Hush (Heoswi / 허쉬)

Hush (Heoswi / 허쉬)

Baixar Legenda em Malay

Informações de lançamento

허쉬 Hush E01 201211-NEXT-iQIYI
허쉬 Hush E02 201212-NEXT-iQIYI
Um comentário por RuoXi
Ep. 1

Tags

other
Publicado em: 2020-12-12
Downloads: 20
Deficientes Auditivos: No

Pré-visualização das legendas em Malay

As primeiras 190 linhas.

[ Cerita ini rekaan semata-mata. Sebarang persamaan cuma kebetulan. ]

[ Adakah kita mempunyai masa depan di Korea Daily? ]

[ Rasanya itu terpulang pada apa yang awak tulis. ]

Bagus!

Awak pegang buku lima

biarpun baru saja hari pertama bekerja.

Saya harus bersemangat tinggi pada hari pertama.

Sila berikan tunjuk ajar.

Aduhai.

Dah keluar!

Tuan Go!

Tuan Go!

Hari ini Sidang Kemuncak Korea Utara-Amerika Syarikat diadakan.

Kenapa tuan boleh muncul di pejabat pendakwa?

Apa maksud awak?

Ada apa-apa nak cakap kepada semua rakyat?

Adakah tuan mengakui liputan berita itu?

Adakah tuan didesak sepanjang soal siasat dijalankan?

Bagaimana perasaan tuan selepas terima soal siasat?

Nak kena?

Ikut dia!

Cepat! Budak ni...

Tuan Go!

Syarikat Gim Eon.

Adakah tuan mengakui dakwaan membuat permintaan khas

terhadap pengambilan pekerja Syarikat Gim Eon?

]

Yang ini.

Awak buat saya terkejut.

Maafkan saya.

Ini temu duga kerja pertama awak selepas tamat pengajian universiti?

Apa?

Ya, kakak pula?

Ini kali terakhir bagi saya.

Bagi saya, kerja tetap tidak sesuai untuk saya.

Terima kasih kerana datang.

Saya akan tanya soalan terakhir.

- Apa pendapat kamu tentang wartawan? - Apa?

Pada pendapat kamu, apakah definisi wartawan?

Itu...

Saya rasa wartawan bagai barisan pertahanan terakhir bagi rakyat.

Romantiknya.

Tapi, bukankah undang-undang yang menjadi benteng terakhir?

Pendakwa atau peguam.

Ya.

Sepatutnya begitu.

Tapi dalam realiti,

penguatkuasaan undang-undang menjadi lemah

disebabkan pengaruh politik dan wang.

Melaporkan hal sebenar tanpa tunduk kepada kuasa dan tekanan.

Berfikir dan bersuara bagi pihak rakyat

merupakan kewajipan media dan wartawan.

Awak mempunyai moto hidup?

Moto saya?

Moto saya,

walaupun pen lebih berkuasa daripada pistol,

tapi nasi lebih berkuasa daripada pen.

- Nasi? - Ya.

Ayah saya selalu cakap begitu semasa dia masih hidup.

Segala yang kita lakukan hanya untuk sara hidup.

Kalau tidak mampu menyara keluarga,

maka kerja itu tidak membawa sebarang makna.

Saya tidak faham ketika kecil.

Tapi selepas tamat pengajian dan mula mencari kerja,

saya mula memahami kata-kata ayah saya.

Maksud awak,

awak menjadi wartawan hanya untuk sara hidup?

Adakah itu maksud awak?

Ya.

Saya memohon sebagai pelatih

kerana saya berpeluang untuk menjadi wartawan tetap.

Lagipun, wartawan dibayar gaji bulanan.

Tapi,

wartawan tidak boleh berbohong.

Biarpun saya tahu rezeki sangat penting,

tapi saya tidak boleh berbohong jika ingin menjadi wartawan.

Kerja yang dibayar gaji bulanan tanpa berbohong.

Itulah definisi saya terhadap wartawan.

Ibu.

Saya telah lulus.

Apa?

Aduhai. Bukankah ibu dah cakap?

Dah banyak kali ibu cakap, tangan perlu basah,

barulah nasi takkan melekit pada tangan.

[ "Lulus" dan "Melekit" sama sebutan dalam Bahasa Korea ]

Maksud saya, saya telah diterima sebagai pelatih!

Pelatih...

Aduhai. Benarkah?

Mereka hilang waras?

