Werewolf by Night

Werewolf by Night

Скачать Malay субтитры

Информация о релизе

Werewolf by Night 2022 HS WEB-DL MAY
Комментарий от Kqrumi
00:52:40 | Source : Disney Hotstar | Telegram : https://t.me/arakurumi | Support Me on https://trakteer.id/kqrumi/tip

Теги

web-dl
web
Опубликовано: 2022-10-07
Загрузки: 73
Для слабослышащих: No

Предпросмотр субтитров (Malay)

Первые 167 строк.

MARVEL STUDIOS MEMPERSEMBAHKAN

Alam semesta yang diketahui, dengan adi wira dan keagungannya,

tetapi bagaimana dengan kegelapan?

Di dalam dunia kita yang moden, di situlah raksasa bersarang,

bersama golongan yang memburu dan membunuh mereka dengan bangga.

Tiada yang sehebat keluarga Bloodstone.

Ketua keluarganya menguasai satu barang tinggalan yang berkuasa,

Bloodstone, senjata yang unik daripada yang lain.

Namun kini, senjata ini memerlukan tuan baharu,

kerana Ulysses Bloodstone telah meninggal.

Malam ini ialah majlis pengebumiannya.

Pemburu telah berkumpul dari seluruh dunia,

saling tak mengenali sebelum malam ini,

untuk menyertai upacara pemburuan yang akan memutuskan pemilik baharu Bloodstone.

Dan kecelakaan besarlah bagi raksasa yang bertemu mereka.

Elsa datang.

Cantik, bukan?

Saya dah bunuh lima puluh tujuh ekor.

Tahun depan musim ke-30 saya.

Saya hampir boleh bau darah di tangan awak.

Terima kasih.

Saya suka rupa awak dengan solekan begini.

Rupa yang menggerunkan.

Ya, untuk beri penghormatan kepada nenek moyang saya.

Saya tak peduli tentang hal seperti menghormati nenek moyang dan perasaan.

Saya hanya tahu rupa itu sesuai dengan awak.

Saya faham kepentingan melindungi identiti dalam kerjaya kita,

tapi sunyilah.

Saya cuma nak kata, saya bangga

meraikan Ulysses bersama awak malam ini.

Ulysses. Ya. Susah percaya yang dia dah tiada.

Ya, si bedebah gila itu.

Rumahnya agak gah, ya?

Awak ada bunuh mana-mana raksasa ini?

Tak.

Tak, tapi saya pernah berlawan dengannya.

Dia tak pernah nampak seghairah itu.

Elsa, selepas 20 tahun, saya harap awak tak rasa terpaksa untuk datang.

Orang lain takkan suka. Berapa lama awak di sini?

Berikan hak saya, saya pergi sekarang.

Apa aspek Bloodstone yang kita kejar sebenarnya?

Kekuatan dan perlindungannya?

Kelanjutan usia...

Verussa, apa saya buat setelah memperolehnya

bukan urusan awak.

Sejujurnya, itu mungkin bahagian terbaik.

Saya tertanya-tanya kalau awak mampu. Bertahun-tahun tanpa latihan...

Tanpa latihan daripada dia.

Mari kita tengok nanti.

Awak berpotensi besar ketika kecil dulu.

Kami semua percaya awak akan mengatasi ayah awak.

Sebaliknya, awak berpuas hati untuk mengikut langkah ibu awak.

Saya dah buat yang terbaik untuk awak.

Malangnya saya tak jadi begitu.

Jangan terlalu senang hati.

Awak kehampaan terbesarnya.

Jumlahnya, lebih 200 mangsa buruan.

Dua puluh enam bagi awak.

Tiga puluh tujuh.

Empat puluh tiga.

Hebat, 57.

Melebihi 100, lebih kurang.

Lebih 100?

Ya.

Begitu banyak pembunuh di dalam satu bilik.

Kesayanganku!

Terima kasih kerana berkumpul dalam upacara ini,

kerana membuka topeng anda untuk memberi penghormatan kepada Ulysses Bloodstone.

Dia seorang pemimpin,

seorang kawan,

seorang kekasih yang tiada taranya.

Dia sedia maklum semangatnya takkan bersama kita malam ini.

Demi menyatakan hasratnya untuk upacara pemburuan ini,

dia menampilkan kehadirannya dengan cara lain.

