لومړۍ 200 کرښې.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Masih jelas di ingatan kali pertama saya ke mari.
Mereka beritahu saya Forte dei Marmi ialah bandar yang cantik.
Tepat sekali…
Terasa seperti melangkah masuk ke dalam poskad.
Tempat semuanya kelihatan sempurna.
Langsir berwarna putih dan biru di kelab pantai.
Bunyi cakaran.
Bunyi ketawa yang dibawa oleh angin.
Saya terimbau dengan beberapa suasana abadi ini.
Basikal melintas senyap di laluan luas semasa matahari terbenam.
Tempat indah untuk percutian musim panas.
Namun di Forte dei Marmi,
siang semakin pendek dan malam semakin panjang.
Di kemuncak Apuan Alps,
marmar putih hancur
memberi laluan kepada selimut salji berais.
Kegelapan menelan cahaya.
Juga ketakutan mencengkam kita.
Walaupun di Forte dei Marmi,
kami belajar menjaga keselamatan diri.
Bandar yang cerah dan tenang…
kini nampak kosong.
Seperti telah dikosongkan.
Kisah ini
adalah kisah musim sejuk.
TELE KAMERA PAC-15
SEKURITI RAFFAELLI
Tolong…
Tolong…
Tolong.
Apa awak buat di sini lewat malam?
Clementis. Katanya mereka hanya mahu bercakap dengan awak. Daripada Barbado.
Mereka banyak masa lapang.
Mereka risau kerana terlihat sesuatu di kamera pagar.
Saya bercadang tidur beberapa jam malam ini.
Awak kata saya boleh hubungi awak demi pelanggan premium.
Tindakan awak betul.
- Selamat malam, Emma. - Tidurlah.
Saya akan cuba.
Encik Clementi.
- Awak di rumah itu? - Ya, saya di sini.
Jadi? Semuanya okey?
Kamera perimeter berkeadaan baik.
- Ya, tapi… - Tiada tanda-tanda pecah masuk.
Tidak, saya yakin, gadis itu kelihatan bermasalah.
Tiada yang tahu benda yang dia nampak. Mungkin ada orang merayau.
Mereka dah menakluki negara. Tiada lagi tempat yang selamat, tahu tak?
Saya faham. Kita tak tahu jika ia pendatang.
- Namun, sila periksa. - Baiklah, saya akan periksa.
Terima kasih, Santini.
Moga hari awak baik.
Sebenarnya, di sini dah tengah malam.
Apa pun, terima kasih.
- Selamat tinggal, Santini. - Selamat tinggal.
Apa yang lelaki ini sedang buat?
Apa yang kau buat sebenarnya?
KEGEMARAN
CARABINIERI
- Selamat malam, Santini. - Selamat malam.
Ada pemandu disyaki mabuk di antara jalan Volta dan Carrara.
Platnya Peter, Ida, 55388.
Kami akan hantar orang segera.
Terima kasih.
Dengar, tak perlu hantar sesiapa.
Awak pasti?
Ya, saya akan uruskan. Selamat tinggal.
- Apa masalah kau, bangsat? - Dario!
Saya kenal awak?
Saya kenal ibu awak.
Masuk. Awak tak boleh memandu begini.
Saya hantar awak balik.
Bertenang.
Tak guna…
Apa yang dia dah buat?
Kita akan bincang nanti. Masuklah.
Bincang apa?
Dia memandu semasa mabuk.
Nasib baik, saya nampak dia.
Saya bimbang ia bukan sekadar alkohol.
Kenapa awak keluar lewat begini?
Pasti ada jutawan yang hilang kucing.
Keretanya ada di Volta.
Terima kasih, Roberto.
- Selamat malam. - Ya.
Gembira jumpa awak.
Dario?
Dario, buka pintu.
Dario!
Dario, buka pintu.
Dario…
Selamat pagi.
Awak nak tipu siapa?
Angela pun tahu awak tiada di sini malam tadi.
Dia pulang pukul 3.
Pada hari Isnin.
Tiada lagi peraturan dalam rumah ini.
- Boleh saya tanya sesuatu? - Ya.
Klien awak, ahli antropologi…
mereka tahu bila awak tak boleh tidur di sini,
awak pergi dan tak tidur di rumah mereka?
Mereka di Afrika Selatan buat sementara.
