لومړۍ 200 کرښې.
Fujimaki.
Ya, Ahli Majlis Otomo?
Apa penilaian kau tentang perlawanan ini?
Dalam tujuh gerakan lagi, tuan akan mati langkah, Ahli Majlis Otomo.
Begitu, ya? Aku akan kalah, ya?
Oh, ya. Utayama.
Kejadian bulan lepas sangat malang.
Mendiang anak kau kawal Ōoku dengan begitu ketat sekali.
Tentu susah hendak kawal dayang tanpa dia.
Tidak, tuan!
Anak saya boleh digantikan bila-bila saja.
Tidak.
Tidak semudah itu.
Sebuah istana pasti runtuh apabila tiang tengahnya hilang.
Istana sebegitu tidak sesuai untuk didiami oleh Baginda Syogun.
Puak Utayama patut dihapuskan.
Ahli Majlis Otomo, pertimbangkan semula!
Gangguan bulan lepas angkara hantu sial itu!
Saya sendiri pun tidak dapat jangka!
Tugas kamu sememangnya mencegah kejadian yang tidak dijangka.
Tapi,
sekarang tidak lagi.
Hati-hati!
Jangan gopoh!
Turunkan perlahan-lahan!
Awak…
Saya cuma penjual ubat biasa.
Nah.
Terima kasih banyak!
Syukurlah.
Saya hampir dimarahi lagi.
Sebab awak mahu angkat semuanya sekali gus, Kume.
Awak pun setuju tadi, Tome!
Jangan bergaduh, kamu berdua.
Kamu dah nak baiki lantera itu?
Ya.
Ōoku ada peraturan ketat berkaitan pencegahan kebakaran.
Orang kata sebab ada wanita pernah mati terbakar lama dahulu.
Hei! Jangan sesuka hati beritahu orang luar!
Apa? Bukannya rahsia besar pun.
Saya akan minta pakar baikinya.
Kembali kepada tugas kamu.
- Baik. - Baik.
Kenapa awak datang ke sini lagi?
Awak dah hapuskan mononoke
Betul, tapi baru satu.
Satu?
Ada perasaan kekal di alam ini walaupun selepas ia dihapuskan.
Apa maksudnya?
Marilah tengok, semua!
Awak mahu ini?
Ini tangkal tikus! Penjamin kesuburan dan kelahiran selamat.
Puteri yang membelinya dikurniakan lima anak lelaki dan lima perempuan!
Tikus,
awak kata?
CHAPTER II - THE ASHES OF RAGE
- Awasi kebakaran! - Awasi kebakaran!
Tengok! Itu Cik Puan Fuki.
Dia nak pergi buat kerja malam.
Cantiknya dia!
Mestilah, dia teman malam Baginda Syogun.
Tapi tentu sukar, bukan?
Gundik yang dipanggil untuk kerja malam
menggalas nasib keluarga mereka.
Keluarga?
Gundik yang melahirkan anak
akan menjadi ibu kepada pewaris baginda, bukan?
Keluarganya akan terus naik ke puncak.
Keluarga, ya?
Hei.
- Cik Puan Botan! - Cik Puan Botan!
Kamu berehat serentak?
- Tidak! - Kami cuma…
Peronda kebakaran penting di Ōoku.
Kalau kamu terlepas pandang,
Baginda Syogun juga akan terdedah kepada kebakaran.
Faham tak?
- Maafkan kami! - Maafkan kami!
Jangan buat lagi.
Cik Puan Botan cantik juga!
Kamu mahu tak, Tokita?
Apa saya boleh kata?
Ini saya, Ahli Majlis Fujimaki! Maaf.
Ahli Majlis Otomo, ada hal perlu dibincangkan.
Apa dia? Cakaplah.
Orang bawahan tidak patut dengar, tuan.
Jangan pedulikan dia.
Cakaplah.
Baiklah.
Ini berkaitan puteri yang permaisuri lahirkan bulan lepas.
Masanya sudah tiba untuk melantik seorang penjaga.
Permaisuri mahu menjaga anak itu sendiri.
Tidak boleh!
Penjaga mesti dipilih daripada kalangan gundik.
Tapi permaisuri mahu…
Cik Puan Yukiko bukan Baginda Syogun.
Sudah tentu, tuan!
Kalau begitu,
setelah mengambil kira nama keluarga,
mungkin Katsunuma boleh.
Katsunuma, ya?
