Merlin

Merlin

Скачать Malay субтитры

Сезон 4

Информация о релизе

Merlin S04E03
Комментарий от Mike KC
Translation manual dari Eng-B.Melayu

Теги

other
Опубликовано: 2011-10-24
Загрузки: 103
Для слабослышащих: Yes

Предпросмотр субтитров (Malay)

Первые 200 строк.

Di bumi mitos dan zaman sihir..

..takdir sebuah kerajaan yang gah...

..terletak di bahu seorang lelaki...

Namanya..

Merlin.

Oh! Tuanku nampak tadi?!

Lelaki baling lidi ke udara.

Apa masalahnya? Hari ini hari lahir tuanku.

Pesta besar-besaran sedang diadakan untuk tuanku.

Ada penari, pengimbang dan akrobat untuk hiburkan tuanku.

Tentunya ini "beban" yang berat.

Mungkin beta hanya tidak mudah berasa kagum seperti kamu.

Patik tidak sabar melihat persembahan itu.

Sebab fikiran kamu macam budak kecil.

Tapi, aku tetap lebih bijak dari kamu.

Beta dengar tu!

Kamu terhilang sesuatukah, Geldred?

Hadiah istimewa kita untuk Putera. Aku tidak jumpa di mana-mana!

Geldred, aku sendiri telah pastikan "hadiah" ini selamat.

Kita mesti pastikan bahawa pesta ini...

...pesta yang tidak dapat dilupakan sang Putera.

Majlis mesyuarat telah bincangkan cukai tahunan pagi ini.

Mereka bercadang supaya kita naikkan...

..tapi, anakanda rasa rakyat terlalu dibebani.

Janganlah kita berbicara soal majlis mesyuarat hari ini.

- Ayahanda? - Kamu sangka ayahanda lupa..

..bahawa hari ini hari lahir kamu?

Ayahanda anggapkan tentu ada pesta malam ini?

Jamuan makan dan sedikit hiburan.

Anakanda akan ceritakan tentangnya besok.

Merepek.

Kamu fikir ayahanda mahu terlepas meraikan hari lahir anak lelaki ayahanda?

S04E03-THE WICKED DAY

Saya perlukan seorang sukarelawan.

Putera Arthur. Keadaan manakah yang lebih sesuai...

...untuk tuanku pamerkan keberanian tuanku?

Sudikah tuanku terima cabaran ini?

Sudah tentu.

- Selamatkah? - Baling pisau, tentulah tidak selamat. Tapi, beta tidak boleh menolak.

Jangan risau, tuanku. Patik jarang sekali terlepas sasaran.

Baguslah. Lega mendengarnya.

Izinkan patik?

Tengok, Merlin. Tiada apa nak dirisaukan.

Dalam tempoh beberapa jam...

...ubat penenang pada epal itu akan mula terasa.

Putera tidak mampu pertahankan diri. Ketika itulah kita serang.

Tuanku tidak takut walau sedikit pun?

Tentulah tidak. Beta ialah pahlawan.

Beta belajar mengawal ketakutan. Cara menumpukannya.

Tuanku nampak takut.

Gembira melihat ayahanda beta terhibur.

Tapi, dia agak senyap di penghujung pesta.

Mungkin beta patut pergi tengok dia.

Tuanku yakin itu cadangan yang baik? Berdiri pun tidak tegak.

- Kamu kata beta mabuk? - Tidak, patik cuma cakap..

..tuanku tidak patut..

- ..berjalan-jalan sekitar istana. - Kenapa pula?

Tuanku tidak pakai seluar.

Kamu benar.

Pengawal!

Pengawal!

Selamat tinggal, Arthur Pendragon.

Pengecut seperti kamu tidak mampu bunuh anak beta.

Kamu ada kata-kata terakhir untuk anak kamu sebelum aku bunuh dia?

Ayahanda?

Tidak. Pengawal!

- Anakanda pergi dapatkan bantuan. - Jangan pergi.

Saya di sini, ayahanda.

Pengawal!

Siapa-siapa.

