The first 200 lines.
HUMAN VAPOR
Ada banyak kesan tikaman senjata tajam.
Dia sudah mati semasa pasukan paramedik tiba.
Barang milik mangsa pula?
Ada dompet di dalam begnya.
Telefon bimbit juga.
Tak ada apa-apa lagi.
Tuan cari sesuatu?
Ya, mungkin…
Dia di sana.
- Sini. - Kami sedang siasat.
Helo.
Apa jadi?
Tuan Obata
sudah mati.
Jurnal itu?
Bukan urusan awak. Lupakan saja.
Jawablah. Awak jumpa tak?
Saya kata jangan masuk campur!
Awak hampir dibunuh.
Jadi?
Apa-apa pun,
awak mungkin masih jadi sasaran.
Saya suruh mereka cari tempat selamat untuk awak.
Ada dua wartawan.
Seorang lelaki, seorang perempuan.
- Seorang lelaki, seorang perempuan. - Ya.
Maaf, boleh saya cakap?
Maaf.
Ya, ada apa?
Kenapa cik ekori yakuza yang menyerang saya?
Saya tak boleh beritahu.
Saya tanya sebagai mangsa yang hampir dibunuh.
Cik tak faham, jadi biar saya terangkan.
Saya melanggar peraturan
jika berkongsi maklumat siasatan dengan wartawan.
Apa-apa pun, Tuan Okamoto hubungi saya.
Kami akan bawa cik ke tempat selamat.
Saya bawa kereta.
Saya okey.
Saya masih ada kerja.
Mangsa, Obata Hiroki, ialah bekas pengarah White Center.
Selepas ia ditutup, dia menghilangkan diri.
Dia cuba beri jurnal lamanya kepada Kono,
dan dibunuh sebab itu.
Mungkin seseorang daripada Geng Fujishiro
yang mahu jurnal itu.
Apa benda yang sedang berlaku?
Maksudnya kes ini ada kaitan dengan Orang Wap?
Ya.
Mereka dah lama tidak bergiat, jadi jika sanggup membunuh,
tentu jurnal itu mengandungi maklumat yang sangat penting.
Detektif Okamoto!
Sekejap.
Kami dapat rakaman kenderaan suspek.
Pemiliknya Shinzo Yamazaki, 32 tahun, daripada Geng Fujishiro.
- Minta waran untuk jejak telefonnya. - Ya.
- Dia tak pergi jauh. - Baiklah.
Maaf.
Saya akan lapor jika ada apa-apa.
Helo?
Saya dah curi jurnal itu.
Ada dengan saya.
Ambil gambar kandungannya dan hantar kepada aku segera.
Saya takut saya dikesan, jadi saya buang telefon saya.
Bodoh! Apa benda yang kau fikir?
Dengar sini.
Tak kisahlah macam mana pun, hantar gambarnya kepada aku.
Satu lagi.
Kalau kau kena tangkap, buang jurnal itu.
Faham tak?
Mari kita mula!
Telefon bimbit, gambar…
Kura-kura sudah datang!
Mari kita sambut dan beri tepukan gemuruh.
20 untuk Burung Merah…
Baiklah, mari kita mula!
Nombor tiga.
Nombor satu, nombor dua…
Kura-kura masuk.
- Kura-kura merah! - Pilihan dah dibuat.
Kura-kura telah diletakkan!
Kita mula!
Okey, pusing!
Roda takdir sedang berputar!
Baiklah, buat pertaruhan!
Kura-kura ini saja tahu nasib yang menanti!
Kita buka!
Kura-kura dilepaskan!
Nombor satu, dua dan tiga belum bergerak!
Nombor tiga sedang bergerak, menyelinap ke sasaran!
Nombor tiga dah pilih warna!
Tiga, Kura-Kura Hitam!
Bagaimana dengan satu dan dua?
Dah bergerak! Nombor dua masuk ke Naga Biru!
Nombor satu masuk ke Kura-Kura Hitam juga!
Satu, Kura-Kura Hitam!
Dua, Naga Biru!
Tiga, Kura-Kura Hitam!
Pusingan keenam tamat!
