The first 200 lines.
Waktu mula terciptanya dunia,
kuasa cahaya naik ke langit
sementara kuasa gelap turun ke bumi...
Berhenti.
Aku tak faham.
Iaitu apabila kayangan dan bumi mula-mula dipisahkan,
pelesit pertama terlahir.
Namanya Yuandi.
Dia adalah nenek moyang seluruh kaum pelesit.
Yuandi sangat berkuasa sebagai leluhur pelesit.
Dia mahu memerintah tiga alam itu.
Bodhisattva pun tak mampu mengekangnya.
Semua Panglima Dewa dan Dewa Emas Daluo ditewaskan olehnya.
Selepas itu,
seorang pengikut Buddha menggunakan semua tenaga qi miliknya
untuk mengurung Yuandi
buat selamanya dalam lubang terdalam di bumi.
Indah sekali.
Itu saja?
Itu saja.
Ini cuma kisah rekaan.
Aku pun boleh kata yang aku ayah leluhur itu!
Bajie, jangan kutuk leluhur sesiapa termasuk kaum pelesit.
Jadi beritahu aku.
Apa yang hebat sangat tentang si Yuandi ini?
Menurut buku ini, walau di mana dia berpijak, takkan ada hidupan.
Dia juga mampu mengubah apa-apa makhluk menjadi pelesit.
Kau memang percayakan benda itu?
Buku ini pun kata Pendeta Agung itu setanding kayangan.
Tapi monyet itu sekarang bersama kita dalam mendapatkan ayat suci.
Itu buku aku!
Kau tak pernah pasti.
Dalam menentang fikiran duniawi, ikutlah suara hati kita.
Jika tak faham sepenuhnya, turuti saja petikan suci itu.
Dengan Buddha dalam minda,
kita akan dapat melihat semua makhluk yang berakal.
Wahai Wukong,
bila kamu nak balik?
Kenapa berduka, Tuan?
Kenapa awak menangis?
Sedih saya melihat awak patah hati.
Aduhai, apalah saya ini, Tuan.
Perut saya berbunyi lagi.
Bajie, itu bunyi perut saya.
Saya sangat lapar.
Ini semua salah monyet tak guna itu.
Ke mana dia sudah pergi?
Tuan sangat lapar sampai menangis!
Saya titiskan air mata bagi dunia ini.
Apa...
Bajie, sami tak patut mengampu atau berkata kesat.
Tak, maksud saya, walau untuk apa tangisan itu, saya akan mengesatnya.
Bergaya seperti biasa.
Monyet dungu ini selalu berlebih-lebihan.
Kau mendarat dengan kasar semata-mata nak bawa semangkuk air?
Diamlah.
Kedatangan aku mesti sentiasa nampak bergaya.
Tuan!
Tuan, monyet ini selalu buat masalah macam pelesit sebab awak memanjakannya.
Bajie, "Semua makhluk berakal mendiami 10 dunia,
"yang juga termasuk enam alam kelahiran semula.
"Terdapat berpuluh juta pelesit."
Walaubagaimanapun, apa itu pelesit sebenarnya?
MENJELMA SEMULA
Buku itu kata semua benda dikurniakan hati.
Tapi pelesit macam kami tak pernah ada hati yang elok.
Tuan, adakah kami akan dapat hati selepas mendapatkan ayat suci itu?
Wujing,
bila kamu fikirkannya ada, ia akan ada.
Hati?
Tak bernilai langsung.
Biar betul!
Comelnya penjaga-penjaga ini!
Lihatlah!
Adakah awak Pendeta Tang dari Timur?
Yang mengembara ke barat?
Budak lelaki rupanya.
Tajam pemerhatian kamu, anak-anak.
Tepat sekali.
Nama Buddha saya adalah Xuanzang.
Ikut kami.
Ini mesti keluarga kaya.
Sungguh mewah.
Anak-anak, siapa tuanmu?
Nama Tao tuan kami adalah Zhenyuanzi.
Dewa Kayangan menjemput dia ke jamuan besar.
Jadi ianya Dewa Zhenyuan.
Menakjubkan.
Cubalah makanan kami nanti.
Ramai dewa datang ke sini hanya untuk memakannya.
Mengagumkan.
Saya boleh nampak yang awak lapar.
Benar, kami lapar.
Jadi tunggulah ya.
Hei, monyet! Jangan usik! Kamu tak boleh pecahkan apa-apa.
