لومړۍ 200 کرښې.
Terima kasih, Wiwin, kerana terima saya sebagai tetamu.
Saya pergi dulu.
Saya serahkan Welly kepada awak.
Jika dia nakal,
cubit saja telinganya.
Sayang, janganlah.
Dan beritahu saya.
Jangan rahsiakan.
Bertenang. Welly budak baik.
Dia takkan cari masalah.
Jangan risau.
Baiklah, Wiwin.
Kami pergi dulu.
Saya perlu kerja selepas ini. Mari pergi.
Terima kasih, Wiwin.
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.
-Hati-hati. -Baik, Wiwin.
-Selamat jalan. -Selamat tinggal.
Jaga diri, Andini.
Sayang,
doakan saya...
agar saya dapat kumpul wang hantaran dengan mudah.
Dan saya boleh kahwini awak secara sah tak lama lagi.
Ya?
-Baik, sayang. -Dan juga...
saya dapat cari wang yang banyak...
supaya kita boleh bersanding.
Dan kita boleh tinggal bersama...
dan tak dapat dipisahkan oleh sesiapa atau apa-apa saja, ya?
Sayang, walaupun awak jauh,
tapi kita dekat di hati.
Saya selalu doakan awak.
Baik.
Sayang, ingat.
Jangan nakal-nakal di Jakarta.
Jika saya tangkap awak curang walaupun hanya sekali...
saya takkan maafkan awak.
Sayang,
saya takkan curang pada awak.
Saya ada awak dan itu dah cukup.
Seorang Andini dah lebih daripada cukup.
Kenapa saya perlu cari wanita lain?
Sayang, saya cintakan awak.
Selamat berjuang, suamiku.
Baik, isteriku.
Jaga diri baik-baik di kampung.
Ya?
Baiklah.
Jaga diri.
Kirim salam pada ayah awak.
Sayang.
Hubungi saya, ya?
Pergilah.
Jaga diri.
Sayang.
Kita baru ucapkan selamat tinggal tapi saya dah rindukan awak.
Ya, sayang. Saya juga dah rindukan awak.
Sayang, awak nanti tertinggal kereta api.
Kereta api dah hampir bertolak.
Mari.
Mari, sayang.
Susahlah jika awak tertinggal kereta api.
Selamat jalan.
Pergi sekarang. Semua orang dah naik.
Selamat jalan, sayang.
-Selamat tinggal, sayang. -Selamat jalan.
Selamat jalan, sayang.
Saya cintakan awak.
Saya masih sempat.
=9 Bulan=
Di mana Welly?
Jika dia lambat ke pejabat, ayah akan membebel.
Kenapa susah sangat untuk hubungi awak?
Aduhai, saya minta maaf.
Baik, nah.
Ini kunci kereta. Kot dan kasut dah ada dalam kereta.
Hei, tunggu. Di mana Andini?
Dia dalam perjalanan balik.
Baik. Cepat. Ayah sedang cari awak.
Baik.
-Jaga diri. -Baik.
Semoga Welly tak terlambat.
Kalau terlambat, pasti ayah membebel.
Nindi.
Aduhai, tuan.
Lima minit lagi sebelum dikira tak hadir.
Tapi En. Welly belum tiba lagi.
Di mana dia?
Sedangkan...
sebentar lagi...
Selamat pagi.
Selamat pagi, ayah.
Selamat pagi.
-Selamat pagi, encik. -Selamat pagi, En. Welly.
Saya masuk dulu.
Silakan, En. Welly.
-Bersemangat. -Ya.
Bersemangat, ya?
Awak hampir terkena, Welly.
Kita tunggu lain kali.
Apa saya patut buat dengan semua fail ini?
Aduhai.
Masuk.
Selamat pagi, bos baharu.
Ya, selamat pagi.
Saya bawa fail daripada En. Anggoro.
Dia kata awak perlu periksa semua fail ini dan tandatangan.
Biar saya bantu awak, encik.
Jadi, yang ini...
Tunggu.
Biar saya jelaskan ini kepada En. Welly.
Saya yang lebih layak dalam hal ini.
Baiklah.
Hei.
Kasut awak itu, cantiknya.
Kasut baharu?
Mestilah. Cantik, bukan?
Awak yang belikan semalam.
Bagaimana awak boleh lupa?
Hei, diam.
Keluar sajalah.
Biar saya berbincang dengan En. Welly.
Maafkan saya, En. Welly.
Jadi? Ada soalan?
Tak ada.
Saya boleh uruskan.
Kenapa?
Tiada apa-apa, encik.
Saya cuma kagum dengan awak.
Awak boleh menangi hati Cik Karen.
Itu bermakna awak lelaki yang hebat.
Betul?
Oh ya,
sebelum awak kerja di syarikat ini,
awak kerja dalam bidang apa?
Saya...
Saya kawan kolej Karen.
Wah, hebatnya!
Pasti awak fasih berbahasa Inggeris, bukan?
Jadi awak suka berada di sini?
Ya.
Terima kasih.
Kerana temankan saya yang kebosanan hari ini.
Sudah tentu. Awak tak boleh tertekan.
Awak perlu ingat bayi dalam kandungan awak.
-Faham? -Ya.
Saya akan perhatikan awak.
Lagi.
Mike?
Nindi.
Wah, ada pasangan terhangat di sini!
Serasi betul.
-Sayang, mari pindah ke tempat lain. -Jom.
-Awak mahu ke mana? -Nindi.
Saya tak mahu timbulkan masalah di sini.
Hei, pengkhianat! Lebih baik awak diam!
Awak tak sedarkah?
Awak akan jadi mangsa seterusnya bagi kaki perempuan ini!
Hei, jaga mulut awak!
Jaga perangai awak!
Karen, jangan jadi hipokrit!
Mike tak pernah sentuh awak!
Kenapa awak beritahu semua orang Mike yang hamilkan awak?
Apa?
Kenapa awak minta dia bertanggungjawab?
Ini bukan anak Mike!
Awak beritahu dia begitu?
Hei, sedarlah! Ini anak awak!
Memang betul, bukan?
Ini bukan anak saya.
Tapi anak orang lain.
Penipu!
Ini anak awak!
Apa yang awak buat?
Apa ini?
Dah gilakah?
Mari pergi, sayang.
Orang pelik!
-Nindi. -Duduk di sini, Karen.
Perut saya sakit, Nindi.
Awak kena baring.
Aduhai, biar saya bawa awak ke hospital.
-Mari. -Hubungi Welly.
Tapi saya ada sekarang.
Hubungi Welly dulu.
Baiklah.
Nah.
Ya.
-Itu Karen, encik? -Ya.
Maafkan saya.
-Isteri saya hubungi. -Oh.
-Dia hubungi. -Baiklah.
Baik, encik.
Penyibuk betul Togap itu.
-Helo, Karen? -Welly.
Perut saya sakit.
Karen, di mana awak?
Saya akan ke hospital. Jumpa saya di sana, ya?
Baiklah.
No comments yet. Be the first to leave one.