د خپرونې معلومات

Dragon Ball Super Super Hero 2023 MalaySub 1080p
د لخوا تبصره KakifilemBot

تګونه

webdl
په خپور شو: 2025-12-15
ډاونلوډونه: 42
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

Awak semua masih ingat nama "Tentera Reben Merah"?

Organisasi jahat ini yang dipimpin oleh seorang komander bernama Merah,

merancang untuk mengambil alih dunia, tapi sebelum berjaya,

mereka telah dimusnahkan oleh seorang anak yatim piatu bernama Son Goku.

Pada masa itu, seorang saintis bijak bernama Dr. Gero,

membangunkan senjata android khas yang dikenali sebagai Manusia Buatan

bernasib baik kerana berjaya melarikan diri.

Di tempat lain, Magenta, anak mendiang Komander Tentera Reben Merah

meneruskan hasrat bapanya.

Menggunakan dana besar Syarikat Farmaseutikal Merah yang diterajuinya,

dia diam-diam menunggu untuk memulihkan tentera.

Masa pun berlalu,

Dr. Gero yang meneruskan pembangunan Manusia Buatan secara rahsia

telah menukar dirinya menjadi android juga.

Namun, dibelasah Goku dan kumpulannya sekali lagi

dan akhirnya kehilangan nyawanya kepada ciptaannya sendiri, Android 17.

Goku dan yang lain harus bersaing

dengan senjata biologi terhebat, Cell, yang masih dalam pembangunan.

Merupakan pertempuran yang sengit tapi akhirnya mereka berjaya mengalahkannya.

Setelah kekalahan yang berturutan, nampaknya Magenta

telah berputus asa untuk memulihkan Tentera Reben Merah.

Namun, apabila mengetahui yang Dr. Hedo, cucu kepada mendiang Dr. Gero

adalah lebih genius daripada datuknya, dia memutuskan untuk

memanfaatkan bakat Dr. Hedo untuk menyalakan kembali api dendam.

Hmm…

Jadi, ini cucu Dr. Gero.

Hmm…

Dr. Hedo, berumur 24 tahun.

Dia doktor PhD atau doktor perubatan?

Dia memiliki kedua-dua kelayakan.

Lihat.

Carmine mempersembahkan…

Awak yang sediakan ini?

Ya.

Bapa Hedo ialah anak kedua Dr. Gero bersama arwah isterinya.

Semasa di sekolah rendah, Hedo kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan.

Walaupun masih kanak-kanak, dia hidup sendiri menggunakan harta pusaka.

Dia cemerlang sehingga terima ijazah kedoktoran ketika 14 tahun,

tapi selepas itu, dia tak pernah kekal di mana-mana makmal,

mungkin disebabkan personalitinya yang pelik.

Dia sedang buat penyelidikan sendiri

menggunakan baki wang warisannya.

Itu memudahkan kita, bukan? Mari bawa dia ke sini segera.

Ugh.

Bawakan saya teh.

Faham.

Tuan perlu menunggu tiga bulan.

Untuk teh?

Bukan, tuan.

Dr. Hedo sedang ditahan di penjara.

Sila maafkan saya.

Di penjara? Apa kesalahannya?

Tentang itu.

Dia memecah masuk bilik mayat dan curi tiga mayat,

pasang android ringkas

dan biar mereka bekerja di kedai serbaneka untuk jana wang.

Saya tak pasti sama ada dia luar biasa genius atau tak…

Apa pun, kemahirannya dengan android nampak hebat, sama seperti Dr. Gero.

Bagaimanapun bakatnya amat diperlukan

untuk menguatkan kembali Tentera Reben Merah!

Aduh!

- Kau bodoh! - Jangan kembali ke sini!

- Lelaki keji! - Jangan kembali ke sini!

Jangan pandang sini! Pergi dari sini, sekarang!

Lari!

Tentu awak Dr. Hedo. Saya telah menunggu awak.

Maafkan saya. Saya adalah…

Presiden Farmaseutikal Merah, bukan?

Hei!

Bagaimana awak tahu siapa saya?

Saya dah perhatikan awak.

Bagaimana awak perhatikan saya?

Awak di sana, pemandu, awak mengintai saya ketika lalu

semasa saya berada di padang senaman, bukan?

Saya rasa lagak awak mencurigakan, jadi saya ikut awak.

Bagaimana?

Hachimaru, mari.

Ini adalah ejen cyborg yang saya bina daripada lebah.

Selepas saya letak ia pada awak, awak pergi pejabat presiden

Syarikat Farmaseutikal Merah dan melaporkan tentang saya.

Mengagumkan. Namun, awak tak tahu kenapa saya cari awak, bukan?

Rasanya saya boleh agak.

Saya tak boleh dengar keseluruhan perbualan,

tapi saya menangkap frasa "Reben Merah".

Kalau begitu, silakan masuk kereta.

Kami siasat citarasa awak.

Boleh awak masuk dalam lagi?

Ya, okey.

Saya akan tutup pintu.

Ya, okey.

Bagaimana kehidupan di penjara?

Saya harap banduan lain tak kenakan awak.

Ada juga yang buli ketika saya mula-mula masuk,

tapi atas sebab tertentu, mereka semua mati dengan misteri.

Begitu.

Kisah datuk awak, Dr. Gero sungguh malang.

Sejujurnya, saya tak peduli pun.

Ketika itu saya masih kecil dan tak tahu bagaimana dia mati.

Saya tak pernah bertemu dia.

Namun, anehnya

awak begitu bersemangat dalam penyelidikan android

sebagaimana datuk awak dulu.

Penyelidikan untuk mencipta Manusia Buatan terakhir.

