لومړۍ 200 کرښې.
23 DISEMBER 1991
9.04 PAGI
Ayah!
- Anak-anak ayah. - Mak?
- Anak-anak ayah. Tolong! - Mak!
Mak, cepat. Ada kebakaran! Kebakaran di sana!
Telefon bomba!
Ya. Helo, saya nak laporkan kebakaran.
Ya, di 1213 Barat, Jalan 11.
Ya. Rumah jiran saya.
Ya, ada kanak-kanak di dalam.
Saya tak tahu.
Ada letupan.
Aduhai.
Tolonglah.
Harap mereka tak apa-apa.
Tolonglah. Tuhan, maafkan saya.
BUKTI - PEMILIKAN
JABATAN BOMBA
Api tak bermula di sini.
Teruk betul.
Tengok sini. Pintu terus disekat.
BERDASARKAN ARTIKEL "TRIAL BY FIRE" OLEH DAVID GRANN
Tengok ini.
JUGA SURAT CAMERON TODD WILLINGHAM
Kaca retak.
Bilik kanak-kanak.
Bedebah itu tunggu sampai mereka tidur.
Jadi, dia tuang bahan api di sini.
- Terpercik di sini. - Terus ke pintu.
- Bersama papan alas. - Ya. Menuju anjung.
- Dasar celaka. - Dia akan didakwa.
Terima kasih sebab datang. Saya tahu keadaan masih sukar.
Ini En. Fogg dan En. Vasquez. Mereka siasat kebakaran itu.
Takziah.
- Ada jumpa apa-apa? - Kami masih cari jalan.
Awak mungkin boleh bantu kami faham.
Tentu sekali.
Stacy, bukan?
- Awak tiada di rumah pada waktu itu? - Ya.
Kadangkala dia kerja waktu malam dan singgah sebelum balik.
Awak singgah ke mana?
Di Salvation Army untuk belikan budak-budak itu hadiah.
Pada pukul 9.00 pagi?
Krismas dah dekat dan kami tiada duit, jadi…
Baiklah. Macam mana dengan hari sebelumnya?
Ada apa-apa yang aneh berlaku?
Tiada.
Hei.
Macam mana dengan budak-budak? Kenapa kamu menangis?
- Menangis sepanjang pagi. - Kamu bertuah.
Kalau mak tak cantik, kamu takkan ada di sini.
Busuk. Awak fikir awak boleh keluar sepanjang malam,
- balik dan pujuk saya? - Saya minum sikit saja.
Saya mabuk, jadi saya singgah di rumah Mikey.
- Apa? - Tiada apa-apa.
Teruskan.
Jadi, awak bekerja malam itu?
- Ya, kerja malam. Kami perlukan duit. - Awak jaga anak-anak di rumah?
- Awak selalu buat begitu? - Ya.
Mungkin saya salah seorang ayah yang duduk di rumah.
Ada makanan dalam ketuhar kalau awak lapar.
- Siapa pula kali ini, Todd? - Siapa?
- Saya dah beritahu. - Awak tak beritahu apa-apa.
Awak ingat saya bodoh? Apa ini?
Awak kata awak tak nak anak lagi.
Kenapa ada di dalam dompet awak?
- Tak tahu. Mungkin kejutan… - Awak memang penipu.
Saya boleh hidu bau perempuan semasa awak masuk.
- Saya tak tipu, sayang. - Awak suami tak guna.
Hei! Saya jaga budak-budak ini setiap hari.
Yakah? Kenapa? Kenapa awak jaga budak-budak ini?
Sebab awak tiada kerja! Sebab itulah.
- Sebab awak tak guna. - Lebih baik awak diam sekarang.
- Nak pukul saya lagi? Pukullah. - Jangan.
Betul, awak tak boleh pukul saya. Kalau tak,
saya tak boleh bekerja dan cari duit
untuk awak keluar minum dan buat entah apa-apa lagi.
Jadi, Stacy bekerja malam itu dan awak cuma duduk di rumah?
- Ya. - Mungkin minum bir?
- Tidak. - Fikir anak-anak awak sedang tidur?
Selalunya.
- Pada malam itu? - Ketika itu waktu pagi.
Saya tidur, jadi saya sangka bermimpi.
- Ayah! - Tapi saya sedar
saya dengar Amber jerit, "Ayah!"
Ayah!
Rumah penuh asap. Saya tak nampak apa-apa.
Baunya macam semasa ketuhar meletup bulan lepas.
- Ada api. Cahaya meliar. - Anak-anak!
Saya pergi ke bilik mereka dan…
Saya terpaksa tendang pagar pengadang.
Saya tak pernah rasa bahang macam itu.
Saya ingatkan saya jumpa Amber, tapi dia tiada.
Amber…
Anak-anak.
Amber! Anak-anak!
Saya tak tahan, jadi s aya terpaksa keluar untuk bernafas.
Waktu itulah saya menjerit agar jiran hubungi pasukan kecemasan.
Awak rasa ada sesiapa nak cederakan keluarga awak?
Tidak.
Kami ada anak-anak yang cantik.
