لومړۍ 200 کرښې.
Ho, ho, ho! Selamat Hari Krismas!
DEWAN PERBANDARAN ELFORIUM
Sewaktu saya masih kecil, hari sebelum Krismas
adalah malam kegemaran pada tahun itu.
Saya dan abang akan berjaga untuk menunggu Santa.
Adakalanya kami akan tertidur, tapi saya akan mimpikan hadiah.
Saya benar-benar sukakan hadiah.
-Nick, Santa dah sampai. -Sudahlah.
-Lekas, bangunlah. -Tidak mahu.
Lekaslah.
SANTA
CUBA TEKA SIAPA YANG DATANG?
Ho, ho, ho, ho! Kad yang menarik sekali.
-Entah siapa buatkan kad ini. -Saya di sini!
-Awak tertangkap. -Betul.
Namun tolong rahsiakan, kerana saya tidak boleh tertangkap.
Saya faham.
-Awak dilihat membawa hadiah. -Ya, betul.
Kamu nakal atau baik pada tahun ini?
Pada pendapat saya, baik sekali.
Biar saya semak senarai saya.
Semak buat kali kedua.
Ayah!
Ayah tahu saya bersikap baik.
Peluklah ayah.
Ayah! Ayah sudah pulang!
Mari sini, nak!
Selamat kembali, Santa.
Mak dilihat mencium Santa Klaus.
-Bagaimana malam awak, sayang? -Seronok.
Semua hadiah telah pun dihantar.
Kecuali dua hadiah lagi.
TEENSEEN KEMERIAHAN BULAN DISEMBER
Oh, Tuhan. Ini menakjubkan!
Apa hadiah yang awak peroleh, Nick?
Topi?
Tahniah, nak.
Sudah tiba masa untuk kamu berlatih menjadi Santa.
Cubalah pakai.
Rasanya tidak muat.
Ia akan muat suatu hari nanti.
Itu dia.
Awak nampak kacak, Nick.
Warna merah memang sesuai dengan awak.
-Orang bunian sambut kepulangan awak! -Nanti dulu.
Pakai jaket, semua.
Salji turun dengan suhu lapan darjah mengikut laporan cuaca kutub.
Selama-lamanya.
Cuacanya sejuk sekali.
Ayuh, sayang.
Terima kasih, Santa.
Selamat Hari Krismas, Polly.
Ayah?
Saya cuma tertanya-tanya,
mak ialah Pn. Claus, Polly adalah pengasuh kami,
suatu hari nanti Nick akan menjadi Santa.
Apa pula peranan saya?
Apa yang kamu mahu lakukan?
Saya ingin memainkan peranan seperti ayah.
Maksud kamu, menjadi Santa?
Tidak, Nick ialah Santa.
Namun saya ingin bantu putuskan mainan yang patut dibuat
serta menerbangkan kereta luncur salji
dan melakukan sesuatu yang penting.
Kamu sudah pun berbuat demikian, Noelle.
Kamu buat semua gembira dengan kad ucapan dan sorakan Krismas
dan kamu tahu Nick amat bergantung pada kamu.
Jadi kamu boleh membantunya
dan sentiasa menaikkan semangat Krismas dalam dirinya.
-Baik. Saya boleh lakukannya. -Ayah mengharapkan kamu.
-Selamat Hari Krismas, Noelle. -Selamat Hari Krismas, ayah.
Memandangkan sudah dewasa, Krismas tetap hari yang saya sukai setiap tahun.
Meskipun, Krismas ini menyedihkan.
Ayah meninggal dunia lima bulan lalu dan saya merinduinya setiap hari.
Namun ayah sentiasa berpesan bahawa Krismas harus diteruskan,
terutamanya bagi keluarga Kringles,
kerana selama 2,000 tahun,
leluhur kami telah menjadi Santa yang membawa kegembiraan
kepada kanak-kanak di seluruh dunia.
Sekarang giliran abang saya,
kerana Nick menjadi ahli keluarga Kringle yang ke-23 untuk memakai topi merah.
Dia telah berlatih menerbangkan kereta luncur salji di Kutub Utara.
Adakah saya patut mendarat di atas bumbung rumah itu?
Perlahan-lahan! Tidak!
Kita masih boleh perbetulkan, bukan?
Percaya atau tidak, itu satu kemajuan.
Semua bekerja keras untuk membantunya bersiap sedia...
termasuklah mak.
Sayang, itu agak...
Kamu sedia maklum.
Sepupu nerda saya, Gabe, dan orang bunian yang hebat dalam teknologi
sedang mengusahakan sesuatu.
-Entahlah. Mereka amat teruja mengenainya. -Oh, Tuhan! Kita berjaya.
Ia berfungsi!
Saya pula, masih membuat kad ucapan dan sebarkan sorakan Krismas,
seperti yang disuruh oleh ayah.
Entah apa semua orang akan lakukan tanpa saya.
Snowcone! Kawan!
Ya, siapa rusa kutub saya yang paling aktif?
Awaklah! Awak berjaya mendapatkannya.
Apa pendapat awak?
SELAMAT HARI KRISMAS
Selamat Hari Krismas.
