Mantis

Mantis (사마귀)

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

د خپرونې معلومات

Mantis 2025
د لخوا تبصره KakifilemBot

تګونه

webdl
په خپور شو: 2025-09-26
ډاونلوډونه: 98
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

Pandu tenang-tenang saja hari ini.

Undang-undang jalan raya? Kita langgar semuanya.

Apa yang kita langgar?

Apa lagi? Peraturan industri pembunuhanlah.

Kita hanya boleh bunuh jika syarikat luluskan.

Budak pun kita tak boleh bunuh. Bodohnya peraturan ini.

Aku geram sebab peraturan ini dibuat oleh pengerusi MK, Cha Min-kyu,

yang juga taiko industri ini.

Menganggur, tiada syarikat. Macam mana kita nak cari makan?

Aku benci perkataan "menganggur".

Dengar nama dia saja pun dah buat aku rasa nak bunuh dia.

Aku tahu. Apa kata aku hantar pisau berdarah kepada Cha Min-kyu?

Kau nak matikah?

Untuk lawan Cha Min-kyu sampai mati,

kau perlu jadi sehebat Gil Boksoon atau budak MK yang guna nama serangga itu…

Siapa nama budak itu?

MANTIS

Kita kena kumpul wang sebanyak mungkin.

Kita bukannya dapat pencen selepas bersara.

Bersyukurlah kita tak kebulur.

Memandangkan ramai yang menganggur sebab kerja tak cukup.

Masalahnya, cara pemikiran mereka yang tak betul.

Siapa kata kerja tak cukup?

Mereka yang malas kerja, tapi ada hati nak gaji besar.

Itulah namanya fahaman bercanggah.

Sebab itu orang kata kau ketinggalan zaman.

Budak-budak tak bersalah.

Masyarakat kita yang bermasalah.

Kenapa nak salahkan masyarakat pula? Ini bukannya masalah baru.

Tapi betullah. Budak-budak tak dapat cari kerja.

Kita pula kena berhempas-pulas untuk cari makan.

Kalau dah 50 tahun, mereka mula suruh kita bersara.

Apa boleh buat? Dah nasib badan.

Yalah.

Sebab itulah hidup kita masih tunggang-langgang begini.

Kau nak ke mana?

Tandas.

Kita dah lambat. Cepat sikit.

Aduhai…

Susah sangatkah nak bunuh betul-betul?

Pertama,

jangan bunuh budak bawah umur.

Kedua,

hanya buat pertunjukan yang syarikat luluskan.

Ketiga…

kamu mesti cuba buat pertunjukan yang syarikat luluskan.

Kalau ikut peraturan yang MK buat itu…

Penganggur macam kami tak dapat cari makan.

Mengarutlah.

Aku pasti ada banyak syarikat yang cari lelaki berbakat macam kau.

Dalam industri ini,

adakah syarikat lain yang lebih hebat daripada MK?

Kawan saya…

Dia menderita tak semasa dia mati?

Mestilah tak.

Dia pun tak melawan.

Kau memang dah silap pilih arah.

Kau siapa?

Kenapa lambat sangat?

Dah lama aku tunggu.

Okey.

Sabit di kedua-dua tangan.

Kau rupanya yang heboh menjadi bualan baru-baru ini.

Kau Belalang, bukan?

Eh, bukan? Apa, ya?

Aduh, apa itu?

Oh ya! Mentadak!

Kau biar betul?

Mantislah, bodoh.

Atau nama lain aku, Syaitan Maut.

Kau panggil aku "bodoh"?

Nak aku beritahu ibu bapa kau?

Tapi aku dah teruja,

sebab aku dah lama teringin jumpa kau.

Aku?

Tuan.

Dia mungkin takut tuan, tapi dia ingat dia boleh kalahkan saya.

Yang pasti,

kita mungkin sama-sama tahap A.

Memandangkan kau datang sendiri dengan serangga kau.

Jangan perasanlah, pak cik.

Pengerusi datang sebab aku nak jumpa dia sebelum aku bercuti.

Kau sengaja datang lambat supaya aku mula kerja dulu.

Buatlah kerja sekarang.

Aku gerak dulu.

Kita perlu bincang. Tuan nak ke mana?

Tunggu di situ. Saya buat tak lama pun.

Tunggulah dulu.

Mantap, dik.

Syabas, Mentadak!

Bukan Mentadaklah.

Helo, bawa dua tukang cuci ke sini.

Ini kerja Mantis.

Sebab itu ia kurang kemas. Biasalah.

