The Twits

The Twits

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

د خپرونې معلومات

The Twits MalaySub
د لخوا تبصره KakifilemBot

تګونه

webdl
په خپور شو: 2025-12-15
ډاونلوډونه: 31
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

Saya dulu!

Lepas! Bagi!

Tengok! Cantik!

Pada suatu masa dulu, ada dua Twit yang sangat kejam.

Ini kisah mereka dibiarkan mati.

Kejap, kejap, tunggu. Sekejap.

Mak, mak nak mulakan cerita sebelum tidur saya, dengan watak dah nak mati?

Mak tak kata mereka dah nak mati. Mak kata dibiarkan, mati.

-Oleh apa? -Siapa?

-Siapa? -Geng kanak-kanak dan

keluarga haiwan ajaib.

Oh. Ini cerita jenis apa, mak?

Kamu yang selalu cakap nak cerita sebelum tidur yang lebih beremosilah, apalah.

Dan kamu siap kata, nak ada 'tema berat, bercampur lawak-lawak bodoh'.

Betul. Saya tak nak yang normal dan membosankan.

Jadi, kamu percayalah sayang, cerita ini bukan "cerita yang normal".

Pasangan Twit itu, bukan orang normal.

Sebab mereka, benci segalanya, terutamanya satu sama lain.

Mereka dah derita dalam perkahwinan selama 47 tahun.

Setiap hari mereka ada saja, helah kotor untuk pasangan mereka.

Tapikan, orang yang benci segalanya sekali pun, pasti suka sesuatu. Pasangan Twit,

suka taman hiburan belakang rumah yang digelar, Twitlandia.

Mereka bina Twitlandia dari tanah kosong. Hanya ia yang membahagiakan mereka.

Ia satu-satunya benda yang mereka sangat sayang.

Satu-satunya yang mereka mahu satu dunia nampak.

Seronok dan gembira bercinta Oh lahirlah, Twitlandia

Ada nyanyian, ada tarian Wahana dari, jamban

Inilah Twitlandia!

Satu-satunya taman hiburan di dunia.

Dan jikalau satu dunia tak nampak pun, wira sebenar cerita kita ini,

Beesha si anak yatim…

-Wau. -…dan kawan baiknya, Bubsy…

Whoa…

…nampak.

Marilah ke majlis pembukaan Twitlandia minggu ini!

-Itulah tempat paling… -Menyeronokkan di dunia?

Memang, saya bukan nak kata "menyeramkan

dan hambar."

Tapi Beesha, dekat sana ada pesta tarian dan nyanyian.

Dan wahana daripada jamban!

Dan, siapa yang tak nak kedua-dua benda itu, kan? Okey, baiklah Bubsy.

Saya janji bawa awak ke Twitlandia. Sebelum awak terus tinggalkan

saya minggu depan.

Twitlandia!

Oh, Jim. Tengok, pengunjung pertama dah datang.

Tapi, sebelum Beesha dapat tunaikan janji ke Bubsy…

Selamat datang ke Twitlandia. Hei! Mana boleh masuk dengan percuma!

Malah, sebelum taman itu dibuka pun…

Ditutup?

Pihak bandar menutup Twitlandia.

Apa ini?

Kerana ia didapati berbahaya, berstruktur tak stabil, dan…

"Berbau busuk, tengik, macam daging sosej basi"? Oh, Jim! Pihak bandar, nak

tutup taman hiburan kita!

Tak!

Ia ibarat bayi mereka berdua telah dirampas.

Bayi yang pelik.

Mereka pun pelik.

Tapi saya suka budak Beesha, dan Bubsy itu.

Ya, tapi, Beesha dan Bubsy bakal berdepan masalah

dengan laki bini Twit itu, yang bakal buat sesuatu yang

sangat-sangat dahsyat: sesuatu yang akan menghancurkan bandar

itu, kerana berani menutup Twitlandia.

Apa mereka nak buat? Buat bandar itu berbau sosej basi?

Bijaknya kamu. Dah, jangan tanya lagi. Dengar saja lagu ini.

