لومړۍ 200 کرښې.
Sub bY iQIYI
[Semua watak, lokasi, organisasi dan kejadian]
Jangan kata awak yang buat.
Aduhai.
Bagaimana dia boleh bunuh seseorang
sebaik saja dia melarikan diri?
Jadi, kesimpulannya...
Nak sentuh ini pun saya takut.
Laman web kita tergendala dan kita tak boleh bekerja
sebab kita terima terlalu banyak panggilan telefon.
Macam mana kamu nak baikinya?
Kalau kamu semua ketua, kamu patut bekerja dengan baik!
Tapi disebabkan hal ini, orang berhenti beri perhatian pada
kes memandu dalam keadaan mabuk anak tuan.
Adakah itu penting sekarang...
Yakah?
Tak kira betapa gilanya dia tentang membunuh orang,
bagaimana dia boleh buat begitu selepas dia melarikan diri?
Aduhai.
Awak pasti itu dia?
Saya pasti. Itu dia.
Ini tandatangan dia.
Orang tahu ia berbentuk rama-rama,
tapi mereka tak pernah dedahkan bentuk terperinci ini.
Oh, ya. Betul itu.
[Jadi, kita tak boleh serahkan kes ini kepada detektif lain.]
Suruh detektif terbaik dari Divisyen Detektif Khas Wilayah siasat.
Kalau ini jadi penghalang saya dipindahkan ke ibu pejabat,
masa depan kamu semua juga akan musnah. Faham?
Ya, tuan.
Mulakan siasatan sebelum pendapat awam jadi lebih teruk.
Ketua Park.
Ya, tuan.
Awak penjarakan dia tujuh tahun yang lalu, bukan?
- Awak jadi ketua disebabkan itu. - Betul.
Kalau begitu, awak mesti tangkap dia kali ini.
Awak dan pasukan khas perlu bertindak.
Saya akan cakap dengan jelas.
Siapa yang tangkap dia dulu akan dapat pujian.
Okey?
Saya akan tangkap dia lagi tak kira apa pun.
Tak ada tanda pecah masuk.
Mungkin pelakunya sudah berada di dalam.
Atau adakah dia seseorang yang mangsa kenal?
Kita akan tahu apabila kita periksa kamera pengawasan.
- Kerja yang bagus. - Oh, ya.
Saya balik dulu.
Budak ini...
Itu dia.
Gang-ho.
Tengoklah lelaki ini.
Dia potong wayar.
[Pengangkutan Kecemasan, Jabatan Kehakiman]
[Pembunuh Bersiri Jang Min-gi dan Samseng Kang Soo Terlepas]
[Penduduk berdekatan risau kerana mereka larikan diri pada waktu siang]
Aduhai, ia macam babak dalam filem.
Kebelakangan ini, berita tak pernah membosankan.
Semua saluran bercakap tentang hal ini. Kita tak boleh ketinggalan.
Kita perlu putuskan apa yang kita akan fokus.
Tepat sekali.
Saluran lain fokus pada jenayah yang lepas
dan cuba cari lokasi mereka.
Tapi kita akan bercakap tentang perkara yang orang gagal persoalkan.
Hubung kait antara Jang Min-gi dan Kang Soo.
Dua pengawal dan pemandu lori mati di tempat kejadian.
Sementara banduan lain cedera,
Jang Min-gi dan Kang Soo saja yang terlepas.
Ini mungkin nampak macam kemalangan memandu dalam keadaan mabuk
sebab pemandu trak itu mabuk dan akhirnya mati.
Tapi bagaimana kalau kemalangan ini dirancang?
Jadi awak nak persoalkan sama ada ia kebetulan atau dirancang
serta kalau ia dirancang oleh pembunuh bersiri dan samseng itu?
Mungkin kita boleh anggap begitu.
Jadi kita juga perlu siasat pemandu yang menyebabkan kemalangan itu.
Saya akan periksa kalau kedua-dua penjenayah ini pernah bertemu.
Saya akan umumkan dalam laman web yang kita buka untuk terima maklumat mereka.
Okey.
Pastikan kita capai 4.5 peratus untuk TRP kita.
- Semoga berjaya. - Semoga berjaya.
Mari kita lakukannya.
Tajuk besar dalam laman web itu terlalu kecil.
Boleh awak alihkannya ke tengah?
Ya. Saya sedang periksa laman web kita.
[Menunggu maklumat tentang Jang Min-gi atau Kang Soo.]
Moo-young, awak masih simpan fail berkenaan pembunuh bersiri rama-rama itu?
Kenapa? Awak nak?
Kenapa awak menangis?
Sebab saya sedih rating tak naik.
Kehodohan awak buat awak marah,
manakala hidup saya mengecewakan saya.
Hei, tunggu.
Ini dia.
Saya selalu kagum
dengan cara awak jumpa apa yang diperlukan dalam longgokan sampah ini.
Ia memang satu kemahiran yang hebat.
Bagus. Ini sesuatu yang baru.
- Awak kata "sampah"? Tak guna. - Terima kasih untuk fail itu.
Aduhai.
Dia sangat menjengkelkan.
Biar saya lihat.
Memang tak ada apa-apa.
Aduhai.
Apa?
[Saya dalam penjara yang sama dengan Kang Soo dan Jang Min-gi.]
Kim Jin-gyeong, mangsa pertama Pembunuhan Bersiri Rama-rama.