Aku sibuk, jadi cakap cepat sikit.

Saya nak minta tuan batalkan kontrak saya.

Lagipun, tujuh tahun itu terlalu lama, memandangkan saya dah terkenal.

Kau nak sertai syarikat lain?

Atau kau nak buka syarikat sendiri?

Rasanya…

Kau minta

sebab kawan kau itu, bukan?

Sebenarnya, tak pun, tapi…

Sudahlah. Kau pergilah bercuti, okey?

Min-kyu, tunggu.

Apa lagi?

Apa kau buat?

Pisau berdarah.

Atau kau rasa sabit tak sah?

Nanti dulu.

Takkanlah kau betul-betul nak ambil?

Tolonglah, saya bukan serius pun.

Saya berguraulah. Kenapa serius sangat?

Okeylah. Saya nak pergi bercuti.

Kau belum sedia untuk kerja sendiri.

Kemahiran berunding penting dalam perniagaan.

Tolonglah, saya dah pertaruhkan nyawa kali ini.

Aku tahu dan kau hampir berjaya.

Tuan seriuskah?

Apa? Tuan nak saya beri sekali lagi?

Mungkin tak.

Kita rombak kontrak apabila kau balik dan aturkan temu duga untuk kawan kau.

Tuan seriuskah?

Biar betul! Tuan pengerusi?

Tuan jangan pula buat-buat lupa nanti.

Pengerusi Cha. Nanti saya tuntut, tahu?

Cha Min-kyu terbaik!

MK terbaik!

Hei, aku dah kata kau boleh percayakan aku.

Sekarang, kau pun dah kerja untuk MK.

Mulalah bersenam sementara aku tiada.

Eh, betulkah?

Hari itu, MK okey saja. Kenapa pula nak lingkup?

Serius? Apa jadi dengan Min-kyu?

Min-kyu dah mati? Biar betul?

Boksoon bunuh dia?

Cemburunya aku.

Kalau aku tahu, aku dah cabar dia dulu.

Hei, kau di mana? Aku tak nampak pun.

Di mana lagi? Di tempat kerjalah.

Hei, kita dah lama sangat tak jumpa.

SUSPEK BUNUH DIBURU

Aku sibuk cari duit.

Aku pergi dulu.

Yalah, kerja lagi penting. Kau buatlah kerja dulu.

Kerjalah kuat-kuat, kumpul duit tanpa aku.

- Itu dia! - Kenapa ada orang ramai?

Oh, aku baru teringat. Selepas MK lingkup, banyak syarikat cari kau.

- Mantis! - Kau Mantis, bukan?

Kami dari Yujin.

Kau kenal aku tak?

Mari ikut kami.

- Maaflah. - Kami baik.

- Maaf. - Syarikat kami lagi bagus.

Berseronoklah.

Panasnya.

Dah siap.

Saya dah balik.

Selamat pulang.

Sedapnya bau!

Galbi-jjim?

Han-ul dah balik.

Dia tentu rindu makanan Korea semasa dia di luar negara.

Saya masak banyak, cukup untuk semua orang.

Aduhai, bos.

Kalau MK dah lenyap pun Han-ul takkan sertai kita di sini.

Saya tak kata pun dia nak datang.

Ini apa?

NOTIS PENGUSIRAN

Yang itu, ya?

Kita kena pindah bulan depan.

Nampaknya terpaksalah saya kerja luar semula.

Tapi bos kurang sihat.

Bos carilah kerja lebih. Saya boleh buat.

Kasihan awak.

Awak tak sepatutnya hidup begini.

Saya tentu menganggur sekarang

jika bos tak ambil saya bekerja selepas syarikat saya lingkup.

Aduh, penatnya!

Bilalah mereka nak baiki lif?

Apa yang kau pakai? Itu fesyen Eropah, ya?

Kau memang peka.

Ini fesyen terbaru. Kau tentu cemburu.

- Mantis, awak sihat? - Ya.

Ya, dah lama betul…

Itu bau apa?

Bos buat

sebab kau nak datang.

Wah, Restoran Korea bersepah di Eropah.

Yakah?

Jom turun. Budak-budak dah tunggu.

- Hei! - Boleh saya letak beg di sini?

Boleh.

Cepatlah!

Pergilah.

Nanti saya balik.

Ya, minum!

Kami tak ambil pelanggan.

Buka pintu sebelum aku bunuh kau.

Dia tak mahu tambah pelanggan. Dia benci orang ramai.

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left