Первые 200 строк.
Di tanah mitos berlatarkan zaman magik,..
..takdir sebuah kerajaan yang hebat..
..tertanggung di bahu seorang budak lelaki.
Namanya...
Merlin.
- Kamu tak takut ke? - Takutkan apa?
- Manalah tahu berjangkit. - Aku tabib istana.
Ini sebahagian dari tugasan aku. Di kebanyakan masa, tiada apa yang nak ditakutkan.
Apa kamu kata tadi?
Orang ramai tak patut nampak ni. Nanti mereka panik.
Ayah, roti sandwic ayah.
- Ada apa dalamnya? - Merpati salai.
Tapi nampaknya ada lebih banyak asap dari merpati.
- Baiknya kamu pada ayah. - Saya dah siapkan sup sengkuang untuk ayah malam ni.
Jangan kata...ada banyak air daripada sayurnya?
Jumpa ayah nanti.
Apa yang kamu buat?
- Mengalihkan sesuatu. - Nampak macam berat.
Takde apa sangat pun. Ada orang beri kamu bunga?
Kamu nak satu? Yang berwarna ungu.
Ungu sesuai untuk kamu.
Bukan maknanya merah tak sesuai untuk kamu pula.
Terima kasih. Jadi..
Jumpa lain kali.
- Kamu nampak gembira. - Saya petik ni untuk kamu.
- Baik hatinya. - Sesuatu untuk menceriakan kamu.
- Saya tahu kamu tak dapat tidur lena. - Kamu lah yang menceriakan saya.
Nak saya letakkannya ke dalam air untuk kamu?
Tak pernah aku lihat apa-apa yang seperti ini sebelum ni.
Kamu fikir mungkin ke ini semacam wabak?
Tak, saya takuti kes seperti ini bukanlah datang dari alam semulajadi.
Tapi siapa ada kuasa yang seperti ini?
Kamu fikir ia disebabkan magik?
Saya dalam perjalanan. Minta maaf lambat.
Jangan bimbang. Saya dah semakin membiasakan diri dengannya.
Oh...Gwen. Dia yang beri pada saya.
Beritahu Gaius, ayahanda saya mahu jumpa dia sekarang.
- Aku dah dengar. - Kenapa dia tak beritahu kamu sendiri?
Begitulah caranya. Kamu ialah orang suruhan dia.
- Kalau dia tahu siapa sebenarnya saya... - Kamu akan jadi orang suruhan yang telah mati.
Baiklah. Tutup ni semua.
- Saya bukan orang suruhan kamu. - Bukan...kamu ialah pembantu aku.
Ayuh, cepatlah.
- Apa terjadi dengan dia? - Patik tak tahu.
- Ini kes kedua patik tengok hari ini. - Kenapa kamu tak laporkan segera kepada beta?
- Patik sedang mencari punca kematian. - Apa yang dapat kamu rumuskan?
Patik fikir belum masanya untuk rumuskan puncanya. Proses saintifik memakan masa yang panjang.
- Apa yang kamu sembunyikan dari beta? - Tuanku, patik belum pernah lihat sesuatu yang seperti ini.
Mangsa mati dalam tempoh 24 jam. Dan ia sedang tersebar pantas.
Jadi, apa yang menyebabkannya?
Patik fikir, patik patut nyatakan puncanya.
Punca yang paling mungkin, ialah..
...sihir.
- Cari siapa yang menjadi dalangnya. - Sudah tentu, ayahanda.
Laksanakan pencarian dari pintu ke pintu. Tingkatkan kedatangan kamu di sekitar pekan.
Gandakan pengawal di pintu pagar.
- Pinjamkan orang suruhan kamu kepada tabib kita. - Merlin?
Kita perlu Gaius mencari penawarnya. Dia perlukan segala jenis pertolongan yang dia boleh dapat dari kita.
Kalaulah apa yang Gaius katakan itu tepat,..
..bandar ini akan musnah sekelip mata.
Sihir jenis ini....
..meremehkan penguatkuasaan kita, mencabar segala apa yang telah kita lakukan.
