KonoSuba: God's Blessing on this Wonderful World! Legend of Crimson

KonoSuba: God's Blessing on this Wonderful World! Legend of Crimson

この素晴らしい世界に祝福を!紅伝説

Скачать Malay субтитры

Информация о релизе

Konosuba Legend Of Crimson 2019 Bluray Malay Sub
Комментарий от AmirF97
🎥Sarikata ini diterjemahkan oleh saya secara manual. 🎥Saya cuma akan menterjemahkan filem yang:- 🔮Saya suka walaupun tak seronok. 🔮Filem yang seronok tapi kurang populariti. 🔮Termasuk Netflix dan penstriman yang lain. 🔱SELAMAT MENONTON DENGAN SELESA🔱

Теги

BluRay
Опубликовано: 2020-09-09
Загрузки: 53
Для слабослышащих: No

Предпросмотр субтитров (Malay)

Первые 200 строк.

Sarikata Diterjemahkan Oleh : AmirF97

Quest Pemburuan

Mengumpulkan Tuna yang Berhijrah.

Quest Gagal

Kau dengar tak? Mulai tahun depan, tidak akan ada lagi tuna.

Ada penyihir gila meletupkan tempat mereka.

Aku selalu menantikan musim tuna.

Kosong markah.

Apa? Ayuh, sihir letupan hari ini sepatutnya paling kurang 120 markah!

Semua itu tiada guna, dan sia-sia saja!

sion!

Kau mengeluarkan letupan kerana kau sangkakan

yang raksaksa akan mengambil tuna kita?

Apa gunanya kalau kau letupkan semua ikan itu juga?

sion!

Adakah dengan belajar sihir yang lain akan membuatkan kau terbunuh?

Kazuma, itu sangat melampau.

Kau berbau ikan.

Sebaik saja kita sampai ke laut, ikan-ikan itu terus mengunyah kau!

Hei, adakah kita masih lagi berhutang?

Apa yang akan kita lakukan?

Aku tak mahu bekerja separuh masa lagi.

Seorang dewi yang merosakkan segalanya.

Seorang penyihir yang menjadikan semuanya sia-sia.

Seorang pahlawan yang menjadikan semuanya semakin tak guna.

Nampaknya pengembaraan aku bersama rakan-rakan tak guna ini akan menuju ke puncak.

Bukankah mencuri seluar dalam adalah satu-satunya kepakaran dia?

Dia adalah bangsat yang mempermalukan wanita tanpa berfikir panjang.

Kazuma bangsat!

Jika ini adalah anime atau permainan video,

Kemungkinan aku mempunyai hubungan yang romantik sekarang...

Hei, Yunyun. Kenapa kau begitu serius?

K-Kazuma-san...

Ya?

Aku...

Aku mahu mempunyai anak bersama kau.

Dengan itu bermulanya fasa popular aku.

God's Blessing on this Wonderful World! Legend of Crimson

Konosuba The Movie

Ow!

Kenapa kau mencakar aku?!

Boleh kau ulang sekali lagi pada aku?

Aku kata aku mahu mempunyai anak bersama kau.

Aku mahukan anak sulung aku perempuan.

Tak boleh! Anak sulung mestilah lelaki.

Aku rasa dia agak pemalu dan lemah lembut,

tapi dia tahu cara untuk meluahkan perasaanya.

Ada apa yang tak kena, Yunyun?!

Kau sedar tak dia ini sejenis lelaki yang macam mana?

Kau kena segera sedar!

Apa yang sudah terjadi dengan kau?

Jika Kazuma dan aku tidak mempunyai anak, dunia akan... dan Raja Iblis...

Raja Iblis?

Aku faham, takdir dunia, ya?

Tak mengapa, kau boleh serahkan dunia dan Raja Iblis pada aku.

Setelah kita mempunyai anak,

Raja Iblis ditangani dan dan dunia diselamatkan, kan?

Mana mungkin aku boleh menolak seseorang yang perlukan bantuan.

Tapi kau selalu melarikan diri dalam quest menghapuskan raksaksa!

