لومړۍ 200 کرښې.
BERDASARKAN BUKU MR. & MRS. AMERICAN PIE
OLEH JULIET McDANIEL
Habis.
Habis.
Robert?
Di mana Robert saya?
Goncangkan martini lagi untuk saya.
Kemudian pura-pura jadi doktor.
Robert, tolonglah naik.
Tak mungkin awak masih marah, bukan?
Robert?
Robert?
Robert.
Seperti matahari pagi yang terbit,
tiada apa di Palm Beach yang ada kilauan potensi dan janji yang serupa
seperti penghantaran harian The Shiny Sheet.
Naik dan turun saham sosial, pengukuhan dan penyingkiran legasi,
ada yang dikecam dan ada yang masa lalunya dihina.
Terlalu banyak janji, terlalu banyak bahaya.
Seperti dijangka, saham Mary Davidsoul sangat tinggi pada pagi itu
disebabkan kejayaan lelongan fibrosisnya.
Kedudukan sosial Dinah masih tinggi
disebabkan semua yang dia buat untuk Anak-Anak Kanser.
Nampaknya saham Raquel sentiasa menjadi persoalan,
tapi dia risikokan segalanya
untuk majlis tariannya akan datang.
Evelyn, yang sememangnya
pendominasi seterusnya nampaknya keliru pagi itu.
Sementara itu, kedudukan sosial tertentu seseorang
nampaknya lebih kuat dengan stroknya.
Saya pula dapat tahu, di akhir musim Tarian Beach,
gala terbesar tahunan,
yang tak pernah gagal kukuhkan semula kedudukan sosialnya di puncak
kerana setiap musim hampir berakhir,
adalah peluang yang didambakan setiap sosialit Palm Beach.
Tapi dengan kesihatannya yang semakin baik,
siapa tahu apa akan berlaku di masa depan...
untuk kami semua?
Hei! Apa awak buat...
Jangan sentuh pakaian dalam saya, penyumbaleweng!
Ambil barang-barang awak dan berambus.
Selamat kembali.
Tak. Tiada barang kemas hari ini. Saya perlu hantar telegram.
- Mulakan. - Okey.
"Lapangan Terbang Chicago O'Hare, Trans World Airlines, ruang rehat juruterbang,
Kapten Dellacorte atau Simmons.
Berita penting." Berhenti. "Norma semakin sihat." Berhenti.
"Warisan beberapa minggu atau bulan saja lagi." Berhenti.
"Penginapan bertukar." Berhenti. "Akan beri alamat baru nanti." Berhenti.
- Awak dapat? - Dua dolar.
Apa saya nak buat memandangkan ratu masih belum mati?
Dah lama saya bergantung kepada moto
daripada zaman ratu cantik saya,
"Orang yang kuat takkan pernah gagal."
Ia sedikit Latin.
- Maxine? - Mitzi!
Kekasih saya tinggalkan saya malam tadi.
Sayang. Ambil ini.
Ya.
Selepas kami berasmara dan ke Tembok Besar China
untuk makan udang pedas dan panas yang saya bayar...
Kamu berasmara sebelum makan malam?
Lihatlah apa yang saya ada.
Awak nampak not 20 dolar yang dibingkaikan ini?
Ini pampasan kewangan pertama saya pernah terima
daripada kerjaya ratu cantik saya.
Malangnya, ia juga duit terakhir yang saya ada.
Saya hampir pecahkan bingkainya untuk cuba beli minyak pagi tadi.
Semasa saya mengangkatnya, memandangnya,
kemudian saya berhenti dan cakap, "Jangan!
Seseorang yang baru nak memulakan kerjaya
mungkin boleh gunakannya sebagai inspirasi.
Atau sekurang-kurangnya untuk bil udang pedas dan panas."
Sebagai satu-satunya orang jujur yang saya pernah jumpa Palm Beach,
saya nak awak mengambilnya, khususnya sekarang.
Mungkin kita boleh gunakannya sebagai bayaran untuk, Cutex Perak Ais Beku.
Tangan saya perlukan Mitzi.
Maxine. Awak tak baca The Shiny Sheet pagi ini?
Tak. Apa? Kenapa? Saya berkemas.
Awak berita utama.
Apa?
"Siapa Pn. Douglas Dellacorte?"
Oh Tuhan. Saya rasa nak muntah.
Atau mungkin saya nak buang air besar. Tak, rasanya saya nak muntah.
- Atau mungkin kedua-duanya! - Bacalah semuanya, Maxine!
"Selepas membuat kejutan dengan begitu bersemangat
di lelongan untuk fibrosis malam tadi,
semua nak kenal siapa Pn. Douglas Dellacorte."
"Dengan Norma Dellacorte yang tak berupaya,
apa akan berlaku kepada Tarian Beach akhir musim yang terkenal
yang diadakan di depan pantai Estet Dellacorte selama 49 tahun?"
Betty yang bijak dah sampai.
Dia dalam perjalanan untuk pra-makan malam juga koktel
dengan sifon sutera menawan ini.
Ini adalah versi maxi untuk dedahkan buku lali.
"Adakah pewaris nama akan jadi pewaris gala?"
Kawan-kawan.
Saya datang untuk kurangkan kebimbangan kamu.
Tarian Beach akan tetap berlangsung.
Sudah tentu kamu akan dapat jemputan.
Sayang, gembira mendengarnya. Kami sedang menonton peragaan fesyen.