Kami perlu bantuan.

- Masanya dah tiba. - Tidak. Ayahanda tidak boleh mati.

Ayahanda tahu kamu akan buat ayahanda bangga, sentiasa.

- Kamu akan jadi raja yang hebat. - Anakanda belum sedia.

- Kamu dah sedia agak lama, Arthur. - Tidak, anakanda perlukan ayahanda.

Ayahanda tahu, ayahanda bukan ayah yang baik.

Ayahanda utamakan tugas untuk Camelot. Maafkan ayahanda.

Janganlah kata begitu.

Tapi, ketahuilah ini, Arthur.

Ayahanda sentiasa sayang kamu.

Gaius. Bolehkah kamu ubati dia?

Mata pisau telah melukai jantungnya. Dia berdarah di dalam.

Tentu ada sesuatu cara.

Tentu ada sesuatu yang kamu boleh lakukan, Gaius.

Baginda hanya menunggu masa sahaja.

Maafkan patik, Arthur.

Kami telah menjejak pembunuh itu sampai ke kota Wenham. Kawasan Odin.

Nampaknya, Odin upah dia untuk bunuh kamu demi menuntut bela kematian anaknya.

Simpati kami untuk kamu, Arthur. Tetapi, jika ada apa-apa yang pak cik boleh lakukan...

Sokongan pak cik sangat bermakna untuk beta. Terima kasih.

- Bagaimana keadaan ayahanda beta. - Tiada perubahan.

Jadi, kenapa Gaius tidak melakukan apa-apa?

Sebab sudah tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

Begitukah caranya menyambut kawan lama?

Aku tidak menjangka kehadiran kamu hari ini.

Aku mesti jumpa kamu. Ada berita baik.

Lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Apakah ia?

Uther telah cedera parah. Dia terlantar menunggu mati.

Kata Gaius, dia cuma ada beberapa hari untuk hidup.

Aku harap bayangan wajahku menghantuinya.

- Bagaimana Arthur? - Kecewa. Budak itu tidak dapat berfikir dengan waras.

Jadi, kita mesti serang semasa dia sedang lemah.

Apabila Uther mangkat, kerajaan akan jadi lemah.

Kita mesti pilih masa yang sesuai dengan cermat.

Siapa tahu apakah peluang di minggu hadapan?

Beta hargai kebaikan kamu. Semua yang kamu lakukan untuk baginda.

Patik lakukan untuk kamu.

- Ada apa Arthur? - Beta tidak boleh lihat dia mangkat.

Ada begitu banyak lagi yang beta mahu ceritakan kepadanya.

Dia tidak boleh mangkat.

Apa yang berlaku?

Persediaan untuk ayahanda tuanku.

Rakyat ingin berkongsi kedukaan.

Mengapa mereka berkelakuan seolah-olah Raja sudah mangkat...

...sedangkan roh baginda masih di dalam jasad.

Mereka bersedia jika keadaan menjadi buruk.

- Mereka boleh berputus harap. Tetapi, beta tidak. - Patik tahu.

Sukar menerima kenyataan, patik harap ini tidak terjadi, tapi...

..memang sudah tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

Ada satu cara yang boleh sembuhkan ayahanda beta.

Bagaimana?

Dengan sihir.

- Arthur merancang menggunakan sihir? - Dia terdesak.

Dia tahu ini satu-satunya harapan untuk pulihkan Uther.

Merlin, tolong beritahu aku bahawa kamu tidak akan lakukannya.

Saya menipu jika saya katakan tidak.

Kamu akan akibatkan diri kamu terdedah. Ini terlalu bahaya.

Arthur tidak kenal saya kali yang lepas,..

...bila saya berusia 80 tahun.

Tiada sebab kenapa dia dapat cam kali ini.

Perlukah aku ingatkan kamu, kali terakhir kamu gunakan mantera penuaan...

-...kamu nyaris dibakar di pancang. - Ini risiko yang perlu.

Kamu fikir Uther akan berterima kasih kepada kamu kerana sembuhkan baginda dengan sihir?

