لومړۍ 200 کرښې.
Jakub. Awak nak sertai siaran ini?
Kami perlu sambungkan awak.
Tunggu.
Tolonglah.
BERDASARKAN BUKU "SPACEMAN OF BOHEMIA" OLEH JAROSLAV KALFAR
Peter.
Menyambungkan awak sekarang.
Bagi pihak Program Angkasa Euro dan rakyat Republik Czech,
setelah 189 hari perjalanan solo,
selamat datang, Komander Prochazka.
Pesuruhjaya Tuma! Helo dari pinggir Musytari.
Saya teruja bercakap dengan awak dari sini.
Gembira dapat berjumpa semula. Awak nampak sihat.
Nampaknya perjalanan awak hampir tamat.
Ya, betul.
Matlamat misi ini ada di depan mata saya.
Saya pasti gambar yang dihantar tak cukup hebat.
Sebab Awan Chopra lebih menakjubkan daripada apa yang awak bayangkan.
Kalaulah awak boleh lihat apa saya lihat.
Fenomena ini dah meliputi langit kita selama empat tahun,
dan gambar ini telah menawan seluruh dunia.
Sangat menakjubkan.
Kurang daripada seminggu lagi,
saya akan kumpul dan menganalisis zarah-zarah awan itu.
Kita masih tak tahu apa itu atau dari mana ia datang.
Namun, apabila saya masuk Awan Chopra,
saya mungkin dapat membongkar misteri alam semesta.
Komander, boleh awak jawab beberapa soalan daripada orang dari seluruh dunia?
Saya cuba jawab.
Helo, nama saya Anna.
Saya pelajar tahun enam.
Saya baca awak orang paling sunyi di dunia.
Saya rasa Anna maksudkan Komander
paling jauh dari orang lain dalam sejarah.
Itu yang awak maksudkan?
Awak sedih berada sangat jauh?
Saya berada 500 juta kilometer jauhnya.
Ya, ini misi solo, tapi saya akan balik tak lama lagi.
Saya dah hampir separuh daripada keseluruhan perjalanan,
dan saya ada banyak kerja.
Saya dapat bercakap dengan seluruh dunia
seperti awak dan Pusat Kawalan.
Isteri awak juga, Lenka.
Kami bercakap melalui CzechConnect Quantum
sepantas The Speed of Light Phone,
dan kami kekal terhubung.
Kami bercakap hari-hari.
Apa saya buat ini untuk semua orang di sana dan saya bangga.
Tak, saya bukan orang paling sunyi di dunia.
Terima kasih, Anna.
Terima kasih, Komander.
Kita akan berehat sebentar
dan kembali selepas pesanan daripada penaja yang murah hati.
Antiquease tak mengantuk.
Satu-satunya ubat tahan muntah bagi Misi Jakub Prochazka ke Chopra.
Awak akan okey, Jakub.
Awak tak takut bersendirian.
Dulu saya takut, tapi sekarang tidak lagi.
Saya sayang awak.
Namun, manusia berubah.
Kalau tak boleh berubah, mereka mati.
Saya perlu tinggalkan awak.
Saya minta maaf sebab buat begini sekarang, tapi…
Ya?
Masalah Lenka.
Peter, boleh awak luluskan pembaikan tandas lagi?
Saya cuba minta kelulusan jurutera dulu.
Dah tukar O-ring macam kami kata?
Ya, sudah.
Ia masih berbunyi bising.
Nanti kita buat pencarisilapan.
Arahan kata kamera rosak perlu diutamakan daripada tandas, jadi…
Bila awak ambil ubat tidur semalam?
Pukul 8.30. Kenapa?
Awak nampak tak sihat. Boleh tidur?
Saya dah cuba.
Mungkin saya nampak lesu
sebab tandas itu kacau saya tidur.
Okey, saya faham.
Cuba cari masa untuk tidur. Awak perlu berehat.
Ada khabar berita tentang Lenka?
Tak. Kenapa?
Saya tahu awak rasa kesunyiannya.
Oh, tidak.
Kita berhubung guna CzechConnect…
tapi hanya diam saja.
Jadi, apa gunanya?
Dia sangat tertekan.
Dia tak boleh tidur.
Dia takkan dapat mesej ini.
Kita takkan sampaikan?