Saya suka menonton peragaan fesyen.
Terima kasih, semua. Terima kasih, Grayman.
Dia di berita muka depan The Shiny Sheet pagi ini.
Boleh kita teruskan?
Doreen yang jelita.
Dia pakai gaun pinggang Empire, direka untuk mengagumkan.
Ada, sesiapa terima jemputan Tarian Beach
daripada Norma sebelum dia diserang strok?
Tiada.
Tanpa jemputan diedarkan,
saya nak tahu siapa awak akan jemput ke gala Norma nanti, Maxine.
Hanya kami? Lagipun, awak tak kenal ramai orang.
The Sheet akan laporkannya sebagai skandal.
Mantel ini menambah gaya kepada potongan serong mewah, sutera mentah,
gaun potongan A.
Saya suka merah jambu. Ia buat nampak muda dan hot dog!
Maxine, saya boleh tolong awak susun senarai tetamu.
Evelyn, terima kasih. Idea yang hebat.
Rahsia gala Norma adalah Rolodex miliknya yang terkenal,
mungkin objek paling berharga di seluruh Palm Beach,
yang dia simpan di dengan selamat di simpanan dan pinjaman,
- bersama permata lain yang berharga. - Ada permata berharga lain?
Di situlah dia simpan mahkotanya.
- Mahkota? - Tapi Rolodex...
Dengannya, ia beri jaminan yang orang-orang kaya dan terkenal
akan datang dari seluruh dunia.
Jika bukan untuk awak,
ia untuk beri penghormatan kepada Norma.
Tapi, Maxine, mungkin mereka akan datang untuk awak.
Sudah tentu mereka akan tanya soalan yang sama macam kami.
Macam soalan The Sheet, "Siapa Pn. Douglas Dellacorte?"
Semua orang nak tahu.
Jika kamu suka bermain ba cak,
seluar kaki sempit ini menyerlah
dengan tunik tanpa lengan kuning krep yang menawan.
Maxine, saya rasa ini peluang untuk kami
kenal diri awak yang sebenar.
Saya nak belanja kamu
sedikit koktel. Malam ini di kelab.
Saya yakin waktu koktel sesuai untuk kita, bukan?
Tapi malangnya awak tak boleh lakukannya di Palm Royale, sayang.
Malam ini acara tahunan
Makan Malam Perang Dunia Pertama Veteran Florida Selatan.
Malam esok?
Malangnya kita hanya ada masa malam ini, bukan?
Saya yakin semua orang nak lihat tempat tinggal awak, Maxine.
Peragakan kali terakhir.
Saya rasa jika awak bawa kami ke rumah awak,
ia pasti menghiburkan.
Hebat.
Saya akan, jumpa semua semasa waktu koktel.
Bagus. Di, mana kita patut jumpa?
Di Rumah Agam Dellacorte.
Sudah tentu.
Dungu! Tak guna!
Tenang, Maxine. Tenang.
Buat saja koktel dan layan mereka. Tak guna!
Tenang.
Apa yang awak buat?
Saya pindah masuk. Awak pindah keluar. Tolong kemas barang saya. Terima kasih.
Awak takkan pindah masuk, saya tak pindah keluar dan takkan. Ini bukan rumah awak.
Anehnya, ini rumah awak? Boleh beritahu sekali lagi apa awak buat di sini?
Saya dah cakap. Saya penjaga Norma.
Syabas, tentera
sebab dia dalam keadaan koma di rumah untuk orang yang diabaikan.
Saya yakin
lawatan awak semalam adalah lawatan pertama.
Awak boleh beredar sekarang. Bar arah sini?
Saya akan telefon polis dan beritahu saya nampak awak curi Stoned Mabel.
Polis? Silakan.
Tapi jangan lupa beritahu mereka yang saya dah pulangkannya.
- Pecah. - Tolonglah.
Tiada apa yang gam bulu mata tak boleh baiki.
Apabila mereka sampai ke sini, saya akan pastikan akan tunjuk
kepala surat baru saya yang jelas sekali tertulis Maxine Dellacorte.
Awak ada apa-apa kepala surat, Robert?
- Tiada. - Jika awak ada,
ada bertulis "Dellacorte" di mana-mana?
Tiada. Jadi, saya merayu kepada awak...
telefonlah mereka.
Jadini yang akan berlaku.
Saya akan cari bilik paling cantik di rumah ini untuk letak pakaian dalam saya
dan saya akan anjurkan parti koktel untuk para wanita.
Apabila mereka sampai ke sini, awak dah tiada.
- Tak boleh. - Apa awak cakap?
- Saya cakap tak boleh. - Pakai baju dan pergi.
Saya tak rasa nak buat begitu. Saya gembira begini.
- Baiklah. Awak patut pergi. - Paksalah saya.
Saya dah paksa. Jangan ikut saya lagi!
Awak patut kemas barang-barang awak.
Awak tak boleh naik. Ini bukan rumah awak.
Ia lebih kepada rumah saya berbanding rumah awak.
Tempat ini macam lokasi jenayah.
- Sekejap, apa maksud awak? - Awak pura-pura jaga Norma,
tapi tak bersihkan biliknya?
Di sinilah ia berlaku.
- Serangan stroknya. - Jadi?
Tak boleh hentikan serangan strok untuk kemas katil.
- Pembantu rumah kemas selepas itu. - Saya bukan pembantu rumah.
No comments yet. Be the first to leave one.