Первые 200 строк.
Bersemadilah dengan tenang.
Apa awak kata? Saya nampak macam mayatkah?
Sila ambil peluang ini untuk bermuhasabah tentang hidup awak.
Hei.
Awak ejek sayakah?
Awak tunggu saja
- sehingga saya bangun semula. - Saya harap awak bangkit semula.
Jangan sentuh saya. Pergilah.
Hei, bangsat!
Berapa kali dah pesan jangan tunggang motosikal dalam keadaan mabuk?
Nampaknya, jatuh begini biasanya membawa maut,
tapi saya terselamat sebab saya jatuh bergolek.
Penggambaran mula pada hari Isnin!
Menurut kontrak, awak berhutang dengan kami.
Tangguhkan penggambaran beberapa hari lagi.
Saya daripada baka keluarga yang mudah sembuh.
Beri saya beberapa hari, okey?
Doktor kata 12 minggu untuk pemulihan!
Semua yang berlaku ada hikmahnya.
Buat penggambaran nanti.
Tunggu lama sikit.
Betul cakap dia. Buat saja nanti. Tunggu lama sikit.
Awak disingkirkan, bodoh.
Kita akan rakam seperti yang dirancang. Ikut jadual, okey?
Apa maksud awak? Pelakon utama awak cedera.
Ya, apa awak kata? Pelakon utama awak cedera.
Jangan fikir sangat.
Rakam apa yang boleh sementara menyunting skrip.
Hei, awak tak dengarkah?
Macam mana nak buat penggambaran tanpa pelakon utama?
Guna pengganti untuk semua ini?
Ya, bagaimana? Nak guna pengganti saja?
Itu mengarut.
Sayalah jiwa dan paksi Madame Aema.
Jangan menyampuklah.
Lagipun, kenapa awak jiwa dan paksi Madame Aema, si tolol?
Apa? "Si tolol"?
Dasar betina gila.
Awak fikir awaklah jiwa dan paksi Madame Aema?
Awak pun bukanlah, gila!
Awak cuma perempuan gila, betina gila!
Nak mudah selesaikan masalah, cari pelakon baharu.
Kita cuma perlu fokus dan kekal dalam matlamat.
Faham?
Presiden Ku.
Disebabkan semua ini,
apa kata singkirkan saya daripada filem juga?
Amboi, Cik Jeong Hee-ran.
Kenapa awak asyik sentuh saya?
Boleh awak cuba kekal bersikap profesional?
Berani awak
guna kekerasan ke atas pelakon?
Gila…
Awak bukan pelakon, perempuan gila!
Awak cuma perempuan gila, betina gila!
Betul cakap dia! Awak cuma perempuan gila, perempuan gila!
Diamlah, bahlul semua!
REHAT DI KATIL
Kamu semua diamlah! Kamu semua buat saya gila!
Fokus? Tuan nak saya fokus sekarang?
Nak rakam seperti yang dirancang?
Saya tulis dialog dan buat semuanya seperti yang pelakon minta,
tapi dia tulangnya habis patah sebelum penggambaran.
Kerajaan asyik suruh saya ubah skrip,
tak habis-habis bising suruh saya keluarkan sosej!
Penerbit mahu kita tayang buah dada,
tapi kita tak boleh tunjuk terang-terang, kena buat secara halus.
Jadi, saya kena buat apa…
Apa semua ini?
Apa dia?
Kamu nak apa?
AEMA
KRU PENGGAMBARAN
MADAME AEMA KENDERAAN PRODUKSI
- Bagus, bukan? - Itu menyegarkan.
Seronok.
Bagus.
Sejumlah 36 subjek yang tak sesuai.
Kecurangan, kelucahan, kekejian…
Tak guna.
AEMA SENDIRI MEMILIH
UNTUK MENCARI KEBEBASAN ATAS PENGARUH ERIKA
Akhirnya kita buat penggambaran esok.
Apa perasaan awak?
Kenapa awak ambil saya untuk watak ini?
Saya tak tahu.
Ilham itu cuma terlintas dalam fikiran saya
kali pertama saya nampak awak.
"Oh…
dialah orangnya."
Sebab buah dada saya?
Semasa saya kecil…
saya satu-satunya gadis di kampung kami
mencapai akil baligh.