Kalau kita tak dapat membendung wabak ini, percayalah..
..orang ramai akan berpaling kepada magik untuk mencari penawarnya.
Kita kena cari ahli sihir yang melakukannya dengan segera.
Baik, ayahanda.
Gaius, dia masih hidup.
Tiada apa yang boleh kita buat untuk tolong dia.
- Tapi kita belum pun mencuba! - Kalau kita tak tahu penyakit apakah ini,..
-..bagaimana kita nak pulihkan dia? - Dengan magik.
Tengok keliling! Semua orang adalah suspek.
Ini bukannya masa untuk menggunakan magik.
Sains akan menunjukkan kita punca sebenar penyakit ini.
- Apa yang kamu buat? - Memeriksa isi kandungan..
....dari perut lelaki itu.
- Adakah itu akan beritahu kamu siapa yang melakukannya? - Tidak, tapi ia mungkin boleh beritahu bagaimana penyakit ini merebak.
Satu perkara yang aku pasti,... ini ilmu hitam yang paling dashyat.
Kenapa ada orang nak gunakan magik begitu?
Magik bersifat merosakkan.
Orang boleh guna untuk apa-apa tujuan.
Tapi bukan semua magik adalah jahat. Saya tahu ia tak.
Ia bukan baik, bukan buruk. Tapi bagaimana kamu gunakannya.
Di sana. Maaflah.
- Kami sedang geledah semua orang di pekan. - Untuk apa?
- Tukang sihir tu. - Takkan lah dia ada di sini.
Saya cuma buat kerja saya.
Kami tiada apa nak disembunyikan. Teruskan. Geledahlah.
- Apa semua buku dan kertas ni? - Hasil kerja sepanjang hidup aku,
..khusus untuk memahami sains.
Kalau kamu nak baca, silakanlah.
- Di sana tu bilik apa? - Itu bilik saya.
Benda apa yang kamu nak cari di sana?
Saya sedang cari bahan-bahan yang membuktikan adanya penggunaan sihir.
Apa kamu buat dengan buku magik yang aku bagi kamu tu?
Merlin, mari sini.
Tengok apa yang aku jumpa.
Aku jumpa tempat yang kamu boleh gunakan untuk meletak barang. Namanya almari.
Berapa lama jangka masa yang kamu perlukan untuk mencari penawar?
Bergantung kepada berapa banyak gangguan dengan kerja aku.
Sudah tentu, minta maaf.
Kita dah selesai di sini.
Kita kena sorok buku tu.
- Kita mesti gunakannya. - Jangan jadi bodoh.
Saya ada bakat ni untuk apa?
Kamu asyik kata ia bukan untuk main-main.
Kamu nak bikin magik dalam keadaan Raja sedang memburu ahli sihir?
Kamu gile ke?
Hidup kamu ditakdirkan untuk perkara-perkara penting.
Kalau saya tak berlatih, macam mana saya nak jadi ahli sihir yang hebat?
Akan tiba masanya nanti bila kemahiran kamu bakal diiktiraf.
Bila? Berapa lama saya kena tunggu?
Sabar itu menguntungkan.
Duduk saja-saja tak buat apa-apa itu menguntungkan?
Masanya bakal tiba.
Saya boleh pulihkan lelaki yang kita nampak tadi.
Aku tahu ia memang menggoda nafsu untuk cari jalan senang.
- Ia boleh menyelamatkan nyawa! - Takde manfaatnya selamatkan cuma satu orang.
Kita kena siasat bagaimana penyakit ni tersebar.
Arthur dah keluar cari ahli sihir disebalik semua ni.
Ahli sihir yang ada kuasa menyebabkan semua ni berlaku,...
...takkan dapat dijumpai dengan mencari di keliling pekan.
Jadi, apa yang boleh kita lakukan?
Harap-harap sains ada jawapannya sebelum ia membunuh kita semua.
Kami telah mencari di merata-rata pekan.
- Tak jumpa apa-apa? - Saya dah tak tahu nak cari di mana lagi.
