لومړۍ 200 کرښې.
Selepas saya suka cakap kononnya musim dah tamat.
Macam main habis. Kalah mati. Saya anggap semua musim macam itu.
Selain itu, perubahan watak John membawa perspektif baharu dalam industri.
Sebab semua orang tahu definisi penjahat yang sebenar
dan kebiasaannya, penjahat tak pernah beri apa-apa
dan hancurkan semuanya. Tiada apa-apa yang baharu pun.
Lagu yang sama, gaya yang sama.
Senang cerita,
"Aku benci kau. Kau pun benci aku."
BRUSSELS, BELGIUM 17 MAC 2025
JELAJAH PERSARAAN
Kau orang cuma tahu terima.
Jalan cerita saya berubah.
"Apa kita dapat?"
"John Cena datang ke bandar aku."
"Apa kita dapat?"
Kau orang dapat apa yang kau orang patut dapat
iaitu kau orang takkan dapat apa-apa!
Saya bukan penjahat.
Saya manusia biasa…
dan semua orang di sini layan saya macam sampah!
Dengar?
Kau orang semua, termasuklah budak itu,
ialah golongan toksik dan munafik!
JOHN CENA PATAHKAN HATI ANAK SAYA
TIADA JIWA
CENA TIADA JIWA
Saya teruja nak berlawan
dan bersemuka dengan John Cena dari minggu ke minggu,
tapi sebaliknya, saya dapat ini?
Pergi cari John Cena.
Saya nak bergusti dengan dia di
bukan bapuk mulut longkang ini!
WrestleMania.
Apabila harinya semakin dekat,
kira-kira sebulan dari sekarang,
kita tak boleh biar orang hilang mojo, keyakinan
atau minat mereka terhadap acara itu sendiri
hanya sebab ada yang tak kena. Mesti ada saja yang tak kena.
JEY USO BINTANG WWE
Kita kena…
MESYUARAT PENULIS
Kita kena jaga Jey.
Kita kena kembangkan watak dia dengan berhati-hati.
Sebab orang boleh nampak, "Dia dah penat."
Awak pun nampak dia lompat, tapi tak kena.
Jey Uso! Oh, Tuhan!
- Ya. - Awak okey?
Ya. Saya penat.
Okey.
Awak kena buat sesuatu. Saya harap awak takkan kecewakan saya.
- Okey. - Baiklah.
Kita boleh nampak yang tekanan mula menguasai Jey.
Tak dinafikan lagi.
Prestasi Jey merudum dalam beberapa minggu ini.
Semua orang risau.
Mungkin Jey bergelut sebab kita cakap, "Kami nak naikkan awak."
Kita beritahu dia, "Prestasi awak merudum."
Kalau tiada perubahan, kita tak boleh pilih dia.
Kita terpaksa cari alternatif lain.
Adakah dia akan rasa tercabar dan lebih fokus selepas ini?
Kalau tidak, kita ada jawapannya.
Betul itu. Itulah tujuannya.
"Kemenangan di WrestleMania bukan jaminan. Awak kena buktikan yang awak layak.
Awak kena buat sesuatu sekarang."
Dia boleh buat.
Kita tahu dia boleh buat.
Kalau tidak, kita takkan cakap pasal ini sekarang…
tapi semuanya bergantung pada dia.
Dalam divisyen wanita,
selepas
Charlotte Flair dah pilih lawan dia di
Tiffy.
"The Queen" pilih awak.
Tiffany Stratton ialah juara dan bintang baharu kami,
jadi jalan ceritanya tentu menarik bagi Charlotte Flair
sebab dia boleh rampas balik takhta dia sebagai yang terhebat.
Apabila pertaruhannya terlalu banyak dan besar,
sebesar pertaruhan di
dan memandangkan ia persembahan
dan "kerja" kami,
kebanyakan masanya, realiti boleh menerjah dalam sekelip mata.
CHICAGO, ILLINOIS 4 APRIL 2025
Charlotte baik atau jahat?
Kalau lawan Tiffany Stratton, mestilah saya yang jahat.
Pernah sekali di Chicago,
saya kena bu sampai saya rasa nak menangis.
Apa yang…
Kau orang nak saya cakap apa?
Saya tak kisah kau orang bu saya sebab percayalah.
Tiffany boleh menang…
Suasana malam itu sangat tegang sampai saya tak terfikir…
Saya jadi goyah.
Mungkin awak "The Queen" di gelanggang,
tapi di luar gelanggang,
awak bukan siapa-siapa.
Tak dengarlah! Apa awak cakap?
Tak dengarlah, Tiffy.
Suara awak nyaring sangat!
