لومړۍ 200 کرښې.
Awak rasa En. Seong selamat?
Awak rasa mereka dah membunuhnya?
Mereka takkan bawa dia sejauh ini semata-mata untuk membunuhnya.
Awak rasa mereka bawa dia ke lokasi permainan itu?
Entahlah, tapi begitulah nampaknya.
Seingat saya, pulau itu berada di kawasan ini.
"Kalau kita gagal menangkap Front Man, kita menyusup masuk ke pulau itu."
Itulah rancangan kedua En. Seong. Berjalan seperti yang dirancang.
Sebaik saja permainan bermula, nyawa En. Seong mungkin dalam bahaya.
Kita mesti cari dia cepat.
Kalau saya dapat tangkap mereka, saya akan renjat punggung mereka.
Baiklah!
Kalau semua orang ada, kita gerak!
SQUID GAME 2
EPISOD 3 001
Pemain 456.
Banyak yang membelenggu awak. Awak tak boleh pergi atau tinggal di sini.
Awak tak boleh lawan takdir awak.
Ada roh yang berlegar bersama awak dan masih terperangkap di dunia ini.
Awak datang bukan atas kehendak sendiri. Roh-roh pendendam itu bawa awak ke sini.
Kalau kita berjaya keluar dari sini, biar saya jampi awak.
Saya boleh buang semua karma buruk awak.
Selamat datang kepada semua yang berada di sini.
Anda akan menyertai enam permainan yang berbeza selama enam hari.
Pemenang keenam-enam permainan akan dapat hadiah wang tunai yang lumayan.
Maafkan saya.
Awak kata saya akan bermain permainan, tapi sebenarnya saya diculik.
Macam mana saya nak percaya?
Maafkan saya. Anda perlu faham yang semua itu perlu
untuk mengekalkan keselamatan permainan.
Kenapa awak pakai topeng?
Muka awak pun rahsia juga?
Tepat sekali! Kenapa sorok muka awak?
Ini pusat judi haram?
Tauke judi pun tak tutup muka.
Untuk memastikan permainan yang adil dan kerahsiaan terpelihara,
kami tidak akan mendedahkan wajah dan identiti staf.
Anda perlu faham.
Awak buka pakaian saya dan sarungkan baju ini?
Kasut jenama apa ini?
Kasut aku edisi terhad.
Susah nak cari!
Kalau kasut aku rosak, kau nak ganti?
Baju ini besar dan warnanya buruk.
Boleh saya pakai pakaian awak?
Saya suka merah jambu.
Maafkan saya, tak boleh.
Anda mesti memakai uniform untuk sertai permainan ini.
Telefon saya macam mana?
Kenapa ambil telefon dan dompet saya? Tolong pulangkan.
Kami pastikan barang anda selamat.
Kami akan pulangkan selepas permainan tamat.
Setidaknya bagi telefon saya. Saya nak periksa pasaran kripto.
Kalau saya rugi, awak akan bayar ganti rugi?
Kami akan pulangkan selepas permainan tamat.
Saya perlu pantau harga secara langsung!
Awak tahu berapa banyak saya laburkan?
Pemain 333, Lee Myung-gi.
Berumur 30 tahun, pemilik saluran YouTube yang dipanggil MG Coin.
Selepas meyakinkan pelanggan untuk melabur dalam syiling kripto Dalmatian
dan menyebabkan kerugian kira-kira 15.2 bilion won,
anda menghilangkan diri.
Anda dikehendaki kerana menipu,
melanggar undang-undang telekom dan pelaburan kewangan.
Jumlah hutang terkini, 1.8 bilion won.
Pemain 196, Kang Mi-na, jumlah hutang ialah 45 juta won.
Pemain 120, Cho Hyun-ju, 330 juta won.
Pemain 230, Choi Su-bong, 1.19 bilion won.
Pemain 198, Jang Do-yeong, 1.4 bilion won.
Pemain 226, Kim Yeong-sam, 1.9 bilion won.
Pemain 444, Kim Nam-du, 2.02 bilion won.
Pemain 343, Sim Jae-seok, 2.89 bilion won.
Pemain 006, Park Mi-hwa, 3.1 bilion won.
Pemain 283, Lee Eun-ju, 4.02 bilion won.
Pemain 100, Im Jeong-dae,
sepuluh bilion won.
Satu permainan lagi!
Sepuluh bilion? Siapa itu?
Siapa?
Apa tengok-tengok?
Kau fikir senang nak dapatkan pinjaman 10 bilion won?
Pinjaman sebanyak itu bukan senang nak dapat!
Hanya mereka yang mampu bayar balik saja layak.
Semua yang berada di bilik ini
dihantui hutang yang membebankan
dan kini hidup anda bagai telur di hujung tanduk.
Kali pertama kami datang kepada anda, anda ragu-ragu.
Tapi seperti yang anda tahu, kita bermain permainan
dan kami beri anda wang ganjaran seperti yang dijanjikan.
Jadi, anda mempercayai kami
dan menawarkan diri untuk turut serta mengikut kehendak sendiri.
Anda ada peluang terakhir untuk buat keputusan.
Anda mahu hidup seperti sampah dan lari daripada pemiutang?