Dia lebih suka lihat kamu digantung.

Uther tidak akan ubah pandangannya terhadap sihir, saya tahu.

Tapi, jika Arthur benarkan sihir digunakan untuk sembuhkan ayahandanya,

..pandangan dia akan berubah selama-lamanya.

Dia akan lihat, sihir boleh menjadi kuasa kebaikan.

Dalam ramai-ramai orang, kamu sepatutnya lebih arif...

..bahawa penggunaan sihir penuh dengan bahaya.

- Jika ini berkesan, saya tidak perlu sembunyi lagi. - Kalau tidak berjaya?

Aku tidak boleh melihat saja kamu berbuat begini, Merlin.

Jadi, jangan cuba hentikan saya sebab...

..kamu tidak boleh.

Kamu bermain permainan yang bahaya, Merlin.

Saya dah bermain permainan yang bahaya..

...semenjak saya jejakkan kaki di Camelot.

Mungkin ini peluang saya untuk mengubahnya.

Jadi?

Apa kata Gaius? Dia ada sebarang maklumat?

Tidak banyak.

Tapi, dia terdengar cerita mengenai seorang penyihir tua..

..yang tinggal di Hutan Glaistig.

Gaius fikir dia mungkin boleh tolong.

Adakah Gaius akan tunjukkan jalan kepada orang itu?

Gaius dah beritahu patik semua yang dia tahu. Kita yang mesti mencarinya.

Jika kamu ialah beta. Jika itu ialah ayah kamu...

..adakah kamu akan guna sihir untuk selamatkan nyawanya?

Ya, patik akan buat apa sahaja yang diperlukan.

Persiapkan kuda, kumpulkan bekalan.

Kita bertolak menjelang subuh.

Arthur. Apa berita tentang ayahanda kamu?

Tiada perubahan, nampaknya.

Ada sesuatu di fikiran kamu.

Beta tidak mahu berbuat sesuatu di belakang pak cik.

Beta putuskan untuk guna sihir bagi menyembuhkan ayahanda beta.

Pak cik nasihatkan kamu, jangan lakukan begitu.

- Tiada cara lain lagi. - Sihirlah punca kematian bonda kamu, Arthur.

Jika kamu hormati kenangan bondamu, jangan lakukan ini.

Sanggupkah pak cik melihat ayahanda mangkat?

Mungkin masa baginda telah tiba.

Beta tahu kita berdua menderita angkara sihir..

...tapi beta tidak boleh melihat sahaja ayahanda mangkat.

Beta telah bertekad.

Kamu pasti ini tempatnya? Nampak seperti pondok membuat arang.

Orang tua itu tidak mampu menyara hidup dengan hanya mengguna sihir.

Patik rasa ramai penyihir terlibat dalam perniagaan arang.

Kamu tidak mahu ikut?

Kita tidak mahu terkejutkan dia.

Tentu dia jarang ada pelawat.

Patik akan tunggu sini dan jaga kuda-kuda ini.

Tidak pernah beta jumpa orang yang sentiasa takut.

Menjeritlah macam perempuan dewasa kalau kamu perlukan bantuan.

Jangan risau. Tuanku akan dengar suara patik.

Helo?

Tiada siapa pun di sini. Kamu pastikah ini tempatnya?

Patik yakin betul. Patik pasti dia akan balik tidak lama lagi.

- Bagaimana kamu tahu? - Dia orang tua terketar-ketar, tidak mungkin berjalan jauh.

Kalau tuanku mahu pertolongan dia, tunggu sahaja di dalam.

Kamu mahu ke mana pula?

Patik mahu kencing.

Kecuali tuanku mahu ikut dan tengok patik, tuanku tunggulah di dalam.

Kenapa beta mahu tengok kamu?

Itu pondoknya. Masuklah.

Buatlah macam rumah sendiri.

Michetic tigana bebhei chimnei.

Adeaglie pisne gast min freondum ond min feondum!

Kamu?

Jadi, kita jumpa lagi, Arthur Pendragon.

More Malay subtitles for Merlin

Комментарии

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left