Beta mahu kamu kuatkuasakan perintah berkurung.
Tiada siapa diizinkan keluar selepas loceng dibunyikan.
Ayahanda.
- Tutup jalan keluar masuk di hujung pekan. - Kenapa?
Sebab dari sana datangnya kebanyakan mangsa.
Asingkan mereka. Hentikan penyakit ni dari merebak.
Bagaimana dengan mereka yang tinggal di sana?
Kamu ingat beta tak terfikirkannya?
Apa lagi yang beta boleh buat. Beta mesti lindungi sebahagian lagi pekan ini.
Apa perbezaan pada mangsa kali ni?
Dia seorang wanita.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya,...
...sama ada bakat magik kamu ni diberi pada orang yang sepatutnya.
Apa lagi?
Dia bangsawan. Tapi bagaimana itu boleh membantu?
Bangsawan jarang pergi ke hujung pekan. Apa maknanya?
Dia tak bercakap dengan mana-mana penduduk pekan.
Itu mencadangkan bahawa penyakit ini tidak tersebar melalui sentuhan.
- Mereka mungkin makan makanan yang berbeza. - Bagus. Apa lagi?
- Tidak bernafas udara yang sama. - Apa benda yang mereka kongsi?
Air.
Kamu fikir penyakit ni tersebar melalui air?
Kamu memang bijak.
Masa untuk bangun, ayah.
Ayah!
Gwen?
- Kamu terkena penyakit tu ke ? - Ayah saya.
Tolong, Gaius, dia saja yang saya ada.
Gwen, aku tiada penawarnya.
- Saya merayu kepada kamu! - Aku pun berharap dapat tolong.
Apa saja. Tapi setakat ni penawarnya tak mampu lagi aku buat.
Maaflah, Gwen.
Tentu ada sesuatu yang kita boleh buat.
Harap-harap ini boleh beri jawapannya.
- Terlalu lambat untuk ayah Gwen. - Malangnya kamu benar.
Ayah?
Apa terjadi? Sungguh tak percaya.
Jangan sentuh.
Aku letakkan bunga tu tak lebih dari beberapa jam.
- Dari mana datangnya air tu? - Sumber air harian penduduk-penduduk sini.
Kita mesti berhenti menggunakannya.
- Pekan ini tidak mampu hidup tanpa air! - Kita kena cari ahli sihir ini!
Saya yakin mereka tidak berada dalam Camelot.
Jadi, panjangkan carian di kampung-kampung.
Kami dah pun bermula. Tapi kami tak mungkin dapat geledah seluruh kerajaan.
Saya tak boleh tengok saja rakyat kita mati.
Bagaimana ayah kamu?
Dia rasa lebih baik?
Ya. Ia memang hebat.
- Ianya ajaib. - Kulitnya bersih? Balik kepada asal?
- Baguslah. - Kamu tak nampak terkejut.
Taklah, tak...saya terkejut juga. Ia memang ajaib.
Tapi bagaimana kamu tahu dia dah pulih?
- Sebab kamu tersenyum. - Itu memang pelik.
Saya belum lagi beritahu sesiapa, tapi kamu dah tahu.
Bagaimana kamu tahu?
Baiklah.
Kamu dah tahu rahsia saya. Saya akan beritahu kamu.
Saya ni psikik.
- Taklah, kamu bukan. - Betul.
Baiklah, apa yang saya sedang fikirkan?
- Yang saya bukan psikik. - Kamu pelik.
Saya tak maksudkan itu jahat.
Kamu cuma...
...kelakar.
Saya suka begitu.
Saya gembira utuk kamu.
- Terima kasih. - Untuk apa?
- Entahlah...kerana bertanya khabar. - Saya tak suka lihat kamu bersedih.
Saya kena..
...buat kerja.
Dengar kata kamu jatuh sakit.
Tak lagi.
Mungkin kamu sakit kerana sebab yang lain.
Kamu bergurau. Saya macam nak mati.
No comments yet. Be the first to leave one.