Biar betul!

Diamlah!

Jangan masuk campur dalam hubungan kami, faham?

Akhirnya aku berada di fasa popular aku, Jadi jangan ganggu.

Dia marah pada kita?

Jika kawan aku mempunyai hubungan dengan lelaki bangsat,

memang aku akan masuk campur!

Bertenang semua!

Maafkan aku! Semua ini salah aku! Tolong bertenang!

Hebat! Hebat!

Untuk pertama kalinya, Aku rasa seronok datang ke dunia ini!

Kenapa dengan kamu berdua? Adakah kamu berdua juga menyukai aku diam-diam?

Adakah kamu berdua cemburu dengan perkembangan cinta aku dengan Yunyun?

Kalau suka mengaku sajalah, dasar tsundere!

Berani kau!

Megumin, Kampung Iblis Merah Tua...

Kenapa aku perlu cemburu?

Kampung Iblis Merah Tua akan musnah!

Kau mesti terfikir—

KONOSUBA!

Teh kau.

Terima kasih...

Sekarang, apa sebenarnya yang terjadi?

Aku dapat surat ini daripada ayah aku..

"Setelah kau menerima surat ini,

Ayah mungkin sudah tiada di dunia ini lagi"

Katanya Kampung Iblis Merah Tua telah diserang oleh tentera Raja Iblis.

"Seorang penilik masa depan meramal yang kampung akan musnah.

Tetapi dia juga melihat cahaya harapan.

Cahaya itu hanya satu-satunya yang terselamat daripada Iblis Merah Tua, Yunyun."

Bagaimana dia satu-satunya yang terselamat?

Abaikan, teruskan membaca!

Tapi apa yang terjadi pada aku?

"Sebagai orang yang satu-satunya terselamat,

dia perlu bertemu seorang lelaki di bandar pemula.

Walaupun dia hanya lelaki yang biasa dan tanpa kekuatan yang istimewa,

akan menjadi pasangannya."

Kenapa kau memandang aku selepas membaca itu?

Adakah kau pasti orang yang dimaksudkan itu adalah aku?

"Kemudian, seiring waktu berlalu,

Anak lelaki akan dilahirkan oleh dia dan lelaki ini akan mulakan pengembaraan.

Tetapi budak lelaki ini tidak tahu...

bahawa dia akan membalas dendam untuk puaknya dan mengalahkan Raja Iblis..."

Anak lelaki kita akan mengalahkan Raja Iblis?

Tunggu dulu, Kazuma!

Hei, itu tidak bagus untuk aku!

Sungguh, itu tidak bagus untuk aku!

Aku tak boleh menunggu selama itu!

Aku mahu Raja Iblis dikalahkan secepat yang mungkin!

Adakah kau mengharap yang aku akan menunggu budak itu membesar?

Tak bolehkah kita selesaikan ini dalam 3 tahun atau lebih?

Jika tidak, aku mahu kau melupakan segalanya tentang ramalan ini!

Kau betul-betul mahukan kanak-kanak menewaskan Raja Iblis?

Kampung kami mempunyai penilik yang sangat berkemahiran, jadi...

Aku faham, dalam isu ini, kau serahkan saja pada aku.

Ini untuk menyelamatkan dunia, tiada pilihan lain.

Aku tak percaya semua ini!

Kebiasaannya kau banyak songeh. Kenapa tiba-tiba jadi lelaki sejati?

Diam! Berhenti bercakap, oppai!

"Kisah Pahlawan Iblis Merah Tua, Bab 1."

Oppai?!

Aku cuma mahukan anak! Adakah itu satu jenayah?

"Ditulis oleh Arue."

Arue, kau bodoh!

Tunggu, apa maksudnya itu? Jelaskan!

Apa yang terjadi pada anak aku? Apa yang patut aku lakukan?

Mahu aku berbogel disini? Atau dalam bilik aku?

Arue adalah kawan sekelas kami daripada kampung yang mahu menjadi penulis.

Jadi itu hanyalah cerita, kemudian...

Tapi bagaimana dengan surat itu tadi?

