Buka baju. Cepat.
- Buka baju dalam awak. - Ya.
Tanggalkan. Ini juga.
Ya.
Ke tepi.
- Boleh saya tanya? - Tak, biar mereka lalu.
Bukan sekarang.
RAKSASA MUNCUL SEMULA DUA LELAKI JERMAN DIBUNUH
THE MONSTER OF FLORENCE
Silakan duduk.
Remaja tak bersalah mati.
Lihat mereka.
Awak dengar apa dia cakap?
Lihat gambar ini.
En. Mele, awak bertanggungjawab atas kematian ini. Awak tahu?
Saya dah beritahu apa saya tahu.
Tak.
Awak beri kami banyak versi kebenaran yang berbeza.
Saya nak tahu sebabnya.
Maaf.
Maaf, En. Mele.
Biasanya, hanya ada satu kebenaran.
Jika tak, itu bukan kebenaran. Betul?
- Ya. - Jadi, apa yang benar?
Awak sentiasa beri kami kenyataan berbeza.
Cerita awak beritahu Hakim Tricomi tentang Francesco Vinci pun tak benar.
Awak mengelirukan kami.
Sebenarnya, semua orang menekan saya.
- Saya takut. - Benar atau tak?
Tak.
Kenyataan tentang Francesco Vinci juga tak benar.
Jadi, siapa?
Awak melindungi siapa?
Pergi.
Masuk.
Maaf, jika saya beri awak rokok, awak boleh hisap dengan saya?
Awak pandang apa?
Cik sangat cantik dengan bunga merah jambu.
- Ikut kami. - Mari kita minum di bar.
Mulai esok, Barbara dilarang keluar dari rumah ini.
Melainkan bersama awak.
Dia mesti belajar jaga kelakuan.
Betul, Maria?
Ya, ayah.
Saya tak buat salah.
Awak bukan keluarga Locci lagi.
Sekarang awak keluarga Mele.
Jika awak buat salah, mereka akan kutuk kami.
Seorang wanita tak elok pergi ke bar.
Bar untuk lelaki.
Stefano, awak perlu uruskannya.
Saya takkan terkurung di rumah ini.
Saya tak terkurung di rumah saya dan sini pun sama.
Sambung makan.
Makanlah sebelum sejuk.
Maria!
Maria, buka!
Maria, buka pintu!
Ini rumah awak, Barbara.
Kami keluarga awak sekarang.
Setiap keluarga ada peraturan.
Saya nak jelaskan kepada awak.
Saya akan beritahu orang tentang awak!
Beritahu seluruh bandar apa awak nak buat kepada menantu awak!
Kepada isteri anak awak!
Benarkan kami pindah sekarang.
Lima puluh?
…kita berjaya tahun ini.
- Awak buat sendiri? Sedap. - Sudah tentu.
Rasalah. Sedap.
Kamu berdua duduk.
Ayah nak jual rumah ini.
Kenapa, ayah?
Ini bukan masa sesuai untuk jual.
Ya, betul.
Ayah tak nak tinggal serumah dengan ahli sihir itu walau sehari lagi.
Giovanni!
Mari ke sini sekarang!
Lihatlah bintang malam ini.
Siapa?
Mereka tanya soalan biasa.
Apa awak cakap?
Saya kata saya tak ingat apa-apa lagi.
Bagus.
Masuklah.
Saya dah sediakan bilik awak.
Selamat pulang.
Itu dia!
Vinci! Beri kenyataan!
Vinci!
Berundur!
Bertenang!
Vinci?
- Satu soalan. - Hei, maaf.
Satu soalan.
Stefano Mele macam tak tahu apa-apa tentang semua ini.
Dia cuma pemfitnah?
Ada orang nak balas dendam.
Stefano Mele tipu semua orang,
guna reputasinya sebagai orang dungu.
Dia sebenarnya seorang yang licik.
Selepas dia tarik tuduhan terhadap saya,
Stefano kata dia babitkan saya untuk balas dendam.
Itu tak benar.
Orang tak balas dendam selepas sekian lama.
Kenapa Stefano Mele tak cakap benar?
Dia takut.
Takut untuk diri sendiri, anaknya, entah.
Atau dia melindungi seseorang yang dia sayang.
Seseorang yang tahu Stefano Mele takkan khianati mereka.
Saya buat dengan baik, ayah?
Saya buat semua yang ayah suruh.
Saya akan dipenjarakan seumur hidup.
Itu yang terbaik untuk semua.
Awak faham?
Awak harus dipersalahkan, Ste.
…untuk mengelirukan siasatan.
Apa yang jelas, orang gila cabar pihak polis,
carabinieri dan majistret.
Isteri Francesco Vinci, yang cakap dengan kami malam tadi gembira.
Mari dengar…
Siapa?
Giovanni.
Saya takut awak ubah fikiran.
Saya takkan buat begitu.
Tahu. Saya bergurau saja.
Ini okey?
Ya. Awak buat dengan baik.
Terus ke depan?
Awak boleh tengok sekarang.
Meja di sana.
Pada waktu begini,
ada ramai orang pelik.
Ya.
Siapa lelaki itu? Kamu berdua kenal?
Namanya Enzo Spalletti.
Dia pemandu ambulans.
Ya, tapi awak pandang dia pelik.
Dia yang pertama ditahan untuk pembunuhan Raksasa.
Awak bergurau?
Tak, itu betul.
Dia tahu butiran pembunuhan itu sebelum keluar dalam akhbar.
Betulkah?
Takkanlah begitu?
Voyeur di sini sangat teratur.
Spalletti salah seorangnya.
Dia macam orang India, bak kata orang sini.
Dia dan lelaki di kaunter
akan intip pasangan dalam kereta tersembunyi dalam semak.
Dalam pembunuhan 1981, dia nampak pasangan muda itu
dan mula mengekori mereka.
Selepas dia bunuh mereka berdua,
dia kerat bahagian pubik gadis itu dengan skalpel
dan mengambilnya.
Oh, Tuhan.
Enzo Spalletti pernah nampak Raksasa itu.
Dia tahu orangnya.
Tapi dia berdiam diri.
Dia terlalu takut.
Semua okey?
Ya.
Saya pening. Saya minum banyak sangat.
Saya nak keluar ambil angin.
Saya rasa lebih baik sekarang. Saya baru saja…
Grappa itu berbahaya.
Ya. Mungkin.
Saya tak tahu. Dah lama saya tak minum.
Malam ini, saya nak buat pengecualian.
Kenapa?
Sebab saya dah lama tak keluar malam.
Awak menyesal?
Tak.
Saya suka cara awak bercerita.
Raksasa itu pemangsa.
Voyeur juga, dengan cara mereka sendiri.
Mereka menyusuri jalan ini memburu pasangan muda.
Awak nak ke mana?
Saya nak tunjuk kepada awak.
Tak, tolonglah.
Tak, tunggu.
Lihat.
- Oh Tuhan. - Lihat dia. Nampak?
Saya nampak mereka.
Mereka ada di mana-mana.
Voyeur lebih ramai daripada babi hutan.
Itu!
Oh Tuhan.
Sekarang kita boleh pergi, bukan?
Tak.
Mereka tak berbahaya.
Mereka lebih takut awak sebenarnya.
Jika kita terperangkap dalam lumpur macam mana?
No comments yet. Be the first to leave one.