The first 200 lines.
Dubai 4 Julai 2003
Konsulat Amerika Syarikat
Jadi berapa lama awak nak buat saya tunggu?
Apa?
- Saya kebosanan di sana. - Di mana?
Dekat astaka salad kentang Ben Franklin di sana itu.
Maafkan saya. Kita sepatutnya berkenalan?
Tentu sekali. Sepatutnyalah.
Kita tak kenal tapi kita patut kenal.
- Ray. Ray Koval. - Theresa Corrado.
- Salam perkenalan. - Okey.
- Selamat Hari Kemerdekaan. - Awak juga.
Maaf, saya tak tahulah sama ada disebabkan lutut saya atau apa...
tapi saya agak keliru.
Saya sangka kita saling tertarik.
Tidak. Maaf.
Mungkin awak mabuk.
Tidak. Kalau saya mabuk, tentu saya akan goda awak.
Mujurlah.
Kalau saya mabuk, saya akan kata betapa cantiknya awak...
dan awak tak patut berdiri seorang diri di sini.
Awak memang selalu begini?
Tidak. Kadangkala saya begini, tapi ini memang berbeza.
- Apa yang bezanya? - Entahlah.
Saya rasa itulah yang saya nak tahu.
Lima Tahun Kemudian...
- Awak bergurau, bukan? - Saya sangat serius.
- Di belakang saya? - Dia belok masuk Jalan 6th.
Kalau kamu cuba permainkan saya, saya rasa ini menyedihkan.
Ini bukan main-main, Ray. Ini benar.
Macam yang saya beritahu awak, ini pengintipan cara lama.
Peraturan Moscow. Pengintip jalanan.
Berapa jauh di belakang saya?
Kira-kira tiga meter.
Tentu dia kesan kita dari luar bandar.
Awak kenal lelaki ini?
Saya pernah nampak dia. Tentu dia orang Burkett dan Randle.
Saya dah kata. Orang-orang ini serius tentang sabun dan krim pencukur.
Jadi nampaknya, kita akan ke Pelan B.
Mari kita melakukannya.
Dia pakai apa?
Baju kolar leher penyu biru, jaket kelabu.
Langkah yang cantik. Semuanya okey.
Mustahil lelaki ini kerja sendirian...
jadi jika awak nak selamat, kena alih perhatian dia di simpang ini.
Nak sekat dia atau lompat katak? Awak nak buat apa?
Saya masih rasa awak sedang permainkan saya.
Pilih, Ray. Sekat atau lompat katak?
Atau mungkin awak cuma nak tahu sama ada bayaran saya berbaloi.
Ayuh, kawan.
Lompat katak.
Oh, Tuhan!
Tengoklah jalan. Ini New York, okey?
Biar saya tolong.
Buka mata itu!
- Hei, boleh awak bercakap? - Awak buat apa?
Kita ada masalah.
Saya sangka awak ada di posisi.
Memang pun. Tadi.
Kami dua minit dan lokasi awak.
- Identiti kita dah terbongkar. - Apa maksud awak?
Atur semula pertemuan ini.
Tidak. Tak boleh.
Identiti kita dah terbongkar. Pergi saja dari sini.
Dengar sini. Saya tahu bagaimana rasanya.
Awak orang baru, projek besar...
jadi awak mahu beri tanggapan yang baik.
Helo? Ray?
Masih ingat saya?
- Ya, sudah tentu. Kita... - Dah lama tak jumpa, bukan?
- Ya. - Saya dapat awak.
- Maafkan saya, saya cuma... - Cuma apa?
- Saya tak ingat. - Cubaan yang baik.
Maaf?
Kalau awak berbudi bahasa sikit, perbualan ini takkan janggal begini.
- Macam mana saya kenal awak? - Macam mana awak kenal saya?
Soalan itu sukar. Hebat strategi awak.
Dah banyak kali saya fikir macam mana agaknya bila jumpa lagi...
di mana, apa saya akan cakap, apa awak akan cakap.
Tapi saya tak sangka awak...
- Saya betul-betul minta maaf. - Awak memang nak buat begini?
Jelas sekali awak dah salah orang.
Entahlah.
Saya tak berapa ingat nama orang. Saya patut ingat, saya cuba.
Kalau muka, saya senang nak ingat. Boleh tahanlah.
Tapi yang saya memang takkan lupa ialah orang yang pernah saya tiduri.
Itu memang kelebihan saya sejak dulu lagi.
Begini. Saya tak tahu awak ingat saya siapa tapi...
Awak buat saya tertarik, goda saya...
kemudian beri saya dadah dan geledah bilik hotel saya.
Nak tahu apa yang lebih teruk?
Perkara terakhir yang saya ingat sebelum saya pengsan...
adalah betapa saya suka pada awak.
Baiklah.
Awak tak nampak gila...
dan itu satu-satunya sebab saya tak menjerit...
untuk panggil pengawal keselamatan sekarang...
Tak sangka awak buat begini.
Sekejap. Adakah ini gurauan? Semua ini gurauan saja, bukan?
Awak tahu betapa teruk masalah yang saya dapat disebabkan awak?
Saya menang sesuatukah?
Saya bangun keesokan paginya, kembali ke konsul...
dan memalukan diri sendiri untuk dapat senarai tetamu.
Saya habiskan masa 24 jam berikutnya cuba menyiasat...
sama ada awak bekerja untuk Mossad, orang Syria atau Rusia.