Jaga mulut kau. Kau tak boleh buat aku sakit hati.
Kamu ini...
Jom pergi. Abaikan dia.
Jadi kau tak sembah Si Tiga Suci?
Sombong betul!
Wukong,
kamu menghalang saya.
Menyusahkan.
Lihatlah betapa miskinnya dia.
Aku tak faham kenapa Tuan kita nak bagi mereka makan harta bernilai kita.
Betul. Membazir saja!
Qingfeng, apa kata begini?
Kita saja yang makan.
Macam mana kalau Tuan tahu nanti?
Kita jamu saja mereka dengan cukup dan minta mereka pergi sebelum tuan balik.
Harta bernilai?
Ke mana lagi monyet itu pergi?
Terkejut aku macam nak mati.
Kenapa tak mati lagi?
Sudahlah.
Nak tahu?
Mereka ada harta bernilai dalam tokong ini, yang boleh dimakan.
Cakap sekarang.
Aku suka cakap perlahan.
Kau nak cakap atau tak?
Ya, aku cakap.
Budak-budak itu kata...
yang harta itu sangat sedap dan mereka tak mahu beri pada kita.
Tak mahu beri pada aku?
Jadi aku kena memakannya.
Nampak?
Sebab itu Tuan sangat suka dengan kau.
Kau boleh diharap. Orang yang gagah!
Mari masuk.
Perut aku hampir terburai tadi!
Mengagumkan.
Besar betul lubangnya!
Ini memang harta bernilai.
Mari petik sedikit dan rasa.
Dengar sini, Wukong. Tuan monyet.
Encik Pendeta Agung.
Cepatlah!
Lekas boleh tak?
Tak sabar betul.
Gugurlah!
Aku boleh rasa tenaga kayangan dan pelesit.
Anehnya.
Keluarlah!
Salam perkenalan, Pendeta Agung.
- Aku adalah Dewa Panjang (umur)... - Panjang apanya.
Kau curi harta karun aku.
Sekarang kau nak beritahu nama kau pula?
Kamu dah tersilap!
Aku takkan berani cari masalah denganmu.
- Aku cuma si kecil... - Besar lagi.
- Berhenti. - Semangat yang kecil dan rendah diri.
Kalau kau tak serahkannya, aku ubah kau jadi tanah.
Cakap cepat. Mana kau sorokkannya?
Harta karun ini...
dikenali sebagai batu merah rumput atau buah ginseng.
Ia memakan masa sekurangnya 10,000 tahun dari berbunga kepada buah yang masak.
Hanya 30 biji buah terbentuk dalam satu musim.
Kalau makan sebiji, kamu akan hidup selama 47,000 tahun.
Buat apa hidup selama itu? Aku cuma nak tahu kalau ia sedap.
- Teruskan. - Sabar dulu.
Buah itu hanya takut kepada lima unsur.
Bertemu logam, ia gugur.
Bertemu kayu, ia mereput. Bertemu air, ia larut.
Bertemu api, ia terbakar. Bertemu tanah pula, ia tenggelam.
Pendeta Agung!
Ini sememangnya harta karun yang mengagumkan.
Jadi ia memang tenggelam dalam tanah ya.
Pendeta, walaupun buah ini bagus, pokok ini...
Sudah, cukup membebel. Pergi.
Pendeta, jangan sentuh pokok ini!
Marilah makan di sini.
Kita patut tunggu mereka pergi sebelum memakannya.
Aku masih rasa berdebar.
Nak tunggu apa lagi?
Sebaik saja dipetik, ia takkan tahan lama.
Hebatnya.
Wukong, tolonglah.
Boleh aku gigit sedikit?
Aku teruja sangat sampai termakan sekali telan.
Tak dapat rasa pun.
Alamak!
Enam, tujuh, lapan, sembilan.
13, 14, 15!
21! 22!
23! 24!
- Kurang empat biji! - Kurang empat biji!
Ambillah sendiri.
Monyet bijaksana!
Boleh kau ambil sebiji saja lagi untuk aku?
Aku belasah kau nanti kalau tak diam.
- Dasar tak malu! - Raksasa busuk!
Kamu makan buah bernilai kami!
Mana ada.
- Ada. - Mana ada.
- Ada! - Ada!
- Mana ada. - Kami ada makan.
Jadi?
Raksasa muka berbulu!
Kamu memang keji!
Wukong,
No comments yet. Be the first to leave one.