Novak Djokovic: The Wolf in Winter

Novak Djokovic: The Wolf in Winter

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

د خپرونې معلومات

Novak Djokovic The Wolf In Winter 2026 AMZN WEB H264-GRACE
د لخوا تبصره tedi
Retail AMZN | 1:32:54

تګونه

webdl
په خپور شو: 2026-08-20
ډاونلوډونه: 0
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

SERIGALA / KATA NAMA 1. SIMBOL KEBERANIAN DAN KEBEBASAN

DALAM KISAH RAKYAT BALKAN.

2. HAIWAN KEBANGSAAN SERBIA.

Kebijaksanaan sebenar

adalah tahu bila harus melepaskan dan membebaskan diri.

Dalam hidup ini, tiada nikmat yang lebih besar daripada rasa bebas.

Novak sebenarnya banyak menyimpan rasa.

Jiwanya halus dan lembut.

Tapi dia juga marah. Ada kemarahan yang dia pendam.

Mungkin perasaan itu daripada perasaan tak diluah

dan terpaksa dia sembunyikan selama ini.

Dia budak yang suka bermain, buat perkara yang dia suka.

Dia sangat bagus, tapi

saya rasa tak pernah ada peluang untuk budak generasi itu

untuk banyak bermain.

Baginya, tenis tempat dia berteduh.

Di situlah dia rasa disayangi.

BERLARI BERSAMA SERIGALAKU

Saya tak pernah rasa cukup dengan apa yang saya miliki atau siapa diri saya.

Saya sentiasa ingin menjadi lebih baik, lebih pantas dan kuat.

Sering kali saya merasakan saya memenjarakan diri sendiri.

Untuk berkembang maju

dan mencapai tahap maksimum kemampuan anda,

anda perlu mengubah setiap bahagian hidup sepenuhnya

di luar gelanggang tenis untuk digunakan di gelanggang.

Semua itu ada harganya.

Saya rasa dia tak dihargai…

JUARA GRAND SLAM 8 KALI

…dengan setimpal

atas sumbangannya kepada dunia tenis.

TERBUKA AUSTRALIA 2025

Tiada siapa mampu menandingi pencapaiannya.

Bagi saya, amat jelas sekali

dia yang terbaik.

Dia lebih banyak memenangi Masters.

Begitu juga gelaran Grand Slam.

Termasuk kedudukan nombor satu.

Dia sudah menyahut segala cabaran.

WARTAWAN

Tapi tubuhnya bersuara…

"Cukuplah."

Sejujurnya, saya tiada tarikh dalam fikiran saya

tentang tarikh luput kerjaya saya.

Banyak desas-desus tentangnya.

Dah bertahun-tahun orang suruh saya bersara.

Saya kata, "Kenapa pula?

Saya masih bersaing di peringkat tertinggi.

Kedudukan lima teratas, sepuluh teratas di dunia.

Kenapa saya perlu cakap tentang persaraan

sedangkan saya membuktikan yang saya masih boleh menang?"

5 BULAN SEBELUM ITU SUKAN OLIMPIK PARIS, PERANCIS

Pingat emas Olimpik saja yang belum saya miliki.

NOVAK EMAS

Memenangi emas itu adalah kemuncaknya.

Matlamat saya jelas.

Peminat bersedia menantikan perlawanan akhir yang pasti menakjubkan

dalam penentuan pingat emas bagi kategori Perseorangan Lelaki.

Novak Djokovic akan berdepan Carlos Alcaraz.

Novak memegang 24 gelaran Grand Slam.

Olimpik kali kelima.

Dia mahu emas Olimpik untuk Serbia selama 20 tahun.

Dua puluh tahun.

Cuma ada satu peluang setiap empat tahun.

Apabila anda kalah…

EMAS OLIMPIK DUA KALI

…sangat sukar untuk menerima hal itu.

"Saya perlu tunggu empat tahun lagi untuk cuba."

Carlos Alcaraz mempunyai bakat yang terserlah.

Umurnya 21 tahun. Menang empat Major.

Menjelang Sukan Olimpik, Novak tak menang sebarang kejohanan sepanjang tahun.

Adakah ini titik perubahannya?

Memanglah Alcaraz lebih dijangka menang,

tapi bila tiba saatnya, Novak tetap Novak.

PENGURUS TENIS NOVAK

Novak Djokovic!

Anda boleh rasa dia bermain bukan untuk meraih pingat perak.

PERLAWANAN PINGAT EMAS MATA SERI

Berikan tepukan gemuruh!

-Ayuh! -Berdirilah!

Sungguh meletihkan untuk mengharungi tekanan dan asakan

kerana perlu sentiasa menjadi yang terbaik.

Saya terfikir, "Alangkah hebatnya jika dia menang emas Olimpik."

ISTERI NOVAK

"Itulah dia. Tak perlu buktikan kepada sesiapa atau diri sendiri."

Permainan tamat, Djokovic.

Dua berbalas kosong.

Novak Djokovic meraih emas untuk Serbia.

PERSEORANGAN LELAKI PEMENANG - PERLAWANAN PINGAT EMAS

Saya menangis kerana amat gembira dan lega.

