لومړۍ 200 کرښې.
UNIVERSITI GODOLKIN - MANUSIA
PINTU MASUK MANUSIA
KEDAI SUDAH BUKA
SKON KRANBERI OREN
LAWAN
Selamat datang ke Jitter Bean. Nak pesan apa?
Awak rasa itu kelakar?
Okey.
Minta maaf.
Saya akan ambil skon kranberi oren ini.
Tak guna.
Saya tak faham apa-apa pun.
Saya bukan Odessa.
Kecuali Marie, semua rekod kelahiran kata mereka dah mati.
Tapi sebab kematian tak ditulis.
Mungkin semua 25 bayi bertarung sampai mati
dan awak bunuh bayi-bayi itu.
Saya dapat kuasa semasa saya remaja.
Tak masuk akal pun.
Apa-apa pun Odessa, awak seorang saja terselamat.
- Mungkin bagus untuk kita. - Tak bagus.
Kata Starlight, Odessa itu senjata.
Awak Odessa.
Kesimpulannya mudah saja.
- Mungkin awak boleh jadi senjata kita. - Saya bukan senjata, okey?
Saya bukan apa-apa.
Kenapa kita patut percaya cakap Starlight?
Kenapa tak boleh?
Dia minta Marie kembali ke sekolah dan cari Odessa.
Rupanya awak Odessa.
Itu cuma kebetulan?
Dia tentu tahu, bukan?
Tapi dia suruh kita halang.
Kalau dia tahu, kenapa dia selamatkan saya daripada Dogknott?
Segalanya kebetulan, okey?
Apa-apa pun, ini penting.
Apa kita nak buat?
Saya boleh…
- cuba tanya Pam. - Siapa Pam?
Dalam gambar ini.
Mak Cik Pam saya.
- Awak ada mak cik? - Bukan mak cik kandung. Dia…
kawan baik mak saya.
Macam keluarga kami.
Saya mungkin ada nombor dia dari sepuluh tahun lalu.
Saya nak tanya Vought.
Ada pekerja sana masih kawan saya.
Pulanglah ke kampus sebelum ketiadaan kamu disedari.
- Hati-hati, ya. - Saya baru nak ponteng.
Demi kesihatan mental.
Saya cuba jelaskan lagi.
Sila berambus.
Sebenarnya, boleh awak tunggu sekejap, Emma?
Saya cuma nak tanya awak tentang hal semalam.
Okey.
Di dalam arkib.
- Ya. - Semasa saya jadi besar dan bogel.
Awak nampak segala kemaluan saya terpampang begitu…
Tak mengapa, betul. Terima kasih risau.
Ya Tuhan, bukanlah.
Maksud saya, peristiwa selepas awak jadi besar.
- Apabila… - Ya, awak jadi kecil lagi.
Semasa saya muntah sampai penuh tiga tong sampah.
Keadaan kecemasan.
Saya sihat. Betul.
Selalunya saya tak perlu buat begitu.
Kini saya boleh mengecil dengan rasa benci diri.
Saya tahu bunyinya macam teruk, tapi itu satu kemajuan.
Hore.
Saya bukan Odessa.
Saya bukan orang terpilih, okey?
- Yang terpilih itu… - Harry Potter.
- Neo. - Frodo tak guna.
Ya, tak guna betul.
Ya.
Lelaki kulit putih bermuka licin.
Bukan orang macam saya.
Mungkin Pam boleh jelaskannya.
Bila kali terakhir awak hubungi dia?
Saya cuba beberapa tahun lalu selepas ibu bapa saya…
Dia tak nak cakap.
Dia biar saya merana di Red River dan cuba ambil Annabeth jadi anak angkat.
Memang teruk, tapi saya agak gembira dia tak berjaya dapat kebenaran.
Ya,
saya dan Pam.
Pasti tak janggal atau menyeksakan.
Patut kita bincangkan perkara yang saya cakap semalam?
Ya, cuma…
Mungkin ini bukan masa yang sesuai.
Hai Pam, saya Marie.
Boleh kita berjumpa untuk berbual?
Anda takkan percaya.
Ratu hati kita dah kembali.
Tumpang lalu.
Sayang awak, Cate.
Hai, Cate.
Cantiknya beanie dia.
Singgah esok untuk sesi khas Bersiap Sedia Dengan Saya.
Susah nak menggayakan beanie.
Klik butang suka jika saya patut salin kulit untuk bersolidariti.
- Kami sayang awak, Cate! - Awak hebat!