Menakjubkan. Itulah yang saya mahukan.

Kehilangan minda geniusnya adalah satu tamparan hebat.

Selepas bapa saya Merah meninggal dunia, sayalah yang membiayai penyelidikannya.

Begitu. Jadi, walaupun awak tiada Dr. Gero yang bijaksana itu,

awak dah temui Dr. Hedo yang lebih bijaksana.

Betul. Adakah awak sudi bantu saya?

Saya akan taja segala kemudahan penyelidikan yang awak mahukan.

Saya akan bayar awak ganjaran sebanyak 300 juta seunit.

Macam mana ini?

Kenapa, ada yang tak kena?

Kebanyakan orang tak tahu,

tapi Farmaseutikal Merah mewakili Tentera Reben Merah

dan adalah sumber pembiayaannya, betul?

Semasa saya kecil, ibu bapa saya benci datuk saya

kerana dia begitu terpengaruh dengan Tentera Reben Merah.

Tak sangka awak tahu tentang itu.

Tambahan pula, saya peminat adiwira yang kuat dan nampak hebat.

Mengandaikan matlamat Tentera Reben Merah adalah penguasaan dunia, seperti dahulu,

maka awak dan adiwira adalah musuh tradisi, betul tak?

Awak memang menarik.

Mungkin nampak macam penguasaan dunia,

tapi tujuan sebenar saya adalah untuk menghapuskan si jahat atau penentang saya

dan mewujudkan dunia aman yang memberi kebaikan kepada masyarakat.

Dalam erti kata lain, saya adalah juara keadilan.

Jadi secara ringkasnya,

awak nak gunakan kekerasan untuk jadikan dunia seperti yang awak mahukan?

Saya pula, seseorang yang tak berminat untuk gunakan kuasa,

tiada yang lebih penting kecuali untuk penyelidikan.

Jika awak keberatan untuk bekerja dengan saya, bagaimana jika saya bayar

satu bilion seunit?

Saya tak boleh menolak, bukan?

Mungkin tidak.

Jadi, apa saja pilihan saya?

Ya, itu keputusan yang terbaik.

Untuk pengetahuan, bukan sebab awak ancam saya dengan pistol.

Kulit saya boleh menahan impak tertentu

kerana telah disuntik dengan ubat khas.

Lagipun,

racun lebah ini jauh lebih membunuh.

Walaupun awak Manusia Buatan,

ia boleh tamatkan nyawa awak jika ada mana-mana bahagian yang terdedah.

Saya setuju untuk bekerja dengan awak

kerana saya fikir idea untuk membelanjakan wang yang banyak

untuk membina android terhebat dalam sejarah amat menarik.

Saya ulang sekali lagi, saya tak berminat dengan cita-cita awak, Encik Magenta.

Faham?

Baiklah!

Jadi, siapa sasaran terpenting awak?

Kumpulan yang mengalahkan Cell.

Jadi, Encik Satan…

Bukan dia.

Dia salah seorang kumpulan itu, tapi menurut siasatan kami,

terdapat pertubuhan rahsia yang dahsyat

yang berpusat di sekitar Syarikat Kapsul Bulma.

Syarikat Kapsul? Keluarga terkaya di dunia?

Saya tak pernah dengar cerita buruk tentang mereka.

Tidak, terdapat banyak laporan saksi

melihat individu terbang di udara yang asyik muncul di ibu pejabat mereka.

Menurut penyiasatan kami, mereka mungkin makhluk asing.

Makhluk asing?

Ya. Cuba pertimbangkan. Awak fikir mereka boleh cipta

cipta sistem kapsul hebat atau kapal angkasa mereka

tanpa teknologi asing?

Makhluk asing ingin mengambil alih bumi menggunakan Syarikat Kapsul.

Itu cerita yang tak masuk akal.

Saya tahu awak akan cakap begitu. Lihat ini.

Ini rakaman beberapa tahun lepas.

Awak rasa seseorang seperti ini boleh wujud? Mereka makhluk asing.

Terdapat makhluk asing yang saling berperang di bumi ini.

Mungkin mereka bergaduh berebutkan bumi.

Nampaknya organisasi Bulma menang kali ini.

Namun, kalau betul pun,

kenapa Bulma tak mengambil alih bumi secara paksa sekaligus?

Sebab mereka nak jadikan kita, penduduk bumi tenaga buruh mereka.

Setelah mereka mengubah bumi menjadi syurga sempurna mereka,

mereka merancang untuk menghapuskan manusia

dan menjemput kawan makhluk asing mereka datang.

Cell adalah ciptaan terhebat datuk awak.

Dia menghantar Cell untuk menyerang balik Syarikat Kapsul,

yang gunakan organisasi rahsia makhluk asing

untuk membantu mereka mengawal kekayaan dunia,

tapi dia telah diserang kembali.

Kemudian Android 17 dan 18 mengkhianati kami,

dan dikuasai mereka.

Musuh ini cukup hebat.

Ya. Pasukan mereka termasuk Majin Buu yang dahsyat dan Raja Iblis Hebat Piccolo.

Adakah Dr. Bulma yang terkenal itu juga seorang asing?

Mungkin juga.

Masa untuk adiwira.

Ya, betul.

Awak ada bahan yang diperlukan untuk mencipta android terbaik?

Soalan yang tak masuk akal.

Tujuan saya baru sahaja berubah

untuk cipta Manusia Buatan terhebat di alam semesta.

Agak hebat, ya?

Ya.

Baiklah, kebangkitan Tentera Reben Merah sudah dekat!

More Malay subtitles for Dragon Ball Super: Super Hero

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left