The first 200 lines.
(Semua watak, tempat, syarikat, dan kejadian...)
Kenapa tisu tandas ada di sini?
Oh, tidak. Habislah saya.
Ini buat saya rasa hilang akal. Oh, tidak!
Oh, tidak. Oh Tuhan.
Saya terlepas waktu yang tepat sementara mencari tisu tandas.
Bagaimana awak boleh pukul leher pendakwa raya?
Saya tiada pilihan.
Dia pengsan. Bukankah ia berbahaya?
- Apa dia? - Dia mahu buang air besar.
Bagaimana jika ususnya hilang kawalan? Dia boleh kotorkan seluar.
Lagipun, dia seorang pendakwa raya.
Tidak. Mari keluar dari sini dahulu.
Tidak guna betul, awak.
Kaki saya lemah. Saya patut buat senaman cangkung.
Tidak guna.
Siapa awak?
Apa yang berlaku?
Saya rasa dia melompat dari tingkat dua.
- Encik Hwang. - Apa yang berlaku?
Dua lelaki tidak dikenali melarikan diri dari tingkat 2.
Apa?
Cik Park.
Cik Park?
Cik Park.
Cik Park.
Cik Park.
Cik Park.
Awak tidak apa-apa?
Awak tidak apa-apa, Cik Park?
Ya.
Kita melarikan diri seperti pencuri,
dan samseng-samseng itu kejar kita. Ini tidak masuk akal.
Sesiapa sahaja akan fikir kitalah orang jahat.
Kenapa awak pakai beg plastik hitam ini?
Saya perlu tutup muka saya juga.
Apa pun, apa yang ada dalam beg ini?
Seluar dalam kotor saya.
Awak boleh muntah kemudian.
Bersedia untuk pergi. Kita tiada banyak masa.
Kes kecurian berlaku. Jabatan Jenayah Berat Dua harus berkumpul.
Setiap ahli pasukan perlu berkumpul di vila Encik Hwang.
Kenapa mereka panggil Jabatan Jenayah Berat untuk kes kecurian?
Kes kecurian?
Apa maksudnya?
Apa ini?
Pasti pelik jika kita pergi tanpa mencuri apa-apa.
Saya terpaksa ambil sesuatu untuk buat mereka fikir kita pencuri.
Tapi, itu terlalu remeh.
Jika awak perlu mencuri sesuatu, kenapa tidak curi yang mahal?
- Kenapa? - Ini nampak mahal bagi saya.
Apa pun, saya akan pergi ke gereja dahulu.
- Tunggu. - Ada apa lagi?
Bawa ini bersama awak.
- Kenapa saya perlu ambil ini? - Saya tidak boleh bawa ia pulang.
- Ini pasti pelik. - Tidak guna.
Cepat masuk dalam kereta.
Adakah saya perlu naik ke atas lagi?
Saya perlu naik ke atas lagi.
Saya harus panjat ke atas sana lagi.
Saya akan ambil gambar ini.
Mata itu memang menawan.
Jadi, awak tidak nampak wajah pencuri itu, betul?
Saya kata saya tidak dapat nampak kerana dia memakai topeng.
Berapa kali saya perlu mengulanginya?
Saya fikir mungkin awak ingat sesuatu yang baru.
Oh, betul.
Dia memakai pembalut kaki supaya tidak meninggalkan jejak.
- Dan, ada seekor orang utan. - Orang utan?
- Adakah ia Bigfoot? - Bigfoot?
- Atau Caesar? - Caesar?
Lupakannya.
Nampaknya dia menyamar.
Rasanya mereka adalah profesional.
Ke mana awak pergi sepanjang hari? Kenapa awak baru muncul?
Kami dapat maklumat mengatakan si sampan tunda itu ada di sini,
jadi kami seharian cuba menangkapnya.
Jadi, awak sepatutnya laporkan itu kepada saya.
Awak belum tahu kenapa mereka pecah masuk ke tempat ini?
Ya, belum.
Mungkin ia kecurian.
Adakah apa-apa yang dicuri?
Ada sesuatu dicuri dari tingkat atas.
- Ya, itu dia. - Apa yang dicuri?
Botol berbentuk labu.
Itu pasti tidak mahal, bukan? Bukankah ia murah?
Dibuat oleh seorang guru Jepun bernama Yamaguchi Toshio.
Seluruh set berharga 80,000 dolar.
80,000 dolar?
Ya, sudah tentu. Awak fikir ia hanya berharga lapan dolar?
Memandangkan mereka mengambil sesuatu yang begitu mahal,
saya mahu cadang dengan berhati-hati yang mereka mesti profesional.
Awak tiada rakaman CCTV atau keterangan dari saksi?
CCTV itu sudah rosak.
Sukar untuk periksa rakaman itu kerana hingar skrin.
Dan, menurut lelaki yang mengejar mereka, ada seorang lagi.
Adakah dia ingat bagaimana rupa orang itu?
Orang itu muncul entah dari mana,
jadi dia nampak orang itu sekejap sahaja.
Orang itu sangat kurus dan kepalanya...
berbalut dengan beg plastik dari sebuah restoran jokbal.
