لومړۍ 186 کرښې.
Fajar di Mekah, sebuah bandaraya lagenda.
Dijadikan terkenal oleh generasi-generasi yang ingin ke sini.
Mekah dilawati oleh orang-orang Islam sepanjang tahun
Tapi bilangannya akan bertambah secara mendadak
beberapa bulan daripada sekarang, pada musim Haji
Kehidupan lebih daripada 1 juta penduduk Mekah dan bandaraya itu sendiri
adalah semata-mata bergantung kepada kewujudan Kaabah
Dan persediaan untuk musim Haji
Kadang-kadang saya rasa susah untuk meyakinkan orang
bahawa kami tak pernah berhenti membuat persediaan untuk musim Haji.
Kami bersedia sepanjang masa - sebelum Haji, semasa Haji dan selepas Haji
Para haji adalah pelanggan kami dan kami menjaga mereka secara teratur
Kalau anda boleh bayang mengadakan 20 Super Bowl dalam satu stadium
di mana 2 juta orang datang ke stadium yang sama
Bertambah lagi jika 2 juta orang ini mengambil bahagian dalam permainan
Ia boleh memberikan sedikit bayangan persediaan yang diperlukan untuk musim Haji.
Sebahagian daripada mistik adalah daripada fakta
bahawa hanya orang-orang Islam yang dibenarkan ke sini.
Mekah terletak di pergunungan selatan Saudi Arabia,
dalam kawasan selamat lebih kurang 100 batu persegi.
Sejak sebelum Islam, Mekah telah lama dianggap sebagai kawasan suci
di mana tidak siapa dibenarkan memburu, menebang pokok atau berkelahi.
Di tengah-tengah bandaraya terdapat sebuah masjid yang besar dinamakan Al Masjid Alhaj,
dan di tengah-tengahnya ialah Kaabah.
Semua agama mempunyai pusat
Ini adalah bahagian yang penting bagi mentaliti agama,
kerohanian manusia.
Dalam Islam pusat itu berada di bandaraya Mekah
ke arah mana semua orang-orang Islam sembahyang.
Orang-orang Islam bukan menyembah Kaabah
Mereka menyembah apa yang diwakilinya, Tuhan yang satu
Di bawah salutannya, Kaabah adalah sebuah bangunan batu ringkas setinggi 50 kaki
Di dalam pintu emasnya adalah sebuah bilik tanpa hiasan
Mengikut satu kepercayaan Islam Kaabah dibina oleh Adam
Berasaskan pelan yang diturunkan oleh Tuhan
Kemudian dibina semula oleh Nabi Ibrahim selepas banjir besar
Di sudut tenggara, berbingkai perak, terletaknya batu hitam
Setengah orang percaya ia jatuh daripada langit,
dan salah satu daripada batu binaan yang digunakan oleh Ibrahim
Ramai para Haji cuba mencium atau menyentuh batu itu
tapi kebanyakan daripada mereka berbahagia dengan hanya memandang Kaabah
Fidelma Oleary akan berjalan jauh daripada Texas ke Mekah
Tapi sebelum itu dia kena menyelesaikan sedikit masalah fisiologi
Doktor Oleary ialah seorang professor Sains Neuro di Universiti St Augene, Austin.
Fidelma Oleary bukan dilahirkan dalam keluarga Islam
Ia dilahirkan dalam keluarga Katolik dan semasa di kolej dia sudah meragui agamanya.
Saya sedang mendengar radio dan dalam siaran itu seseorang telah menalifon dan berkata...
'Yang saya tak faham ialah kalau Jesus itu Tuhan kenapa pula dia menyembah Tuhan?'
Pada Fidelma, pemanggil itu telah menerbitkan satu keinginan ke atas dirinya
Dan persoalan itu telah berubah menjadi pertukaran agama
Inilah masanya semua cebisan akhirnya bercantum
Dan saya sedar Islam adalah agama bagi saya dan saya memeluknya
Saya seorang sahaja orang Islam yang saya kenal
Fidelma bersedia untuk menjalankan Haji setelah memeluk agama ini sepenuhnya
Tapi dia mungkin akan terperanjat bahawa setengah para haji agak susah menerimanya
Pada bahagian lain dunia, Afrika Selatan
Di sebuah kawasan subur di luar Victoria
Pengacara radio, Khalil Mampelazi, ke udara setiap minggu
memanggil orang ramai ke arah Islam
Pada Khalil, biasa dengan pertelingkahan kaum di Afrika Selatan,
Haji adalah satu peluang untuk melihat kesempurnaan Islam secara dekat
Paling penting dicapai ialah tali persaudaraan
Tuhan tidak memandang rupa paras Tuhan tidak memandang rupa tubuh badan
Tuhan tidak memandang siapa kamu orang kaya atau tidak
Tuhan memandang apa? Hati kamu!
Khalil mencari dunia tolerensi
Tapi dia juga terjumpa apa difikirkan yang dia telah tinggalkan
Di bahagian Timur, di Malaysia
Ismail Madauf bakal menemui siapa dirinya sebenar
Di padang pasir, memaparkan dirinya kepada Tuhan,
Ini lebih merupakan perjalanan kerohanian,
melupakan latar belakang saya,apa yang biasa ada di pejabat, padang golf dan di rumah
dan hanya berada dekat dengan Tuhan.
