لومړۍ 200 کرښې.
CINTA LAHIR DARIPADA SATU JIWA YANG MENGHUNI DUA JASAD - ARISTOTLE
Seorang penari pernah kata,
"Kadang-kadang, cinta datang tanpa diundang
dalam cara yang tidak disangka-sangka."
Kerinduan yang terpendam.
Keghairahan yang tidak terungkap.
Elegan dan mempesona.
Menggila dan membara.
Malu, tapi mahu.
Kepada siapa kita bisikkan cinta kita?
Apa yang membuatkan kita terus berharap?
Mungkin tarian ialah sebuah wadah…
untuk menyemai cinta.
Langkah yang tuntas.
Lenggok yang sempurna.
Tarian dia cukup mempesonakan, tapi ada sesuatu yang hilang.
Aku jumpa jawapannya
setahun yang lalu.
1 TAHUN SEBELUMNYA
Kejohanan Tarian Terbuka Jepun ke-31,
Juara Divisyen Amerika Latin,
Suzuki Shinya dan Tajima Aki.
KEJOHANAN TARIAN TERBUKA JEPUN KALI KE-31
Juara Divisyen
Sugiki Shinya dan Yagami Fusako.
Tahniah, Encik Sugiki!
Dikenali sebagai "Maharaja", beliau merupakan johan tiga kejohanan UK…
Aku benci dia.
Entah kenapa, aku meluat tengok dia.
- Tahniah! - Sugiki!
Seterusnya, dijemput juara-juara kita untuk mempersembahkan tarian penghormatan.
Dipersilakan.
Kejohanan tarian dipecahkan kepada dua kategori.
Sugiki Shinya pakar tarian
Waltz, tanggo, waltz Vienna, foxtrot
Lima tarian
Aku pakar kategori satu lagi, Amerika Latin.
Caca, samba, rumba,
Lima tarian Latin.
Penari dua gaya ini tak pernah beradu antara satu sama lain
kecuali dalam satu kejohanan…
10 Dance.
TARIAN
Piala dunia tarian,
10 Dance ialah lantai keramat
untuk membuktikan penguasaan kedua-dua gaya tarian.
Ia memerlukan stamina untuk menari 40 lagu dalam sehari,
setiap satunya dengan gerakan tersendiri.
TARIAN LATIN
Penari perlu fokus selama berjam-jam.
Rohani dan jasmani diperah habis-habisan
dalam triatlon yang glamor ini.
Itulah pengecualiannya.
10 Dance.
- Tahniah. - Tahniah, Encik Sugiki.
Tahniah.
Dah lama awak tak bertanding di Jepun. Apa perasaan awak?
Ya, memang dah lama.
Saya yakin peminat dapat lihat sisi baharu kami yang…
Sugiki menang lagi selepas jelajah luar negara dia.
Tenggelam Suzuki Shinya dibuatnya.
Suzuki Shinya dan Sugiki Shinya.
Dua penari dengan nama yang sama, tapi berbeza gaya tariannya.
Sejujurnya, mereka ibarat langit dan bumi.
- Jom. - Okey.
Maaf.
Apa?
Sugiki ajak kita masuk 10 Dance? Bila dia ajak?
- Sekejap tadi. - Apa?
Aku tolak.
Seriuslah?
Inilah peluang kita untuk belajar sendiri dengan dia.
- Habis itu? - Apa?
Ada apa dengan dia? Peduli apa aku.
Apa masalah kau?
Kau ingat senang nak menang? Kau tahu kita kena menari berapa lagu?
Lima
Sepuluh tarian setiap pusingan sampai pusingan akhir.
Semua sekali, 40 lagu.
Paling banyak pun, kita menari 20 lagu saja.
Bayangkan dua kali ganda.
Seronoknya dapat menarik dengan Sugiki walaupun berlatih saja.
- Kisah pula aku? - Aku dah bosan menari Latin.
Aku asyik bawa watak pencurang yang kena tinggal dengan lelaki.
Kau yang cakap kau tak nak bawa watak puteri.
Bila masa?
Kita juara kebangsaan saja. Mereka juara dunia…
Naib juara.
Naib juara Kejohanan Dunia.