Kau memang peka.
Baiklah! Keluarga Katsunuma.
- Giliran kau pula. - Baik.
Kau ada pendapat tentang isu tadi?
Hal yang ahli majlis bincangkan bukan urusan saya.
Saya tak…
Pemilihan penjaga boleh mencetuskan percikan.
Percikan?
Kalau tiada pewaris lelaki,
puteri itu akan berkahwin
dan memegang peranan permaisuri.
Penjaganya akan menjadi ibu Baginda Syogun tanpa melahirkan anak.
Itu memberikan dia kuasa yang sangat besar.
Sekiranya dibiarkan saja, sekecil-kecil percikan pun akan membara.
Yang penting
ialah mengekalkan pemerintahan sejak 150 tahun lepas.
Itu akan melindungi Baginda Syogun.
Memang tepat kata-kata tuan.
- Aku teringat, Tokita. - Ya?
Berkenaan anak kau…
Cik Puan Fuki, bukan?
Betul.
Nampak gayanya dia
betul-betul dikasihi oleh Baginda Syogun.
Begitu
Kami sangat bersyukur.
Cik Puan Fuki dan Cik Puan Botan sama-sama cantik.
Walau bagaimanapun,
besar kemungkinan yang melahirkan pewaris
ialah Cik Puan Fuki daripada keluarga Tokita.
Dia mendapat layanan istimewa daripada Baginda Syogun.
Awak yakinkah?
Cik Puan Botan daripada keluarga Otomo.
Mereka berkuasa di dalam Ōoku,
dan yang paling penting, dia anak Ahli Majlis Otomo.
Nama keluarga tak penting!
Sesiapa pun ibunya, pewaris tetap pewaris.
Anak saudagar
atau anak petani sekalipun
boleh menang kalau melahirkan anak!
Bukankah begitu caranya di Ōoku?
Anak aku, Botan, mesti gigih berusaha juga.
Aduhai!
Kau yakin nak gerak begitu?
Mati langkah dalam lima gerakan!
Menakjubkan!
Saya memang tak mampu menandingi tuan, Ahli Majlis Otomo.
Apa? Tuan Tokita?
Saya nak lawat kakak saya.
Saya akan tunggu di sini hingga masa yang ditetapkan.
Tak ada masalah.
Tak apakah?
Dia tak ada pas.
Keluarga Mizorogi diberikan pengecualian.
Mereka ada tugas khas untuk melindungi Dewi Air.
Sejujurnya, kami tak tahu butirannya.
Jawatan yang membuatkan orang iri hati.
Penjual Ubat!
Jika curi masuk lagi, awak akan kena pancung!
Tsuyu.
Itu pun kamu.
Patutlah kamu tak menyahut tadi.
Maafkan saya, cik puan.
Mereka kekurangan orang, jadi saya diminta membantu.
Oh, ya.
Cik Puan Fuki, Puan Suikoin ada di dalam.
Apa kamu hendak risau?
Dia ibu kepada Baginda Syogun.
Biar saya uruskannya.
Mungkin saya tidak sepatutnya risau.
Silakan masuk.
Kita jumpa nanti.
Cik Puan Fuki dah mula berkelakuan macam gundik lain sekarang.
Sudahlah.
Baru setahun lalu, kami pergi ambil air sama-sama.
Sayo.
Perasaan Baginda Syogun yang telah mekar
terhadap Cik Puan Fuki.
Oleh itu, kami percaya
Cik Puan Matsu daripada keluarga Katsunuma merupakan penjaga yang sesuai.
Dengan rendah dirinya, saya mohon penerimaan.
Saya berbesar hati.
Tapi bagaimana dengan permaisuri?
Itulah.
Tugas penjaga puteri
sering diberikan kepada keluarga yang lama berkhidmat untuk Baginda Syogun.
Keluarga Katsunuma pilihan yang sesuai.
Cik puan membuat saya terharu.
Boleh saya tanya sesuatu?
Bagaimana dengan perasaan permaisuri?
Ini anak pertama baginda.
Mungkin baginda ingin membesarkan anaknya sendiri.
Betul.
Ini seolah-olah satu penculikan.
Saya harap baginda takkan kesunyian.
Biadab sungguh!
Kamu tak percayakan keluarga saya?
Bukan begitu!
Saya cuma tertanya-tanya apa pendapat permaisuri
No comments yet. Be the first to leave one.