Ismail adalah seorang eksekutif yang berjaya.
Dia akan pergi mengerjakan Haji bersama isterinya, Asmah.
Mereka akan tiada di rumah selama 7 minggu meninggalkan 4 orang anak.
Dan meninggalkan senarai yang panjang apa yang patut dibuat.
Mengerjakan Haji merupakan satu cabaran kepada keluarganya yang telah biasa dengan kemewahan keduniaan
Tetapi Haji adalah bukan mengenai keduniaan.
Yang diperlukan hanya pakaian asas Haji.
Pakaian yang kami pakai adalah sangat mudah.
Hanya dua helai kain.
Sehelai dipakai di bahagian bawah dan satu lagi di atas
Haji adalah suatu pencarian jalan taubat
Tetapi tidak kira bagaimana lengkap dia bersedia Ismail tidak tahu apa yang akan dialaminya.
Sudah hampir selama 1400 tahun para Haji datang ke sini
Tetapi perjalanan Haji ke Mekah sudah lama sebelum Islam
Sudah berapa lama terdapat dalam sejarah dan legenda
Tetapi yang pastinya era sebelum Islam sudah ada perjalanan haji ke Mekah
Terdapat kepercayaan dalam Islam bahawa Nabi Ibrahim yang memulakannya
Nabi Ibrahim ada bapa kepada Yahudi, Kristian dan Islam.
Semasa Nabi Ibrahimlah bermulanya perjalanan Haji.
Banyak upacara-upacara dalam Islam dilahirkan oleh Nabi Ibrahim.
Kepercayaan kepada satu Tuhan dan perjalanan Haji tahunan ke Mekah.
Mengikut satu tradisi Islam, Ibrahim datang ke mekah bersama isterinya Hajar dan anak mereka Ismail.
Tuhan memerintahkan Ibrahim supaya membawa isteri dan anak kecilnya dan tinggalkan mereka di padang pasir
yang sekarang dikenali sebagai Mekah di Saudi Arabia
Dia kembali melawat mereka dari masa ke semasa
Dalam salah satu lawatannya Tuhan memerintahkan dia membina Kaabah dan menyeru manusia datang untuk Haji
Dari generasi ke generasi manusia datang menyahut seruannya
Tetapi lama kelamaan penyembahan berhala mula bertapak di Kaabah
Kemudian pada awal kurun ke 7 semuanya berubah
Seorang Nabi lahir dari keturunan Ibrahim. Dia orang Mekah bernama Mohammad.
Dalam tahun 630 Nabi Mohammad membersihkan berhala daripada Kaabah
mengembalikan manusia kepada penyembahan Tuhan yang satu
Nabi Mohammad telah mengembalikan pengerjaan Haji seperti yang telah dibuat oleh Ibrahim turun temurun
Walaupun pengikut-pengikutnya mengikut langkah-langkah yang di buat oleh Nabi Mohammad
Mereka percaya bahawa mereka mengikut langkah-langkah yang dibuat oleh Nabi Ibrahim
Banyak langkah pengerjaan Haji berkait dengan tradisi masa lampau
Satu, adalah ciptaan penutup baru bagi Kaabah Ia dipanggil Kiswah,
penutup sutera sepanjang 7000 kaki
Kain hitam dibuat dengan tangan, dengan ayat-ayat Al-Quran dijahit dengan benang emas.
Harganya hampir 5 juta dolar.
Pada kemuncak Haji, satu penutup baru seberat hampir satu tan, diletakkan menutupi Kaabah
Gambar ini diambil oleh National Geographic dalam tahun 1967. Raja Faisal tiba untuk upacara membasuh Kaabah
Pada hari ini Raja Faisal tidak dipanggil Tuanku tetapi sebagai penjaga kedua-dua masjid suci
Pada penghujung upacara tahunan ini, Kiswah baru tergantung di tempatnya
Ayat-ayat keemasannya boleh dilihat oleh semua yang mengelilingi Kaabah
Tetapi untuk melihatnya dengan lebih dekat, anda mesti pergi ke Mekah terlebih dahulu.
Pada pukul 2 pagi di Kuala Lumpur
Affa, berumur 12 tahun, memberikan ucapan selamat berangkat mengikut tradisi Malaysia kepada ibu bapanya
Ini dilakukan pintu-pintu seluruh dunia seperti yang sudah dilakukan sejak puluhan tahun.
Ini adalah pengembaraan hebat, memerlukan masa perjalanan berbulan-bulan, malah bertahun-tahun.
Perjalanan ini penuh dengan bahaya disebabkan oleh perompak-perompak dan berbagai penyakit.
