The first 200 lines.
JINKEIEN
Terima kasih kerana datang.
Saya Takeshi Miura, gabenor Tokyo.
Warga Tokyo sekalian,
maafkan saya kerana membuat ucapan lewat malam begini.
Berkenaan kekacauan baru-baru ini yang melibatkan Orang Wap…
Kenapa dia masih hidup?
Encik Fujikawa Fujita, seorang penstrim video…
SIDANG MEDIA MANGSA KEEMPAT
…telah meninggal dunia dalam kebakaran yang tidak diketahui puncanya.
Ini satu kejadian tragik.
Kami percaya Orang Wap…
En. Okamoto?
Ya?
Maaf mengganggu.
Makan malam dah siap.
Sila ke ruang makan.
Boleh kami makan di bilik?
- Saya akan bawa ke sini. -Tak apa, saya ambil.
Sudah tentu.
Rakan subahatnya, Kono Kyoko,
sedang melarikan diri.
Ada kemungkinan dia bersembunyi bersama Orang Wap.
Menurut Polis Metropolitan,
kebarangkalian Encik Fujikawa Fujita terlibat dengan White Center 27 tahun lalu
adalah amat rendah.
Berdasarkan maklumat ini,
siri pembunuhan oleh Orang Wap
dianggap sebagai keganasan yang tidak bersebab.
Warga Tokyo, elakkan keluar melainkan ada keperluan.
Jika anda perlu keluar,
anda diminta berhati-hati.
Saya ulang.
Warga Tokyo,
kemungkinan serangan pengganas adalah tinggi.
Sila ambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan
dan elakkan keluar melainkan ada keperluan.
Jabatan Polis Metropolitan akan terus menyiasat…
Dua permohonan diterima daripada Yajima dan Komoto Bad.
Dua yang terpilih.
Fujita Occultic's Point!
Okey! Itu dua jeritan.
Tapi tak cukup!
- Tak cukup ngeri! - Diam, nanti kita kena lapor lagi.
Yajima, ini kata-kata aku untuk kau.
Jerit macam Scream Empire!
Diamlah.
Hebat betul.
Kaho.
- Kaho… - Tak nak.
- Siapa nama dia? Pratt? - Apa? Komoto Bad.
Ucap terima kasih kepada dia.
- Marilah, adikku. - Tak nak.
Aku tak nak.
Hei, marilah. Mari sini, adikku!
WARTAWAN KONO KYOKO DIKEHENDAKI!
- Hei, mari! - Kau menjijikkan!
Tak ada orang menjijikkan di dunia ini!
Kita sedang strimlah.
Kamu semua akan nampak adik aku nanti.
Pihak polis baru mengadakan sidang media
mengenai insiden membabitkan Orang Wap.
Mereka mengumumkan bahawa Kono Kyoko
berada dalam senarai buruan kerana disyaki menghasut pembunuhan.
Kono ialah wartawan Meja Metro JNT…
Ini trend sokongan untuk pilihan raya gabenor.
Sehingga pertengahan kempen, Kirishima Kazumi mendahului jauh di depan.
Tetapi selepas insiden Orang Wap,
sokongan terhadap kita semakin meningkat.
Kebimbangan sosial yang meningkat
membuatkan pengundi memilih kestabilan berbanding perubahan.
Namun begitu,
masih ada jurang besar antara kita dan Kirishima.
HUMAN VAPOR
Tak boleh, Doktor! Zaorik pun tak boleh hidupkan mereka.
KOMEN DITERIMA TOLONG HUBUNGI 090689731
Okey, sekali lagi, amukan abang saya dah bermula.
Harap-harap Kaho akan balas.
Okey.
Saya asyik terfikir sesuatu.
Boleh saya tanya?
Kenapa awak di White Center?
Mak saya…
tinggalkan saya di sana.
Selepas ayah saya meninggal,
mak saya
selalu anggap saya beban.
Akhirnya, dia berkahwin dengan lelaki lain
dan serah saya kepada mereka.