Aku percaya ini yang asli.

Iblis Merah Tua telah menjadi duri dalam daging pada pihak

tentera Raja Iblis sejak sekian lama.

Tunggu, sebentar! Apa yang patut aku lakukan pada jiwa maskulin aku sekarang?

Hei, Yunyun?

Bukankah kita sepatutnya memulakan hubungan romantis kita sekarang?

Tidak akan!

Megumin, kenapa kau boleh bertenang dengan semua ini?

Kau tidak risau pada keluarga dan rakan sekelas kau?

Itu betul!

Apa yang patut kita lakukan, Megumin?

Iblis Merah Tua ditakuti oleh Raja Iblis mesti bersebab.

Aku tak yakin yang kampung kita akan hancur tanpa berlawan.

Selain itu, selagimana anak perempuan ketua kampung, Yunyun, selamat,

kita takkan mati, jika kampung dimusnahkan sekalipun.

Jadi kita perlu tanam dalam fikiran kita:

"Kawan kita di kampung sentiasa hidup di dalam hati kita."

Megumin, kau raksaksa!

KONOSU—bahck!

Aku sangat menyesal!

Hei, itu bukan masalah besar.

Tapi apa yang kau akan lakukan?

Aku rasa aku kena kembali ke kampung.

Aku ada... k-kawan... disana.

Dia ragu-ragu menggunakan perkataan "kawan" tadi.

Aku minta diri dulu, semua.

Teleportasi?

Kau mahu aku menghantar kau ke Kampung Iblis Merah Tua?

Ya, tsundere ini katanya rindu kampung dia.

Siapa kau memanggil aku tsundere?!

Tengoklah siapa itu!

Seorang lelaki yang berada di level bawah,

yang entah bagaimana boleh bertahan di level bawah.

Gadis yang tak berguna sejak daripada dulu hanya menumpang nama keluarga.

Dewi kecil yang dipenuhi dengan cahaya yang menjengkelkan.

dan gadis kelakar yang hanya boleh menggunakan satu teknik kelakar! Selamat datang, semua!

Aku sebenarnya berharap sangat dapat bertemu kau.

Aku telah membuat kontrak kecil kita.

Kau betul-betul bersungguh kan?

Sudah tentu.

Aku akan membeli hak ke atas kekayaan intelektual Satou Kazuma sebanyak 300 juta eris.

O-Okey!

Tapi, persepakatan belum lagi tercapai kerana kawan aku masih dikelilingi hutang.

Ini tehnya.

Jemput minum.

Aku belum menguruskan tukang untuk menghasilkan produk yang kau inginkan.

Hei, kawan!

Jangan sentuh barang aku, Dasar tak guna!

Maaf? Aku ingatkan pelanggan sentiasa betul!

Dan aku adalah dewi, jadi aku terlebih lagilah betul.

Jadi tunjukkan rasa hormat yang sepatutnya pada dewi.

Berani kau membebel dan mengajar aku

selepas merosakkan barang aku, dasar dewi miskin?

Wiz, bawa mereka keluar daripada sini sekarang.

Menjengkelkan!

Aku akan menghantar kamu semua ke sekitar Kampung Iblis Merah Tua sekarang.

Aku harap kamu semua dapat perjalanan dan pengalaman yang indah.

Teleport!

Kami pergi dulu!

Ada apa?

Bukankah Kampung Iblis Merah Tua dekat...

Quest kecemasan!

Bertahan! Lindungi diri kau!!

Dimana kau teleport kami, Wiz?!

Tunggu sebentar!

Hei, kacak! Mahu berhibur bersama kami?

Kenapa ada segerombolan orc wanita?

Kazuma, orc lelaki sudah pupus di dunia ini.

Mereka telah dimusnahkan berabad-abad yang lalu!

Jika orc lelaki dilahirkan,

mereka akan dikerjakan oleh orc wanita sebelum mereka mencecah dewasa.

KonoSuba: God's Blessing on this Wonderful World! Legend of Crimson subtitles in other languages

Комментарии

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left