- Kenapa mereka pilih saya? - Betul tu.

Kalau awak memasuki universiti perubatan,

awak akan jadi doktor residen

selepas menjadi doktor pelatih selama dua tahun.

Jangan sebut tentang universiti perubatan lagi.

Aduhai, ibu rasa sayang.

Jadi, syarikat yang mana?

Itu...

- Selamat sejahtera. - Selamat sejahtera.

- Kami... - Kami...

Saya Oh Soo-yeon, pelatih yang baru datang.

Berapa banyak salinan diperlukan?

Biar saya tolong.

Nak letak di mana?

Situ.

Helo, senior.

Apa saya boleh bantu?

Tiada apa-apa.

[ Pada zaman kebenaran menjadi bisu dan penuh tipu muslihat, ]

[ untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan ]

[ Korea Daily menjadi surat khabar yang dipercayai ]

Saya dapat tangkap awak kali ini.

Awak kena tangkap kali ini.

Dah kena tangkap, bukan?

Adakah ini kafe siber?

Masih nak bermain?

Aduhai. Lee Jae-eun.

Ke mana awak pergi sepanjang hari?

Bukan begitu.

Saya cuma pergi ke Unit Berita Ekonomi.

Adakah itu rumah awak?

Apa yang awak dapat?

Tiada apa-apa.

Syarikat dalam kes saya yang bagi.

Sudah.

- Jo Dong-wook. - Ya?

Awak sudah sampai ke tahap mana?

Saya sudah mencapai tahap tertinggi.

Budak ni...

Dia cakap tiada masa apabila saya suruh dia hantar saya.

Teruk betul mereka.

Tidak buat kerja betul-betul.

Bagusnya unit ini.

Ketua Kim, bukankah awak patut tegur mereka?

Ya, saya akan betulkannya.

Nak betulkannya konon. Budak ni...

[ "Betulkan" dan "Datuk Bandar" sama sebutan dalam Bahasa Korea ]

- Jo Dong-wook. - Ya?

Awak perlu bantu saya mencapai gred tertinggi sebelum esok.

Baik.

Disebabkan rombakan rutin kali ini,

ramai orang yang kutuk ketua editor.

Staf paling penting,

tapi staf yang buat hal sekarang.

Apa mereka cakap?

Itu tidak pernah berlaku.

Ini rombakan atau buat kecoh?

[ "Rombakan" dan "Buat Kecoh" hampir sama sebutan dalam Bahasa Korea ]

Lucu?

Lucu, bukan? Ya, saya agak pandai buat lawak.

Betul, bukan?

Tapi saya tidak berupaya uruskan unit ini.

Mana tempat ini?

Tempat terbiar di Korea Daily,

Unit Berita Digital.

Betul.

Apa kamu patut lakukan apabila di tempat terbiar?

[ Kamu harus memulakan lembaran baru setiap hari. ]

[ Habiskan sepanjang hari dengan membuat salin dan tampal. ]

[ Cuba pilih kandungan berita yang tidak dilaporkan oleh Korea Daily. ]

[ Salin dan tampal berita yang mempunyai jumlah klik yang banyak. ]

Pandai-pandailah kamu

sementara menunggu arahan untuk dipanggil pulang.

Kalau jumlah klik tidak memuaskan,

ketua editor akan kerjakan siapa dulu?

Jadi,

apabila ketua editor memberikan ucapan nanti,

pastikan kamu nampak bersemangat

dan ceria, faham?

- Baik. - Baik.

Ketua Kim, awasi 'bom' itu.

Baik, saya tahu.

Baiklah, mari pergi.

Kita akan pergi hadiri perjumpaan.

Nanti.

Ke mana perginya Han Joon-hyuk?

Aduhai, tidak mengena sasaran.

Satu mata pun tidak dapat.

Aduhai, kenapa saya tidak dapat mencari sudut hari ini?

Kenapa?

Cuba tengok yang ini.

Ramai yang ingin mengikuti kes ini.

Mangsa tidak dapat dihubungi

selepas tinggalkan laporan ini.

Jadi, tulislah betul-betul.

Awak ni...

Saya datang kerana tidak ingin hadiri perjumpaan.

Tapi awak tidak henti-henti cakap pasal laporan berita pula.

Awak bacalah betul-betul.

Mereka pinjamkan wang kepada orang muda

yang baru mula bekerja dan tidak mampu beli gimbap pun.

Comentários

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left