لومړۍ 200 کرښې.
Kejutan!
Terima kasih kerana bantu pada musim ini. Selamat belajar, Paige.
Hei, apa yang terjadi pada Lamborghini awak?
Saya bosan dengan Lamborghini. Sedia untuk kalah?
Saya menang Grand Prix. Awak?
- Tak ada. - Nak kalahkan saya dengan kereta mak awak?
Pembetulan, En. Irvine, saya akan kalahkan awak dengan kereta mak saya
yang dah banyak saya ubahsuai.
Sebab itu awak sepatutnya takut, kawan.
Tak setakut awak apabila mak awak tahu.
- Hei, macam mana tadi? - Oh, baik.
Mereka beri saya kek perpisahan.
Selepas saya tiup lilin, Trey Carlson tiba
dengan luka besar pada dahinya.
- Dia cuba potong rambut sendiri. - Cubaan baik, Trey.
Perkara terhebat ialah mereka izinkan saya jahit luka dia.
- Pukul berapa sekarang? - Pukul 9.45.
Pelumba dah bersedia?
Mula.
Hai.
Tidak!
Awas!
Hai.
Gaun itu cantik.
Perlumbaan yang hebat, tuanku.
Itu bukan cara yang saya nak guna untuk menang.
Alangkah baiknya jika awak tak angkat kaki pada saat akhir.
- Tak, awak hebat tadi. - Tahniah.
- Mereka berdua pula. - Tak teruk sangat pun.
Tak, mereka nampak sangat gembira. Saya…
Saya teringat kita selalu berbual tentang tinggalkan tempat ini
dan kejar impian kita.
Dunia ini besar dan boleh kita jejaki. Awak juga. Tinggal kita sahaja.
Todd dan saya dah bertunang.
- Janganlah benci saya. - Baguslah.
- Kenapa saya nak benci awak? Tidak. - Oh, terima kasih.
- Baiklah, cik semua. - Oh, tengok.
Betsy lempar bunga dia.
Dah sedia?
Satu, dua, tiga.
Saya berjaya rebut bunga ini!
- Dia selalu lambat. - Ya.
Tak apa, saya boleh. Terima kasih.
Terima kasih.
- Edvard. - Hai, Ari.
Tuanku Raja. Tuanku Permaisuri.
Tuanku Putera Mahkota.
Tuanku Puteri Arabella.
Kita dah sampai, sayang.
- Jumpa awak di Hari Kesyukuran. - Baik, saya sayang ayah.
- Jumpa nanti, sayang. - Jumpa lagi. Terima kasih.
- Helo? - Paige, hei.
- Macam mana? - Aduhai.
Baik. Awak teruja tak?
Ya, tapi pada tahun ini, kita cuci pinggan tiga minggu satu kali,
tak kira kita perlukan atau tak.
"Kita" bermaksud awak.
Oh, tengok ayah dah jodohkan saya dengan siapa.
Ya. Mungkin dia langsung tak mempunyai emosi,
tapi dia pandai pasang barang-barang.
Ya, berseronoklah. Saya bertuah jika dapat balik pada tahun ini.
Saya ada lima jam makmal kimia, permohonan sekolah perubatan dan kerja.
Hei, kelas belum mula lagi.
Sebelum awak selamatkan dunia,
awak boleh ke Rat bersama saya, Stacey dan Amanda.
Setakat ini, saya dan ketua pelancongan yang lain cuma…
- Kami dah muak dengan… - Baik.
Anak orang kaya dan semua keluhan mereka.
Pada satu malam di Rom, kami pergi ke sebuah bar dan
saya meniduri seorang lelaki Itali miang berumur 45 tahun.
Empat puluh lima? Wah.
Ya, dia comel dengan gaya Mussolini.
- Awak semua sembang tentang apa? - Kami mula suka kepada lelaki tua macam awak.
Selepas awak minum beberapa gelas lagi, saya akan jadi lelaki paling tampan di sini.
- Kalau begitu, awak bawalah Stacey pergi. - Oh ya, tolonglah.
- Awak nak masuk kerja semula? - Ya, mestilah.
- Macam mana kalau esok? - Kalau hari Khamis?
- Macam mana kalau esok? - Kalau begitu, esoklah.
Baik. Saya belanja untuk kali ini.
- Terima kasih. - Terima kasih.
- Minum. - Minum.
Saya tak sangka awak boleh lawat ke seluruh Eropah.
Saya harap saya dapat percepatkan lima tahun yang akan datang.
Saya benci semasa dia mula cakap tentang rancangan kehidupan dia.
- Saya tak dapat fokus. - Saya tahu.
Saya senior, saya dah tukar mata pelajaran utama saya enam kali.
- Saya tiada mata pelajaran utama. - Tolonglah.
Apabila awak dah dapat, Paige dah tamat pengajian di Johns Hopkins.
- Itu pun kalau saya dapat masuk. - Awak pasti masuk.
Tak, perlu habis semester ini dulu. Saya perlu ambil Shakespeare.
Untuk penuhi syarat bodoh seperti kemanusiaan.
Sudahlah. Lain kali awak cakap tentang kelas atau pekerjaan,
awak perlu minum gelas kecil.
Shakespeare sangat tidak berguna untuk…
Hentikannya.
- Hei, saya perlukan ini. - Hei.
- Nah. - Tidak.
- Tak nak. - Oh ya, wajib.
- Apa ini? - Minum saja. Minum.
- Ini untuk malam pertama awak. - Minum.