Mana Angela?
Jika awak nak tahu, kenapa tak tanya atau jejak telefonnya?
Kami dah bincang. Saya enggan pasang ia di telefonnya.
- Biar dia berdikari. - Baik.
- Dengar sini… - Baik.
Awak di muka depan bersama Pilati.
Bagus! Saya terlupa langsung.
Lihat betapa gembiranya dia. Selamat pagi.
Selamat pagi, saudari.
Kami khabar baik. Kamu pula?
- Cakap sesuatu. - Angela!
Kamu ingkar perintah berkurung. Berapa kali ayah kata jangan lewat
semasa minggu persekolahan?
Dah beritahu ibu.
Saya di rumah Ginevra buat kerja rumah dan tertidur.
Ayah di mana?
Dah lewat, kena pergi.
- Tiada telefon semasa berbasikal. - Ayah ulang 10 kali sehari.
Kamu nampak ibu di muka depan?
Angela! Awak nampak ibu di muka depan?
Dia tak dengar, dia nak cepat.
Jika dia dengar pun, kenapa dia nak peduli?
Inilah dia orang yang peduli.
Matteo!
- Lelaki ini. - Alihkan barang ini.
Bukan imej terbaik kita, bukan? Ayuh.
Tolong makan ubat tidur itu. Awak mirip puntianak.
Ubat itu buat saya gila.
Begini pula awak normal?
Selamat pagi!
Matteo…
Tahniah untuk kemunculan muda depan.
- Terima kasih. Nampak kehebatannya? - Ya.
Ini versi baru.
- Bagus. - Kali ini awak akan suka.
Muziknya juga kami tukar.
- Ini dia. - Laut. Cantik.
Bagus.
Rakaman panoramik.
- Dengan Forte. - Ini bahagian yang teruk.
Saya nampak tegang.
Itu tak benar.
Dalam dunia yang terancam,
undian untuk saya adalah undi untuk masa depan yang lebih selamat.
- Awak nampak hebat. - Saya senyum terlalu lebar.
Semasa majlis kutipan dana Pilati…
- Teka siapa akan sertai kita? - Siapa?
Marcelli…
Ferrario.
- Jutawan itu? - Ya.
- Berita baik. Hebat. - Ia hebat.
Pasukan keselamatannya dah hubungi saya. Ambil ini juga.
Encik Santini akan uruskannya?
Tak. Saya yang uruskannya.
- Bagus. Mari. - Mari.
DEMI BANDAR YANG LEBIH SELAMAT
FORTE DEI MARIA
MARIN DI PICETA
- Selamat pagi. - Selamat pagi.
Kenapa awak di sini? Bukankah awak kerja malam?
Saya nak tunjuk sesuatu.
Apa?
Ini rakaman kamera Clementi semalam.
Tak guna.
Pelanggan mana tinggal di jalan itu?
Kenapa, adakan rakaman ini disimpan?
Ya, semua kamera perimeter ada rakaman sandaran.
Sama ada mereka bayar atau tidak.
Saya tak dapat tidur malam tadi.
Kenapa pakai kot? Awak sejuk?
Saya benci musim sejuk. Tak suka.
- Lihat betapa cekap kita bekerja. - Terbaik.
Tengok.
Ini dia.
Mereka tangkap siapa?
Saya tak tahu.
Tak guna!
Kenapa?
Itu Walter.
Itu anaknya, Maria.
Spezi.
Dia juruteknik saya.
Paling cekap.
Siapa lelaki yang buat rakaman itu?
Walter…
PERPUSTAKAAN KURSUS PENULISAN KREATIF
Jadi, sebelum menggembirakan kamu dengan kata-kata hikmah saya,
saya ada berita buruk untuk kamu.
Maria Spezi, rakan sekelas awak ada di hospital.
Ya Tuhan, kenapa?
Pasti terlanggar salah satu botol ayahnya.
Kamu janganlah begitu.
Apa pun, Maria tak apa-apa. Tak serius. Sekarang, mari kita bekerja.
Jadi, Angela. Kita berhenti di punca perselisihan.
- Awak dah sedia? - Tak. Belum lagi.
Saya perlu letak ibu dan ayah
di bilik yang sama selama lebih sepuluh saat.
Profesor…
No comments yet. Be the first to leave one.