Kami selalu bergaduh dan berpisah,
tapi anak-anak kami selalu satukan kami semula.
Kami berdua tak boleh hidup tanpa mereka.
Kadang-kadang, saya harap Amber tak kejutkan saya.
Todd, awak pernah buat masalah sebelum ini.
Ya.
Beberapa kali semasa kami tanya,
awak tak bercakap benar, bukan?
Tidak.
- Tapi awak bercakap benar sekarang? - Ya.
Macam Jesus diambil semula terlalu awal,
tiga anak-anak kecil tak bersalah ini kembali kepada Tuhan.
Macam mana lagi kita nak faham kehilangan Amber, Karmen dan Kameron?
Awak nak singgah makan di mana-mana?
Cameron Todd Willingham, saya tak nak dengar suara awak.
- Mungkin selama-lamanya. - Saya pun sedih, sayang.
Awak dengar saya cakap?
Kalau awak nak ugut saya, cakap dengan saya macam …
- Saya cakap ikut kehendak saya. - Tidak.
Kalau kita nak lalui semua ini, kita perlu bekerjasama …
- Berhenti. Biar saya keluar. - Kenapa? Ada apa …
- Berhenti! - Saya takkan berhenti.
- Berhenti, Todd! - Beritahu sebabnya.
Biar saya keluar! Berhenti, Todd!
Biar saya keluar! Berhenti!
Mereka anak-anak saya dan awak tak selamatkan mereka!
Mereka anak-anak saya! Anak-anak saya, Todd!
Pemandu! Keluar dari kenderaan dan angkat tangan.
Sekarang!
Pusing, membelakangkan saya. Letak tangan di belakang kepala.
Jangan berpaling.
Cameron Todd Willingham,
- awak ditahan sebab membunuh. - Membunuh?
- Ikut saya. - Saya bunuh siapa?
Mari. Kita bercakap di balai.
Mari, Todd. Awak tahu jalannya.
Saya baru kebumikan mereka, Marty.
- Mengarut betullah. - Berdiri di situ.
Masuk.
- Awak memang tak guna. - Anak-anak sendiri? Awak lagi celaka.
Saya tak lakukannya, Marty. Hei, pergi matilah!
Boleh awak turun? Ini bukan zoo.
Awak monyet? Nak saya beri pisang baru bertenang?
Mereka takkan campak kacang pun.
Awak bercakap dengan siapa?
Saya cuma bercakap dengan dia. Dia comel.
Dia kenyit mata pada saya.
- Ini awak punya? - Hei.
Awak punya?
- Bangun. - Saya okey.
Saya gurau saja.
Janganlah cepat terasa.
Awak macam tak nak diganggu.
Kalau mengaku, awak takkan mati.
Saya takkan mengaku kalau tak buat.
Saya boleh ikut cakap awak, tapi saya tak bunuh anak-anak.
Menurut bukti yang ada, mereka …
Saya akan beri keterangan dan bercakap dengan hakim.
Mereka akan hancurkan awak.
- Lebih baik macam itu. - Awak memang bodoh.
Apa masalah awak?
- Hei, Todd. Bertenang. - Dengar dia cakap tadi?
Mereka nak bunuh saya? Bagus.
Lebih baik gali kubur saya
sebab saya rela mati daripada cakap saya bunuh anak.
Saya saja yang boleh bantu awak sekarang.
Awak takkan beri keterangan.
Selamat pagi, Texas. Ini KZYZ.
Talian telefon sibuk. Mari dengar panggilan anda.
Saya tak pernah suka dia. Dia macam agak pelik
dan saya tak terkejut pun.
Bakar saja dia. Dia patut ke neraka.
- Ayah bunuh anak sendiri? - Tak sepatutnya berlaku di sini.
- Saya akan tembak dia. - Dia ambil tiga nyawa.
Satu-satunya perkara saya sesali, kita tak boleh bunuh dia tiga kali.
Ahli-ahli juri, saya nak awak lihat
wajah comel anak-anak kecil ini.
Karmen dan Kameron tak sampai setahun dan sudah lalui kesukaran hidup.
Amber tak sabar menanti Santa yang datang dalam dua hari.
Saya nak awak bayangkan bidadari kecil ini
terbakar di katil mereka.
Ini bukan setakat pembakaran.
Ini pembunuhan.
Saya baru keluar dari pintu semasa
dia berdiri dengan pandangan yang pelik.
- Mengarut. - Diam.
Setahu awak,
Todd Willingham pernah cuba masuk kembali ke dalam rumah itu?
Dia terlalu risau tentang kereta dia.
Dia tak cuba selamatkan mereka sehingga polis sampai.
Dia macam berlakon.
- Api bercakap. Ia tak menipu. - Apa yang api beritahu awak?
Dinyalakan atas perbuatan manusia.
Boleh awak jelaskan lagi?
Seseorang tuang minyak di bilik itu,
termasuk di bawah katil, dalam bentuk pentagram, simbol syaitan.
Dia terus tuang ke pintu depan,
membuat pengadang api supaya mereka tak boleh lari.
No comments yet. Be the first to leave one.