The first 200 lines.
Eh…
Tak boleh lari.
Oh! Awak memang pembunuh upahan legenda!
Awak sengaja cakap begitu.
Dah lama awak tak benarkan saya cabar awak
tapi walaupun pelajar sekolah menengah, kekuatan awak masih hebat!
Tapi saya dah hilang banyak kekuatan sejak jadi muda ini.
Sebaliknya, memandangkan saya masih ada semua pengalaman dan pengetahuan saya,
mungkin saya boleh bergerak lebih baik di lapangan berbanding dulu.
Betulkah awak manusia di zaman kegemilangan awak?
Maksud saya…
Ya, saya dapat peringatan baru yang awak sentiasa sangat kuat
walaupun semasa zaman sekolah menengah dulu,
tapi…
jangan bertindak sesuka hati tanpa memikirkan akibatnya
macam yang awak buat dengan Tenma!
Serius, saya pasti budak-budak Kelab Ekonomi Rumah Tangga masih curiga.
Ya. Saya faham.
Nampaknya, laporan yang saya hantar kepada bos masih tak cukup terperinci.
Ayah terlebih sayang anak itu nak teliti sampai tahap mana?
Dengar, okey? Kalau awak nak terus hidup sebagai pelajar sekolah menengah,
cuma satu peraturan, jangan biar sesiapa tahu siapa diri awak sebenarnya.
Demi misi bos besar…
demi gaji awak…
dan yang paling penting…
demi kebaikan awak sendiri, bos.
Setidaknya, begitulah yang saya nampak kebelakangan ini.
Ya.
Betul cakap awak.
BILIK EKONOMI RUMAH TANGGA
Ogami!
Noren!
Saya ada permintaan.
Hujung minggu ini…
boleh tak kamu berdua
keluar janji temu berkumpulan dengan saya?
- Apa? - Apa?
Apa?
Presiden, awak setuju keluar janji temu dengan Tenma?
Taklah! Saya tiada niat nak buat begitu!
Tapi…
Saya suka awak!
Saya suka awak!
Apa?
Chisato!
Dia asyik muncul setiap hari dan saya macam terlepas cakap
yang saya boleh pergi sekurang-kurangnya satu janji temu.
Awak menyerah kalah lebih mudah daripada saya sangka.
Maksud saya…
temu janji berkumpulan?
Kenapa?
Saya kata, "Kalau berdua saja, mustahil, tapi kalau Noren dan Oga ikut, saya okey."
Tak, jangan heret kami ke dalam masalah ini!
Awak selalu hebat dalam semua benda,
tapi apabila bab ini, awak tak mahir langsung!
Ya, saya malu nak mengakuinya.
Bawa bertenang! Kalau terus begini…
dan satu hari nanti awak akan jadi salah seorang usahawan wanita itu
yang buat setiap lelaki di sekelilingnya takut sebab terlalu cekap di tempat kerja…
Chisato!
…dan kemudian diperdaya seorang lelaki tak guna yang suka mendesak!
Saya fikir kalau kami dah keluar sekali, dia akan puas hati.
Rancangan apa begitu?
Ia lebih tak masuk akal daripada langkah menangani kadar kelahiran rendah di Jepun.
DEBARAN JANJI TEMU BERKUMPULAN
Entah bagaimana…
saya akhirnya terlibat dalam temu janji berkumpulan ini.
Tapi sejujurnya, saya masih ingin tahu tentang rahsia Ogami.
Mungkin saya akan dapat sesuatu hari ini.
Hei!
Presiden!
Aduhai, saya betul-betul minta maaf tentang semua ini.
Tunggu, apa yang awak pakai ini?
Akibat pertarungan itu, ini semacam perlindungan anti-lelaki-mengurat.
Awak dah sampai!
Maaf buat awak menunggu!
Itu baju sukan!
Apa?
Saya tak harap awak muncul dengan bergaya atau apa…
tapi tolonglah! Itu baju sukan!
Apa? Terukkah?
Awak tahu ini janji temu, bukan? Bukannya gim.
Siapa kata Unicorn sempurna luar dan dalam?
Statistik dia sangat berat sebelah.
Malah, semuanya telah dicampak ke dalam aspek fizikal.
Temu janji dengan Chisato kesayangan saya!
Saya sangat gembira!
Tapi dia sangat suci!
Kalau macam ini, dia cuma akan buat awak teruja!
Apa? Saya terakhir sampai?
Maaf. Buat kamu tertunggu-tunggu.
Jaket…
dan beg kepit?
Apa?
Ini bukan soal bergaya atau tak!
Cara pemikiran awak memang sangat berbeza!
Saya agak yakin saya beli saiz yang betul.