Hadiah apa yang akan kamu peroleh tahun ini?
HADIAH APA YANG AKAN KAMU PEROLEH TAHUN INI?
Saya tahu, ia benar-benar merangkumi teras Krismas,
mendapatkan hadiah yang sempurna.
Noelle!
Selamat pagi, Tuan Puteri.
-Terima kasih, saya enggan makan pagi. -Awak harus makan pagi.
Saya sibuk sekali.
Saya ke hutan untuk memotong kayu api, mengangkut dengan menggalasnya,
agar boleh menghangatkan kotej dan sediakan awak sarapan wafel
sementara saya memungut semua pakaian kotor,
tapi semua itu tidak menyusahkan.
Secara jujurnya, awak tidak perlu melakukannya.
-Awak akan mati kelaparan tanpa saya. -Itu yang awak fikir.
Oh, Tuhan. Rasanya enak sekali.
Pakaian dalam saya yang bercorak burung partridge di atas pokok pear perlu dicuci.
Maka hajat Krismas saya telah ditunaikan.
Ayuh, Snowy. Saya akan berlumba dengan awak.
SELAMAT DATANG KE KUTUB UTARA SEBUAH KOMUNITI TERANCANG
NP PS 1
Beri laluan, burung-burung puffin.
Maaf, semua!
KAROL HARIAN
Noelle! Elf Carol. Karol Harian.
-Boleh saya tanya beberapa soalan? -Silakan. Tanyalah.
Kita sedia maklum persediaan mendadak dilakukan
sejak ayah awak, dan Santa Nicholas kesayangan kita, meninggal dunia.
Bagaimana keadaan abang awak?
Bagus sekali. Kami semua amat bangga dengannya.
Persoalannya sekarang, adakah dia akan bersedia menjelang perayaan Krismas?
Tentulah! Dia ahli keluarga Kringle.
K BENGKEL SANTA
Di bawah.
-Di bawah lidah. Bagus. Begitulah. -Okey.
Santa, saya belikan awak skarf baru.
Lihat ini. Tiga Minggu Menjelang...
Apa yang berlaku? Mak!
Santa, saya sangka awak sedang berlatih menerbangkan kereta luncur salji.
Terima kasih, para pembantu Santa.
Ia contoh terburuk bagi penggunaan teknologi ketinggalan zaman.
-Selepas Sepupu Nick terhempas,... -Sepupu Gabe, maaf.
Awak memanggilnya Sepupu Nick?
Bukankah awak patut memanggil abang saya "Santa"?
Maafkan saya.
Saya sangka memandangkan kita semua ahli keluarga, panggilan itu...
Dia Santa bagi awak serta semua orang.
Dia juga Santa bagi dirinya.
Sebenarnya, saya lebih bersahaja apabila bersendirian.
Saya cuma Nick.
Sendirian. Itu idea yang bernas.
Apa kata kita biarkan Santa berehat seketika?
Okey.
Maaf, Gabe.
Semuanya huru-hara, sayang.
Tanduk Dasher hampir patah.
Jadual di bengkel telah jauh ketinggalan.
Tolong jalankan tugas kamu dan suntik semangat Krismas kepada Nick,
kalau tidak, Krismas akan tergendala.
BUKU SANTA
Berat betul buku ini.
Buku Santa. Saya sudah baca dan menghafalnya.
Malah mendengar melalui pita kaset. Namun saya tidak faham.
Okey. Kita akan baca bersama dan fikirkan.
Kita mulakan dari atas.
LALUAN SEROMBONG
Atas bermaksud laluan serombong, lucu sekali.
"Serombong akan mengembang apabila diketuk
dengan gula-gula tongkat sakti sebanyak tiga kali
dan menyanyikan baris pertama "We Wish You A Merry Christmas,"
dengan suara yang merdu."
-Sekejap. -Ya.
Bagaimana saya ingin tentukan hadiah yang sesuai
diberikan kepada setiap kanak-kanak?
Jika saya belum tentukan siapa yang nakal atau baik,
bagaimana saya ingin memilih hadiah mereka?
Ia satu proses yang sukar.
Okey.
Ini senarainya. Penuh dengan nama.
Sesetengahnya baik dan sesetengahnya nakal.
Ada nama yang belum diisi lagi, dan itu tugas awak, faham?
Ayah sentiasa berkata, "Rupa kanak-kanak tidak penting.
Sebaliknya isi hati mereka.
Awak harus menyelami perasaan mereka."
Saya menyukainya.
Bagaimana caranya?
Entahlah. Saya...
-Saya kira, fokus dengan teliti? -Okey.
Baik.
Dia meniru dalam setiap ujian matematik yang didudukinya.
Dia budak paling nakal pernah saya lihat.
Ya.
Dia selamatkan anak kucing di atas pokok
selepas melawat neneknya di rumah penjagaan.
Ertinya, dia budak yang baik?
Okey, kita harus kenal pasti
hadiah Krismas yang diinginkan oleh mereka. Ini dia.
-Tiket perlawanan futbol. -iPad.
No comments yet. Be the first to leave one.