لومړۍ 200 کرښې.
SELAMAT DATANG
Ke hadapan En. Potter,
Sesetengah cerita mengubah kita.
Sila naik enam gerabak di depan sahaja.
Sesetengah cerita membentuk diri kita.
Tapi ada beberapa kisah kekal dengan kita…
Mula!
…seperti Budak Yang Terselamat.
Bakal diceritakan…
tak seperti sebelum ini.
Kisah Harry ialah karya terunggul oleh J.K Rowling
yang benar-benar mengasyikkan,
memerlukan dedikasi luar biasa untuk merealisasikan
sebuah dunia ajaib yang memukau dan tak terbatas.
Bagi mencipta dunia
yang begitu pelbagai, rumit dan luas
sampaikan mungkin mustahil untuk dilaksanakan…
sehinggalah para "ahli sihir" mula beraksi.
Kisah Harry Potter
telah menjadi fenomena luar biasa selama 30 tahun untuk orang muda
tapi turut menarik perhatian golongan daripada semua usia.
Untuk membayangkan semula karya Harry Potter…
memberi ruang berkembang,
menyampaikan dalam lapan episod, bukan sekadar filem dua jam,
menyelami segala keajaiban yang tersembunyi.
Kisahnya sudah ada, namun semuanya belum tersingkap.
Masih menanti di balik tirai, menunggu detiknya muncul.
Anda tunggu sekian lama untuk cipta sesuatu yang bermakna buat semua.
Saya rasa itulah yang akan terjadi.
Mereka telah memilih barisan pelakon yang luar biasa.
MENCARI YANG TERPILIH
- Kita berhenti kira pada 40,000. - Ya.
Ketika itu kami rasa tak perlu lagi kira,
- tapi kami tetap tonton semua. - Ya.
Kami cari seorang kanak-kanak yang…
membawa makna besar kepada ramai orang dalam cara berbeza.
Jadi, kami mencari seorang budak
yang mungkin pada zahirnya kelihatan biasa,
tapi sebenarnya sangat luar biasa.
Kami mahu memastikan semua kanak-kanak di UK
berpeluang sertai uji bakat melalui rakaman dalam talian.
Kemudian, kami pergi ke Manchester, Scotland, Ireland…
- dan… - Cardiff.
Cardiff, Wales.
Semasa uji bakat kanak-kanak, kami tahu ia proses yang panjang.
Kami bermula dengan Harry, Ron dan Hermione.
Mereka kawan baik.
Satu cabaran mengujakan untuk mencari tiga orang kanak-kanak
yang akan dipercayai sebagai kawan,
memiliki personaliti yang kuat dan berbeza.
Mereka budak biasa,
tapi semuanya luar biasa.
Ada keajaiban pada mereka.
Kami jumpa Alastair di Manchester, dia lucu dan menawan
dari mula lagi.
- Ini dia sampaikan… - Cerita dia.
- Ceritanya. - Puisi.
Ibu tak mahu anjing. Ibu silap.
Bukan itu saja, saya rasa dia tak mahu ular ini.
Itu hari pertama Alastair.
Kemudian, Arabella
di London.
"Hermione. Cakap lepas, mungkin kerana anak tunggal.
Kuasa utamanya ialah kecerdasan emosinya.
Dia ada aura watak utama."
- Ini uji bakat pertama Arabella. - Ya.
Dia sampaikan puisi "Invictus".
Tak kisah betapa sempit gerbang itu,
Betapa saratnya hukuman tertulis,
Akulah penguasa takdirku,
Akulah nakhoda jiwaku.
Hermione perlu sisi ceria,
jadi kami minta dia lakonkan babak bercakap kepada ibu bapanya
tentang Harry dan Ron.
Dia ketawa kecil dan mendengus sedikit.
Itulah rakaman yang tunjukkan dia ceria.
Kami sentiasa guna sesi uji bakat
yang dapat bantu pelakon
apabila tunjuk kepada pengarah dan penerbit.
Dengusan kecil Arabella penting
- dalam proses itu. - Ya.
SALAM DARI GLASGOW
Kami jumpa Dominic di Glasgow.
Apa cerita tentang Harry?
"Sinis pada dunia orang dewasa.
Hatinya lembut dan melankoli."
- Ciri menyendiri… - Dia suka menyendiri.
Membesar seorang diri.
Membesar seorang diri dan…
Dia seorang yang cekal.
"Artful Dodger bukan Oliver Twist."
Ringkasnya, pelakon hebat.
- Umur sepuluh tahun. Ya. - Ya, itulah ringkasan…
- Dia ada banyak kualiti berbeza. - Sangat banyak.
Dominic datang dan dia sampaikan
puisi tentang hujung minggunya yang ditulis sendiri dan ia berirama.
Kami fikir, "Dia sangat menarik."
"Hujung Minggu Saya" oleh Dominic.
Bermula pada pagi Sabtu, saya ada perlawanan bola sepak
dan sememangnya, saya berjaya.
