The first 165 lines.
Jangan makan sambil memandang wajah orang dan tersenyum.
Sebab ini sedap sangat.
Syugo?
Tiada apa-apa.
Awak asyik tunjukkan muka yang garang.
Saya terkejut apabila awak kejar dan tangkap Kizuki.
Ini kali pertama saya nampak awak tunjukkan ekspresi seperti itu.
Macam mana jika tangan tukang masa tercedera?
Adakah awak bodoh?
Kizuki pun sama.
Kamu berdua berkelahi...
Jangan cakap
tentang Kizuki lagi.
Syugo?
Sekarang orang di depan awak
ialah saya.
Orang yang sentiasa berada di sisi awak
ialah saya.
TAHUN 2030
Walaupun rumah saya tak besar,
awak boleh duduk di mana-mana, jangan segan.
Terima kasih.
Apa perkara bodoh yang awak lakukan bersama Syugo di depan Mizuho?
Sejujurnya, saya nak tumbuk awak.
Awak tinggalkan Mizuho selama tiga tahun.
Maaf.
Bodoh.
Awak tak patut minta maaf kepada saya,
tapi Mizuho.
Bolehkah saya tanya?
Kenapa awak berpisah dengan Mizuho?
Saya yang lari.
TAHUN 2021
Sudahlah.
Abaikan Kizuki saja.
Semua orang pun fikir begitu.
Kai, jangan cakap lagi.
Ya, Kizuki kawan kita.
Saya paling benci perangai dewasa macam ini.
Kai, semua, maafkan saya.
KIZUKI, PERMAINAN TAMAT
Dah tamat.
Bodoh.
Kita hampir dapat menang tadi.
Awak ini memang tak guna!
Kizuki bukan kawan saya.
Bencilah.
Bilakah saya dapat bunuh naga?
Kamu semua
nak main sampai bila?
Kamu dah bincang macam mana nak sambut hari jadi Kizuki?
Dia sedang berada di sini bersama kita.
Memang kecoh betul.
Baiklah, Shin-chan, awak ganti saya main.
Saya datang nanti selepas mandi.
Saya dah nak tidur.
Kai dah marah.
Mizuho.
Macam mana guna item ini?
Perut saya sakit selepas ketawa.
- Masanya tak tepat, kemudian... - Mizuho.
Awak baliklah.
Eh?
Dah hampir pukul 12.
Namun, saya dah beritahu ayah saya.
Jangan tinggal lewat dalam bilik lelaki yang bukan teman lelaki awak.
Betul juga.
Saya patut balik.
Kizuki, awak hantar dia.
Baik.
Maaf ganggu.
Pelajar teladan memang berbeza.
Bukannya kata "saya hantar awak".
Ya, apa yang awak fikirkan, Shin-chan?
Apa? Ini sangat normal, kan?
Biar mereka berduaan pada hari seperti ini.
Awak tak perlu berpura-pura.
Hei, awak buat apa?
Awak membuat saya terkejut.
Hari ini akan tamat dalam sepuluh minit.
Saya nak cium pada akhir usia 16 tahun.
Kizuki.
Awak nak apa-apa untuk hadiah hari jadi?
Saya tak nak apa-apa,
tapi saya harap awak beritahu saya seperkara.
Apa yang awak suka tentang saya?
Ini...
Saya tak dapat jawab terus.
Eh?
Ada apa?
Jom kita balik guna jalan lain.
Tak boleh balik sebelum awak jawab.
Saya suka banyak perkara tentang awak.
Apa?
Berusaha keras untuk melukis manga dan mencapai impian.
Galakkan saya untuk berenang.
Kesiangan pada waktu pagi
dan jumpa saya dengan rambut kusut.
Perkara terakhir itu ialah sindiran.
Apa yang saya
suka tentang awak?
Kenapa mesti awak?
Saya tiada penjelasan yang sesuai.
Namun...
Harapan.
Sejak kecil lagi,
tak kira apa-apa halangan yang dihadapi,
awak tak pernah berputus asa.
Awak berenang dengan gigih dan mengejar impian.
Awak sinar harapan saya.
Adakah ini okey?
Ketika itu, saya berfikir,
demi Mizuho, tak kira apa-apa yang berlaku,
saya akan terus berenang.
Saya nak jadi sinar harapannya sepanjang masa.
Sudah melepasi pukul 12 tengah malam.
Ini ciuman pertama awak selepas 17 tahun.
Kizuki, selamat hari jadi.
Saya benar-benar fikir begitu.
Tengok, ini masa tingkatan satu.
Kejohanan sekolah menengah.
Saya tak puas hati masa itu sebab dapat tempat ketiga.
Awak juga tersilap pakai kasut senior.
Kenapa awak rakam ini juga?
Kizuki, awak berlatih terlalu keras setiap hari.
Wabak sudah reda.
Mulai musim ini, pertandingan mungkin akan kembali normal.
Begitu rupanya.
Ini peluang terakhir.
Saya nak tunjuk gaya renang saya pada Mizuho dalam kejohanan sekolah menengah.
KEJOHANAN RENANG SEKOLAH MENENGAH KANTO Acara ke-52,
KEJOHANAN RENANG SEKOLAH MENENGAH KANTO pusingan akhir lelaki 100 meter gaya bebas.
Laluan keenam,
Kizuki Hazawa.
Sekolah Menengah Aogasaki, tingkatan tiga.
Kizuki, berusaha!
Menang dan mara ke kejohanan sekolah menengah!
Pengisytiharan kemenangan secara terang-terangan?
Dia memang berani.
Lagipun, matanya hanya memandang Mizuho.
Ke garisan.
Ketika itu,
saya dikelilingi cahaya biru.
Saya rasa dalam cahaya itu,
saya dapat sampai
ke mana-mana saja.
PUSINGAN AKHIR LELAKI 100 METER GAYA BEBAS JOHAN, KIZUKI HAZAWA, AOGASAKI
TAHUN 2022
Kizuki, awak dah faham?
Ya.
Saya dah tahu.
Semasa Festival Bunga Api Koigahama, ingat untuk balik ke rumah.
Kita mesti pergi bersama.
Apa?
Selepas masuk universiti, saya pindah ke asrama.
Jadi awak sunyi, kan?
Apa-apa pun, kita boleh jumpa pada bila-bila masa saja.
Tak jauh pun.
Awak memang comel.
Jangan usik saya.
TAHUN 2025
ODEN, AIS KACANG, GULA-GULA EPAL
Awak sempat datang.
- Nasib baik sempat. - Mizuho...
Dia juga mencari kerja seperti orang lain.
No comments yet. Be the first to leave one.