لومړۍ 200 کرښې.
Helo, selamat pagi! Pukul 8 pagi. Kita mulakan hari dengan penuh semangat.
Cepatnya masa berlalu!
Sekarang dah bulan Disember
dan itu bermakna
Krismas dah hampir.
Hari ini langit cerah dan suhu nyaman,
sesuai untuk menjiwai semangat Krismas.
Lampu dah menyala di bandar,
bau coklat panas semerbak di serata tempat,
dan ada yang dah berminggu-minggu
mainkan lagu Krismas.
Tapi secara rasminya musim Krismas sudah tiba.
Lucas, sarapan!
Ya, memang sukar nak percaya, tapi ini saya, Salva Molina,
lelaki yang rekod jenayahnya lebih panjang daripada novel
Sebelum ini, saya sarapan dengan bir dan makan buah zaitun pada tengah hari.
Tapi sejak saya selamatkan Krismas
dan Santa Klaus beberapa tahun lalu,
saya dah jadi orang baik.
- Selamat pagi, sayang! - Ayah!
Mari sarapan.
Yang penting sekali, jadi ayah yang buat perkara betul.
Terima kasih, ayah. Sedap.
Ini sarapan juara. Ada vitamin, protein dan…
Semua yang baik untuk kesihatan. Mari minum.
- Minum. - Minum.
Kini dia mahu rapatkan hubungan dengan anaknya.
Ayah laparlah.
Di rumah.
Aduhai, jem lagi?
Awak lupa saya suka sarapan savuri?
Sebenarnya, ini rumah kawan saya, Rafita.
Tapi kami dah nak pindah.
Akhirnya saya dapat kerja yang sah dalam bidang saya.
Saya dah jadi orang baik.
Hei, kuli!
Gilapkannya hingga bersinar macam emas.
- Saya nak sandwic! - Hei! Dada ayam.
Tak nak sosej. Sebab saya buat
Itu perkataan Inggeris, tahu tak? Maksudnya senaman.
Ayuh, buat
Ia tak sempurna.
Kadangkala saya rasa nak putus asa.
Tapi pengorbanan saya tak sia-sia
jika anak saya gembira dan bangga dengan ayahnya.
Itu pun dia.
Lucas!
Ayah!
Ayah dah sampai!
Sekolah okey?
Lebih teruk daripada sakit gigi. Kerja okey?
Ayah rasa nak berhenti kerja.
Hei. Itu apa?
- Apa? Ada apa? - Apa ini?
Tengok ini! Dua tiket filem
Tayangan khas!
Itu filem kegemaran saya. Ayah memang terbaik.
Saya sangat gembira.
Lebih-lebih lagi, musim terbaik dah tiba.
Musim Krismas.
17 DISEMBER
18 DISEMBER
Ho, ho, ho! Bangunlah, elf semua!
Tinggal seminggu lagi sebelum Krismas!
Hari baru bermula Masa untuk bekerja
Kami kerja dengan gembira Sebab Krismas bakal tiba
Berhenti.
Kamu macam tak gembira saja.
Tunjukkanlah semangat Krismas yang sebenar.
Ho, ho, ho!
Seronok juga menyanyi.
Tapi kalau kita nak siapkan mainan,
kita perlu serius buat kerja.
Dengar sini, Rami.
Janganlah kecoh sangat. Masa masih banyak.
Yakah? Awak masih perlu baca semua surat itu.
Aduhai, mereka boleh hantar mesej suara saja sebenarnya.
Ayuh! Buat barisan!
Beberapa minit lagi, pintu Planet Toys akan dibuka.
Awak letak gula?
Okey.
Planet Toys. Dunia permainan, dunia keseronokan.
Cantiknya dia…
Matcha latte ais, puan.
Dengan susu bebas laktosa dan sedikit kayu manis.
- Manisnya, Sebastián. - Maaf, puan.
- Mana laporannya? - Ini laporan kakitangan.
Kenapa letak gula?
Ramai sangat pekerja. Pecat lima orang.
Ini rekaan patung feminis baru.
Terlalu keriting, terlalu pendek. Ubah.
Puan.
- Sebastián. - Ya, puan?
- Kenapa semua berdiri? - Saya pun tertanya-tanya.
Ayuh, buat kerja! Buka pintu! Kamu ingat kamu kakitangan kerajaankah?
Krismas sudah tiba.
- Mari. - Ya, puan.
Selamat pagi. Apa khabar semua?
Semua okey? Baguslah.
- Mari mula. - Ya.
Mesyuarat tergempar ini berkenaan
sesuatu yang boleh ubah haluan syarikat ini selamanya.