Oh, ini muzikal ya?

Mestilah bukan muzikal. Mak ini apa, cengkerik? Satu lagu saja, bertenang anak.

Video perpisahan Bubsy, cubaan pertama. Okey, mula.

Bye, Bubsy.

Aku lihat di sekelliling

Orang baik, hidup sempurna

Tapi, hidup mereka

Undi John-John.

Hambar dan membosankan

Hidup hanya, untuk bertahan

-Oh, kita tak macam mereka -Kita tak macam mereka

-Di sini hanya, kita begini -Di sini hanya, kita begini

-Luar biasa Dan punya jiwa -Luar biasa Dan punya jiwa

-Hanya kita di sini -Hanya kita di sini

-Yang bebas -Yang bebas

Semuanya, sedia. Okey, baiklah Bubsy, hari dinanti dah dekat.

Cerita pada kami memori terindah awak di Rumah Kanak-Kanak Triperot.

Oh, masa kentang tersekat dalam hidung saya ke?

Okey.

Awak tak ingat ke, Beesh?

Awak buat saya ketawa kuat sampai mendengus, dan

kentang tu terpelanting, dan jatuh ke susu awak.

Sampai sekarang saya terus tak berani minum susu. Okey, Harold.

Minggu depan Bubsy dapat keluarga baru. Macam mana awak nak dia ingat awak?

Saya, saya simpan kentang itu.

Dia, simpan kentang itu.

Aku janji, tak bosankanmu

Aku janji menghiburkan

Penuh kenakalan

Dan akan kuteruskan

-Hingga kerjaku selesai -Hingga kerjaku selesai

-Kita tak macam mereka -Kita tak macam mereka

-Di sini hanya kita begini -Di sini hanya kita begini

-Luar biasa Dan punya jiwa -Luar biasa Dan punya jiwa

-Hanya kita di sini Yang bebas -Hanya kita di sini Yang bebas

-Hanya kita di sini -Hanya kita di sini

-Yang bebas -Yang bebas

PASANGAN TWIT

Okey, saya pula. Jadi, Bubs,

saya akan rindu tarian bertaraf dunia awak. Dan, saya akan rindu

selamatkan bola awak bila awak balingnya sampai ke palang bumbung. Saya akan

rindu selimutkan awak, dan, entahlah,

mungkin, melihat awak membesar.

Sebab, awak budak yang sangat comel

sampai saya geram nak cubit.

Apa?

Encik Napkin!

Alamak!

Encik Napkin! Beesha! Okey ke tak?

Kami okey, Bubs. Kami okey.

Sebenarnya, apa benda yang melimpah ini?

Itu daging cair yang mereka guna untuk buat sosej.

Ya betul, memang isi sosej. Yang sedap pula itu.

Apa-apa pun, saya lega Encik Napkin

tak lemas dalam ini.

Aduhai, saya lupa nak berterima kasih, sebab selamatkan saya, Beesha.

Mak saya selalu kata saya ini jenis yang tak mengenang budi,

dan kegagalan terbesar dalam keluarga kami. Apa pun, terima kasih.

Sama-sama. Dunia ini lebih indah

bila ada awak Encik N.

Bandar Triperot amat tekejut dan marah hari ini.

Apabila banjir daging sosej cair yang paling buruk dalam sejarah negara

-melanda seluruh bandar ini tadi. -Tengok ini! Helah kita dah masuk TV!

Masa saya kecil dulu, Triperot tempat paling menyeronokkan di dunia. Kami

seronok betul. Selepas Tasik Tripe kering, saya fikirkan keadaan takkan jadi

lebih teruk. Cuba teka, tahu apa? Yang ini lebih teruk!

Memang lebih teruk. Apa saya nak tahu cuma, macam mana orang yang bekerja keras

macam kami nak berjaya dalam bandar ini?

Saya pun tak tahu macam mana caranya.

Saya Beverly Onion, kini bersama Datuk Bandar Triperot,

Wayne John John-John. Datuk John-John,

dah tahu siapa di sebalik

serangan ganas itu?