- Minum. - Bagus.
Oh, saya benci awak semua.
Awak dah baca semua bahan kajian yang disediakan?
Tentulah.
Edvard, satu hari kelak anakanda akan jadi raja ke-51,
monarki paling panjang
- dalam sejarah dunia. - Ya, anakanda faham, ayahanda.
Ini monarki yang masih memerlukan penyertaan raja
dalam kerja dan keputusan kerajaan.
Apabila ayahanda tanya jika anakanda sedia, itu bukan soalan remeh.
Saya dah sedia, ayahanda.
Tuanku raja.
Tuanku Putera Mahkota.
- Tuanku. - Beta tak apa-apa.
- Perdana Menteri. - Tuanku.
Baiklah, semua, mari kita bermula.
Kenaikan gaji sebanyak 6% ialah kadar minima yang
akan diterima kesatuan buruh kebangsaan.
- Itu tak wajar. - Dengar sini.
Kalau kita tak setuju, macam mana kita nak satukan kedua-dua pihak?
Ini pemerasan.
Baiklah. Jika begitu, kita buat konsesi lain.
Adakah tuntutan pekerja ini tiada penghujungnya?
Kerajaan kita mesti buat yang terbaik untuk tidak mengalah kepada Kesatuan.
Saya hargai semangat awak, Thomas,
tapi saya beri awak jaminan bahawa mereka serius dengan tarikh akhirnya.
Tanpa konsesi, mereka akan mogok.
Mogok di seluruh negara akan merosakkan ekonomi kita.
Edvard, kami nak tahu apa yang awak fikirkan.
Maaf, apa soalannya?
Saya sibuk tadi.
Begitukah?
Entah kenapa ayah saya bertegas saya ikut serta.
- Saya tak pernah suka mesyuarat itu. - Ya.
Mungkin ada kaitan dengan hakikat bahawa
tuanku akan jadi raja nanti.
Ya, jangan ingatkan saya, Soren.
Awak sangat bertuah awak bukan saya, awak tahu?
Jika tuanku nak tukar tempat, beritahu saja saya.
Awak tahu mak saya akan meradang
apabila tahu apa yang terjadi hari ini.
Itu teguran yang saya tak nak dengar.
Saya mesti tinggalkan Denmark, Soren. Saya nak tenangkan fikiran.
Kali ini tuanku nak pergi ke mana untuk tenangkan fikiran?
Khabarnya, cerun di St. Moritz buka lebih awal pada tahun ini.
Ada kasino baharu di Monte Carlo.
Habiskan ratusan ribu wang Krona nampaknya selalu
berkesan pada masa lalu.
Amaran. Iklan ini…
Tunggu, tak ada masa untuk itu. Tengok ini.
Selama bertahun, Desperate Dan berjaya membuat kaum wanita
membuat hal paling gila. Dia rakam semuanya.
Sekarang, Desperate Dan bawa anda ke bumi Amerika
untuk menyediakan Gadis Liar Kolej kepada anda.
Gadis-gadis Wisconsin.
Oh, tolonglah. Buka baju awak untuk kami. Kali ini sahaja.
- Wisconsin? - Ya.
Kenapa di sana?
Sebab anakanda tak pernah habiskan masa lama di Amerika sebelum ini.
Anakanda nak pergi ke ibu negara
tempat anakanda boleh jumpa orang-orang Amerika yang biasa.
Tambahan lagi, ada universiti bagus dengan program menarik
dan pelbagai jenis aktiviti kokurikulum.
Ini tak masuk akal.
Ini satu peluang untuk anakanda kenali diri yang sebenar.
Edvard, tolonglah.
Ini hanya satu daripada cara anakanda untuk mencari hiburan.
Malah, semua perbelanjaan kami yang tanggung.
Akhirnya, anakanda akan muncul di dalam majalah, memalukan kami
dan paksa anakanda balik ke istana untuk menyorokkan diri
sehingga anakanda sekali lagi kata anakanda nak cari diri sendiri lagi.
Jika anakanda buat kamu semua malu,
buang anakanda daripada keluarga ini.
- Apa yang anakanda cakap? - Anakanda mahu pergi.
Anakanda tak perlukan wang atau izin bonda.
- Edvard! - Anakanda akan buat sendiri, bonda.
Biarkan dia pergi.
Kita dah cuba semuanya dan tak berjaya, jadi…
Dia nak cuba pun dah cukup baik.
Soren. Awak pergilah dengan dia.
Saya, tuanku?
Saya seorang?
Tentu ada penjaga yang lebih sesuai…
Saya akan membuat aturan untuk perjalanan kami.
- Hei. - Perlahan sedikit.
Cuba tengok mereka, Soren.
Ribuan mahasiswi muda yang mabuk teruk
- dan menanggalkan pakaian mereka. - Ya, kita sangat bertuah
itu berlaku di bumi Amerika.
Tempat pembiakan pesakit pintasan koronari di dunia.
Tengoklah dia.
Ibu bapa tuanku mahu tuanku hadiri ke kelas.
- Tuanku. - Ya, saya tahu.
Dengar sini, Soren.
Mulai saat ini, saya tak nak awak panggil saya
sebagai anak raja atau tuanku.
Awak mesti panggil saya Eddie.
Ya, Eddie.
Perkara terakhir yang saya nak sekarang adalah diburu akhbar.
- Saya rasa itu akan seronok. - Saya dah mula rasa seronok.
No comments yet. Be the first to leave one.