Semasa saya lari dari White Center,
saya jumpa Pak Cik Ren.
Ramen yang dia belikan untuk saya…
itu makanan paling enak saya pernah makan.
Apabila Pak Cik Ren tahu saya tiada tempat tinggal…
Pak cik pun sama.
Tak ada tempat tinggal semasa kecil.
Jadi, apabila pak cik tengok kamu, pak cik teringat diri pak cik dulu.
Sebab itulah…
pak cik tak boleh tinggalkan kamu.
Kalau macam itu,
saya tak kisah kalau kena tinggal dengan pak cik!
Apa?
Jumpa satu.
Pak Cik Ren!
Pak Cik Ren, jumpa satu!
Mari, hulur tangan.
- Menjadi! - Tengok! Dah pergi!
- Bagus. - Ya!
…terbenam bersama mentari
Ellie, cinta hatiku
Beberapa bulan saya bersama Pak Cik Ren,
itu sajalah saat bahagia zaman kanak-kanak saya.
Pendengar, sila buat permintaan!
- Permintaan apa? - Cepat, cakap sesuatu.
Apa kamu mahu?
Senyum.
Itu dia.
Cantik.
Kenapa?
Tak suka gambar ini?
Nak ambil gambar lain?
KYOKO DAN REN
Pak Cik Ren…
Boleh saya buat permintaan?
Boleh.
Sila buat permintaan.
Saya nak minta pak cik…
Tapi saat itu tidak kekal lama.
Selamat datang!
Ketika itulah,
seorang lelaki datang bersama mak saya untuk mencari saya.
Lelaki itu Mori Yasutoshi.
Hei.
Ya?
Ini Kyoko?
Ya.
Siapa dia?
Entah.
Kau siapa pula?
Saya penjaga budak ini.
Penjaga?
Aku mak budak itu.
Apa yang kau merepek?
Mak?
Puan tinggalkan dia selama ini?
Puan bukan mak dia!
Aku yang lahirkan dia!
Sakit bukan main.
Sudah, sudah.
Kau
lelaki tak senonoh?
Melindungi kanak-kanak daripada orang macam kau,
itulah tugas kami!
Tidak!
Hei, jangan buat perangai.
- Kita pergi! - Tak nak!
Berhenti! Lari.
Hei, sudah!
Hei, Kyoko. Kenapa kau lari?
- Mari! Cepat! - Jangan!
Kyoko, lari!
Belasah dia habis-habis!
Polis? Tolong datang cepat! Ini Bunko Ramen di Tateishi!
Kyoko! Ini semua salah kau!
KECURIAN DIVISYEN 2
Mak dia serahkan dia kepada saya.
- Mamat tak senonoh itu culik dia. - Mereka orang jahat.
Betul.
Dia cuba buat benda tak elok kepada anak saya.
Hei, kau.
Cakap betul-betul.
Pak Cik Ren bukan orang macam itu.
Diam!
Sebab itu aku tinggalkan kau, kau suka melawan!
Hei! Bertenang!
Kamu! Duduk.
Apa ini?
Tuan Okamoto.
Mori.
Kau buat hal lagi?
- Tuan Okamoto, saya tak buat apa-apa. - Duduk.
Boleh sahkan identiti kamu?
Apa dia buat?
Mereka mangsa dalam kes ini.
"Ren Tsutsumida."
Nama sebenar kamu?
- Kerja apa? Pergi mana hari ini? - Saya…
Sebenarnya, saya bertugas tadi.
Apa kata tuan periksa dengan White Center?
White Center?
Ia sebuah pusat kebajikan yang disokong oleh kerajaan.
Nampaknya dia dah sampai.
Maaf saya lambat.
Saya Obata Hiroki, pengarah White Center.
Terima kasih datang.
Saya minta maaf atas semua masalah ini.
Ada kucing?
Nak tengok sesuatu?
Cubalah.
Cuba.
No comments yet. Be the first to leave one.