Dan, orang itu memakai jaket hitam dan seluar hitam.
Dan, yang menariknya,
orang itu memakai stoking putih.
Detektif Seo.
Ya, tuan.
Ada apa, tuan?
Saya sudah beritahu awak, jangan pakai seperti itu.
Itu warna yang penjenayah suka pakai.
Awak memakai apa yang dipakai oleh penjenayah itu.
Mungkin ini sahaja baju yang dia ada. Patutkah kita tukar pakaian?
Orang mungkin akan fikir dialah penjenayahnya.
Awaklah penjenayah itu.
- Saya sudah beritahu awak, bukan? - Dia seperti penjenayah.
- Cukup! - Senyap.
Saya tidak peduli siapa mereka.
Tangkap mereka dan bawa pada saya dalam masa tiga hari.
Berani mereka pukul seorang pendakwa raya?
Orang tidak guna.
- Pengarah Kim. - Ya, tuan.
Hantar pendakwa raya pulang ke rumah.
- Ya, tuan. - Tidak perlu.
Detektif Seo.
Saya mahu awak hantar saya pulang.
Apa? Saya?
Cepat.
Kita sudah sampai.
- Awak... - Ya?
Awak suka Paderi Kim, bukan?
Apa?
Ya, saya suka dia.
Dia mungkin agak pelik, tapi dia sangat jelas dan mudah.
Tidak, bukan itu. Saya tanya jika awak sukakan dia sebagai lelaki.
Apa?
Apa yang awak katakan?
Tidak, saya memang tidak sukakan dia.
Rakan kerja awak mungkin tidak tahu kerana mereka lelaki-lelaki lembap.
Tapi, saya tahu hanya dengan sekilas pandang.
Memang betul saya rapat dengan Paderi Kim,
tapi awak membuat kesimpulan sendiri.
Ini takkan jadi masalah untuk awak kerana awak boleh lupakannya sahaja,
tapi jika itu menyebabkan masalah pada paderi, hidupnya boleh musnah.
Kerja apa lagi yang seorang paderi boleh buat?
Pendakwa Raya Park, rasanya awak salah faham. Lihat...
Mulai sekarang, awak harus berhati-hati.
Jika awak tidak boleh mengawal perasaan,
pergilah ke tokong Buddha.
Makanan di sana lazat. Kalau begitu, jumpa lagi.
Pergilah.
Dia sangat menjengkelkan.
Saya tidak percaya dia tahu.
Ini sangat memalukan.
Saya rasa mereka hanya pencuri.
Awak patut menjaga keselamatan awak.
Bagaimana mereka dapat pecah masuk ke dalam rumah?
Awak jumpa apa-apa peranti atau kamera tersembunyi?
Kami mencarinya, tapi tiada apa-apa.
Bukankah ia pelik?
Saya harap mereka hanyalah pencuri.
Awak rasa Superintenden Nam dan Wakil Rakyat Park di sebalik ini?
Melihat pada keadaan, saya tidak rasa ia mereka.
Apa pun, kita masih perlu cepat...
dan uruskan mereka berdua.
Ya, kita patut.
Kawan saya yang kita jumpa di hospital hari itu...
akan jalankan ujian DNA untuk kita.
Oh Tuhan, baguslah.
Bolehkah awak lebih bersemangat?
Paderi Kim, kami akan selalu datang ke sini.
Awak patut berehat seketika.
Tidak mengapa.
Bolehkah awak dengar cakap saya?
Kenapa awak sangat marah?
Betul kata dia. Awak patut dengar cakap dia.
Tunggu sebentar. Jadi, siapa saya bagi awak?
Adakah saya hamba awak?
Pulangkan beg plastik saya.
Bolehkah awak hentikannya sekarang?
Apa pun, lelaki yang memakai cermin mata tadi...
Awak kenal siapa dia?
Tidak, tapi rasanya dia bos Pendakwa Raya Park.
Dia seperti bosnya kerana suaranya tidak menyenangkan.
Saya tidak tahu ada orang yang kita tidak kenal dalam kumpulan itu.
Saya akan siasat jabatan Pendakwa Raya Park esok.
Jelas sekali yang kumpulan mereka berpecah.
Ketua Jeong, bos Pendakwa Raya Park dan Hwang Cheol Bum di satu pihak.
Dan, Superintenden Nam dan Ahli Kongres Park di satu pihak lain.
Sebab itu pendakwaan buat rampasan dan pencarian ke atas Ketua Jeong?
Mengikut apa yang saya dengar di vila,
Superintenden Nam dan Pendakwa Raya Park...
yang merancang rampasan dan pencarian itu.
Apa pun, begitu menyusahkan untuk kembali ke vila dan berurusan...
- Oh, ya. Betul. - Apa?
Paderi Kim, di mana awak letak botol berbentuk labu itu?
Botol berbentuk labu itu? Saya letakkannya di sana.
Ke mana ia pergi?
Minumlah teh panas.
Awak semua bekerja keras.
Bagaimana jika awak minum secawan teh?
Dari mana awak dapat ini?
No comments yet. Be the first to leave one.