لومړۍ 200 کرښې.
Cik Mo, apa awak cakap?
Saya mengaku…
saya telah membunuh seorang lagi.
Saya akan mengaku masa, tempat, mangsa dan caranya.
Saya akan mengaku di mahkamah, tempat saya akan diadili.
Hakim tak boleh menolak pengakuan di bawah kuasa mahkamah
dan juri akan menjadi saksi pengakuan yang mereka dengar sendiri.
Pihak media akan teruja membuat liputan berita gempar ini.
Tak penting sama ada orang lain percaya.
Paling penting, sejauh mana ia membangkitkan minat mereka.
Orang ramai tak percaya kata-kata awak
hanya kerana
kebenaran awak tak cukup menarik.
Tapi kenapa saya perlu percayakan awak?
Kenapa nak percayakan saya?
Awak tak kenal saya pun.
Jangan percayakan saya.
Percayalah keterdesakan awak.
Satu-satunya kebenaran dalam perjanjian kita
adalah keterdesakan awak.
Mo, tertuduh dalam kes Pembunuhan Pasangan Doktor Gigi,
mengaku ada mangsa lain semasa sedang dibicarakan.
Hanya Mo yang tenang
di bilik perbicaraan yang terkejut ketika dia meneruskan pengakuannya.
Menurut pihak berkuasa, maklumat itu belum disahkan
dan menggesa media tidak membuat spekulasi melampau.
Namun, orang awam mempersoalkan
sama ada soal siasat terhadap guru wanita itu keterlaluan.
Pihak berkuasa mahu mendedahkan semua fakta melalui siasatan lanjut.
Ini kali pertama pengakuan pembunuhan lain dibuat dalam perbicaraan,
pihak mahkamah gagal capai keputusan
dan perbicaraan ditangguhkan tanpa penetapan tarikh.
Mo, digelar "ahli sihir abad ini" dihantar kembali ke penjara.
Jika pengakuan Mo itu benar,
pihak berkuasa akan berdepan kritikan
bukan saja kerana gagal melindungi balu yang sedang berkabung,
malah melabelnya sebagai pembunuh suaminya.
Awak betul-betul tak bunuh suami awak?
Nampaknya memang betul.
Aduhai, malangnya hidup awak.
Pendakwa raya bangsat. Tak guna.
SIASATAN DIPERSOALKAN
Tiada siapa perasan apa-apa sebelum keadaan jadi begini?
Awak…
pendakwa tak cekap yang gagal dedahkan jenayahnya yang lain.
Awak pula
pendakwa yang menyiasat balu secara berlebihan. Bodoh.
Tapi dia seorang psikopat.
Dia bebas di luar, tapi sekarang, dia dipenjarakan.
Dia hanya inginkan perhatian, tuan.
Awak boleh bertanggungjawab?
Kalau awak tak boleh betulkan keadaan, awak akan letak jawatan?
Keluar, tak guna.
Berambus!
Awak nak ke mana?
Apa pendapat awak?
An Yun-su ialah pembunuh sebenar.
Awak yakin dengan siasatan awak. Sebab itu?
Ahli sihir itu pula?
Kita perlu siasat sebab dia buat lakonan ini.
Lakonan?
Lakonan yang dia sanggup tontonkan di mahkamah.
Kalau ada masalah,
awak mungkin akan diketepikan sepanjang kerjaya awak.
Kalau begitu, saya akan meletak jawatan.
Banduan 407, masa untuk gerak.
- Jalan. - Jalan.
Ini rupanya orang yang dipenjarakan kerana saya.
Jangan bercakap.
Saya minta maaf. Itu salah saya.
Saya kata jangan bercakap.
Awak akan dibebaskan tak lama lagi.
Banduan 407, pandang ke depan.
Banduan 407.
Kalau buka mulut lagi…
Sebenarnya suami awak tak cukup jahat untuk mati.
- Hei, 407! - Mungkin…
Dia cuma bernasib malang.
Banduan 407, diam!
2784, lepaskan dia!
Pegang dia!
Hentikannya!
Pegang dia!
Nampak? Tengoklah dia!
Dia betul-betul nak bunuh dia.
Kalau pengawal tak leraikan, telinga ahli sihir itu dah dirobek.
Pegang dia!
Awak lebih kecil rupanya.
Terima kasih.
Awak ke sini sebagai suspek kes pembunuhan suami guru itu.
Suspek biasanya disoal siasat tanpa kehadiran peguam,
tapi kalau awak nak…
Peguam saya
dah berhenti.
