Season 3

Release info

Love is Blind Sweden S03E10 may
A Commentary by dappeloe

Tags

webdl
Published on: 2026-03-26
Downloads: 14
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

SEBELUM INI

- Kita dah lama serius. - Saya tahu.

- Ini cara kita rapat pada mulanya. - Ya.

- Janji temu pertama cuma ketawa. - Ya.

Orang kata, fokus pada hadiah. Fokus hadiah.

Dia benar-benar hadiah pertama, di mata saya.

Awak Kristian yang kuat. Saya bukan Kristian.

Dia selalu cakap "kuat". Sama ada Kristian atau tak.

Jika awak kenal ateis, awak takkan persoalkan nilai mereka begini.

Bukannya awak tiada nilai bagus, tapi adakah nilai kita sama?

Fikiran saya tak menentu.

Dia dah sampai.

Ia sangat sukar.

Ini parti pertunangan kamu dan kamu datang dengan keraguan.

Awak menjauhkan diri. Saya tak tahu awak buat apa.

Saya nak telefon saya dan kunci. Terima kasih, jumpa lagi.

Saya rasa sangat tak selesa. Awak pergi dari 100 ke…

seperti kosong.

Saya asyik fikir pendapat orang tentang hubungan kami.

Saya rasa Aron lelaki baik.

Takkan jumpa lebih baik daripada dia.

- Naluri saya, terus dapat rasa. - Ya, serius?

Saya tak sangka akan rasa begini. Saya taasub.

Ia bagus, bukan?

Tapi sekarang ini rutin dan kehidupan saya di Jönköping.

Awak skeptikal tentang berpindah?

Keputusan perlu dibuat secepat mungkin.

Kami bergaduh.

Saya kata, "Daniel, awak semai keraguan saya."

Dia rakam semuanya dengan telefonnya.

Apa?

- Daniel kata awak rakam dulu. - Tak, saya kata,

"Saya patut rakam untuk awak dengar apa yang awak cakap."

- Saya kata, "Saya pun rakam." - Itu selepas sejam.

Dia mulakan dulu.

Ketika ini nampak macam awak dah bina dinding.

Tolong bertenang.

Saya nak kami berkahwin

tapi masalahnya saya dan wanita itu tak sependapat.

Johanna memang degil. Saya rela buat khidmat tentera semula.

Ini lebih sukar. Khidmat tentera lebih mudah.

Hai, saya tak tahu awak di sini.

Awak rela buat khidmat tentera daripada bersama saya?

Tak, saya lebih suka khidmat tentera daripada eksperimen ini.

Saya jujur tentang itu.

Tapi awak sebahagian perjanjian itu, jadi ia berbaloi.

Saya fikir malam ini bagus.

Ia hebat. Saya takkan duduk di sini cuba cari kesalahan.

Tapi jika awak nak bangkitkan isu yang saya rasa perlu…

Seperti rakaman itu, contohnya. Saya rasa itu sangat perlu.

Awak tahu Ronja dan Angelica tarik saya ke tepi

dan kata, "Hakikat kamu merakam satu sama lain buat kami terkejut."

Saya kata, "Itu menarik, sebab kami janji takkan buka cerita itu di sini."

Saya cuma nak jujur tentang semuanya.

Saya beritahu mereka awak yang kata, "Kita patut rakam perbualan ini."

Saya kata begitu sebab kita asyik ulang benda sama.

Tapi awak cadangkan dulu.

Tapi saya tak rakam tanpa pengetahuan awak.

Saya kata saya nak rakam dan awak dengar…

Awak tak cakap. Awak rakam saya satu jam dan beritahu apabila dah selesai.

- Sebab awak kata awak rakam saya. - Saya takkan buat.

Saya kata, "Apabila Johanna bangkitkan,

saya tak pernah tahu kita boleh rakam satu sama lain.

Dia yang beri cadangan itu.

Dia kata kami patut rakam perbualan kami."

Itu awak beritahu mereka.

"Sebab kita asyik ulang benda sama, kita patut rakam."

Itu yang saya kata. Saya tak cakap benda lain.

- Awak boleh rakam ikut suka awak. - Saya takkan buat.

Tapi awak yang beri cadangan itu?

- Saya takkan rakam perbualan. - Awak yang bangkitkan.

Kita ulang benda sama lagi.

Tapi siapa cadangkan kita rakam perbualan?

- Saya kata kita patut rakam. - Tepat sekali.

Tapi tak bermakna awak boleh rakam orang itu.

Masalahnya awak yang beri cadangan

dan awak nak rakam perbualan dengan saya.

Jadi saya rakam, supaya kita ada rakaman perbualan sama.

Perbualan ini tak ke mana, jadi ia bukan perbualan istimewa.

Tapi ia jadi isu besar hari ini…

Saya suka Ronja dan Angelica tarik saya ke tepi dan kata,

"Awak rakam perbualan." Saya kata, "Itu idea Johanna."

Mereka kata, "Dia tak mengaku. Itu bukan Johanna kami kenal."

Kemudian awak datang dan mengaku awak yang bangkitkan

rakam perbualan itu. Bukan saya.

Awak memang bagus dan saya sangat bersyukur

sebab awak pertahankannya.

Mereka kata, "Kami fikir awak gila sebab rakam perbualan."

Tak, saya takkan buat begitu.

Tapi saya langsung tak berminat yang saya memang betul.

Saya takkan tuduh awak apa-apa

cari salah atau cakap siapa yang "rakam" dan siapa tidak.

