As primeiras 200 linhas.
CHAE JONG-HYEOP
SEO EUN-SOO
PARK SUNG-WOONG
UNLOCK MY BOSS
SEMUA NAMA, WATAK, LOKASI, ORGANISASI,
DAN INSIDEN DALAM DRAMA INI ADALAH PRODUK
IMAGINASI PENULIS ATAU REKAAN SEMATA-MATA
Pepijat alaf, atau juga dikenali sebagai pepijat Y2K,
merujuk kepada kesilapan komputer
di mana data kalendar tak dapat diformatkan selepas tahun 2000.
Sementara dunia sedang keliru tentang masalah ini,
seseorang cuba menjana pendapatan daripadanya.
Dipersilakan, Wartawan Kim Seong-ho.
TAHUN 2000 PEPIJAT MENYERANG KOMPUTER
En. Nam telah bekerja dengan syarikat ini selama lima tahun
dan menerima elaun bulanan kekananan sebanyak 90,000 won.
TAHUN 1999
Apabila kalendar bertukar menjadi 2000,
tempoh berkhidmat tiba-tiba menjadi negatif 95,
dan gajinya, negatif 1.71 juta won.
Ia disebabkan dua digit terakhir, 99 bertukar kepada 00,
dan ia dianggap sebagai 1900, bukan 2000.
Sebenarnya, awak tak sepatutnya potong kuku pada waktu malam.
PERBUALAN VIDEO MENJADI POPULAR
Kenapa?
Sebab tikus akan makan kuku kamu
dan bertukar menjadi manusia dengan wajah kamu.
Betulkah?
Menakutkan, bukan?
Jadi pastikan kamu letakkan kuku kamu dalam tong sampah
apabila kamu nak membuangnya.
Sekejap, In-seong.
In-seong.
Hei.
In-seong, apa yang kamu buat?
Saya nak buang kuku saya, supaya tikus boleh makan.
Apa?
Saya akan buat seorang pergi sekolah untuk saya,
seorang lagi buatkan kerja sekolah saya, dan…
Betul. Saya juga boleh buat mereka cuci pinggan dan baju.
Mak cakap belakang mak sakit.
Kamu tunggu di sana. Mak nak naik.
Tengok. Ada bintang secantik mak.
Betulkah?
Wah.
Di mana bintang kamu?
Di sana.
Yang bersinar terang?
Itu bintang kamu, ya.
Saya harap bintang mak juga bersinar terang.
EPISOD 1 DIBUKA
TAHUN 2022
Awak nak cuba epal yang sedap ini?
Terima kasih.
Baro, padamkannya.
Terima kasih.
Terima kasih kerana menonton demonstrasi kanta VR Silver Lining.
Bagus, Baro.
VR LINING
Kita tak perlu lagi baca cerita
atau menonton filem animasi.
Sekarang, kita sendiri boleh jadi watak dalam cerita itu,
bercakap, merasa, dan alami dunia baru.
Duduk dalam bilik kita sendiri,
kita boleh menonton IU menyanyi
dan Son Heung-min buat hantaran.
Dengan teknik Silver Lining,
kita dapat kaburkan garisan antara dunia nyata dan maya.
Kenapa awak buat keputusan untuk bekerjasama dengan Bumyoung,
walaupun ada tawaran dari Lembah Silikon?
Adakah gabungan dengan Bumyoung
satu gerakan strategi untuk bangunkan kenderaan pandu sendiri?
Bagaimana dengan skandal bersama eksekutif Bumyoung, Cik Oh?
Ini adalah demonstrasi VR untuk impian anak-anak kita.
Saya harap kita boleh fokuskan pada itu.
Tuanku.
Boleh kita jumpa orang kerdil sekarang?
Okey.
Oh, itu Puteri Salju.
Mak, saya nak bergambar dengan Puteri Salju.
Baiklah. Ayuh.
Mak, Puteri Salju berbau seperti ayah.
Seperti ayah?
Awak mabuk?
Awak pergi minum?
Saya buat ujian wain rahsia sebagai kerja separuh masa semalam.
Jadi saya minumlah beberapa gelas.
Maaf.
Saya larang awak minum sehari sebelum datang kerja.
Awak ingat saya siapa?
Awak fikir saya dungu sebab saya di dalam kostum katak dungu ini?
Tak, tuan.
Saya memang tak nak cakap begini,
tapi ini sebabnya awak masih kerja separuh masa pada umur begini.
Kenapa dengan umur saya?
Saya boleh buat segala-galanya kecuali jadi penghibur budak-budak.
Betulkah?
Kalau begitu, awak sepatutnya berada di Hollywood, bukan di sini.
Tapi…
Oh ya,
di mana kawan awak yang sepatutnya datang?
