The first 102 lines.
STAR WARS VISIONS MEMPERSEMBAHKAN
Awak pasti Nawaam menuju ke Hy Izlan?
Ya, setahu saya, di situlah titik pertemuan kita.
Tapi saya tak pasti bagaimana kita berdua boleh lakukannya.
Tentera Nawaam terlalu besar untuk awak hadapi sendirian.
Itu tak penting.
Jika Nawaam ada di sana, ayah saya pun mesti ada bersama.
Kita akan fikirkan kemudian.
Awak buat muka "Saya akan lawan dia sendirian".
Itu sangat berani.
Episod 7: JEDI SERANG BALAS
Di sinilah semuanya bermula.
Siapa di sana?
Zhima, itu awakkah?
Master Zhima, awak dah sampai.
Saya pun lega tengok kamu di sini.
Four-Nines!
Kejutan yang menarik. Saya tak sangka awak akan bawa Kwana.
Sudah tentu.
Saya terus percaya selepas Juro berikan ini.
Selamat berkenalan.
Nama saya Homen.
Saya seorang Jedi tanpa master, seperti Ethan dan Kwana.
Saya hargai kehadiran awak hari ini.
Saya mengesan banyak kapal yang keluar dari hyperspace sekarang.
Tentera Nawaam?
Bukan.
Panggilan masuk. Boleh dengar saya?
Ini Armada Pertahanan Bibin.
Kami dengar kamu perlukan senjata tambahan.
Lady Tafflah!
Maaf buat semua orang menunggu.
Ambil masa untuk kumpulkan semua pasukan.
Nawaam dah menyerang?
Wah, tengoklah siapa yang baru datang.
Siapa yang awak maksudkan?
Ini Lah Kara.
Ayah saya, Lah Zhima ada di sana?
Kara!
Biar betul…
Kara…
Syukurlah.
Saya sangat rindukan ayah.
Tidak! Ayah! Tunggu!
Sejujurnya, kalau awak bunuh saya sekarang, saya takkan salahkan awak.
Agak rugi di situ,
memandangkan saya kini bekerja dengan anak awak.
Dia bercakap benar.
Banyak yang berlaku sejak ayah tiada,
tapi apa yang dia nak buat sekarang ialah berjuang untuk apa yang betul,
dan kini dia bersedia untuk berjuang bersama kita.
Awak percaya saya sekarang?
Warna lightsaber awak dah beritahu saya segala-galanya.
Ayah minta maaf atas semua ini, Kara.
Masih banyak perkara yang ayah belum beritahu kamu.
Tak apa.
Saya rasa saya faham sekarang.
Dia dah tahu.
Kenapa awak rahsiakannya?
Kami pasti boleh faham.
Betul cakap kamu.
Apabila difikirkan balik, saya tak pernah bersendirian.
Itu mengingatkan saya…
Saya percaya ini milik awak.
Saya ada sesuatu untuk ayah. Ini ayah punya, bukan?
Dan lightsaber terakhir ini untuk awak.
Terima kasih, tapi saya tak rasa saya layak menerimanya.
Awak salah, awak memang layak menerimanya.
Lagipun, saya pasti ini yang Juro mahukan.
Pasti ini kelahiran Jedi Order baharu yang Juro impikan.
Sebolehnya, ayah tak mahu kamu melalui jalan hidup ini, Kara.
Kamu dah pernah bunuh orang?
Ya.
Tapi percayalah cakap saya, anak awak sangat kuat.
Dia setanding Jedi terkuat yang saya pernah hadapi.
Saya percaya.
Tapi walaupun kamu kuat,
ayah takkan pilih hidup sebagai Jedi untuk kamu.
Ada masanya seorang Jedi perlu buat pilihan yang sangat perit.
Tak mudah untuk membuat keputusan sebegitu.
Walaupun kamu kuat,
tak bermakna kamu akan terus berada di pihak yang betul.
Itu saya tahu.
Tapi, bagaimana kita boleh bantu mereka yang memerlukan?
Itu soalan yang ayah belum jumpa jawapannya.
Tapi ada yang lebih penting daripada kekuatan.
Jika tidak, kita tiada bezanya dengan Nawaam.
Jika bukan kerana kejadian hari itu, dia mungkin dah jadi Jedi yang hebat.
Tak… Dengan Nawaam…
Mungkin juga.
Bagaimana orangnya? Ayah kenal Nawaam, bukan?
Dia masih muda ketika Reno cuba bangkitkan semula Jedi Order.
Hari itu, ketika saya memilih jalan yang salah, dia ada di sana,
dan dia yakin itu jalan yang betul.
Pendek kata, saya yang buat dia jadi begitu.
Jaga-jaga, semua.
Tetamu kehormat kita dah sampai.
Nampaknya mereka berjaya serang hendap kita.
Pasukan mereka masih lagi dalam keadaan kucar-kacir.
Betul. Senanglah kita hapuskan mereka.
Aktifkan alur traktor.
Dapatkan kristal kyber itu.
No comments yet. Be the first to leave one.