Saya ingat jurulatihnya menjerit,

"Permainan tamat! Dia dah berjaya buat semua."

Saya memandangnya, "Oh, Tuhan. Tengoklah apa pula nanti."

Dia kata, "Tak, dia pasti mahu…"

Saya kata, "Dia memang akan teruskan sebab suka main tenis,

tapi sudah tentu tiada jalan keluar untuknya."

SEHARI SELEPAS MEMENANGI EMAS OLIMPIK

Apakah perasaan awak?

Saya baru merasainya.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dan saya sempat merasainya.

Dalam satu cara, saya tak dapat melihat gambaran besar dengan tenang.

Saya tak pernah menang Olimpik, jadi bagi saya…

kemuncak kerjaya saya.

Memandangkan kekalahan dalam Olimpik sebelumnya,

perasaan saya, kemudian emosi naik turun

yang saya lalui.

Kemudian, sambutan berlarutan tujuh hingga sepuluh hari selepas itu.

LAPAN HARI SELEPAS MEMENANGI EMAS OLIMPIK

Novak!

Berhati-hati.

Pandu terus.

Olimpik sangat meletihkan, walaupun memberi ganjaran

dan betapa indah dapat merasainya serta memenangi emas

bersama keluarga, kembali ke Serbia

dan meraikannya.

Ini satu perasaan terhebat yang dapat dirasai atlet Serbia.

Terima kasih sekali lagi. Majulah Serbia. Ayuh!

Apabila anda berada di puncak dan menguasai…

apabila rasa anda yang terbaik tanpa mengira usia anda,

anda nak teruskan.

Novak nekad.

Saya rasa ini peluang terbaiknya untuk menang lagi.

Dia perlu hadapi kesukaran di Melbourne

jika ingin memenangi Grand Slam ke-25 untuknya.

Kemenangan kali ke-25 dan dia mahukannya.

Ada tiga cara untuk bersara dalam sukan.

Permainan itu sendiri

dan pelapis yang dahulunya lemah

kini kalahkan anda.

Badan sendiri akan buat anda bersara. Anda bangun…

"Kita tak boleh teruskan lagi."

Atau anda berada di puncak.

Kebanyakan pemain…

perlukan pintu nombor satu.

"Jika tiada sesiapa dapat kalahkan saya…

kenapa nak berhenti?"

Amat mustahil

Novak Djokovic akan serahkan legasinya semudah itu.

Anda kena ambil.

Semua orang tanya, "Bila awak akan bersara?"

Dia pasti merasai perasaan yang bercampur-baur.

Ini keputusan terbesar dalam hidupnya.

EMPAT TAHUN

Saya mula bermain sekitar empat, lima tahun.

Membesar di pergunungan saya banyak bermain ski.

Tapi tenis…

sukan dominan di hati saya.

Ayah saya peluncur ski profesional.

Dia pengajar ketika berhenti main ski

dan mengajar ibu saya di lereng ski.

Dia menghampirinya, di situlah bibit cinta bermula.

Mereka tinggal di gunung itu.

Mereka buka restoran.

KELAB COKE RUI

Pada musim panas, ada gelanggang tenis dibina

bersebelahan restoran.

Ketika gelanggang itu dibina,

saya datang sebab restoran kami.

Saya bantu pekerja sebab saya…

Saya tak pernah dengar pasal tenis.

Keluarga saya tak pernah bermain tenis.

Para pekerja itu sedang bina gelanggang tenis.

Saya tanya, "Apa itu?" Mereka balas, "Sejenis sukan.

Seronok. Main guna raket." Saya bertanya kepada ayah.

Saya mula menontonnya di TV dan saya membantu para pekerja.

Saya bawa minuman percuma dari restoran.

Sebagai balasannya, mereka membenarkan saya membantu.

Kami suka bersukan, sentiasa menonton sukan di TV.

IBU NOVAK

Saluran sukan dan dia tonton Wimbledon.

Permainan tamat untuk Agassi!

Dia kata, "Saya nak cuba. Saya nak sebuah raket."

Jadi, ayah belikan raket kecil.

Ayuh! Sasarkan kepada ayah kamu!

Dia mula main di luar, di depan restoran kami.

Sasarkan kepada ayah kamu!

Sekarang!

Dia juara. Memang tahu. Ayuh!

Dia kata nak terus main, kami hantar ke kem tenis.

Tenang! Macam itulah!

Ayuh. Ayunkan!

Gerak sekarang.

Bagus. Dua lagi…

…dan selesai.

Ayuh, Nole!

Ada aiskrim nanti.

Penkek?

Ya, boleh saja. Ayuh!

Dia bertanding ketika kem itu.

Saya memerhatikannya.

Dia menangis ketika kalah.

Saya kata, "Tak apa. Baru sekali. "Tak, saya tak nak…"

Dia tak nak kalah.

Jelena Genčić ibu tenis saya, itulah gelaran saya beri.

Pengaruhnya terhadap saya sangat besar.

Dia merupakan salah seorang jurulatih awal Monica Seles.

Saya ternampak seorang budak kecil…

JURULATIH TENIS

…di sebalik pagar.

Dia memerhati sepanjang pagi.

Saya tanya kepadanya, "Kamu tahu apa kami buat di sini?"

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left