Saya tahu.
Sebab itu saya tanya.
Awak boleh beri kenyataan tanpa peguam?
Saya mengaku di mahkamah.
Kenapa saya tak nak mengaku sekarang?
Awak buat saya takut tadi.
Tiba-tiba awak serang dia dan mula menggigit.
Saya sangka keadaan akan jadi buruk.
Baiklah. Di mana kita patut mula?
Saya takkan cakap apa-apa tanpa peguam.
Kami akan tanya beberapa perkara mudah hari ini.
- Jadi… - Saya enggan beri kenyataan.
Tiba-tiba dia membatu.
Dia tak jawab apabila saya tanya jika dia mahu minum.
Dia rasa jelik tengok kita, apatah lagi bercakap.
Apa kita nak buat?
Hei.
Apa kata awak cakap dengan…
Masuklah.
Biarkanlah dia.
Dia bukan keutamaan saya.
Tapi dia.
Boleh kita mulakan?
Jelaskan cara suami An Yun-su, Lee Ki-dae, dibunuh
dan semua yang awak ingat sebelum dan selepas pembunuhan.
Semuanya…
Nampak macam
mereka ubah suai kedai cat lama.
Saya naik tangga di luar bangunan
dan menghampiri pintu besar.
Saya berjalan beberapa langkah di koridor
dan jumpa pintu lain.
Pintu renggang.
Jadi, awak mendekati dia
dan tikam dia serta-merta?
Saya tikam kemudian.
Saya hentak kepala dia dengan botol wain.
Sudah tentu dia lebih kuat daripada saya.
Jadi, saya boleh cedera kalau tak tikam dia dengan betul.
Kemudian?
Pasti kakinya lemah kerana dia rebah ke lantai.
Saya risau tentang ketinggian dia.
Tapi selepas dia jatuh, lehernya boleh ditikam dengan mudah.
Ada skalpel di dalam beg saya,
tapi tempat itu penuh dengan barang yang boleh dijadikan senjata.
Jadi, saya ambil
pisau ukir pertama yang saya nampak.
- Pusingkannya. - Pusing?
Sambil saya memandang mata lelaki yang melutut itu,
saya tikam lehernya.
Berapa kali?
Menghadap patung
dan tikam enam kali.
Satu,
dua,
tiga, empat…
enam.
Rasanya?
Kemudian? Teruskan.
Saya tak boleh lap setiap kesan yang saya tinggalkan.
Tiada masa juga.
Saya nampak meja disediakan untuk wain
dan tahu seseorang akan datang.
Awak tutup jejak awak
dan beredar?
Saya buat sepah sebelum pergi.
Saya baling pisau ukir lain dari meja kerja ke sebelah mayat.
Pisau yang digunakan sebagai senjata?
Saya letak balik
di tempat saya jumpa.
Hujan masih lebat.
Ketika saya bergegas keluar,
saya perasan ada kereta yang tiada sebelum ini.
"Ada orang di dalam?"
"Perlu bunuh mereka juga?"
Saya mula berjalan ke arah kereta, tapi berhenti.
"Bagaimana kalau dia berbadan besar?"
"Bagaimana kalau ada ramai orang?"
Hari gelap dan hujan.
Saya pakai topeng.
Saya fikir mereka tak nampak muka saya, jadi saya berpatah balik dan beredar.
Boleh awak lukis bahagian dalam studio?
Tapi saya tak pandai melukis.
Saya baru teringat sesuatu.
Ada tatu
pada leher si mati.
Tatu apa?
Macam wajah seseorang.
Sudah lebih lima bulan berlalu,
tapi awak masih ingat setiap butiran.
Ingatan saya sentiasa bagus sejak dulu.
Apabila saya nampak sesuatu, saya tak boleh lupakannya.
Media pernah laporkan tempat pisau itu ditemui?
Tidak.
Tatu atau susun atur studio pula?
Tidak.
Awak sepatutnya cari kecacatan dalam cerita dia,
tapi awak bantu si gila itu membuktikan dia berada di tempat kejadian.
Ketua, awak ingat warna tali leher Penyiasat Hwang hari ini?
Apa maksud awak?
Biru?
Saya bergegas pagi tadi.
Perempuan itu
ingat susun atur perabot yang dia nampak lima bulan lalu.
Semua yang dia katakan terlalu tepat,
seolah-olah dia dah hafal ayat.
No comments yet. Be the first to leave one.