The first 200 lines.
Filem ini sesuai untuk penonton berusia 12 tahun ke atas.
MEGABOX JOONGANG PLUS M Mempersembahkan...
PRODUKSI FILEM JUPITER
Skrip oleh JUNG JA YOUNG.
Cho Seung-woo.
Ji Sung.
Kim Sung-kyun.
Apakah yang menjadikan sesebuah tempat itu bertuah?
Tenaga bumi yang mampu mengubah nasib seseorang.
Namun, tiada kesudahannya bagi ketamakan pemilik tanah.
Dapatkah kuasa tanah itu mengubah takdir mereka?
Arahan oleh Park Hee-kon.
Yang Teramat Mulia?
Tabib diraja telah tiba.
Demam dan sakit kepalaku tidak reda dengan ubat herba.
Malah sekarang aku langsung tidak dapat tidur.
Ubat ini akan menjernihkan fikiran Tuanku...
Ia akan membantu Tuanku tidur lena,
dan berasa lebih sihat.
Bagaimana mungkin... kau...
Adakah tanah ini membawa tuah kepada keturunanku?
Benar, Tuanku.
Pakar Feng Shui terulung istana telah menemuinya.
Tidakkah Tuanku lihat?
Jika Putera Mahkota dimakamkan di sini, keturunan diraja akan memerintah selamanya.
Maka di sinilah tapak pemakamannya.
Baiklah, Tuanku.
Tidak, Tuanku!
Ini tanah yang membawa malang dan tidak wajar dijadikan makam diraja.
Beraninya kamu...!
Jika Putera Mahkota dimakamkan di sini,
putera mahkota akan mangkat muda tanpa zuriat, Tuanku.
Jelaskan lagi.
Aliran air di kedua-dua sisi akan menyejukkan jenazah.
Batuan berbentuk lingkaran ular
akan menghancurkan dan meremukkan jenazah itu.
Ini bukanlah tapak yang baik,
tetapi kawasan di sebalik semak di sebelah kanan itu.
Tuanku.
Tidak, Tuanku.
Tapak ini mempunyai tenaga positif yang amat kuat,
berserta keadaan bentuk muka bumi yang baik.
Inilah kubur yang paling bertuah
demi kesejahteraan negara, jadi usah dihiraukan dia, Tuanku.
Dia hanyalah pelatih Feng Shui yang masih muda.
Kalau begitu, makamkan puteraku di sini.
Baik, Tuanku.
Siapa budak tak guna itu?
Dia anak kepada bekas ketua pakar Feng Shui, Park Dae-min.
Dia telah membaca semua kitab purba Feng Shui sejak usianya belasan tahun.
Dia disifatkan sebagai pakar Feng Shui yang luar biasa, Tuan.
Park Dae-min?
Mengenai makam diraja Raja Jeongjo,
dia mengarahkan agar makam datuk Tuan dipindahkan dari tanah negara.
Kerana Andalah dia disingkirkan.
Lalu dia membawa diri ke tempat buangan.
Beta ingat. Kepala Beta mula berdenyut apabila mengingatinya.
Bapa borek, anak rintik!
Saya lihat dia tidak akan berdiam diri, tuan.
Itu tidak mencukupi.
Di suatu tempat di sini...
Belok ke kanan...
Jumpa pun!
Hei...
Ada orang di rumah?
Ada orang di rumah?
Siapa di sana?
Kenapa!
Yong-shik!
Mengapa banyak sangat makanan ini?
Untuk sahabat baik suamiku, ini tidak seberapa.
Beta... Maksud saya, maafkan saya.
Janganlah begitu, saya datang lewat malam begini tanpa khabar berita.
Saya yang patut minta maaf.
Jemputlah makan, kalau begitu.
Terima kasih.
Apabila orang lain berkhidmat di istana,
mereka dikurniakan imbuhan 3 tahun untuk menyara 3 keturunan.
Mengapakah pakar Feng Shui terulung hidup sebegini rupa?
Aku tidak berkhidmat di istana untuk menyara 3 keturunan,
tetapi demi berbakti kepada baginda demi kesejahteraan negara.
Jadi, pada fikiranmu,
bagaimana pula dengan isteri dan anakmu?
Adakah mereka bukan sahaja perlu membantumu,
malah berbakti kepada baginda dan negara juga?
Kau datang jauh-jauh hanya untuk memarahiku?
Tidak!
Aku rindu pada kau.
Rumah kau pun tiada tandas?
Dulu, kau kuat terkentut.
Akulah Raja Kentut!
Kau ni...
Beraninya kau cakap begitu?
Raja Kentut?
Pui!
Mari kita tengok betapa hebatnya kepunyaan kau...
- Jangan intai! - Tak nak!
Jae-sang... Rumah kamu...
Tidak!
