لومړۍ 158 کرښې.
Ini sotong kurita saya, Sashimi.
Di sini ada makanan kegemarannya.
Masalahnya, untuk ke bilik kebal ini,
ia perlu guna kepintaran dan ketangkasannya
untuk melepasi sembilan laluan berhalang.
Seperti laluan berhalangan tupai,
saya terpaksa mengaku,
saya memandang rendah kepada kebolehan sotong ini.
Untuk memahami semua ini,
kita kembali kepada saat saya beli sotong ini
untuk lihat jika ia sebijak yang disangka.
Kami kembali ke CrunchLabs dan meletakkannya dalam air masin
dengan hiasan yang sesuai, ia mula nampak selesa.
Sotong ini penuh rasa ingin tahu.
Jika saya masukkan lengan saya,
ia akan berinteraksi dengannya.
Selain mampu melekat di benda seperti lengan saya…
Ia sangat kuat!
Aduhai…
…penghisapnya mengumpul maklumat tentang bau, warna dan rasa saya.
Dalam masa beberapa minggu, hubungan kami menjadi rapat.
Ia suka goyang sesungutnya di aliran jet,
seperti anjing yang bersiar dalam kereta.
Ia boleh menangkap.
Ia suka swafoto apabila ia nampak kamera.
Apabila kami masukkan mainan,
ia akan tenggelamkan mainan itu.
Saya dapat tahu kesemua 100 juta ekor sotong
yang dimakan atau dipelihara setiap tahun
telah lahir dan membesar di laut.
Bukan dibiak dalam kurungan.
Saya juga sedar saya penjahat dalam filem
Saya tak mahu jadi penjahat,
jadi walaupun kami sayang Sashimi,
kedai yang menjualnya beritahu kami
lokasi ia ditangkap.
Tapi ia telah diberi makan oleh manusia.
Kalau ia mampu melalui laluan berhalang,
saya yakin ia pasti tahu cara memburu makanannya,
jadi ia boleh dilepaskan.
Fasa pertama ialah memberinya cabaran untuk menentukan kebolehannya.
Rupa-rupanya, ia sangat berkebolehan.
Kebolehannya untuk mengubah bentuk
langsung tiada tandingan.
Cuba kamu cari sotong kurita yang sedang bersembunyi di sini.
Lebih mengagumkan apabila ia diulang semula,
kita boleh nampak kelajuan perubahannya.
Ia bukan sekadar perlindungan.
Ia juga boleh meniru bentuk haiwan-haiwan pemangsa.
Sashimi juga telah menunjukkan
cara yang kreatif untuk melarikan diri.
Penyelidik sotong mendapati ia mampu menembak air
kepada orang tertentu yang lalu di tangki.
Ia cam orang itu walaupun pakaiannya berubah.
Ia juga mampu menembak air ke arah suis
untuk menutup lampu.
Ia juga mampu keluar dari tangkinya untuk menjelajah bilik
atau makan di tangki lain sebelum kembali semula ke tangkinya.
Selepas sesi pemerhatian dan pemahaman selama dua bulan,
kami sedia untuk memasuki Fasa Dua.
Kami berfikir, mereka, mencetak dan memotong
untuk menghasilkan ini.
Bermula dengan ganjaran dalam bilik kebal emas.
Jika ia mampu buka pintu itu,
ia akan dapat 1.3 kilogram makanan kegemarannya, udang.
Kami tahu itu makanan kegemarannya
sebab kami telah sediakan empat pilihan.
Setiap kali eksperimen diulangi, ia akan memilih udang.
Ia perlu berusaha untuk mendapatkannya,
bermula dengan Cabaran Satu, Atas-Bawah.
Selepas melalui bawah halangan ini,
ia perlu melalui bola terapung di bahagian atas.
Selepas itu, ia akan melalui portal bulat
yang mempunyai pintu pusingan empat panel.
Jika ia berjaya melepasi pintu itu,
ia akan menemui sebuah tembok.
