لومړۍ 200 کرښې.
Awak nampak Dr. Zhang?
Dia di bilik persalinan.
Terima kasih.
Sama-sama.
Dr. Zhang!
Saya sedang pakai baju, kenapa?
Maaf.
Dia selalu tergopoh-gapah.
Xia Chu, awak tak nampakkah?
Awak pakai baju awak sambil dengar cakap saya.
Masalah jantung berlubang Xiao Jun
boleh dirawat dengan pembedahan intervensi.
Tapi sebelum itu kita harus cari peralatan
yang lebih jelas daripada imbasan CT
untuk mengetahui kondisi dia.
Dengar sini.
Bedah jantung dia.
Itu cara paling jelas
dan juga yang paling tepat.
Kita boleh cetak jantung 3D!
Cetak jantung 3D?
Jangan ambil gambar!
Saya cuma nak tunjukkan rekod perubatan sebelum ini.
Sudah ada orang berjaya lakukannya.
Awak keluar dulu.
Keluar!
Ingat.
Ini bilik persalinan lelaki.
Maaf, Dr. Zhang.
Saya terlalu cemas.
Jadi...
Mana rekod perubatan?
Lihat.
Ini ekokardiografi dia.
Juga ini.
Boleh.
Memang boleh.
Tapi saya tak pernah lakukannya.
Kita mungkin perlu tanya syarikat.
Salah seorang kawan saya bekerja dalam bidang ini.
Cepat hubungi dia.
Baik.
Xia Chu.
Ya, saya.
Saya nak tanya awak sesuatu.
Cakaplah.
Ada seorang kanak-kanak menghidap penyakit jantung kongenital.
Pembedahan pertama dia gagal.
Jadi, sebelum melakukan pembedahan kedua,
kami ingin pinjam teknologi cetakan 3D kamu
untuk mencetak replika jantung dia
agar kami boleh nampak
bentuk dan bahagian kecacatan dia.
Kita boleh berlatih proses pembedahan terlebih dahulu.
Sila tunggu di dalam.
Bos akan datang sebentar lagi.
Terima kasih.
Awak tahu asal-usul gambar itu?
Pada 7 September,
itu hari pertama saya bertukar ke sekolah baharu.
Pada waktu rehat,
ada orang ajak saya bermain sepak takraw.
Saya teragak-agak untuk sertai mereka.
Bukan kerana saya tak mahu.
Tapi masa itu
saya sedang lukis
seorang perempuan yang senyumannya sangat manis.
Helo, Xia Chu.
Semua imbasan CT
dan data ekokardiografi pesakit ada di dalam.
Awak perlukan berapa lama untuk siapkannya?
Jika tiada masalah, lebih kurang seminggu.
Berapa bayarannya?
Itu bergantung kepada bahan yang kamu pilih.
Kualiti bahan
akan menjejaskan hasil terakhir replika?
Tak banyak.
Jika awak mahu jadikannya sebagai rujukan sebelum pembedahan,
awak hanya perlu guna bahan biasa, harga lebih kurang beberapa ratus saja.
Baik, saya tunggu panggilan awak.
Awak boleh hubungi saya pada
bila-bila masa saja jika
ada pertanyaan tentang perubatan.
Xia Chu.
Saya hanya boleh tanya soalan tentang perubatan?
Saya tak pandai jawab soalan lain.
Saya juga tiada masa nak jawab.
Awak masih marah pada saya.
Tak.
Maksudnya ada.
Zhuo Ran,
saya seorang doktor residen.
Saya akan sentiasa
mengutamakan pesakit saya.
Saya takkan datang sini hari ini
kalau bukan sebab nak tolong pesakit saya.
Saya juga takkan berbual dengan awak.
Saya mahu luangkan masa ke atas
perkara dan orang yang lebih penting.
Awak faham tak?
Dengan sikap dia itu,
awak rasa rancangan
menerusi dia akan berjaya?
Sikap Xia Chu terhadap Zhuo Ran
takkan berubah.
Kita hanya perlukan masa untuk menyedarkan dia.
Saya yakin kita boleh capai matlamat kita
menerusi Xia Chu.
Harap-harap begitulah.
Sampai hari ini
kita masih belum mengenal pasti
identiti mayat lelaki di vila itu.
Walaupun dalam komputer riba yang disita,
kita telah menjumpai akaun
yang bernama Lanun Seram.
Tapi,
kita perlukan masa untuk membuka kata laluan akaun itu.
Oleh itu, buat masa sekarang kami belum dapat mengesahkan
sama ada dia ada kaitan dengan
pengasas platform urus niaga dadah
atau tak.
Biarpun kita dapat buka akaun itu,
kita hanya boleh tahu
ada orang pernah daftar masuk dalam vila itu
dengan akaun bernama Lanun Seram.
Kita tak tahu siapa Lanun Seram ini
dan hubungan dia dengan mayat lelaki itu.
Rasanya ini keistimewaan jenayah siber.
Tentang kes di Daerah Jiaoda
ada sebarang perkembangan?
Si mati bernama Zhou Lan.
Dia berumur 22 tahun.
Berasal dari Yibin, Sichuan.
Dia datang ke sini dari Chengdu pada tiga tahun lalu.
Sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai
penjual alkohol di kelab malam.
Selepas itu, dia disara
oleh seorang lelaki yang digelar Abang Xiong.
Mereka berpisah di bulan Mac tahun ini.
Abang Xiong serahkan sebuah hartanah miliknya
kepada si mati.
Ia rumah tempat tukang bersih rumah
menjumpai mayat dia.
Laporan autopsi dah keluar?
Sudah.
Laporan autopsi ini
telah menyingkirkan kebarangkalian dia dibunuh.
Kematian Zhou Lan
mungkin berpunca daripada delusi
yang terhasil selepas dia mengambil dadah ais.
Dari mana sumber dadah itu?
Kami daftar masuk
akaun dalam komputer riba dia
dan menjumpai beberapa paparan yang
dia buat di platform urus niaga dadah bernama Kota Nafsu
untuk bertanya tentang stok.
Seorang gadis berusia 20 an.
Bagaimana dia terjebak dalam
dunia yang tiada penghujung ini?
Apakah latar belakang
lelaki bernama Abang Xiong ini?
Cepat, berusaha!
Cepat!
Berusaha!
Cepat lagi!
Cepat!
Cepat!
Cepat!
Cepat!
Cepat!
Saya satu saat lebih pantas daripada leftenan kamu.
Habiskan 5km yang selebihnya.
Leftenan.
Adakah awak pengintip yang dihantar oleh kapten?
Awak dihantar oleh monyet?
Lap air liur awak.
Jangan berlengah-lengah lagi, mulakan.
Semua sedia!
Larian 5km.
Gerak!
Pakai kelengkapan kamu.
Ya!
Brigedier Jeneral.
Dalam ujian hari itu,
kamu telah catat rekod terbaik Komando Guruh.
Ini anugerah untuk awak.
Mari kita ambil gambar.
Ini bukannya merit cemerlang.
Selera awak
semakin besar sekarang.
Anugerah di kancah ini
dah tak dapat memuaskan selera awak.
Semua ini dalam jangkaan saya.
Kalau bukan sebab kaki Tian Yong kejang,
keputusan pasti lebih bagus.
Jangan sombong.
Pasukan simpanan
akan buat latihan selepas ini.
Masa itu,
semuanya ialah orang yang hebat.
No comments yet. Be the first to leave one.