Apabila mereka mengucapkan selamat tinggal pada keluarga tidak pasti mereka akan berjumpa lagi
Hari ini di Malaysia, mengerjakan Haji bermakna menyertai program kerajaan yang disusun rapi
Tetapi masih terdapat halangan-halangan kerana logistik bagi Haji adalah amat tinggi
Lebih daripada 20,000 para Haji hanya dari Malaysia
Sebahagian kecil daripada lebih 1 setengah juta memasuki Saudi Arabia
Walaupun Mekah menyediakan beribu bilik untuk disewa, kebanyakan mereka masih kena kongsi bilik
Ramai juga yang duduk 10 orang sebilik
Bagi mereka seperti Ismail dan Asma, mereka dapat kemudahan dengan senang
Selepas diproses, mereka mendapat iringan polis terus ke kapal terbang
Bukan semua orang mendapat perjalanan begitu tersusun
Di jalan utama di luar kampung Khalil menaiki bas awam ke lapangan terbang
Pertama kali dalam hidupnya, dia bukan saja menghala ke Kaabah apabila sembahyang,
dia benar-benar akan ke sana.
Haji dikerjakan di dalam kota Mekah dan kawasan-kawasan di sekitarnya
Ia adalah satu siri ibadat dijalankan di antara hari ke 8 hingga hari ke 13, bulan terakhir kalendar Islam
Pertama, para Haji berjalan beberapa batu dari Mekah ke lembah Mina
di mana mereka akan menjumpai satu bandaraya terdiri daripada khemah-khemah
Di situ mereka akan berehat
Hari berikutnya para Haji meneruskan perjalanan ke padang Arafah
Ini adalah hari terpenting bagi para Haji, Hari Penghitungan, bersendirian dengan Tuhan
Kemudian mereka balik ke Mina untuk menjalankan ibadat melempar batu ke arah Syaitan
Mereka menjalankannya selama dua hari
Kemudian mereka balik ke Mekah untuk mengelilingi Kaabah
Mengelilingi Kaabah adalah ibadat terakhir, juga ibadat pertama apabila sampai ke Mekah
Fidelma baru saja sampai setelah menghabiskan masa satu minggu di bandar suci Madinah
Kebanyakan para Haji merasa amat penting untuk melawat Madinah
di mana Nabi Mohammad dikebumikan
Fidelma sekarang merasa tidak sabar untuk ke Kaabah
Tapi percubaan mental dan fizikalnya baru saja bermula
Kita kena sabar dengan segalanya, kerana mereka berurusan dengan begitu ramai orang
Menguruskan rekod dan sebagainya. Ia seperti mimpi buruk
Dalam keadaan ihram kami tahu kami mesti sabar kerana kami berada di tanah suci
Keadaan Ihram adalah penting untuk mengerjakan Haji
Ihram adalah berfikiran bersih sepenuhnya terutama kesabaran, kesopanan dan kehormatan
Orang lelaki dikehendaki memakai pakaian khas yang juga dipanggil Ihram
Dua helai kain, sama dengan pakaian untuk pengkebumian
Dalam pakaian begini, orang kaya atau miskin terpelajar atau tidak, semuanya jadi sama
Pakaian ini membawa semua ke keadaan asas dan meletakkan roh di tempat tertinggi
Dengan kenderaan atau berjalan kaki, para Haji berpusu-pusu ke tempat suci ini
Peluang mereka untuk berkhidmat dan menyembah Tuhan yang satu
Ini adalah bacaan utama untuk Haji: Telbiya
Para Haji akan memyebutnya beratus kali pada hari-hari berikutnya
Bagi orang-orang Islam yang bertahun-tahun sembahyang menghala ke arah sini
melihat Kaabah pada kali pertama memberikan perasaan yang tidak terkata
Fidelma menyertai berpuluh ribu para Haji lain mengelilingi Kaabah, dalam ibadat yang dipanggil Tawaf
Mereka mengelilinginya 7 kali, seperti yang dibuat oleh Nabi Mohammad
Semua orang berlainan bangsa dalam satu tempat, memberi tumpuan ke satu arah,
menyembah Tuhan yang satu, sudah semestinya sesutu yang amat berkuasa
Kemudian, dengan kaki yang letih, para Haji menjalankan satu lagi ibadah dipanggil Saie
Dalam ibadat ini para Haji berjalan di antara dua puncak bukit, 7 kali
melambangkan perjalanan Hajar mencari air di padang pasir
Ismail dan Hajar ditinggalkan oleh Ibrahim di lembah padang pasir ini
Hajar menjadi tidak tentu arah kerana anaknya amat dahaga
Jadi, dia mula berlari pergi dan balik di antara 2 bukit ini
untuk mencari air
Sehingga tahun 50han para Haji berjalan di antara 2 bukit ini di atas jalanraya
Hari ini mereka diselubungi bangunan di dalam struktur masjid besar ini
Mereka berjalan di antara 2 bukit ini untuk Safa dan Marwa
Mereka sepatutnya bukan berjalan biasa tetapi berjalan laju
Supaya menyerupai keadaan terdesak Hajar mencari air
Kepercayaannya berhasil. Malaikat Jibrael menjelma, mengetuk tanah dengan hujung sayapnya
dan air yang jernih keluar dari tanah. Ia dipanggil air Zam-zam
No comments yet. Be the first to leave one.