As primeiras 200 linhas.
Saya sudah sampai.
Ayah.
Apa?
Saya minta maaf.
Saya minta maaf, Soo Ho.
Saya ingatkan saya tidak berpeluang...
untuk katakan itu kepada awak.
Tidak mengapa.
Ayah, awak kena makan.
Ini.
Saya berjanji...
untuk belanja awak makanan yang sedap.
Ayah boleh belanja selepas ayah sembuh.
Belanja saya makanan yang sedap.
Awak belum tidur? Pasti sudah tengah malam di sana.
Sudah tentu saya sedang belajar. Tahun senior kita bakal tiba.
- Awak berada di lapangan terbang? - Belum lagi.
Saya akan pergi selepas lihat ayah saya keluar hospital.
Adakah dia akan kembali ke Korea juga?
Tidak, saya akan balik dulu.
Dia tidak boleh berjalan jauh lagi,
jadi dia mahu berehat buat sementara waktu.
Begitu.
Apa pun, sudah sebulan kita tidak berjumpa.
Betul cakap awak.
Saya merindui awak.
- Jumpa di lapangan terbang nanti. - Jangan.
Saya akan jumpa awak sebaik saja kapal terbang saya mendarat.
Tidak. Jumpa awak esok...
Tidak, jumpa awak sekejap lagi.
Baiklah.
Ayah?
Ayah!
Ayah!
Ada pendarahan sekunder di otaknya,
jadi saya kena lakukan pembedahan kecemasan.
Lokasi pendarahan itu tidak ideal seperti sebelum ini,
tapi kami sedang lakukan yang terbaik.
Ayah awak terkena serangan jantung semasa pembedahan dijalankan.
Nasib baik, nyawa dia tidak berada dalam bahaya.
Organnya stabil, tapi keadaannya masih serius.
- Dewa Tae Hoon. - Yang Mulia Hyun Kyu.
- Untuk satu lagi tahun yang baik. - Saya juga.
Awak lebih kacak...
Ju Kyung, awak di dalam kelas ini juga?
- Bercakap tentang deja vu. - Betul.
Untuk satu lagi tahun yang baik bersama.
- Satu, dua, tiga, boleh! - Boleh!
- Saya adalah Yoo Tae Hoon. - Dan saya Ahn Hyun Kyu.
Jjoo!
- Awak sudah sampai. - Hei.
Ju Kyung.
Saya dengar Soo Jin berhenti sekolah semasa cuti sekolah.
Apa? Benarkah?
Khabar angin mengatakan dia pergi belajar di luar negara.
Tapi, awak tidak apa-apa?
Soo Ho ada beritahu bila dia akan balik?
Tidak, belum lagi.
Kenapa saya menggigil?
Bagaimana keadaan dia?
Dia masih tidak sihat.
Adakah awak dapat tidur?
Ju Kyung, awak tidak mahu pergi ke sekolah?
- Perut saya. - Ju Kyung!
Kenapa?
Oh Tuhan, kenapa? Di mana awak sakit?
- Perut saya. - Perut awak?
Oh Tuhan.
Oh Tuhan.
Adakah sakit sangat?
Hei, Soo Ho.
Helo, mak cik.
Helo. Awak apa khabar?
Saya macam biasa.
Tapi kenapa Ju Kyung tidak jawab telefon?
Dia sakit, jadi dia berada di hospital sekarang.
Dia sakit? Kenapa dengan dia?
Jangan terkejut. Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Dia cuma sakit perut.
Dia sudah senior sekarang, jadi dia sibuk belajar.
Saya rasa mungkin sebab itu dia rasa agak tertekan.
Boleh dia bercakap di telefon sekarang?
Saya minta maaf. Dia sedang tidur.
Oh ya, bagaimana keadaan ayah awak?
Dia masih tidak berapa sihat.
Pasti awak berada dalam kesukaran juga.
Saya akan suruh Ju Kyung telefon awak selepas dia bangun.
Baiklah.
Hei, Soo Ho.
Saya rasa sudah lama kita tidak berbual.
Betul, bukan? Adakah semuanya dalam keadaan baik?
Ya, semuanya dalam keadaan baik.
Sebenarnya, saya ingin beritahu awak sesuatu.
Akhirnya, saya dapat lesen saya.
Bagus.
Bagus, bukan?
- Ju Kyung. - Ya?
Saya rasa kita patut...
berpisah.
Apa?
Saya tidak tahu bila ayah saya akan sedarkan diri,
dan saya pasti sukar untuk awak menunggu saya.
Apa yang awak cakap ini?
