Первые 200 строк.
Semasa aku masih kecil, planetku, Krypton menghampiri kemusnahan.
Aku dihantar ke Bumi untuk melindungi sepupuku.
Tapi podku tersasar dari laluan
dan ketika aku sampai,
sepupuku sudah dewasa dan menjadi Superman.
Jadi aku sembunyikan kuasaku, sehingga..
baru-baru ini terjadi satu kemalangan yang memaksa aku mendedahkan diri kepada dunia.
Bagi kebanyakan orang aku lebih dikenali sebagai pembantu di Catco Worldwide Media.
Tapi aku bekerja secara rahsia bersama kakak angkatku untuk DEO
bagi melindungi Bandarku dari ancaman makhluk asing
atau sesiapa saja yang berniat jahat.
Akulah Supergirl.
Sebelum ini dalam Supergirl...
Kita mesti bergantung kepada diri sendiri, bukan pada makhluk asing berjubah.
Jeneral Lane. Apa yang boleh saya bantu?
Saya berjanji pada ayah awak,
untuk menjaga anak perempuannya.
Nama saya J'onn J'onzz.
Terima kasih, Supergirl.
Anak saudaraku tersayang.
Adakah kau fikir ianya sudah berakhir?
Astra adalah ahli keluarga kau.
Dan aku rasa kau masih ambil berat terhadapnya.
Ibu kau yang menyebabkan kematian untuk seluruh bangsa kita.
Aku tidak percaya pada kau.
Lord Technologies diserang.
Kau Non.
Suami Astra.
Astra tersilap terhadap kau.
Kau lemah seperti manusia.
Lepaskan dia!
Maafkan aku kerana gagal menghentikan mereka.
Jangan naik ke tingkat atas.
Max,
kami mesti kawal kawasan ini,
ia masih tempat kejadian aktif.
Bukan, ini hartanah aku.
Serangan ini telah menakutkan kita semua.
Mereka menculik pengarah aku.
Aku rasa kerjasama kita sudah berakhir, Agen Danvers.
Setidaknya, beritahu aku apa yang mereka mahu.
Ia mungkin dapat membantu menemui lokasi anggota kami.
Kenapa tak tanya saja pada makhluk asing peliharaan kau?
Aku akan menjaga diri aku sendiri selepas ini.
Sekarang, jauhkan but tentera kau dari kawasan aku.
Sarikata oleh: johnjenin2020
JABATAN OPERASI EKSTRA NORMAL (DEO)
Siapa yang mengetuai sekarang?/ Entahlah.
Hank merahsiakan penggantinya.
Kita akan mengaktifkan protokol kecemasan sekarang.
Agen Danvers. Lihat.
Ketua Pengarah Semasa Kecemasan: ALEX DANVERS
Kamu berdua memang sudah berbaik-baik, bukan?
Aku mahu semua satelit yang kita miliki diarahkan ke bandar ini.
Tandakan sektor demi sektor.
Dan aku mahu kemaskini status setiap 10 minit.
Baik, Pengarah Danvers.
Alex,
kau pasti kesal akan kehilangan Hank.
Dia boleh jaga dirinya.
Kecuali dia ada kekuatan super yang tak kau beritahu, maka kita mesti menolongnya.
Mungkin aku boleh tanya pada Astra kenapa Non menculik dia.
Kau ada idea lebih baik?
Kau yakin mahu melakukannya?
Aku lihat sendiri bagaimana Astra mempengaruhi kau semalam.
Apakah kita ada pilihan?
Hati-hati, gadis kecil.
Mereka ini telah menemukan permainan Kryptonite.
Ke mana Non membawa Henshaw?
Aku menghabiskan masa selama setahun di Fort Rozz.
Perlukan lebih dari meninggi suara untuk menakutkan aku.
Mungkin aku akan panggil sepupu aku datang ke sini...
...dan kami berdua boleh paksa kau bercakap.
Kal-El takkan berani buat begitu.
Dia dibesarkan di Bumi. Dia sama seperti manusia.
Kaulah pewaris sejati House of El.
Jika kau membantu aku, mungkin aku boleh membantu kau.
Kau cuba memanipulasi emosi aku.
Tapi kau dilemahkan oleh rasa takut kau.
Aku tidak takut pada kau.
Bukan takut pada aku. Tapi takut pada kebenaran...
...tentang ibu kau.
Ini tiada hubungan dengan dia.
Ini tentang menyelamatkan nyawa manusia.
Ibu aku mungkin tak seperti yang aku kira,
tapi aku tahu siapa kau dan Non.
Adakah kau yakin tentangnya?
Adakah Non membunuh kau bila dia mendapat peluang?
Aku memerintahkan dia untuk tidak membunuh kau...
...kerana ikatan darah menyatukan kita semua.
Itu cuma cakap kosong yang keluar dari mulut kau.
Jika tidak, kau pasti sudah mati.
Jika ikatan darah menyatukan kita, kenapa kau tak beritahu di mana Henshaw ?
Kerana ikatan darah kita tiada kena mengena dengan dia.
Aku tidak setuju.
Semua yang hidup disatukan oleh ikatan darah.
Kau sedang berbicara tentang keluarga manusia kau.
Yang mengurung aku di sini.
Kau sendiri yang membuat diri kau dikurung.
Jadi kau telah mengesahkan berada di pihak mana.