Saya tak dapat hubungi dia.
Puteri Salju sepatutnya ada tujuh orang kerdil, bukan enam orang.
Sebab itulah ia dipanggil Puteri Salju dan Tujuh Orang Kerdil.
Awak memang tak profesional.
Awak tak perlu datang lagi.
Jangan datang. Okey?
Profesional!
Bunyi katak.
Bunyi katak. Katak yang bising.
Dia datang.
Hubungi agensi Son Heung-min
dan aturkan penggambaran gerakan sementara dia masih di sini.
Hantarkan bunga ke agensi IU. Dia ungguli carta.
Tuliskan pada kad yang not tingginya menakjubkan.
Pastikan yang mereka tahu yang kita ambil berat.
- Helo. - Helo, tuan.
Jangan, teruskan apa yang awak buat.
Okey.
Saya ada mesyuarat video bersama Pasukan R&D,
jadi mesyuarat dengan bank bermula 15 minit selepas itu.
RANGKAIAN SILVER LINING
CEO KIM SEON-JU
Anda sekarang dihubungkan dengan sistem utama.
Baro, beritahu saya tentang jadual yang saya beritahu awak.
Jadual penggambaran gerakan ekstra dengan Son Heung-min.
Hantarkan bunga kepada IU bersama kad ucapan tahniah.
Mesyuarat video bersama Pasukan R&D pada jam 4:00 petang.
Mesyuarat bersama bank pelaburan pada 4:15 petang.
Alamak.
Kalau begini, kita tak perlukan setiausaha manusia pada masa hadapan.
Lebih baik awak cari kerja baru sebelum ia terjadi, Cik Jung.
Saya akan selidik polisi pemindahan dan peletakan jawatan syarikat.
Saya bergurau saja.
Tak kelakarkah?
Tak.
Awak lebih dingin daripada AI.
Kita tak perlu lagi baca cerita…
HARAPAN PALSU IALAH RACUN
…atau menonton filem animasi.
Sekarang, kita sendiri boleh jadi watak dalam cerita itu,
TEMU DUGA TERAKHIR BERSAMA SILVER LINING
bercakap, merasa, dan alami dunia baru.
Apabila duduk dalam bilik kita sendiri,
kita boleh menonton IU menyanyi
dan Son Heung-min buat hantaran.
Dengan teknik Silver Lining…
Dah mula?
Belum lagi.
Oh, sup tauge!
Oh ya, saya tak sangka Geon-uk dapat watak utama.
Tahu tak,
dia biasa pergi bersama kita untuk belajar berlakon
semasa kita masih di teater.
Saya rasa dia tak pernah menyerah dan bekerja keras.
Betul. Bagaimana dengan skuter?
Ia rosak lagi.
Beli yang baru.
Awak penghantar barang. Awak perlukan skuter.
Hei, jika saya ada duit,
saya akan beli saham syarikat skuter.
Begitulah cara awak dapatkan duit.
Tahu tak? Saya akan ajar awak melabur.
Awak? Ajar saya?
Ingat tak awak juga buat pinjaman peribadi kerana Bitcoin?
Oh Tuhan, jangan…
Saya tak guna pun mesin karaoke syiling sejak dari itu.
Tambahan pula,
esok temu duga terakhir saya bersama Silver Lining.
Maksudnya saya dalam laluan pantas untuk kerja itu.
Jadi jaga mulut awak.
Apa yang awak letak dalam sup ini? Rasa macam harapan palsu.
Awak…
Oh, Tuhan.
Itu lelaki yang menakutkan.
Siapa itu?
CEO Silver Lining. Kim Seon-ju.
- Awak tak kenal? - Tak.
Saya cuba fikir dan bersikap seperti dia walaupun semasa makan.
Tengok? Saya berusaha untuk…
Ia seperti upacara memperingati.
Oh, masanya dah tiba. Saya perlu tonton Geon-uk.
Bersedia.
Terlalu cerah. Mod panggung.
Baro, hidupkan lampu.
Hai. Saya harap hari awak baik.
Suhu bilik sekarang, 24 darjah Celsius. Kelembapan, 43 peratus. Udara…
Saya tahu.
En. Kim dah balik. Saya perlu pergi.
Berdasarkan diet awak bulan ini,
saya cadangkan awak tambahkan pengambilan protein.
Saya pesan 30 telur tambahan untuk awak.
Bagus.
Bila awak sampai rumah? Awak dah makan?
Di mana Min-a?
Ayah.
Hai, puteri.
Ayah buat kamu terjaga?
Saya tunggu ayah.
Bolehkah ayah bacakan kisah Puteri Salju untuk saya?
No comments yet. Be the first to leave one.