لومړۍ 200 کرښې.
SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX
NEGERI COAHUILA, MEXICO
- Juan, apa khabar? - Carlos, apa khabar?
- Sihat. - Baguslah.
- Kasut lagi, ya? - Ya, kasut lagi.
- Itu pun tak cukup-cukup lagi. - Tak, tak cukup-cukup lagi.
Kunci! Cepat beri kunci!
- Tolong bertenang! - Cepat beri!
Sepuluh ribu.
Hai, semua. Apa khabar?
- Mana Juan? - Juan?
Sibuk di telefon.
Dia memang suka curi tulang.
Dia pemalas.
Baik, apa awak bawa?
Kasut lagi.
Kasut lagi, macam biasa.
Terima kasih.
Ini saya punya.
Saya punya.
Ikat ini.
Ikat belakang. Cepat.
Ikat belakang sekarang!
Ayuh!
Cepat!
Selamat tinggal, bodoh.
Tuhan yang Maha Kuasa, ampunkan hamba-Mu ini.
Ampunkan dosa-dosaku.
Lindungilah keluargaku, mereka tidak berdosa.
Saya tak mahu mati.
Anda rasa bertuah?
Anda tiba di tempat yang betul.
Berseronok bawah matahari? Tiada masalah.
Seratus cara untuk menang? Mudah.
Jika anda tidak puas bermain sepanjang hari,
anda boleh main sepanjang malam.
- Hai, saya Marty Byrde. - Saya Wendy Byrde.
Jika anda buat pertaruhan destinasi percutian, buat keputusan betul.
Kunjungi kami di Missouri Belle.
Ia pasti membawa pulangan!
Kasino Missouri Belle dibuka 24 jam sehari,
365 hari setahun.
Ayuh kunjungi kami di Pantai Osage.
Saya rasa perlu lagi animasi bintang.
Awak rasa?
Idea bagus.
Baik, saya akan buat. Okey.
Terima kasih banyak.
Ada apa lagi hari ini?
Perempuan yang mahu buka kiosk cincin jari kaki itu akan datang pukul 10.
Tengah hari nanti, patut jumpa presiden Persatuan Doktor Gigi Midwest.
IMEJ MENGERIKAN PERANG KARTEL
Tengah hari?
Ya.
KASINO
Selamat pagi, tuan.
Pukul dua, Hentian Rehat Jalan Paddock, I-70.
Mak awak banyak hisap ganja semasa mengandungkan awak?
Atau sedut tong cat?
Apa masalah awak?
Kita dah guna tempat itu.
Tiga bulan lalu.
Kita kena ubah tempat penghantaran, kalau-kalau kita diawasi.
Maknanya hari berbeza, minggu berbeza,
dan tempat berbeza juga.
Apa lagi ada?
Saya lebih tahu tentang kerja ini berbanding awak.
Nampak macam tak pun.
Ada taman terbiar sebelah I-29, dekat batu penanda 57.
Saya dah suruh orang saya ke sana.
Saya ada penghantaran lain.
Baik, saya akan ke taman itu pukul empat.
Patutnya itu cukup masa
untuk mereka guna otak dan hafal tempat baru itu.
Jangan lambat.
Ruth, tolong beri saya air.
Baru pukul 10
tapi badan dah bau arak.
Sudah. Jangan cari fasal, boleh?
Apa perkembangan kejohanan pakau itu?
Kalau ayah saya yang ketuai mafia KC…
Tapi bukan dia. Jadi diam.
Kita dah kena bayar mereka sebab kita buat mereka marah.
Okey? Pastikan awak bawa penjudi kaya.
- Faham? - Okey.
Jadi kalau kita buat kejohanan, kita dah boleh mula kerja?
Tidak, ini hanya mahu tarik lebih ramai pengunjung dulu.
Kita memang dah kerja pun.
Dah ada lima penghantaran.
Tak apa, saya tak kisah berurusan dengan orang bangang.
Saya pengurusan, saya matang.
Tapi sia-sia saja ada duit itu kalau Buddy berpeluk tubuh saja.
Dengar sini.
Saya tak nak mula cuci duit lagi sampai saya rasa selamat.
Kita dah ambil 200 orang bekerja.
Kalau ikut hukum purata, kita dah ada pun pengintip FBI.
Maknanya awak patut tapis orang lebih teliti.
Hanya ada kami berdua di meja, nak tapis macam mana lagi?
Habis macam mana nak percaya lagi?
Dengar sini.
Manusia sendiri memang bersifat tak terduga. Okey?
Kalau satu orang buat satu pertaruhan, saya tak tahu.