Itu bukan masalahnya!
Janji temu?
Awak pasti tentang ini?
Awak orang tua, ingat tak?
Apa pilihan yang saya ada?
Kalau kami cuma jalan-jalan di bandar, tiada masalah bagi saya.
Tapi saya tak ada waktu awak nak keluar nanti.
Awak nak pakai apa?
Jangan risau.
Saya akan pakai baju biasa saja.
Baju “biasa” awak automatik gagal, bos!
Tapi…
pelik betul kumpulan ini.
Pakaian Noren macam selebriti yang cuba untuk tak dikenali.
Cuma saya pelajar sekolah menengah yang nornal di sini?
Eh…
Jadi, apa yang kita nak buat?
Apa kata kita tengok-tengok kedai di sini dan kemudian tengok wayang?
Itu memang normal.
Mujurlah ini bukan latihan.
Zaman dulu, tempat ini hanyalah taman kosong.
Malah ada gelandangan yang berkeliaran.
Apa? Zaman dulu?
Tak, saya kebetulan ternampak seorang lelaki tua tulis itu dalam talian!
Jangan leka, bos!
Lelaki tua?
HACHIROU RAMEN
Oh! Saya macam nak tahu
tentang kedai ramen itu!
Apa? Awak suka ramen?
Apa? Tak.
Maksud saya… Saya pernah makan sekali-sekala, rasanya!
Kedai itu ada barisan panjang pelanggan tegar yang serius.
Awak nak makan berat?
Maaf, saya tak boleh makan ramen. Hari ini bukan hari cuti diet.
Awak serius berlatih pada tahap itu?
Saya rasa saya dah mula agak lapar.
Nak singgah di kedai kopi di sana itu?
"Kedai kopi"?
Maksud saya, bukannya tiada siapa sebut begitu,
tapi apabila Ogami yang sebut, bunyinya sangat sesuai!
Aduhai…
saya sangat seronok, Chisato!
Ya?
Alamak! Entah kenapa saya sebenarnya berseronok.
Saya dah agak!
Saya pernah terfikir sebelum ini, tapi bukanlah sebab dia pelik.
Tapi macam usia dia jauh beza.
Tapi ringkasnya, dia memang pelajar sekolah menengah!
Bukannya dia nampak muda saja!
Alamak!
Apa yang berlaku? Badan saya tiba-tiba…
Alamak! Saya pengsan?
Berdasarkan adegan itu, rasanya dah hampir sejam?
Apa? Tangan saya nampak tua.
Nanti…
janggut ini…
Apa? Saya dah kembali jadi dewasa?
Ada yang mencetuskannya?
Atau bisa tebuan itu hilang begitu saja secara semula jadi?
Tak, itu tak penting sekarang!
Ini betul-betul teruk!
Dengan "teruk," maksud saya…
Visual ini! Kenapa sekarang?
Tak bolehkah masa yang lebih teruk lagi?
BUDAK SEKOLAH, BUDAK SEKOLAH, PERTENGAHAN UMUR, BUDAK SEKOLAH
Kalau mereka…
nampak saya begini…
EEK AAARGH
Aduhai. Saya rasa nak mati.
Ogami, apa yang tak kena?
Tandas!
Apa?
Sekarang saya dah berfikir waras, apa yang saya buat ini?
Walaupun saya rasa lebih macam pengiring yang menemani…
lelaki dewasa mana pergi janji temu berkumpulan dengan budak sekolah menengah?
Bodohnya saya.
Itu buat saya terus tersedar.
Saya agak panik, tapi saya dah kembali normal sekarang.
Permainan kecil ini berakhir di sini.
Saya akan cabut lari.
Saya rasa agak bersalah kerana mungkir janji dengan Noren…
tapi lelaki tua pergi ke sekolah menengah awal-awal lagi dah tak masuk akal.
Hei, Ogami!
- Apa? Tenma? - Awak terjatuh ke dalam?
Filem itu dah tamat…
Terkejut saya dibuatnya.
Hei!
Dia nak datang sampai ke tandas ini? Sudah tentulah.
Alamak, apa saya nak buat?
Talian bersambunglah.
Apa yang berlaku?
Jangan cakap apa-apa! Tengok saja!
Awak dah kembali!
Noren dan yang lain berada di luar
jadi saya tak boleh keluar dari tandas ini.
Hari ini awak cuma bawa beg kepit itu, bukan?
Pengumpil kunci, bom mini dan beberapa barang tak berguna…
Oh!
Pelekat penukar suara berbentuk kucing!
Setidaknya ia bukan tali leher kupu-kupu.
Hei, awak okey tak di dalam itu?
Lekat si sekitar halkum awak.
No comments yet. Be the first to leave one.