Aku tak pernah jadi juara dunia.
Aku tahu kenapa kau tak pernah menang.
- Sebab orang Asia takkan menang. - Sampai bila kau boleh menari?
Kau juara kebangsaan, tapi tak pernah bertanding di luar.
Sebab aku suka jadi jaguh kampung.
- Jangan kacau aku. - Jaguh kampung yang penakut.
Nampaknya, aku silap menilai kau.
Aku ingat dengan bakat dan fizikal itu, kau boleh pergi jauh.
Apa?
- Kau nak gaduh? - Nampaknya, kau anggap aku lawan.
Buang masa aku saja.
Kau nak pergi mana?
Aku setuju.
Kau tak takut?
Kau yakin kau boleh menang?
Jangan menyesal pula.
Aku takkan menyesal.
Aku akan tunggu kau di pusingan akhir, budak Latin.
Dia cakap apa?
Suzuki?
Dia panggil aku "budak Latin"
sebab aku ada darah Amerika Latin.
Jauh di sudut hati, aku teruja.
Keterujaan untuk hanyut dalam keghairahan.
Hei, bodoh.
Bangun!
Selamat pagi.
Cepat pakai baju. Nanti selesema.
Mana satu baju kau? Yang ini?
Selamat pagi. Nah, pakai baju.
Bangun, semua.
Bersepahnya.
Seriuslah?
Pakailah baju kau, bodoh.
Cepat! Bangun, semua!
Cepat.
Macam mana sekarang?
Kita nak bertanding atau tidak?
Kau dah setuju semalam.
Aku tahu bukan senang,
tapi juara 10 Dance saja boleh mengaku yang dia penari terbaik.
Kau ajar mereka tarian Latin.
Sebagai balasan, Sugiki ajar kita tarian
Mungkin kita boleh jadi juara dunia.
Lantaklah.
- Aku tak kisah pasal semua itu. - Apa?
Cara dia pandang aku…
Meluat betul!
Tak payahlah jerit, bodoh.
Cepatlah sikit.
Cepatlah!
- Kau tahu tempatnya? - Ya.
Kau tak rasakah Yagami Fusako itu menakutkan?
Dia mesti sombong.
- Manalah aku tahu. - Takutnya!
Cepat.
STUDIO TARIAN SUGIKI
Wah, cantiknya studio dia!
Selamat datang.
Kau orang lambat 30 minit.
Suruh pasangan kau pakai skirt.
Maaf.
Biar saya tunjuk bilik persalinan.
Masuklah.
Wah, besarnya!
- Jangan malu-malu. - Terima kasih.
Wah!
Biar saya gantung jaket awak.
Terima kasih.
Terima kasih.
Awak rasa mereka boleh berkawan?
Jangan risau.
Sugiki yang beria-ia nak berlatih dengan Suzuki.
Dia tak nak orang lain selain Suzuki. Macam budak-budak.
Seriuslah? Macam manalah gaya dia, ya?
Aku nak tengok posisi
Okey.
Kau biasa menari tarian
- Aku profesional. - Oh, yalah.
Okey. Kau pimpin, aku ikut.
Rendahkan titik sentuh.
Perut ke lutut saja.
Satu, dua, tiga.
Satu, dua,
Waltz ialah tarian memikat,
tapi tangan rasa macam kena gari.
Walaupun nampak elegan, pasangan kita yang kawal segalanya.
Maaf lambat.
- Kenapa ini? - Dia gesel pelir dia dekat aku.
Maafkan dia.
Tak apa.
Boleh kita mula?
Okey.
- Awak Kelas D, bukan? - Ya.
Awak ikut saja titik sentuh saya.
Okey.
Macam mana?
Kau nak sambung?
- Aku tak paksa. - Satu, dua,
- Depa tangan… - Dua, tiga, empat.
Dua, tiga,
Dua, tiga, empat.
Dua, tiga,
Dua, tiga, empat.
Dua, tiga dan empat.
Dua, tiga, empat.
Dua, tiga dan empat.
Dua, tiga, empat.
Dua, tiga dan empat.
Okey.
- Cukup. - Apa pendapat kau?
No comments yet. Be the first to leave one.