Permainan sudah tamat, melainkan ia tolak blok ini
dan meneruskan perjalanan ke tempat jatuhan bola.
Halangan ini pula memerlukan ketangkasan.
Ia perlu putarkan tuil dalam slot ini
supaya bola-bola itu akan jatuh
dan mengosongkan laluan tiub.
Selepas itu, ia akan terperangkap sebab ada pagar merah di jalan keluar.
Ia perlu tekan butang keluar
untuk menolak bola jatuh dari tepi,
menaikkan pintu,
dan ia akan tiba di halangan Ikan-Di-Darat.
Sashimi boleh meneruskan perjalanannya
dengan menggunakan kebolehan dua alamnya
untuk keluar dari sini dan masuk semula di sebelah sana.
Selepas melalui portal, ia akan diberi ganjaran.
Di belakang Phat Gus ada udang.
Ia sama seperti perangkap di pagar sesat tupai,
di mana snek diletakkan di depan kamera.
Namanya Medusa.
Semasa ia makan udang guna paruh
di bahagian kakinya bertemu,
Phat Gus akan dapat rambut yang mengurai.
Selepas ia makan,
Sashimi akan melalui cabaran sukar, iaitu halangan berganda.
Ada enam lubang kecil di bahagian atas.
Jika ia melalui lubang yang lebih besar,
ada banyak pagar sesat, berbeza dengan lubang kecil.
Akhirnya ia tiba di sini.
Jika ia berjaya buka pintu,
ia boleh makan sampai kenyang
dan membuktikan ia layak dikembalikan semula ke laut,
tempat ia membesar.
Semua sudah siap, jadi injap akan dibuka.
Bau udang segar sampai ke tangkinya,
jadi ia melalui tiub itu
seperti gladiator ke koliseum.
Sementara itu, kami ingin kongsi sesuatu.
Kalau kamu mahu reaksi ini
Ya!
- Ini… - Ya!
- Atau ini… - Ya! Tengok!
…belilah langganan Build Box CrunchLabs.
Kamu boleh bina mainan sendiri
bersama-sama saya
sementara saya ajar fizik di sebaliknya.
Kita akan membina, belajar dan berjaya bersama.
- Prinsipnya mudah. - Ia berhasil!
Jika kamu sedang mencari hadiah Krismas
atau ingin disayangi oleh budak-budak,
Kembali ke Sashimi.
Selepas memasuki tangki dan meneroka bahagian luarnya,
ia masuk ke dalam dan berehat sebentar.
Ia tak faham halangan seterusnya.
Tapi bau udang itu terlalu enak,
jadi ia pun mula meneroka.
Apabila ia dalam persekitaran baru,
ia akan kumpul maklumat menggunakan sesungut,
bukan berenang bebas.
Tak lama kemudian, ia pun faham.
Cabaran pertama ini mudah
sebab berdasarkan pemerhatian, Sashimi pandai membenamkan diri
dan menggunakan air untuk membuang batu.
Cabaran kedua lebih mudah.
Di sini kita dapat lihat
ia guna sesungutnya untuk kumpul maklumat penting.
Ia mampu guna sesungutnya di celahan batu
untuk menghidu, merasa,
melihat dan juga berfikir.
Halangan Satu mudah,
tapi cara mengendalikan pintu putar adalah ujian yang lebih sukar.
Wah!
Okey, begitu nampaknya.
Ini petunjuk pertama bahawa ini ujian kepintaran sebenar.
Sama seperti tupai yang mengakali jambatan ketidakstabilan saya
dengan melompat ke seberang.
Saya patut dah agak.
Sotong ini sedang melarikan diri.
Jika lubang itu sebesar paruhnya,
ia boleh meloloskan badannya dengan mudah.
Apabila kita lihat semula, ini paruh Sashimi.
Ini nampak macam hidung,
tapi di sini terkandung semua organ
No comments yet. Be the first to leave one.