Terima kasih, Beverly. Pertama, seperti biasa,

saya doakan agar semua yang terkesan oleh tragedi ini berada dalam keadaan selamat.

Yang kedua, hari untuk mengundi bakal tiba.

Jadi ingat ya, satu undi untuk John-John adalah satu undi

untuk berseronok. Yang ketiga pula,

walaupun si pelaku itu dah meletupkan menara air bandar kita ini tapi,

mereka takkan berjaya memusnahkan semangat bandar hebat, ini.

Berani dia salahkan kita? Siapa-siapa pun yang waras, pasti akan buat benda yang

sama kalau taman hiburan mereka dipaksa tutup!

Kalau datuk bandar tak suka kita letupkan menara air itu, aku cadangkan,

kita letupkan punggung dia!

Memang punggung datuk bandar akan meletup tetapi, pasal itu sekejap lagi.

Buat masa ini,

helah pasangan Twit telah memberikan kesan yang benar-benar mendalam buat

wira-wira kita.

Saya gembira cik berdua akan jaga saya, sebab saya cuma nak miliki,

keluarga dari dulu lagi.

Aduhai. Memang takkan jumpa budak lebih

comel dalam kawasan ini, Encik dan Puan Klurb. Percayalah.

Okey, sebenarnya macam ini, cik. Kami dah fikirkan balik, dan kami dah ambil

kira keadaan kami. Jadi, kalau berkenaan membesarkan budak ini, kami rasa, kami tak

dapat nak teruskannya.

Ya, kami ada nampak dalam berita ada beberapa tempat yang masih ada kandungan

daging sosej cair yang tinggi dalam paip. Dan kami nampak budak-budak di sini minum

air daging toksik itu. Saya berat hati nak cakap tapi, kami berdua tak ada duit yang

banyak untuk jaga budak yang dah tercemar.

Kami dah buat keputusan untuk merisik di rumah anak yatim lain. Maaf, Buckle!

Oh, tak apa Bubsy. Mereka tak sedar apa yang mereka cakap.

Kita akan terus carikan keluarga untuk kamu, saya janji.

KELUARGA BARU SAYA

Sampai tualah saya di sini, Beesh.

Jangan cakap macam itu. Awak kena terus berdoa.

Yalah, impian saya, nak jumpa mak ayah saya balik. Walaupun,

saya tahu mereka akan datang balik, penantian itu tetap sukar.

Tapi, pasti ada satu keluarga hebat yang akan jumpa awak, percayalah.

Saya dapat rasakan. Tapi, selagi belum jumpa,

biar saya jaga awak.

Dan, hidung awak, dan juga usus awak!

Awak selalu jaga semua orang, Beesh. Dan hidung, dan usus mereka.

Tak susah.

Tapi, siapa yang jaga awak?

Saya tak perlukan sesiapa jaga saya. Saya 12 tahun. Hampir. Jadi, saya okey.

Tapi, awak tak okey. Bandar ini pun tak okey. Saya,

saya cuma nak semua orang berbaik sesama sendiri sepanjang masa. Tahu tak?

Saya takkan duduk saja, dan tunggu orang lain jadikan

dunia ini kurang kejam. Tak nak!

Saya akan pergi cari petunjuk untuk tahu siapa yang masukkan daging ke menara air.

Kemudian, saya akan bawa pesalah

itu terima pengadilan.

Boleh tak, kau senyap? ! Kita tak nak tarik perhatian sesiapa!

Macam manalah aku nak curi, jamban-jamban ini,

kalau kau tak habis-habis bunyikan hon itu?

Bukan ke mereka dalam iklan Twitlandia itu, Beesh?

Tentu mereka berdua yang buat. Nampaknya impian awak ke Twitlandia

bakal termakbul. Mari.

Saya tahu kita nak tangkap penjahat, Beesh,

tapi apa pun saya tetap nak naik rollercoaster.

Tengok, Bubs! Itu traknya!

Macam manalah pihak polis tak sedar?

Beesha?

Jangan risaulah. Mari.

Pelik betul, Twitlandia nampak lebih

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left