Atau anda mahu merebut peluang terakhir yang kami tawarkan?
Semakin dekat.
Mungkin salah sebuah pulau di depan sana.
Kapten, laju lagi.
Baiklah, arahan diterima.
Di atas kepala anda
ialah tabung wang hadiah anda.
Selepas setiap permainan yang anda main,
wang hadiah akan terkumpul di dalam tabung ini.
Berapa jumlahnya?
Wang hadiah untuk permainan ini ialah 45.6 bilion won.
45.6 bilion won?
Salah seorang pemain akan dapat?
Kami akan beri anda butiran
pengagihan wang hadiah selepas permainan pertama.
Anda diberikan kelebihan baharu yang istimewa dalam permainan ini.
Apa dia?
Selepas setiap permainan, anda akan diberi peluang
untuk mengundi sama ada mahu teruskan permainan ini atau tidak.
Jika majoriti mahu permainan dihentikan,
anda akan pulang dengan wang hadiah yang terkumpul sehingga tahap itu.
Maksud awak,
kami akan dapat wang itu walaupun berhenti selepas permainan pertama?
Betul.
Aduhai. Tumpang lalu.
Bodoh!
Mak! Apa mak buat di sini?
Itu yang mak nak tanya awak! Apa awak buat di sini?
Mak buat saya malu.
Malu?
Kalau tahu malu, awak takkan berada di sini!
Sudahlah! Kita bincang nanti.
Tak nak. Awak kena balik.
Pergi balik sekarang, okey?
Kenapa mak datang ke sini?
Mak tahu mak di mana? Tempat ini bukan untuk orang tua!
Kenapa mak datang ke sini?
Untuk bayar hutang awak! Pura-pura tak tahu pula.
Bodoh.
Kenapa awak bawa wanita tua yang naif ke sini?
Awak akan bertanggungjawab kalau mak saya pengsan?
Yong-sik, biar mak sertai permainan ini.
Awak baliklah.
Sudahlah! Saya dah ada di sini. Saya takkan balik begitu saja.
Tapi awak dah janji.
Awak janji takkan berjudi lagi!
Tak, ini bukan perjudian. Kita main permainan di sini.
Kita main satu permainan dan pulang.
Bodoh, sama saja.
- Diam! Cukup! - Jangan melawan.
- Awak bergurau? - Ini cuma permainan! Betul tak, semua?
Jika anda mahu sertai permainan ini, sila tandatangan borang persetujuan.
Sesiapa yang tidak mahu turut serta, sila bersuara sekarang.
Kami sentiasa beri anda peluang untuk tinggalkan permainan ini.
Awak akan bayar walaupun kami main satu permainan?
Mak tak boleh main. Baliklah!
Kalau awak tak balik, mak pun sama.
- Mak takkan ke mana-mana tanpa awak. - Boleh cepat sikit?
Kau Myung-gi yang hebat daripada MG Coin?
Siapa awak?
Kau mungkin tak kenal aku, tapi aku kenal kau. MG Coin.
Aku langgan saluran kau.
Aku rugi banyak, bodoh.
Aku pun sama.
Awak salah orang.
Aku tengok kandungan kau setiap hari.
Celaka, sekarang muka kau masuk dalam mimpi aku.
- Nama kau Nam-su? - Nam-gyu.
- Kelab Pentagon. - Ya.
Aku rapat dengan Nam-gyu sebab kau.
Kami berkongsi keperitan yang sama.
Aku ingat pengasas syiling itu
lari ke Filipina dengan duit kami.
Kenapa kau ada di sini? Mereka lepaskan kau?
Awak nak apa?
Kau fikir apa? Pulangkan duit aku.
Saya paksa awak melabur?
Kau suruh kami melabur semuanya, celaka.
Kau bersumpah kami akan untung.
Kau kata kami bodoh kalau tak beli!
"Anda bertanggungjawab terhadap pelaburan anda sendiri."
Awak tak dengar saya sebut ayat itu di penghujung video?
Awak kata awak tengok setiap hari.
- Hei, bertenang! - Celaka.
- Sudahlah! - Lepaskan saya.
Lepaskan saya.
Ramai orang tengok.
Nanti kau masuk berita.
Lebih baik kau menang sebab aku nak duit aku semula.
Ayuh.
BORANG PERSETUJUAN
1. DILARANG BERHENTI SESUKA HATI
2. PEMAIN YANG ENGGAN BERMAIN AKAN TERSINGKIR
3. PERMAINAN BOLEH DIHENTIKAN DENGAN UNDI MAJORITI
JIKA SERI, PEMAIN AKAN MENGUNDI LAGI
4. JIKA PERMAINAN TAMAT, HADIAH DIBAHAGI SAMA RATA
TANDATANGAN
Sesiapa yang tidak mahu turut serta,
sila bersuara sekarang.
SEONG GI-HUN
Aku dah agak. Kau cakap kau nak berhenti mencari.
Saya minta maaf.
Ini hal penting dan awak saja yang saya dapat hubungi.
Kau tiba-tiba muncul dengan sekumpulan lelaki berbaju hitam.
Apa yang berlaku?
Mungkin kau dah lupa, aku kapten bot ini.
Beritahu aku situasinya.
No comments yet. Be the first to leave one.