- Moga dirahmati. - Awak wira kami.
Selamat kembali, Gadis Popular.
Mereka begitu suka awak.
Pelik rasa lengan ini. Macam pemukul besbol getah.
- Cate! - Hati-hati sengat saya.
Orang suruh hati-hati. Hei!
Awak nak mati? Saya pun tak nak.
Saya tak dengar apa-apa.
Saya tak dengar.
Dengar ini.
Vought tempahkan awak rambut palsu baharu yang guna rambut dara
daripada kembar Norway yang dipakai Beyonce juga.
Seronok juga tahu orang Norway pun berguna, ya?
- Apa semua ini? - Hari Thomas Godolkin.
Dekan baharu kembalikan sambutan ini untuk bangkitkan semangat.
Sejarah, muzik, barbeku
dan kehilangan dara kepada The Deep bagi sesetengahnya.
Di atas bangku itu.
Aduhai.
- Habislah kita. - Bertenang.
Perjumpaan semula.
Emoji hati, emoji menangis.
Kamu pasti gembira Cate kembali saat Marie pun pulang?
Aura kamu semua begitu hebat, saya hampir tak tahan.
Cricket Kecil pun ada.
Cate, apa khabar?
Kejadian itu begitu dahsyat.
Tapi setidaknya pelakunya dah dibawa ke muka keadilan.
Ya.
Mereka memang tak berhati perut.
Saya nak bawa Cate ke kelas
tapi kamu pun dalam kelas Wira Pengoptimuman. Jadi, marilah.
Saya bukan pelajar kelas bunuh-membunuh macam gladiator itu,
tapi saya harap kamu berseronoklah.
Okey, ke sini, Para Penjaga. Jangan biar dekan tunggu.
Celaka!
Syabas, Marie.
Tapi masih ada banyak perlu kita buat.
Fiona, mengecewakan.
Silakan keluar.
Dalam kelas ini, wujudnya adiwira paling berkuasa
yang pernah masuk universiti ini.
Begitu mengagumkan.
Cate Dunlap, selamat kembali.
Dia telah dikalahkan begitu saja oleh segerombolan Starlighter.
Bukan kita semua kalis kematian.
Adiwira merupakan minoriti.
Sekitar satu dalam sepuluh juta?
Jika manusia bersatu padu dan bekerjasama menentang kita,
terimalah hakikat,
habislah kita.
Okey, fikirkan hal itu sehingga kelas seterusnya.
Kamu boleh beredar.
Marie, tunggu.
Mari kita berbincang.
Marie, beritahu saya, kenapa awak lukakan diri awak?
Apa?
Kenapa awak lukakan diri untuk guna kuasa awak?
Dari dulu saya buat begitu.
Mencederakan diri satu kecelaruan yang tak menyenangkan.
Sifat manusiawi.
Saya tak cederakan diri. Ini cara saya berlawan.
Saya tak setuju.
Sekarang, awak Angelina Jolie dalam Girl, Interrupted
dan saya mahukan Angelina Jolie dalam Salt.
Awak boleh jadi adiwira yang hebat
jika awak betul-betul percaya.
Dia basuh otak abang awak. Sedarlah sikit, sial!
Lambat-laun, awak perlu hadapi segala perbuatan awak.
Saya tak tahu apa masalah awak
tapi awak perlu bertenang.
Betul katanya.
Saya banyak salah.
- Banyak. - Awak semakin tak keruan, tahu?
Apa jadahnya?
Harapnya awak tak harapkan saya untuk sokong mental awak.
Sedapnya.
Pernah dengar ungkapan, "Kalau sayang, baik lepaskan"?
Jika kita cuma minat mereka sikit saja, Sam.
Hubungan kita dah tamat, okey?
- Baiklah. - Okey, begini.
Saya tak nak pun.
Lagipun, bilangan pengikut saya tak naik banyak semasa kita berdating.
Okey.
Pergi dulu.
Memanglah dia akan pergi.
Dia fikir awak zalim.
Betul tanggapannya.
- Tak. - Awak memang zalim.
Ingat wanita yang awak tangkap?
Dia menjerit untuk cari teman lelakinya, tapi awak heret dia pergi.
Diamlah!
Apa-apa saja yang Homelander atau Vought mahukan, awak buat.
Latihan amali musim panas paling celaka yang wujud di dunia.
Awak menjijikkan.
Apa?
Lepaskan saya!
Turunkan saya, bedebah!
- Pergi matilah! - Awak sampah.
No comments yet. Be the first to leave one.