لومړۍ 200 کرښې.
BERDASARKAN NOVEL MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH KARYA TERE LIYE
Manusia…
Makhluk yang selalu meminta,
yang selalu memohon.
Makhluk…
yang selalu bertanya.
Ya, Allah,
adakah harapan itu wujud?
Jika wujud,
adakah kami terlalu mengharapkannya?
Abang Karang, jomlah!
Ya, Allah…
- Ayuh, turun saja. - Adakah keajaiban itu wujud?
Jika wujud,
adakah Kau akan berikannya?
Menarik, bukan? Masuklah.
Duduk di sini.
Berikan beg kepada mereka. Nanti mereka simpankan.
- Letak di sana. - Dan Ya, Allah…
adakah kehidupan ini adil?
Jika adil,
di manakah keadilan-Mu?
Kami sentiasa berharap
agar keajaiban dan keadilan itu muncul suatu hari nanti.
Janji-Mu itu pasti akan tiba kepada kami.
Kau sendiri mengungkap kalimah itu
dalam kitab suci.
Di sebalik kesusahan,
pasti ada hikmahnya.
Tapi bagaimana kalau harapan itu
semakin hilang bagai kabus di bawah terik matahari?
Ia mengewap,
bagai sisa air daripada baldi yang bocor.
Ia menghilang.
Penat kami menunggu,
walaupun cuma mahukan secebis harapan,
sehingga kami mula membenci harapan itu
sebab sisa harapan itu bagai akan berakhir dengan sia-sia.
Hei, Abang Karang.
Awak tengok apa?
Saya terfikirlah, Abang Karang.
Kenapa pada waktu begini, keadaan dah pun gelap?
Tadi ketika kami bermain, langit bukan main cerah.
Langit mula mendung. Dah nak hujan.
Jomlah masuk.
Jadi kalau nak hujan, langit memang akan gelap?
Cuaca mendung memanglah gelap sebab awan dipenuhi wap air.
Jika wap airnya banyak, sinar matahari tak boleh tembusi awan.
Sebab itu langit gelap.
Jom masuk.
Jangan risau. Hujan akan turun tak lama lagi.
- Kurangkan kelajuan! - Kelajuan dah dikurangkan!
Serong sepuluh darjah ke kiri!
Sepuluh darjah ke kiri!
Qintan, tunggu di sini.
Abang janji,
tiada apa-apa akan berlaku. Okey?
- Tolong! - Tolong, abang!
Pakai jaket keselamatan yang ada di bawah kerusi.
Bertahan! Pegang kuat-kuat!
Ambil dia. Bawa dia.
Karang, tolong kami. Kami tak boleh…
Tolong kami, Karang!
Qintan!
Tolong!
Qintan.
Bertahan, sayang.
Abang Karang, saya takut.
Ya, Allah, aku mohon.
Bertahan, Qintan.
Cahaya…
Saya nampak cahaya.
- Tak, sayang. Jangan pergi. - Cahaya…
Abang Karang merayu.
Abang Karang, saya nampak ayah.
Qintan!
- Mak dan ayah datang. - Qintan!
- Malaikat pun datang, Abang Karang. - Qintan…
KEJADIAN KAPAL KARAM, 18 KANAK-KANAK MAUT
MUHAMMAD, ALLAH
MUHAMMAD, ALLAH
Cukup.
Perlahan-lahan, sayang.
Melati, makan dengan elok.
Biarkan dia. Melati tak suka disentuh ketika makan.
Aduh, Melati! Sakit!
Aduh, Melati! Lepaskan saya!
- Aduh! Lepaskan, Melati. - Melati.
Sayang.
Sudah.
Keadaan dia semakin bagus sejak dua hari ini.
Melati sudah jadi lebih tenang.
Berbanding sebelum ini, dia dah jadi lebih akur.
Syukurlah.
Jadi kami rasa, ia lebih mudah jika…
Melati, jangan!
Lepaskan!
Lepaskan!
Lepaskan!
Budak itu tak perlukan doktor, puan.
Dia perlu dimasukkan ke hospital sakit jiwa.
Budak tak guna!
Sebelum terlambat,
lebih baik dia dimasukkan ke wad psikiatri, En. HK.
Melati tak gila.