PLANET KRYPTON SETAHUN SEBELUM MUSNAH
"Ikatan darah menyatukan kita semua."
Pepatah lama zaman dahulu sewaktu Planet Krypton...
...masih hutan belantara dan berperang sesama sendiri.
Dan meskipun darah memang ikatan kuat yang dapat menyatukan kita,
ia juga boleh membutakan kita dari melihat kebenaran.
Penduduk Krypton memilih untuk tidak melihat kebenaran.
Rancangan mengerikan kau akan meragut kebebasan mereka.
Kau berkhayal, saudaraku.
Kau meyakini bahawa mereka mewarisi kebaikan. Tapi mereka lemah.
Aku hanya berusaha memberikan mereka keberanian.
Keberanian untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.
Sia-sia saja kau bercakap dengannya.
Dia telah melabel kita sebagai pengganas..
..sedangkan dia terus berpeluk tubuh..
...sewaktu dunia kita di ambang kehancuran.
Non, isu moral yang kau perjuangkan akan lebih bermakna jika ianya
tidak mengorbankan banyak nyawa akibat tindakan di luar kawalan kau.
Aku tiada pilihan kecuali memberi hukuman maksimum atas jenayah yang kamu lakukan.
Penjara seumur hidup di Fort Rozz.
Alura, kau akan menyedari yang kau bukan menghukum kami.
Tapi kau menghukum keturunan Krypton,
termasuk anak perempuan kau.
Kau dengar, Alura?
Kau yang membunuh anakmu!
Aku ingin membuat kenyataan tentang insiden yang terjadi di Lord Technologies.
Oh, habislah.
Kami menjadi sasaran pengintipan teknologi perindustrian.
Mujurlah tiada nyawa yang terkorban...
...dan dalangnya berjaya ditangkap.
Terima kasih./ Dia merahsiakan serangan tersebut.
Apa yang dia rancangkan?
Biar aku siasat.
Jangan!
Max Lord sangat berbahaya.
Hei, aku akan membawa pas media aku.
Biar aku bercakap dengan dia, dan cari tahu yang boleh aku dapatkan.
Aku tiada masalah sikap.
Kau memiliki masalah persepsi.
Puan. Grant dalam perjalanan. Baik, um...
Um, hari ini, kita mesti kelihatan sangat, sangat normal.
Bukan hanya normal-normal,
tapi super-normal. Hanya...
Tidak boleh super./ Apa kau terkena strok?
Apakah strok kelihatan seperti ini?
Puan. Grant mengesyaki yang aku Supergirl.
Apa?/ Apa?
Aku akan menanganinya.
Tapi jika dia melihat aku berkelakuan pelik, ia akan merosakkan semuanya.
Aku hanya perlu memanaskan kopinya.
Mungkin jangan di situ.
Apa yang patut aku lakukan?/ Jadi bersepah merata-rata.
Baiklah. Baiklah...
Idea bagus. Cepat.
Aku terpaksa bergegas./ Baik.
Hmm.
Ini, um...
Ya, habislah dia.
Oh, terima kasih!
Puan. Grant, Lattenya habis, jadi kopi biasa saja.
Mmm. Dan di sini kau, melayan aku seperti orang normal yang membosankan.
Ya, itulah saya.
Saya sangat normal dan membosankan.
Jadi, um, saya akan pergi.
Kenapa?
Ada bangunan yang akan kau lompat?
Jadi, kita masih meneruskan jenaka itu?
Yang mana itu jenaka yang sangat menyeronokkan.
Kara, ada banyak topik...
...yang menurut aku lebih sesuai untuk dijadikan jenaka.
Masakan Inggeris, lipstik hitam,
tapi aku tak akan membuat jenaka dari cerita yang bagus.
Puan. Grant, maafkan saya, tapi apa yang Puan fikirkan..
...itu tidak benar.
Aku bukan Supergirl.
Pernah di satu parti, Paul McCartney bersumpah pada aku...
...dia dan Yoko adalah kawan biasa.
Dia lebih meyakinkan.
Saya hanya tak mahu Puan berasa malu apabila menyedari kesilapan ini
Baik. Kita akan terus bermain sandiwara bodoh ini.
Kau boleh pergi, Kara.
Aku yakin ada panggilan yang harus kau jawab...
...atau pesawat yang harus ditangkap.
Hei.
Aku tahu kau lupa makan jika sedang tertekan,
jadi aku singgah ke gerai makanan bergerak yang kau sukai.
Yang ada di Chicago?
Kaulah orang yang paling aku sukai.
Aku Leftenan Non dari Krypton.
Kita memiliki orang yang sangat penting bagi kedua belah pihak.
Aku menawarkan untuk melakukan pertukaran.
Aku Pemangku Pengarah Alex Danvers.
Maafkan aku kerana tidak mengendahkan kata-kata kau.
Aku mahu bukti hidup. Aku ingin mendengarnya sendiri dari Henshaw.
Pengarah Danvers.
Tahniah atas kenaikan pangkat awak.
Saya akan bawa awak pulang dengan selamat, Tuan.
Yang mana ia akan terjadi jika kau menurut arahan aku.
Aku akan mengembalikan Henshaw dengan selamat...
...jika kau mengembalikan Jeneral Astra dengan selamat kepada aku.
No comments yet. Be the first to leave one.