لومړۍ 140 کرښې.
- -
Nah!
Untuk kecederaan awak.
Dia tak ada di sini.
- - Uno sibuk buat masa sekarang.
Tapi dia ada tinggalkan tugas untuk awak...
Terdapat seorang lagi yang masih belum melaporkan diri.
Cuatro.
- Dulu dia merupakan... - Ejen Tekno MATA.
Profesor Akram. Saya tahu.
Ya, Uno ada memberitahu yang awak berdua saling mengenali.
Itulah sebabnya dia mengarahkan supaya awak yang membawa Cuatro ke sini.
Walaupun sukar untuk dicari,
akhirnya saya mengesan lokasi dia di kawasan hutan di utara Cyberaya.
Baik. Saya akan bertolak dalam masa dua jam lagi.
- -
Cuatro merupakan aset yang penting bagi projek Uno.
Saya akan sertai awak untuk pastikan tugas ini selesai.
Kita akan bertolak selepas sepuluh minit.
Jangan lambat.
Jadi, tuan nak saya teruskan pakai IRIS?
Saya nak awak jadi super-ejen seperti yang diharapkan dari projek IRIS.
Tapi...macam mana?
Akademi ini boleh bimbing awak.
Itulah sebabnya awak dibawa ke sini.
Kelas latihan dan para mentor
akan membentuk awak menjadi seorang ejen yang sangat berkebolehan.
Saya akan usulkan untuk awak dimasukkan semula.
Tapi lepas apa yang dah jadi,
macam mana saya nak hadapi ejen-ejen lain?
Semua orang buat silap, Ali.
- Tak perlu nak malu sangat. - Bukan malu!
Tapi...
mereka semua dah benci saya.
Mungkin awak patut minta maaf dulu.
Err...
Saya...
Saya nak minta maaf...
Itu saja?
Saya...
Saya tak tahu nak cakap apa lagi...
Apa masalah awak sebenarnya?
Bukan saya. IRIS yang...
Buang masa betul!
Sudahlah...
Betul!
- Saya tak boleh... - Dahlah. Jom pergi.
...kawal...
Pak Cik...macam mana ni? Semua orang tak nak...
Awak kena bertanggungjawab, Ali. Awak tak sedarkah?
Kalau bukan sebab awak yang cari bahaya, IRIS takkan masuk override.
Ramai yang dah cedera.
Sampai Comot pun kena. Takkan asyik salahkan IRIS saja.
Maaf...
Aduh!
Balasan!
Sebab awak curi setem ID saya dan buatkan saya gagal sebagai pelindung IRIS.
Apa? Teruk saya kena marah dengan Jeneral awak tahu tak!
- Yalah, saya minta maaf... - Dahlah...
Tak habis dengan maaf awak.
Cepat! Latihan dah nak mula!
Neuro, Inviso, Kombat dan Tekno.
Awak semua mesti belajar untuk memahami dan menjalankan peranan masing-masing.
Ejen Neuro harus tajam daya pemerhatian dan berfikiran kritikal.
Peka dengan semua yang sedang berlaku.
Semasa misi, mereka perlu menganalisa situasi dan pantas mengatur strategi.
Ejen Inviso pula adalah lebih...licik.
Pandai membuka jalan apabila berdepan dengan halangan.
Kami selalunya yang akan menyelinap menembusi pertahanan musuh.
Menyerang mereka pada saat yang tidak diduga.
Ejen Kombat mesti gagah serta mahir berlawan.
Bersemangat kental, pantang berundur!
Kita yang menentang musuh secara berhadapan
dan menentukan rentak pertempuran
- -
Ejen Tekno merupakan golongan yang sangat berbakat
dalam bidang teknologi.
Masing-masing ada kepakaran tersendiri dalam mengendalikan alatan canggih.
Kami melengkapkan keperluan pasukan
dan menjalankan peranan yang lebih khusus mengikut objektif misi.
Ali! Awak nak pergi mana?
- -
Boleh tahan.
Satu lagi persembahan yang kurang memuaskan, Ali.
Nampaknya awak masih kurang faham mengenai peranan teras.
Objektif yang khusus telah diberikan untuk awak...
Tapi Zass dah nak dekat masa tu!
- Saya boleh nampak dengan IRIS. - Itu sebabnya penting awak berkomunikasi!
Kan saya dah pesan semasa dalam kelas?
Nantikan arahan, ataupun lapor pada pasukan.
- Saya... - Jangan asyik nak berlagak hero, Ali.
Ejen MATA tak sepatutnya bertindak seorang diri.
KAWASAN LARANGAN SILA JAUHKAN DIRI
Silakan...
Kami akan menunggu di sini.
- Baik tak payah ikut. - Ini kan kerja awak.
Selesaikan tugas ini atau awak akan diselesaikan.
- -
Dah mula!
Saya tak rasa dia akan berjaya.
Kecederaan dia dah jadikan dia lemah.
- -
Rizwan? Apa awak buat di sini?
Profesor...
Kenapa awak tak cakap apa-apa tadi?
Lain kali nak datang bagitahu dulu...
Kenapa macam dah lama tak nampak Comot?
Oh! Dia...tak berapa sihat sikit.
- Berapa nyawa dia tinggal? - Tangkap!
Ish. Lambat benar refleks awak.
Dah sedia semua?
Hari ni, kita main bola baling!
- Saya nak tiga orang satu pasukan. - Kita sepasukan.
- Kenapa pula? - Kan nak kena berlatih kerjasama.
Nak sepasukan dengan Viktor.
Bagilah kami peluang pula.
Kumpulan satu dan dua.
- Sila masuk sekarang. - Dah, cepat.
Ambil posisi!
Siapa terkena bola dari pihak lawan... keluar!
Singkir semua ahli lawan untuk menang.
Sedia!
Jaga awak, Viktor!
Ali, hantar bola tu!
Ambillah sendiri...
Ingatkan dia sasarkan orang lain tadi.
Susahnya nak kena.
Nanti! Baling sama-sama.
Satu, dua...
Baling!
- Apa tu? - Kenapa awak baling senget?
Awak yang suruh baling!
- - Pemenangnya...
- - Kumpulan satu!
- -
AKADEMI MATA
Ejen Zain! Tuan pergi mana?
- Lama tak jumpa! - Adalah...
Mana boleh bagitahu...
Rahsia. Sebenarnya, saya tak patut pun datang ke sini.
No comments yet. Be the first to leave one.