- Jadi yang mana satu? - Awak masih bekerja dengan CIA?
Okey, saya rasa cukuplah sampai di sini.
Konsulat Amerika, Dubai, kita berdua, 4 Julai 2003.
Cari orang lain untuk diganggu.
Margarita merah, putih dan biru.
Jauhkan diri awak daripada saya.
Saya pakai pendakap lutut, awak pakai cincin jari kaki.
Cincin jari kaki pertama yang saya pernah lihat.
Kalau awak ikut saya, saya akan jerit.
Saya ambil cuti untuk cari awak! Lima tahun.
Setiap kali saya masuk untuk penilaian...
- Saya beri awak amaran terakhir. - saya tunggu saja mereka...
untuk papar gambar awak dan kata, "Jadi Ray, nak cerita pasal Dubai?"
- Awak mengganggu saya! - Jadi siapa awak yang sebenar?
Alamak.
Awak?
Awak penghantar barang itu.
Awak pengantaranya?
Awak berlagak macam saya yang palut minta maaf pada awak.
Sudahlah.
Awak tugasan saya. Awak dah dewasa.
Awak tahu apa yang awak buat.
Saya boleh nampak yang selama ini awak susah hati.
Seorang pegawai kes MI6...
bawa seorang gadis asing dari parti kedutaan...
balik ke bilik hotel dia di mana dia ada sebuah beg yang tak dijaga...
berisi kod Pertahanan Udara Mesir.
- Mereka suruh awak tiduri saya? - Saya perlu kod itu.
Lebih sedikit masa saya bersama awak, lebih baik.
- Oh, Tuhan. - Bagaimana awak dapat projek ini?
- Awak pula pengintipnya. - Siapa yang ambil awak bekerja?
- Susah saya nak percaya. - Bagaimana awak dapat kerja ini?
Kalau awak nak tahu, pada hari saya berhenti dari MIG...
ada 15 buah syarikat besar merayu minta khidmat saya.
Nampaknya awak dah salah pilih. Tapi tentu awak dah biasa.
Saya ada mesyuarat 12 minit lagi.
Mana barangnya? Beri kepada saya.
Lupakan saja. Saya takkan bekerja dengan awak.
Apa?
Awak fikir saya akan biar awak jadi pegawai pengantara saya?
Ini terlalu rumit untuk awak.
Terlalu rumit untuk saya?
Cik puan, saya pernah berkhidmat di Yaman, Athens dan Kaherah.
Saya dinaikkan pangkat dan terima anugerah...
di tempat saya berkhidmat.
Suruh Duke hantar orang lain.
Dengar, saya pasti awak mahir selok-belok di kedai kasut...
tapi dah 12 tahun saya bekerja dalam bidang ini.
Dah berapa lama awak bekerja dengan Equikrom?
- Cukup lama. - Berapa lama?
Tiga minggu.
Genap tiga minggu?
Setiap hari?
Saya dah menghabiskan 14 bulan menyamar di Burkett dan Randle.
Saya pembantu pengarah Perisikan Balas.
Penglibatan saya lebih dalam.
Jadi mari kita betulkan semula. Saya aset, awak budak penghantar.
Benda yang saya akan beri kepada awak hanyalah satu pesanan.
Beritahu Duke yang saya tak mahu jumpa awak lagi.
Kerja saya ialah urus ejen lapangan. Ada dua cara saja.
Sama ada layan mereka dengan baik atau menakutkan mereka dengan ugutan.
Awak mungkin tak sedar sebab awak selalu tidur dengan ramai orang...
tapi awak dah silap, cik.
Saya yang kawal awak.
Awak ada 10 saat untuk melepaskan saya.
Kalau tak nak, apa awak nak buat? Tak nak berkawan dengan saya?
Saya suka kerja ini.
Saya suka bayaran dan waktu kerjanya.
Jadi saya takkan ke mana-mana dan awak akan melupakannya...
sebab jika awak sebut yang awak tak nak kerja dengan saya...
atau kita pernah bertemu...
atau awak rasa orang lain boleh buat lebih baik...
kalau saya digantikan atas apa sebab sekalipun...
saya akan hubungi orang-orang di Burkett dan Randle itu...
dan beritahu mereka ada pengintip Equikrom...
di pasukan sekuriti mereka.
Sayanglah kalau kerja 14 bulan itu jadi sia-sia saja, bukan?
Jadi mana barang saya?
Beritahu Duke inilah yang dia tunggu-tunggu.
Kalau awak rosakkan rancangan ini, saya akan musnahkan hidup awak.
Saya sangka awak dah cuba.
Awak nak cuba minta maaf sekali lagi?
Sebahagian daripada hidup anda sejak 1849
Okey. Terima kasih.
Apa yang dia cakap?
Maksud saya, kata-kata dia yang betul.
Dia kata, "Beritahu Duke inilah yang dia tunggu-tunggu."
- Awak nak buat? - Silakan.
Perlahan-lahan. Tarik saja ia keluar.
- Perlahan-lahan. - Duke.
Baiklah, teruskan.
Hati-hati, jangan koyakkan. Pam, berhati-hati.
- Oh Tuhan, Duke. Bertenang. - Cuma...
Buat sesuatu yang berguna. Cari cap jari Tully.
Amboi, tengoklah ini.
No comments yet. Be the first to leave one.