Kita berdua terbuka tentang rakaman itu. Ia cuma hal kecil, saya rasa.

Sebab kita berdua terbuka tentang, "Saya akan rakam.

Saya pun sama. Nah ini rakamannya."

Bagi kita berdua ia cuma hal kecil.

Jadi di situ pendirian kita.

Kita patut berdiri di atas cinta.

Kita sangat berbeza pendapat dan pendirian tentang sesuatu.

Tapi, sayang…

Saya jatuh cinta dengan awak. Ia sukar.

Ya.

Awak tak rasa begitu?

Apa awak rasa?

Saya rasa kita ulang benda sama lagi.

Ulang apa? Saya cuma nak yang baik untuk awak.

Saya nak pergi ziarah mak saya.

Tapi kita tak bertengkar?

Kita berdua perlu… Hentikan ia sekarang.

Johanna?

Sayang, mari sini.

Hai, apa khabar?

Awak buat apa sekarang?

Tak, ia panggilan tak sengaja, tapi…

Sentiasa ada sesuatu setiap masa. Semuanya dianggap serius

Ya…

Tak, mungkin tak. Bukan itu cara saya alaminya. Bukan sebab jahat.

SWEDEN

Apa pendapat awak tentang parti?

- Itu perlu? - Tak.

- Tak? - Tak.

Tak?

- Seronok jumpa semua orang. - Ya.

Daniel dan Johanna mereka seperti…

Entahlah, saya rasa mereka memang susah nak faham.

Ya, betul.

Tapi mudah untuk lupa yang kita baru kenal sebulan.

Saya tak pernah jalin hubungan, yang selepas sebulan,

akan tahu sikap kita semasa bertengkar, cara berkomunikasi…

- Betul. - Entahlah.

Saya rasa dah banyak kita lalui,

- tapi masih ada banyak lagi. - Ya.

Kita dah bincang, awak kata awak nak pindah.

- Ya. - Bagus.

- Saya harap. - Tak, tapi…

- Apa? - Kenapa "Saya harap"?

Saya perlu cari kerja dulu.

- Ya, tapi awak doktor. - Ya.

Tak boleh jadi doktor di mana-mana?

Ya, tapi saya doktor pakar.

Ya, maksud saya…

Saya tak boleh pindah begitu saja dan buat kerja saya tak suka.

Boleh awak bayangkan ambil kerja yang bukan…

- awak nak buat? - Tak kira apa…

kerja saya, ia pasti kerja berbeza.

- Saya takkan ada peluang sama di sini. - Tak.

Tapi saya belum dapat kerja. Entah bila.

Tapi awak rasa, mungkin beberapa bulan, enam bulan, setahun?

Secepat mungkin.

- Itu… - Saya belum dapat kerja, saya tak tahu.

- Tak. - Tapi secepat mungkin.

Saya tak nak jalin hubungan jarak jauh selama setahun.

- Tak, baguslah. - Bukan itu yang awak nak?

- Itu yang saya nak dengar. - Kenapa tak tanya soalan itu?

Kenapa awak tak cakap saja?

Awak tanya bila saya nak pindah, saya tak tahu.

Ya, tapi awak masih perlu ada matlamat, bukan?

Tolong, saya perlu cari kerja.

Saya kena habiskan latihan saya. Mungkin Ogos pun belum selesai.

- Tak? Ia belum selesai? - Tak, saya nak habiskan semuanya.

Awak kata Ogos akan selesai.

Saya rasa awak dah tambah-tambah cerita.

Taklah.

- Ya. - Kenapa?

"Secepat mungkin" bagi saya, jika awak habis latihan bulan Ogos,

jadi itu bermakna September.

- Mustahil. - Kenapa?

Kena beri notis tiga bulan.

- Okey, itu saya tak tahu. - Semua orang ada notis tiga bulan.

Jadi, September, Oktober, November?

Saya tetap kena cari kerja.

Awak kata tiada tekanan.

Tapi ia meleret dari Ogos hingga Februari.

Bulan Ogos bukan soalnya.

Tak, tapi kita akan berkahwin di altar.

Saya cuma nak tahu bila awak rasa kita boleh hidup sebagai pasangan?

Tak bagus jika berkahwin dan tinggal berjauhan untuk setahun.

Tak, saya pun tak teruja. Sungguh.

Bukan awak yang akan…

- Bukan saya apa? - Akan ubah seluruh hidup awak.

- Tak. - Tak.

Jadi, ia…

Ya.

- Apa pendapat awak tentang parti? - Ia sangat menarik.

Gembira dapat jumpa Ibbe dan Annie.

Pasangan hebat.

- Ya, ia terasa tepat sejak… - Hari pertama.

Mereka juga kata, "Kami akan saling setuju di altar."

- Ya? - Ya.

- Mungkin Annie yang cakap. - Ya.

Ibbe cakap apa?

Saya tak tanya, tapi saya jamin dia akan kata ya.

- Mereka dah sedia. Selesai. - Ya.

Tapi apa rasanya bertemu Dannette?

Ia agak pelik.

Apabila itu parti pertunangan saya, kemudian mereka datang dan kata,

"Ia patut awak dan Dannette," dan dia cuma…

Ya. Saya faham, tapi fokus saya 100 peratus dengan hubungan kita.

Saya tak boleh fokus dengan apa akan jadi.

Tak. Awak boleh fokus, tapi awak tak nak.

More Malay subtitles for Love Is Blind: Sweden

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left