Saya tidak rasa sukar langsung.
Saya boleh tunggu. Saya tidak kisah.
Saya cuma rasa sangat bersalah.
Saya tidak boleh berada di sisi awak.
Dan itu membuat saya rasa sangat bersalah.
Jadi...
Siapa cakap awak perlu rasa bersalah?
Saya sudah cakap saya tidak kisah. Kenapa awak keterlaluan?
Saya tidak mahu berpisah.
Awak boleh duduk di sana selama-lamannya.
Saya akan simpan duit dan pergi melawat awak.
Saya tidak akan benarkan awak buat begitu.
Kenapa tidak boleh?
Jangan ponteng sekolah.
Jangan tunggu saya menelefon awak lagi.
Dan tidur dengan lena.
Jangan cakap begitu. Tolonglah jangan.
Jangan cakap seolah-olah ini panggilan telefon terakhir kita.
Saya akan berpura-pura saya tidak dengar apa-apa.
Saya tidak akan jawab telefon, okey?
Encik Putera.
Hei, Ju Bal.
Kenapa awak membuang kerusi itu?
Kerusi itu sudah tua, jadi saya mahu menukarnya.
Mari masuk ke dalam.
Ta-da!
Saya beli ini menggunakan duit gaji saya.
Ini adalah set pasangan.
Comel, bukan?
Saya bukan budak manja. Saya adalah Lee Soo Ho.
Bila awak...
mahu mengingati saya?
Pada hari pertama salji turun, saya akan pergi ke Namsan...
dan menyatakan impian agar awak mengingati saya.
Apa?
Awak patut beritahu saya.
Bagaimana saya hendak tahu jika awak tidak beritahu saya?
Awak tahu mereka cakap...
impian menjadi kenyataan pada hari pertama salji turun?
Itu bermakna, semua orang yang melihat salji pertama patut gembira.
Tapi kenapa ramai orang yang tidak gembira di dunia ini?
Ayah saya masih tidak ada pekerjaan.
Saya tidak sangka awak percayakannya.
Saya pasti ada sebab mereka cakap begitu.
Saya sudah berfikir dengan mendalam.
Saya rasa satu-satunya orang yang impiannya menjadi kenyataan...
adalah orang pertama yang terkena salji.
Mengarut.
Jadi, apabila salji turun buat pertama kali pada tahun ini,
saya akan pergi ke tempat paling tinggi...
dan jadi orang pertama untuk sentuh salji itu.
Tempat paling tinggi? Di mana?
- Awak mahu naik kapal terbang... - Saya akan pergi ke Namsan.
Apa?
Bukankah itu tempat paling tinggi di Seoul?
Anggap saja awak betul.
Awak tunggu dan lihat saja.
Jika impian saya menjadi kenyataan, awak akah tahu saya betul.
(Saya bukan manja. Saya adalah Lee Soo Ho.)
(Pada hari pertama salji turun, saya akan pergi ke Namsan...)
(dan menyatakan impian agar awak mengingati saya.)
Saya tidak sangka dia ingat segala-galanya yang saya cakap.
(Pada hari pertama salji turun, saya akan pergi ke Namsan...)
(dan menyatakan impian agar awak mengingati saya.)
Kenapa dia sangat bijak?
Saya menduduki...
Ujian Kebolehan Akademi Kolej hari ini.
Kalau saya lakukan sesi praktikal dengan baik,
saya mungkin dapat masuk ke kolej yang saya mahu.
Jadi, begini rasanya apabila semakin dekat dengan impian saya.
Saya sangat teruja dan gembira.
Adakah awak mula belajar muzik di sana?
Satu hari nanti,
di suatu tempat,
pasti seronok jika dapat mendengar muzik yang awak hasilkan.
Saya asyik mesej awak untuk merungut betapa sukarnya saya rasa,
tapi sekarang UKAK sudah tamat, saya sudah tiada alasan itu.
Soo Ho.
Di sini salji sudah turun.
Saya harap di tempat awak...
terasa hangat dan tidak sejuk.
Saya...
tidak akan hubungi awak lagi.
Selamat tinggal.
Okey. Senyum, Chen.
Awak sangat cantik.
- Bagus. - Tengoklah dia.
Baiki rambut awak sedikit.
Awak nampak sangat cantik.
Bagus.
Tolong baiki rambut dan solekan dia.
Sini.
- Pencuci mulut. - Baiklah.
Penyegar.
- Saya akan semburkannya. - Baiklah.
Hei, Ju Kyung. Bila awak mahu...
kenalkan saya dengan Seo Jun?
No comments yet. Be the first to leave one.