Charlotte buat provokasi yang boleh merosakkan jalan cerita
dan saya rasa itu buat Tiffany bengang.
Mereka sentuh hal-hal peribadi.
Selepas saya kalahkan awak di
awak akan jadi macam awak di luar gelanggang.
Keseorangan.
Berapa kali cerai?
Berapa? Tiga kali?
Hei, Tiffany!
Sebab itukah Kaiser mesej saya?
Semua itu memang ada dalam skrip?
- Tak. - Tiada.
Bahagian mana?
Bahagian saya. Sebelum habis…
Ya, sepatutnya…
Ayat penutup.
Ayat penutup selepas orang bu dia.
Okey.
Charlotte tak puas hati sebab Tiffy sebut pasal cerai.
Dia bengang.
Ayat itu tiada dalam skrip promosi.
Tiffany kena tahu yang itu bukan cara kita.
- Ya. - Betul?
Dia kena minta maaf kepada Charlotte
dan betulkan keadaan.
KATERING BILIK MESYUARAT PENERBITAN
Di dalam Triple Threat Match lelaki,
tiga bintang terbesar dalam sejarah WWE akan beraksi.
Roman Reigns,
Seth Rollins
dan CM Punk.
Kemudian, ada Paul Heyman.
Paul Heyman ialah pengurus sebenar.
Dia bawa hubungan yang dipertontonkan di kaca TV
dalam kehidupan peribadi dia.
Ahli gusti yang dia uruskan pasti berjaya.
Antara semua ahli gusti yang dia uruskan, Roman paling beruntung.
Dia juara paling dominan.
Dia jadi juara selama hampir 1,500 hari.
"Wiseman", saya sayang awak.
Kalau tengok balik Triple Threat Match itu,
Paul di tengah-tengah.
Paul Heyman ialah kawan baik CM Punk
dan Paul terhutang budi kepada dia.
CM Punk nak Paul menyebelahi dia.
Di
di belakang saya,
ada "Wiseman" awak,
Paul Heyman.
Kemudian, ada Seth Rollins yang memandang Paul Heyman,
walaupun secara langsungnya, mereka tak pernah bekerjasama,
sebagai salah seorang pengurus WWE paling hebat.
Salah satu tarikan utama perlawanan itu
ialah teka-teki yang membayangi pilihan Paul.
Adakah dia akan tolong CM Punk
atau tikam belakang CM Punk dan memihak kepada Roman Reigns?
Atau ada pilihan lain yang tak terjangkau dek akal kita?
Apa kesudahan terbaik? Apa pendapat peribadi awak?
CM Punk menang.
11 HARI SEBELUM WRESTLEMANIA
Okey, cakaplah.
Kita belum putuskan jalan cerita Roman-Punk-Seth.
Saya setuju dengan idea Punk menang
Samalah.
Heyman akan tikam belakang Punk?
Dia akan menyebelahi Punk,
tapi dia akan kotorkan tangan untuk Roman.
Punk akan menang walaupun Heyman tikam belakang dia.
Punk tetap menang.
Punk hentam Paul.
Dia akan belasah Roman atau Seth.
Okey? Punk bertahan. Bukan setakat bertahan, tapi menang.
Kita boleh lorongkan naratif cerita berdasarkan logik,
tapi kadang-kadang, orang boleh nampak logik itu.
Kalau orang nampak, kita kena melencong sikit.
- Awak tak nampak? - Nampak, tapi saya tak suka penamatnya.
Apa maksud awak?
Saya nak Punk menang, tapi kalau Heyman pilih Seth dan akhirnya…
Saya rasa itu lebih mengejutkan.
Yang sebenarnya, Seth dah rancang semua.
Saya suka idea itu.
Saya rasa lebih menarik kalau Seth yang menang.
Kita tahu Roman dan Heyman rapat macam belangkas,
jadi rasanya berbaloi kalau pisahkan mereka
dalam acara utama
Naratif ini cukup mantap untuk acara sebesar
berbanding naratif merebut sokongan Paul Heyman.
Saya faham maksud awak, tapi saya kurang setuju.
Saya rasa dalam senario itu,
Roman macam tiada harapan.
Sebab?
Watak dia.
Tanpa Heyman?
Dia bukan hero atau penjahat.
Watak dia tak berkembang berdasarkan kedua-dua skop itu
dan CM Punk kalahkan dia.
Saya rasa bunyinya lebih menarik apabila dengar awak cakap macam itu.
WRESTLEMANIA MALAM 1
Saya agak beremosi.
CM PUNK BINTANG WWE
Saya akan cuba relaks dan nikmatinya.
No comments yet. Be the first to leave one.