Payudara saya sentiasa jadi bualan ramai.
"Ia lebih besar hari ini."
"Ia lebih kecil hari ini."
Ke mana saja saya pergi, saya selalu tunduk
dan pandang kaki saya.
Saya rasa tak patut buah dada saya menarik perhatian.
Entah kenapa saya rasa begitu.
Saya tak peduli jika awak pilih saya sebab buah dada saya.
Jujur saja.
Buah dada begini harus jadi bahan tontonan.
Sudah tiba masanya buah dada ini membantu saya.
Kami tak boleh tunjuk buah dada awak lagi.
Kerajaan tak benarkannya.
Bagaimana kita nak rakam babak itu?
Itu…
Begini.
Kami tak boleh tunjukkan dada awak,
tapi kita boleh tunjuk secara halus
supaya ia sama sahaja dengan menunjukkan secara jelas…
Saya masih usahakannya.
Saya tak kisah.
Tak kira apa yang berlaku, saya percaya akan awak.
Jadi, apa saja yang awak fikirkan,
saya tak kisah.
Saya akan akur saja.
Baiklah!
Terima kasih kerana datang.
Sekarang, balik.
Apa?
Hantar ini ke Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Awam esok.
Mustahak, jadi jangan melencong.
Tapi…
DRAF AKHIR MADAME AEMA SHINSUNG PICTURES
"Pada hari ini,
hari Kuda dan Ular, pada tahun Ayam Jantan Putih,
saya, Kwak In-u, pengarah filem Madame Aema,
akan memanjatkan permintaan ini."
"Mohon jaga seluruh pelakon dan kru penggambaran kami
sepanjang penggambaran,
dan jadikan filem kami, Madame Aema,
disambut baik oleh orang awam
sehingga hari ia meninggalkan pawagam."
"Mohon pastikan produksi lancar dan aman."
"Semangat langit dan bumi,
terimalah sembahan kami."
Api!
Hentak.
- Cepat. - Ung-bae, mari sini.
Saya datang!
- Letak di sini. - Bukankah ia akan kaburi syot?
- Bawa ke sini. - Saya akan alihkan, maaf.
- Pemandangan yang cantik. - Teruskan.
Baiklah. Ayuh, semua.
Ayuh.
Ayuh, teruskan.
Ini skrip baharu. Hafal. Awak ada 15 minit.
Maaf? Tapi…
Ada banyak perubahan, jadi pastikan awak dah periksa.
Skrip baharu.
Penggambaran dalam 15 minit.
Babak 135, syot satu.
Mula!
Erika.
Aema, awak dah gila?
Awak dah lupa apa yang suami awak buat terhadap awak selama ini?
Tergamak awak kembali kepadanya?
Awak terlupa tentang satu-satunya perkara terpenting.
Maksud saya,
diri awak.
Awak betul-betul nak gadaikan kehidupan awak sebagai wanita?
- Jawablah. - Jawab.
Jawablah, Aema.
Cakap sesuatu!
Saya mungkin
seorang wanita,
tapi maaf, Erika.
Sejak azali, saya wanita kepada lelaki.
Saya…
Saya…
Isteri dia! Awak isteri dia, tak guna!
Rakam semula babak yang dia rosakkan.
Saya akan teruskan.
Bukalah mata.
Dengan membiarkan seorang lelaki kawal hidup awak begitu,
awak mempersendakan saya.
Bukan saya saja,
tapi kita semua.
Erika…
Berhenti!
Aduhai, apa itu?
Awak tak ingat dialog awak, dan penyampaian awak mendatar!
Maaf.
Saya belum biasa dengan dialog saya.
Bukan begitu.
Bukan fasal biasakan diri dengan dialog.
Awak perlu menjelmakan Aema dan bercakap seperti dia.
Saya boleh pergi?
Ya, awak hebat, Hee-ran.
Nampaknya dia gementar. Hari ini hari pertamanya.
Hari ini hari pertama semua orang di sini, kan?
Macam saya kata,
dia memang tiada bakat yang diperlukan untuk berjaya.
Guna pelakon simpanan.
Apa itu simpanan?
Pengganti.
Pengganti siapa?
No comments yet. Be the first to leave one.