Kemudian, tiada apa yang nak dibuat
jadi saya tidur sepanjang hari.
Dom ada keyakinan yang terpendam.
Tinggal dengan siapa?
Saya tinggal dengan ibu, ayah dan dua adik-beradik.
- Okey. - Serta anjing saya.
Awak pernah berlakon?
Saya berlakon Macbeth pada bulan Januari.
- Awak bawa watak anak MacDuff? - Ya.
- Malangnya terbunuh. - Ya.
Saya bersimpati.
- Okey, bagus. - Ya.
Saya sangat yakin dengan mereka. Saya rasa mereka luar biasa.
Dalam set rancangan besar,
mudah untuk sesat.
Dewan Besar sangat luas.
Padang Quidditch juga sangat besar.
Anda boleh pergi ke Diagon Alley.
Kami kembali ke set, periksa dan tambah sedikit perincian.
Contohnya, saya pergi ke Bilik Umum Gryffindor,
atau ke Menara dan saya bersendirian,
melihat sekeliling dan papan notis,
melihat setiap butiran di meja McGonagall,
menyentuh tulang buku… Itu buat bulu roma meremang.
UKURAN MAGIK
Saiz set penggambaran amat menyeronokkan.
Untuk dapat membina pada skala begini,
sememangnya impian pereka…
PEREKA BENTUK PRODUKSI
…untuk mengerjakan ruang ini.
Kami cuba memaparkan kegembiraan dan keceriaan
menjadi kanak-kanak magis.
Semasa buku Harry Potter pertama diterbitkan,
benar-benar terasa unik dan mengujakan.
Saya rasa semua orang lalui pengalaman sama,
merasai betapa hebatnya
dunia yang boleh disentuh.
Kami cuba sampaikan detik-detik penemuan
seperti dalam buku.
Kami mahu penonton merasai pengalaman yang sama.
Tapi kami menambah tahap pembinaan dunia
melebihi perkara yang penonton biasa lihat.
Pengenalan Harry kepada ruang fizikal dunia magis
bermula dengan The Leaky Cauldron.
Kemudian, keluar dari belakang dan masuk ke set Diagon Alley.
Elemen yang dilihat adalah perkara yang kita semua kenal.
Tapi cara semuanya digabungkan akan hasilkan sesuatu yang baharu.
Bagi Privet Drive dalam dunia Muggle, kami mahu jadikan seakan realiti.
Sebagai peminat dan penonton,
apabila dunia Muggle berakar pada realiti yang kita kenal,
hal itu membuatkan dunia magis terasa lebih mengujakan
kerana ia amat menarik dan di luar jangkauan kita.
Banyak pertimbangan telah dibuat.
Jadi untuk peminat tegar, kami cuba menjadikannya tepat.
Kami mencipta ruang yang saya rasa…
KEDAI PUNGGUK EEYLOPS
…dapat beri kegembiraan dan pengalaman hebat kepada semua.
Sangat mengujakan apabila semua orang amat bersemangat
untuk menghidupkan siri ini.
Berjalan ke Dewan Besar buat kali pertama,
rasa seperti masuk ke katedral.
Sangat ajaib.
Sangat besar dan indah.
Pintu di mana kanak-kanak masuk,
pelajar Tahun Pertama masuk dan bawa mereka ke dewan
mungkin merupakan set kegemaran saya.
Sangat ikonik
dan menjadi simbolik, "Inilah dia,
sekumpulan budak baharu masuk ke dunia ini,
anda kini berada di Hogwarts.
Selamat datang dan misteri baharu menanti anda."
Kadangkala di bilik persalinan,
anda sedang duduk dan tiba-tiba mendengar
bunyi kuat dari luar, semasa kanak-kanak berlari masuk.
Anda memikirkan tentang kerja anda,
mereka pula asyik dengan hal di situ
seperti lazimnya kanak-kanak. Amat bertenaga.
Kadang-kadang pada hari yang memenatkan,
saya selalu kata, "Tutup mata, buka mata dan lihat sekeliling."
Wah! Anda berjalan di set dan fikir, "Wah!"
Anda terus bersemangat.
Sebab segalanya sangat indah.
Cantik.
KEAJAIBAN ALAM
Dalam perbincangan bersama Mark dan Francesca
tentang nilai teras siri kami,
ada keinginan yang kuat untuk berakar pada naturalisme.
Dalam gagasan idea Harry Potter,
alam semula jadi ialah akar umbi magis.
Maka, pendekatan kami ialah realisme magis,
berakar pada prinsip yang wujud dalam alam
dan fenomena dunia semula jadi.
Jika semua itu dapat dipadukan, itulah erti magis.
Idea naturalisme ini menjadi prinsip teras
dalam dunia magis.
Kami banyak terapkan pendekatan ini di set.
Kami mahu bawa unsur alam semula jadi.
Sangat luar biasa untuk dapat
memimpin projek ini.
Projek ini sangat mengujakan kerana wujud banyak kerjasama
No comments yet. Be the first to leave one.