Tapi ikut hukum angka besar, sejuta orang buat sejuta pertaruhan
akan menunjukkan corak yang boleh diramal.
Kalau ada sejuta orang masuk kasino kita,
saya boleh ramal tiga peratus akan cuba menipu kita,
dan 1.2 peratus lagi dihantar ke sini
untuk tangkap kita buat jenayah.
Ada corak menunjukkan tiga peratus itu cuba tipu kita
dan ada corak menunjukkan 1.2 peratus itu mahu tangkap kita.
Kalau awak beri saya masa untuk mengawasi mereka,
saya akan jumpa corak itu.
Jumpa nanti.
Awak memang suka buat begini rupanya.
Saya hanya mahu kita selamat.
Judi memang ada tarikan tersendiri
tapi tak semua orang suka.
Saya rasa awak tentu tahu
golongan doktor gigi ini ada macam-macam orang.
Sebab itu saya rasa kami adalah pilihan sempurna untuk awak.
Kami bukan hanya Missouri Belle.
Ada tasik. Ada seluruh komuniti.
Ada banyak cara untuk menikmati hidup di sini.
Cuma…
Saya presiden,
dan konvensyen ini adalah legasi saya.
Presiden sebelum ini bawa kami ke Branson.
Awak pernah pergi?
Ia bukan sebarang tempat.
Lebih daripada itu.
Kami tengok Molly Hatchet
buat persembahan pembukaan untuk 38 Special.
- Dr. Meade… - Fred.
Baik. Awak terus cakap sajalah, Fred.
Apa yang awak jangkakan
kalau mahu kami anjurkan konvensyen awak?
REO Speedwagon.
- REO Speedwagon. - Ya.
Kalau awak boleh ambil mereka buat persembahan,
baru kami akan datang tempat awak.
AKTIVITI TERBARU
WYATT LANGMORE WANG DIHANTAR 1,000 DOLAR
TIDAK DITUNTUT
Tak guna.
Awak lambat dua jam!
Kenapa marah sangat?
Saya baru cakap tadi.
Oh, ya. Saya faham.
Tengah haid, ya?
Cepatlah beri saja.
Okey.
Tempat ini cantik.
Patutlah awak mahu kami pandu tiga jam untuk ke ceruk sini.
Tapi tak boleh guna lagi.
- Lain kali jangan lambat lagi. - Yalah.
Helo?
Selamat tinggal!
Hai.
Kamu bertuah hari ini.
Ada dua keping stik dalam peti sejuk.
Kamu tolong keluarkan dan saya akan masak untuk kita.
"Wah, Ruth. Macam sedap saja."
"Awak sangat baik. Terima kasih."
Macam sedap saja.
Apa senyum-senyum?
Nenek Stacey ajak saya makan sloppy joe .
Tapi saya boleh kata tak jadi.
Tak sangka ada juga orang mahukan kamu.
Itu namanya "melombong" emas dan kita jual pukal kepada broker.
Macam pertukaran komoditi. Kemudian…
pihak ketiga akan menjualnya di pasaran luas.
Terima kasih sebab masak. Bau sedap.
Tahu tak sesuai dengan apa?
Mak?
Satu.
Tapi sayang, mak tak faham. Ini cuma permainan komputer saja.
- Bukan emas betul. - Tapi pemainnya betul.
Mereka jenis yang tak sabar.
Mereka selalu mahu naikkan tahap…
- Hai. Sedap bau. - …dan emas boleh membeli itu.
Itu sahkah?
Memang tak, tapi kita boleh log masuk dengan nama lain.
Mak tak berapa sukalah.
Bulan ini saya dapat 6,000 dolar.
Enam ribu? Buat apa? Macam seronok.
Kasino kita dibuka 24 jam. Awak tak perlu awasinya sepanjang masa.
Saya tahu, sayang. Kami sedang…
- Jangan main telefon waktu makan. - Mak nak kamu
cari kerja sambilan musim panas ini.
Kerja yang seronok.
Kalau boleh, kerja di luar.
Sekejap. Ayah terlepas hari jadi ke-21 kamu? Apa semua ini?
Bukan, kami… Sayang, satu saja.
Satu saja. Baiklah.
Mak dan ayah akan ke terapi esok?
Ya, kami akan ke terapi esok. Kami tahu peraturan kamu, Charlotte.
Tapi saya tak perlu kerja. Saya dah ada kerja.
"Melombong" emas palsu bukan kerja namanya.
Oh, ya. Saya baru ingat. Saya ada…
Saya ada idea bisnes untuk dibincangkan dengan awak.
No comments yet. Be the first to leave one.