Tidak!
Tunggu...
Jae-sang...
Lihat,
orang-orang itu pasti datang untuk mencari kamu.
Tunggu!
Sudah terlambat...
Mari pergi.
Tidak! Berhenti... Jangan ke sana.
Bagaimana ni?
Tidak, tidak. Kau tak boleh...
Jae-sang...
FENG SHUI
13 TAHUN KEMUDIAN.
Kawasan ini akan menjulang sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke istana.
Lebih-lebih lagi jika menghadap ke puncak itu.
Di sebelah sana.
Rumah itulah yang terbaik.
Begitukah?
Tapak yang bagus pastinya membawa tuah kepada penghuninya.
Entahlah sama ada pemiliknya mahu menjualnya.
Jangan risau.
Harganya cuma 5 atau 6 sen.
Aku akan bayar dua kali ganda.
Bagaimana kalau 10 sen?
Sudah kubilang aku tak mahu jual rumah ini...
Datuk moyangku yang membinanya. Memang tidak.
Degil betul orang tua ni.
Baiklah, kalau 20 sen?
Sekali lagi kau tawar!
Kau ni pekak ke?
Aku warisi rumah ni daripada nenek moyangku!
50 sen!
Apa?
Semua orang menjual tanah pusaka mereka pada harga yang berbaloi!
Sebarkan khabar angin tentang tapak kerusi empuk.
Sasarkan keluarga kaya yang bersedia untuk peperiksaan perkhidmatan awam.
Baik, Tuan.
Jangan pergi minum arak pula di sana!
- Saya tiada duit pun. - Kamu ni!
Laksanakan tugas ini dengan betul. Mulakan dengan khabar angin.
Pergi!
Jangan risau, tuan.
Untuk mendapatkan jawatan di istana
dan menjadi kaya,
kamu harus menetap di tapak yang betul!
Betul kan, Tuan Park?
Lihat di sana!
Lihat puncak yang menyerupai hujung berus itu.
Itulah Puncak Penulis.
Ramai yang lulus peperiksaan negara dari sini.
Semuanya berkat tenaga daripada puncak itu.
Kami menggelar rumah seperti ini 'Tapak Sarang Burung'.
Ini bermakna ia sempurna untuk membesar dan mendidik anak-anak di sini.
Pemiliknya pasti mahukan sekurang-kurangnya 50 sen untuk menjualnya.
Aku sudah cakap aku tidak mahu jual! Rumah ini telah diwarisi turun-temurun.
Pergi!
Adakah kau pemiliknya?
Ya, betul!
Aku akan membelinya pada sebarang harga.
Berapa yang kau mahukan?
... 100 sen?
Aku takkan jual tanah leluhurku dengan harga semurah itu!
Aku akan bayar 200 sen.
Kamu ni...
300 sen!
300 sen?
- 350! Tidak! 400 sen! - Eh...
400 sen! Ada sesiapa lagi?
440 sen!
Tuan! Pakar Feng Shui!
Tunggu, Tuan.
Tuan!
Dengarlah cakap saya.
Golongan bangsawan kaya mampu berpindah dan menempatkan anak mereka belajar di situ.
Tetapi orang miskin seperti kami tidak mampu.
Adakah apa-apa yang boleh saya lakukan agar anak saya dapat belajar dengan lebih baik?
Mengenai anak lelaki kamu itu,
masalahnya adalah meja tulisnya menghadap ke dinding.
Meja tulis tidak seharusnya menghadap dinding.
Memang senang untuk memantaunya,
tetapi sukar untuk dia menumpukan perhatian pada pelajaran.
Alihkan kedudukan meja menghadap ke pintu.
Dia akan belajar dengan lebih baik.
Gantung loceng angin berdekatan tingkap.
Bunyinya yang merdu dan jelas juga akan membantu menjernihkan fikirannya.
Saya sudah bernikah lebih 3 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat.
Ibu mentua saya kata saya membawa sial dan menjadi punca keruntuhan keluarga mereka.
Kesiannya...
Kamu tinggal di kaki Gunung Gwanaksan?
Kamu harus berpindah.
Tetapi semua orang kata itu tapak yang bagus.
Jajaran batu di situ memancarkan tenaga api ke langit.
Tenaga berapi itu tidak sesuai untuk kediaman.
Tapak itu bagus untuk sekolah atau pejabat kerajaan.
Ia amat melelahkan bagi kaum lelaki.
Akibatnya, mereka sering keluar dari rumah
dan mencari ketenangan bersama arak dan wanita.
Mereka mungkin mempunyai ramai anak luar nikah.
Bagaimana Encik tahu tentang hal itu?
Apa gunanya berpindah ke tempat baharu jika suami saya langsung tak mahu tidur sebilik dengan saya?
No comments yet. Be the first to leave one.