Dia memang teruk.

Saya berharap kehadiran saya menggembirakan anda.

Terima kasih, Verussa, kerana mengepalainya

dan membentuk tujuan kita dengan baik.

Setelah kematian saya, kini masanya untuk pilih pemimpin baharu

dalam pertempuran melawan raksasa.

Penghormatan ini hanya boleh dianugerahkan kepada

orang yang paling kuat dan komited dengan misi kita.

Tak lama lagi, raksasa yang tak pernah anda hadapi

akan dibebaskan ke dalam tanah suci ini.

Pemburu yang bunuh haiwan ini akan jadi ketua baharu kita,

memiliki Bloodstone saya.

Semoga berjaya.

Saya akan melolong untuk anda.

Maafkan saya. Jenaka kubur.

Hanya ada satu Bloodstone,

dan hanya ada satu penjaga.

Patutnya batu itu milik anak perempuannya, tetapi setelah berdekad-dekad menghilang,

Elsa telah kehilangan hak kelahiran itu.

Senjata-senjata yang dibenarkan malam ini

telah diletakkan di seluruh taman untuk anda cari.

Sebagaimana hasrat suami saya,

batu itu akan dilekatkan pada kulit raksasa itu.

Ini akan melemahkannya.

Ini juga akan membuatkannya marah.

Nanti dulu.

Batu itu akhirnya dibuka untuk rebutan dan kami semua berhak memburu,

tetapi dia boleh ikut serta macam itu saja?

Betul kata dia. Di mana medalion gadis cantik ini?

Dah periksa punggung sendiri?

Elsa dialu-alukan untuk turut serta.

Seperti anda semua, dia perlu menyertainya secara adil.

Tiada layanan khas.

Mereka yang gagal bertahan

akan diberi penghormatan sewajarnya.

Kerana pada malam ini, pemburu akan saling bersaing.

Awak bertuah.

Awak pergi dulu.

Yang lain akan menyusul.

Nampaknya batu itu sudah ditempatkan.

Pergilah.

Sekarang, kita berikrar.

Kita akan tumpahkan darah demi pemburuan ini.

Demi batu dan nama, demi penempa pedang kita.

Buang daripada tanah ini makhluk yang memalukan.

Tiada keamanan tanpa darah, maka begitulah hendaknya.

Maka begitulah hendaknya.

Maka begitulah hendaknya.

Maka begitulah hendaknya.

Maka begitulah hendaknya.

Maka begitulah hendaknya.

Saya sarankan kita abaikan satu sama lain.

Apa?

Saya sarankan kita abaikan satu sama lain.

Batu itu milik saya!

Kematian akan mengejar awak, gadis muda!

Hei. Hei. Apa khabar?

Sudah tentu saya akan cari awak.

Sudah tentu. Awak okey?

Awak asyik kata awak akan berhati-hati setiap kali,

tapi tengoklah.

Awak tak boleh terus harap saya selamatkan awak. Ini kali terakhir.

Saya tahu. Sakitkah?

Ia melemahkan awak, ya?

Ya, mereka kata batu itu jadikan awak begitu.

Jangan risau, saya ada rancangan.

Nampaknya, benda-benda kecil ini meletup.

Kita akan letupkannya untuk keluar dari sini.

Jangan mati, itu saja awak perlu buat.

Terus hidup.

Saya cari tempat letak benda ini, dan datang cari awak.

Saya akan cari awak. Saya tak tahu.

Tidak, tidak, tidak...

Pintu.

Bagus.

Bagaimana malam awak?

Gelap.

Sukar.

Awak cedera?

-Boleh saya bantu? -Tak.

Okey.

Darah banyak keluar.

Mesti ketat dan sekata.

Terima kasihlah.

Saya perlu keluar dari sini.

Saya tak perlu keluar?

Saya nak dapatkan batu itu kerana nak tinggalkan ayah saya,

ibu tiri saya, dan semua ini selamanya. Sekarang saya tersekat...

Ketatnya.

Boleh saya tengok?

Perlu buat dengan betul, kalau tak, tak berkesan.

Awak pun tak nak bertarung tadi, ketika terjumpa saya?

Si gila dengan kapak itu muncul, awak tak melawan.

More Malay subtitles for Werewolf by Night

Комментарии

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left