Hebat!
Seperti yang anda maklum, Planet Toys ialah syarikat nombor satu di dunia.
Produk kita jadi hadiah pilihan pada setiap perayaan besar.
Setiap perayaan
kecuali satu.
Kenapa jualan menurun semasa Krismas?
Sebab kamu tak cekap? Itu pun antara sebabnya.
Tapi sebab utamanya ialah makhluk keji
yang kita dah lama buru itu.
- Bigfoot! - Raksasa Loch Ness!
- Saya rasa itu Chupacabra. - Elvis, dia masih hidup.
Jawapannya Santa Klaus.
Atau Santo Nick, atau apa saja nama lelaki gemuk
yang bersaing secara tak adil selama berdekad-dekad itu.
Budak-budak tak beli mainan kerana dia beri…
Dia beri…
Sebastián, cakaplah. Saya tak boleh. Rasa nak muntah.
Dia beri mainan percuma.
Tanpa sebab pun. Asalkan bersikap baik saja.
Teruk betul.
Dah bertahun-tahun,
kita laburkan masa dan duit
dalam program pengawasan untuk menjejakinya.
Tapi beberapa tahun lalu, di hospital Madrid,
keajaiban Krismas berlaku.
Nicholas!
Nicholas!
Jangan lupa jadi baik!
Benarlah kata orang tua itu. Itu memang Santa Klaus.
GARISAN ARTIK
Mujur jururawat itu dua pupu sebelah ibu saya
dan dia ceritakannya di majlis keluarga.
Dia cuma ada satu mata, jadi saya tak beri perhatian sangat. Tapi…
Aneh, bukan?
Kita laburkan banyak wang,
tapi petunjuknya muncul di majlis keluarga awak.
Sebastián, awak memang suka menyampuk.
Maaf.
Kad itu ada koordinat. Jadi, kita dah tahu tempat tinggalnya.
Kita cuma perlu mulakan rancangan
untuk culik Santa Klaus supaya dia tak bersaing dengan kita lagi.
Tapi dunia tentu tertanya-tanya ke mana dia pergi.
Inilah orang yang akan gantikan Santa Klaus
di mata dunia.
Apa khabar, semua?
Bila saya boleh mula, bos?
Hormat sikit, Kasanova.
Dia? Dia kurus kering. Tak nampak macam Santa.
Tin kosong memang bising.
Kenalkan Mauro Quesada, penyamar.
Penyamar?
Bukanlah.
Pelakon.
Pelakon hebat yang menjiwai watak sepenuh hati.
Saya serba boleh.
Saya boleh berlakon pelbagai genre,
daripada teater klasik hingga avant-garde.
Yang paling penting,
saya pakar dalam menghidupkan watak.
Saya rasa itu jelas.
- Sangat jelas. - Ini matlamat kita.
Selepas kita culik dia, ibu bapa sedunia
perlu beli hadiah untuk anak mereka.
Puan, apa pendapat En. Anselmo tentang rancangan ini?
Kenapa pak cik tanya begitu?
Ayah saya dah lama bersara. Saya dah cakap banyak kali.
Akhirnya, saya boleh buktikan
saya boleh uruskan syarikat sebaik dia,
atau lebih baik.
- Lebih baik. - Setuju?
- Sebastián. - Ya?
Pakai kardigan. Pergi ke Kutub Utara.
Krismas ini milik kita.
Ya.
THE NIGHT MY DAD SAVED CHRISTMAS 2
Krismas bakal tiba, kita boleh rasa suasananya!
Ayuh, kamu dah tak cergas macam dulu!
Punggung kamu berat sangatkah?
Ayuh, Rudolph! Ayuh, Dasher! Ayuh, Prancer!
Hei, Luis Alberto! Cepatlah, kamu bukan amatur! Ayuh!
Saya suka Krismas! Mari buat lagak ngeri! Pusing 360 darjah!
Ayuh!
Bagus! Syabas! Saya hampir termuntah!
Sekarang laju lagi, pecut seperti
- Saya tak nak. - Carlitos, makan brokoli itu.
- Tak nak! - Jangan nakal.
Awak nak Santa beri hadiah arang?
Jangan mengarutlah.
"Jangan mengarut"?
Awak perlu makan brokoli
jika awak nak semua hadiah dalam senarai awak.
Permainan video, basikal, skuter…
Ayuh!
Habiskannya jika awak mahu semua hadiah.
Ya. Brokoli sedap dan berkhasiat.
Wah! Sekarang saya dah lapar.
Ayuh! Balik!
Kita ada makaroni keju dengan sosej,
No comments yet. Be the first to leave one.