The first 129 lines.
BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS
HATI-HATI KULAT MUSIM LURUH
DISKAUN MUSIM PANAS
KAMI MENAWARKAN PERKHIDMATAN MENGHILANGKAN KULAT DI KEDAI KAMI
SEHARI DI RESORT MEWAH
KOLAM RESORT DI SEPANJANG PANTAI HANYA DIBUKA PADA MUSIM PANAS
KEDAI DOBI MILIK WANITA TEMPATAN DOBI KINME
Hujan makin lebat.
Berita kata hujan akan makin lebat dari petang sampai malam.
Mungkin malam ini aku tak jadi pergi ke mandian awam.
RESIT KEDAI, PELANGGAN 183 PUAN ISHIMOCHI KASHIMI
Dia belum datang ambil lagi, ya.
Padahal cuti musim panas tinggal dua hari saja.
Nampaknya dia betul-betul lupa.
Kamu berdua basah kuyup, ya.
Maaf mengganggu.
Kinme-san, kami tumpang berteduh, ya.
Ya, boleh saja.
Jadi, masa kami nak balik lepas buat kerja sekolah di perpustakaan,
hujan pula makin lebat.
Sebaiknya kamu jangan keluar rumah hari ini.
Maaf, saya tengah hilangkan kotoran pada pakaian,
jadi saya sambung kerja dulu, ya.
Berteduhlah selama mana kamu mahu.
Baik.
Terima kasih.
Macam biasa, Kinme-san nampak sibuk.
NIKMATI PEMANDANGAN LAUT! "KATANYA AIR KOLAM INI AIR LAUT"
Wah, apa ini? Ini Kinme-san, kan?
Wah, seronoknya pergi Hatsushima.
Awak pergi bercutikah?
Rindunya. Masa sekolah rendah, kita pernah pergi lawatan ke sana.
Yalah, rindu betul.
Ah, em... Saya pergi bukan untuk bercuti.
Dulu, masa lawatan sambil belajar ke Hatsushima,
masa kita semua memancing di pemecah ombak...
Kyu-kun dapat ikan pari dan kecoh jadinya.
Lepas itu Moruda dan yang lain sengaja ganggu ikan pari itu...
dan hampir saja disengat.
Pernah jadi begitu, ya.
Ikan pari ada duri beracun, kan?
Kenangan yang menyeronokkan, ya.
Ya.
Jadi, ini kali pertama awak pergi ke Hatsushima, Kinme-san?
Yalah.
Kinme-san, terima kasih untuk tuala ini.
Hujan dah reda sikit,
jadi saya balik dululah!
Tak perlulah tergesa-gesa.
Sebab hari ini giliran saya masak makan malam.
Kyu-kun, awak berehatlah dulu.
Baiklah, jumpa lagi di semester kedua, ya.
Dia dah pergi.
Baiklah, saya pun nak balik sementara masih reda.
Kyusho-kun, tunggu sekejap.
Saya nak pulangkan beg awak.
Yalah,
saya betul-betul lupa pasal beg saya.
Saya dah agak.
Tolong tunggu sekejap.
Saya dah hampir siap hilangkan kotorannya.
Ingatannya memang bagus, ya.
NIKMATI MUSIM PANAS DI HATSUSHIMA SAMBIL MENYEJUKKAN BADAN!
"KATANYA AIR KOLAM INI AIR LAUT"
Bekalan elektrik terputus.
Oh ya, mesin basuh dan pengering tadi masih berfungsi, kan?
Ya.
Semuanya terhenti di tengah jalan.
Macam mana ini?
Bukankah ini teruk?
Saya takkan buat apa-apa.
Pada waktu begini, kalau panik dan keluarkan pakaian yang sedang
dibasuh atau dikeringkan dan cuba buat sesuatu,
saya rasa itu lebih berisiko.
Saya akan pantau keadaan sekejap, dan bila dah pulih,
saya akan mulakan semula dari awal.
Begitu, ya.
Masalahnya... sampai bila bekalan elektrik akan terputus, ya.
Saya harap bekalan elektrik pulih sebelum waktu tutup.
Beg awak, ya?
Saya akan siapkan sekarang.
Nah, silakan.
Terima kasih.
Tolong jaga baik-baik, ya.
Ya.
Saya pinjamkan payung juga, ya.
Em,
saya nak duduk sini lama sikit.
Sebab awak nampak macam takut dengan...
petir.
Saya tak apa-apalah!
Kalau lama sikit... mesti...
Terbongkar.
Tapi, ini lebih baik daripada hantu.
Eh? Awak takut hantu juga?
Hujan makin lebat lagi.
Kalau begitu, mungkin lebih baik awak tinggal di kedai lama sikit.
KEDAI TELAH DITUTUP
Bekalan elektrik masih belum pulih, ya.
Padahal hari dah mula gelap.
DAH PULIH
Nampaknya kawasan ini masih terputus bekalan elektrik.
TAK APA!
Nampaknya mak saya tak apa sendirian di penginapan kami.
Begitu, ya.
Dekatnya!
Bunyi apa itu?
Mungkin ada sesuatu yang jatuh di belakang sebab petir tadi.
Saya pergi periksa pintu belakang.
Terima kasih untuk pakaian ganti.
Tak apa.
Pakaian untuk saiz awak, saya cuma ada itu saja di sini.
Itu baju sukan yang saya beli untuk latihan hilangkan kotoran.
Tak apa, saya tak kisah pun.
Ini sangat membantu.
Makan malam seadanya saja, tapi silalah makan.
Saya rasa segan pula.
Tak perlulah segan.
Anggap saja ini tanda terima kasih sebab letak semula mesin basuh di belakang.
Tapi awak memang sangat membantu.
Terima kasih.
Kalau saya seorang, saya mesti tak boleh buat apa-apa.
Tak juga.
Sedapnya ikan kering ini.
Rasanya sama macam yang kami hidangkan kepada pelanggan.
Begitu, ya.
Kedainya di tepi pantai itu.
"Kedai Ikan Kering Atsuei."
Kali pertama saya makan, saya sangat kagum.
No comments yet. Be the first to leave one.