- Dah renyuk. - Maaf.
- Mana bos? - Di dalam.
Lekat betul-betul, bodoh!
Wap boleh masuk!
- Hei, botak. - Ya?
- Ada lubang di situ. - Maaf!
- Betul-betul. - Ya.
- Sadaoka. - Ya?
- Kau pun, bodoh. Tak kemas. - Maaf.
Buat bingkai macam ini.
- Baik. - Baik.
Kenapa kau punya teruk sangat, bodoh?
Kau…
Jangan main-main, budak sial.
Padam!
Orang Wap, bukan?
Takkan yakuza takut wap?
Dia setan, bukan orang.
Yamazaki dah dapat jurnal itu.
Suruh dia bawa ke sini.
Saya terfikir, ayah,
ini sebenarnya peluang yang baik untuk kita.
Bukankah kita patut bertindak dulu?
Kita hubungi mereka dan dapatkan sesuatu menggunakannya.
- Kita hubungi mereka? - Ya.
Kita terpaksa buat kerja kotor mereka selama ini.
Kita boleh guna jurnal itu untuk peras ugut mereka.
- Hoi. - Ya?
Bos nak buat panggilan. Keluar.
Baik.
Kami pergi.
Ya, lama tak dengar cerita.
Ya. Kami dah dapat jurnal itu dulu.
Kau pun nak juga, bukan?
Berapa kau sanggup bayar?
Apa benda yang kau cakap?
Aku sasaran seterusnya?
Apa? Aku boleh bocorkan benda ini kepada seluruh dunia kalau aku nak.
Siapa yang susah nanti?
Cepatlah selesaikan masalah ini, bangsat!
Jadi?
Mereka takut. Ayah boleh dengar.
- Mereka akan bayar 300 juta. - 300 juta?
Boleh percayakah?
- Kita tunggu dan lihat. - Ya.
Buat masa ini, kumpulkan budak-budak kita.
Baik.
Ayah.
Kalau kita tangkap mamat wap ini…
boleh kita buat Parfinee?
Dah tiga tahun.
Kenderaan suspek dijumpai.
Nombor plat berakhir dengan 268.
Nishiizu, Nihara.
Okey, sedia? Lima!
- Cepat! - Empat…
Tiga, dua, satu…
Hei!
- Hei! - Cepat!
- Apa awak buat? Tunggu! - Momo?
Momo!
Hei, awak! Tunggu!
Momo!
Tolong!
- Kejar dia. - Baik.
Momo. Tolong!
Momo!
Penting sangatkah jurnal ini sampai semua orang cari?
Tuan Obata beritahu saya,
nama-nama sasaran Orang Wap ada ditulis di dalamnya.
Jadi, bukankah kita juga dalam bahaya?
Jika kita lapor berita ini, mereka mungkin akan bunuh kita.
Kalau kamu tak suka, jangan jadi wartawan.
- Saya nak jadi wartawan, walaupun mati… - Tunggu.
Macam mana yakuza tahu
saya akan jumpa Tuan Obata?
Betul juga.
Mereka pasang alat pengintip?
Tak mungkin…
Biar saya tengok telefon cik.
- Nah. - Terima kasih.
Bagaimana?
Tunggu sekejap.
- Saya dah agak. Telefon cik diintip. - Apa?
Ada virus perisian yang dimuat turun dalam telefon cik.
Ia ditetapkan untuk menyimpan panggilan sebagai fail AMR
dan menghantarnya ke pelayan.
Mana kamu belajar semua ini?
Sebenarnya, saya pernah sertai pertandingan penggodaman di universiti.
Bukankah itu lebih bagus daripada wartawan?
Saya nak jadi wartawan, walaupun mati…
Tapi lebih penting,
saya tak pernah klik mana-mana e-mel atau pautan mencurigakan.
Tidak, ia dimuat naik terus ke dalam telefon.
TIADA NAMA
Tapi saya tak beri telefon saya kepada sesiapa.
Abe, itu melampau.
Kami dah periksa telefon cik.
Tiada apa-apa yang pelik.
Maafkan kami.
No comments yet. Be the first to leave one.