Melati tak gila.
Melati mungkin tak gila sekarang, puan.
Tapi suatu hari nanti, kekurangannya ini akan buatnya jadi gila.
Budak ini perlukan terapi yang sewajarnya.
Melati tak gila.
Maafkan kami, puan.
Melati tak gila.
Hanya orang gila yang boleh gigit jari orang sampai putus, puan.
Kami minta diri.
Puan! Melati!
- Puan! - Melati!
Puan!
Jangan, Melati!
Bertenang!
Mari sini, sayang.
Sudah…
Ayah saya berada di China, puan.
Ada mesyuarat di Wilayah Han Jin.
Jadi saya ambil alih tempatnya hari ini.
Puan tak kisah, bukan?
- Bila awak sampai, Kinasih? - Seminggu lalu.
Sebenarnya saya nak lawat kamu semua dua hari lalu,
tapi ada beberapa hal perlu diuruskan.
Urusan lesen perubatan.
Saya sangat rindukan puan, Melati dan En. HK.
Melati semakin teruk saban hari.
Sampai satu tahap, dia hampir mencederakan diri.
Kami dah cuba sehabis baik untuk cari jalan…
Tapi, ya Allah…
Semuanya sia-sia.
Suatu hari nanti, saya yakin
Melati boleh panggil puan sebagai ibunya.
Dia akan memeluk dan meluahkan kasih sayang sepenuhnya.
Terima kasih, nak.
Awak gadis yang baik.
Semoga Allah berikanmu jodoh yang baik.
Kalau puan tak kisah,
ada seseorang yang boleh membantu Melati.
Dulu, saya pernah jadi sukarelawan di perpustakaan ketika cuti penggal.
Dia seorang yang sangat mesra dengan kanak-kanak.
Kehadirannya sentiasa buat mereka gembira.
Karang dah balik?
Karang, tunggu sekejap.
Ada sepucuk surat lagi untuk kamu.
Dah ada tujuh surat dikirim ke sini.
Kamu tak pernah bacakah?
KEPADA KARANG
LANTERA KECILKU
Qintan.
RASA BEBAS
Ada orang nak jumpa kamu.
Selamat tengah hari.
Saya Pn. HK. Maaflah kalau mengganggu.
Awak dah terima surat saya?
Saya merayu.
Tolonglah kami…
Puan dah datang ke tempat dan jumpa orang yang salah.
Lebih tepat lagi, puan datang pada waktu yang salah.
Nama anak saya Melati.
Dia berusia enam tahun.
Dia seorang gadis yang amat comel.
Ketika dia berlari, semua mata tertumpu padanya.
Semua mata terpegun.
Tapi itu cerita lama.
Sekarang, kesedihan telah merampas segalanya.
Keadaan anak kami berubah menjadi sangat menyedihkan.
Anak itu perlukan doktor,
pakar psikiatri…
atau orang lain.
Bukan saya.
Kami telah berjumpa ramai doktor.
Termasuklah pasukan doktor terkenal, tapi semuanya sia-sia…
Kalau mereka gagal…
takkanlah…
puan nak berharap kepada seorang kaki botol macam saya?
Saya pun tak tahu.
Apa yang saya tahu, kami dah tiada pilihan lain.
Kami hampir berputus asa.
Jadi apa pun kemungkinan yang ada, walau sedikit, kami akan cuba.
Buang masa saja datang ke sini, puan.
Saya bukannya boleh buat apa-apa.
Melati itu buta.
Dia juga pekak.
Dia tak boleh nak bercakap pun.
Melati terpisah daripada dunia ini.
Dia sememangnya tiada cara untuk kenal dunia ini
termasuklah isi di dalamnya.
Dia pun tak boleh nak bezakan siapa ibu bapanya sendiri.
Dia juga tak kenal siapa Tuhannya.
Kalau awak ubah fikiran…
Takkanlah kamu tak boleh jenguk budak itu walaupun sekali?
Kali terakhir saya bersama kanak-kanak, saya terbunuh mereka.
Budak itu perlukan doktor.
Bukan seseorang yang menurut undang-undang pun,
tak mempunyai latar belakang akademik yang cukup untuk didik kanak-kanak.
No comments yet. Be the first to leave one.