Dia risau tiada berita daripada Lenka.
Dia takkan dapat mesej ini.
Saya akan cakap dengan Lenka.
Saya fikir apa nak beritahu dia.
Lenka tidak dapat jawab.
Jika mahu tinggalkan mesej…
Kekal terhubung dengan CzechConnect.
DORMIUM UBAT TIDUR UNTUK KE BINTANG
Biar betul?
Awak boleh mulakan Simulasi Pengumpulan Sampel Chopra.
Pengesahan senario Beta 3-3.
Simulasi pengumpulan sampel disahkan.
Peter, awak dapat bacaan?
- Kamera D masih tak berfungsi? - Ya.
Tiada masalah elektrik. Kamera mati. Masih sama.
Separuh daripada semua kamera rosak.
Saya tak tahu apa yang berlaku.
Saya buat laporan lagi.
Saya pasti itu sangat berkesan.
Boleh sesiapa ke rumah saya?
Kenapa?
Masih tiada khabar daripadanya.
Okey, kami akan cari dia.
Jangan risau.
Lenka tidak dapat jawab. Jika mahu tinggalkan mesej…
Lenka?
Helo?
Helo.
Siapa awak?
Siapa di sana?
Boleh saya bantu awak?
Siapa awak?
Helo?
Saya minta maaf.
Peter, awak dengar?
Ya.
Saya dapat gangguan.
Anehnya.
Mungkinkah CzechConnect digodam?
Tak mungkin. Sistem kita selamat.
Kalau ada gangguan, ia melalui radio, tapi…
Mungkin orang Korea?
Kenapa orang Korea?
Ada tanda orang Korea semakin hampir dengan awak.
Bukan orang Korea.
Mungkin ada orang lupa tutup saluran.
Apa maksud awak?
Biar saya siasat.
Awak sihat? Semua okey?
Ya, Peter, semua bagus.
Kami baru dapat tahu Lenka dalam perjalanan ke rumah ibunya.
Dia balik beberapa hari lagi.
Betul? Minta dia hubungi saya.
Biar betul?
Pusat Kawalan. Ada kamera tersorok di bahagian depan?
- Kenapa? - Ada tak?
Ada. Ia untuk keselamatan.
Periksa sekarang.
Dah rosak. Itu antara yang awal rosak.
Tak mungkin.
Jakub, apa terjadi? Helo?
Jakub, kenapa tak jawab?
Bunyi menenangkan dari tiub awak menarik perhatian saya.
Saya tak berniat nak takutkan awak, manusia kurus.
Jakub, apa terjadi?
Jangan takut.
Helo?
Saya dah hilang akal.
Awak di ruang sendat udara?
Kita perlu menyahcemar kapal.
Apa? Kenapa?
Langkah berjaga-jaga, kerana mungkin ada bahan cemar.
Kami tak nampak apa-apa pada sensor.
Saya dapat bacaan yang aneh dari tadi
dan saya perlukan kepastian sebelum tiba fasa kritikal misi.
Saya nak pakai sut.
Baiklah, awak komander. Tunggu saya minta kelulusan.
Peter, beri pengesahan.
Saya baru dapat pengesahan yang susah dikeluarkan.
Tajaan Korporat meminta
awak sebut slogan dulu.
Apa?
Sebelum mula nyahcemar.
Slogan Bomba.
Dua, tiga…
Bomba 99.999 peratus berkesan
dalam membunuh semua jenis unsur mikrob bawaan udara.
Walaupun di angkasa, jangan biar kuman merosakkan hari anda.
Bomba, hancurkanlah!
Baiklah, bagus. Mulakan.
Awak ikut saya,
dan saya ikut awak.
Betul, Spaceman?
Jakub?
Apa?
Awak okey?
Apa yang berlaku?
Ada sesuatu tak kena.
Apa yang tak kena?
Jakub?
Saya okey. Saya nak cakap dengan Lenka.
Awak perlu cakap dengan saya.
Saya tahu.
Kesihatan awak tanggungjawab saya.
Awak kena jujur dengan saya.
Saya tahu dan saya jujur.
Okey. Udara akan kembali normal dalam beberapa minit.
Apa bacaan sensor awak?
NYAHCEMAR TAMAT
No comments yet. Be the first to leave one.