[Dia bekerja di bank dan mayatnya dibuang berdekatan mata air mineral.]
[Ada tanda pengenalan rama-rama di lehernya.]
[Mangsa kedua ialah Joo Hyun-jeong. Umur, 27 tahun.]
[Dia seorang jururawat dan mayatnya dibuang di tempat letak kereta.]
[Ada tanda pengenalan rama-rama di tangannya.]
[Mangsa ketiga ialah Shin Young-eun. Umur, 38 tahun.]
[Dia pegawai kerajaan. Mayatnya dibuang di tepi sungai.]
[Ada tanda pengenalan rama-rama di kakinya]
Oh, Tuhan!
[Mangsa keempat ialah Lee Ji-hyeon. Umur, 43 tahun.]
[Dia seorang peguam. Mayatnya dibuang di taman.]
[Ada tanda pengenalan rama-rama di pipinya.]
Ini pula Lee Seon-mi, mangsa kes pembunuhan terkini.
Dia berumur 45 tahun dan seorang doktor sakit puan.
Dia dibunuh di rumahnya.
[Seperti yang kamu lihat, ada tanda pengenalan rama-rama]
[diukir pada badannya sama macam mangsa-mangsa sebelum ini.]
Itu saja.
Hei, ada pembunuh bersiri berkeliaran di daerah kita.
Tak sangka awak baru saja menguap.
Saya berjaga selama tiga malam berturut-turut untuk tangkap penjenayah.
- Maaf, tuan. - Inilah sebabnya
Divisyen Wilayah pandang rendah pada kita.
Apa bezanya kita dengan mereka?
Peruntukan penyiasatan kita.
Tuan patut beri kami lebih banyak peruntukan.
Tutup mulut awak.
Hei, awak tak nak jadi ketua?
Sebaik saja saya dipindahkan ke Seoul, awak patut ambil alih jawatan ini.
Kamu berdua tak nak naik pangkat?
Kamu akan hidup begini selama-lamanya?
Pesuruhjaya berjanji yang siapa yang menangkap mereka dulu
yang akan terima pujian.
Itu sepatutnya kita!
Kita tak boleh biarkan Divisyen Wilayah dapat semua pujian.
Siapa yang tahan Jang Min-gi apabila mereka
- buat silap dalam siasatan? - Kita, tuan.
- Kita yang tangkap, tuan! - Kita yang tangkap, tuan!
Kamu nak biarkan si tak guna ini berkeliaran dengan bebas?
- Tidak, tuan! - Tidak, tuan!
Kita yang patut tangkap dia lagi!
Mari pergi ke Agensi Metropolitan Seoul. Mari sasarkan kenaikan pangkat istimewa!
- Ya, tuan! - Ya, tuan!
Okey, mari dapatkan kenaikan pangkat istimewa
dan makan daging sama-sama!
- Ketua yang belanja! - Bagus!
- Terima kasih, tuan! - Daging!
Daging... Okey.
Okey, baiklah.
[periksa setiap tempat yang Jang Min-gi mungkin bersembunyi.]
[Pasukan Dua, periksa semua kamera pengawasan berdekatan kawasan kemalangan.]
[Pasukan Tiga, buat poster Jang Min-gi, edarkannya dan jawab panggilan maklumat.]
Ya, tolong telefon kami.
Apa ini?
Kenapa ramai sangat orang pakai topeng?
Mungkin tahap debu halus pada hari itu teruk.
Debu halus mengganggu penyiasatan kita.
Kenapa ramai sangat orang pakai topi?
Siapa pesan cheonggukjang? Makanan dah sampai.
Di sini.
Aduhai, banyaknya makanan. Baunya sedap.
Letak di sini. Terima kasih.
Aduhai, busuknya cheonggukjang.
Gang-ho, awak tak boleh belanjakan semua peruntukan untuk makanan.
Pho, susyi, malatang.
Awak nak cuba rasa semua makanan di dunia ini?
Awak tak beri perhatian pun pada video itu.
- Saya beli ini dengan duit saya. - Budak tak guna.
Kenapa awak terlalu pentingkan diri?
Awak fikir kami suka makan mi segera?
Saya suka mi segera.
Saya dah beli daging panggang untuk semua orang semalam.
- Saya cuma tak jemput tuan. - Kenapa tidak?
Kalau tuan terlalu bertenaga, tuan hanya akan membebel pada saya.
Lain kali saya bawa tuan makan bufet salad
supaya tuan boleh makan banyak sayur dan menjadi lebih tenang.
Kalau awak terus buat perangai, awak perlu tanggung akibatnya nanti.
Biar saya buat kerja saya sebelum ia berlaku.
Dae-jin, mainkan semula bahagian itu.
- Tangan yang memotong wayar itu. - Bahagian ini?
Berhenti.
Tengok. Parut kesan terbakar.
Betul.
Sepatutnya ada rekod perubatan untuk ini.
Syabas, Gang-ho.
Awak memang hebat.
Sekejap. Jang Min-gi ada parut melecur?
- Tunggu sekejap. - Mari kita periksa.
[Nama: Jang Min-gi Tarikh Lahir: 27 April 1981]
Tak, tak ada parut.
Jadi ini apa?
Awak rasa Jang Min-gi bukan pesalahnya?
Jadi bagaimana dengan tanda pengenalan rama-rama itu?
Tak masuk akal.
Awak rasa dia rakan subahat?
No comments yet. Be the first to leave one.