The first 104 lines.
STAR WARS VISIONS MEMPERSEMBAHKAN
Episod 8: JEDI KESEMBILAN
Pergi dapatkan kristal!
Kalau begini, kita takkan sempat.
Ikut sini!
Apa kita boleh buat?
Pemasangan kristal dah selesai,
dan penentukuran akhir meriam sedang dijalankan.
Semua orang sasarkan bahagian tengah meriam kyber.
Cepat, jangan bazir masa lagi!
Jangan biarkan mereka mendekati kubu.
Musnahkan batu-batu itu!
Awak takkan dapat halang kami!
Terlalu banyak serangan balas, kita tak boleh pergi lebih dekat.
Kara, Ethan, apa situasi kamu?
Boleh kamu musnahkan meriam itu?
Ethan, Ethan! Awak dengar tak?
Ya, saya terima.
Berita buruk. Kami belum sampai ke pusat kawalan.
Teruskan usaha.
Kami tetap akan serang turet itu.
Kwana, tumpukan serangan awak pada unit kuasa!
Apa? Tunggu. Jika kita buat begitu…
Jika mereka terhempas ke Hy Izlan,
ia akan melumpuhkan meriam dan beri kita masa, bukan?
Itu mungkin berkesan secara teori, bagaimana dengan awak?
Tak perlu risau tentang kami.
Kami akan cari jalan nanti!
Four-Nines, bawa kita keluar dari sini.
Guna autopilot untuk kawal kapal dari jauh.
Saya pasti Kara boleh uruskannya,
Baiklah, semua.
Sasaran kita telah bertukar.
Ledakkan enjin,
kita akan hancurkan seluruh timbunan besi buruk terapung itu.
- Diterima! - Diterima!
Ya. Diterima.
Kami dah buat segalanya yang boleh, Kara!
Kara!
Selebihnya terpulang kepada awak.
Bukankah awak kata awak akan cari jalan?
Saya sedang usahakannya.
Kuasa Force sangat kuat dalam dirinya.
Kerosakan pada enjin utama.
Pendaratan kecemasan di Hy Izlan dimulakan.
Alihkan kuasa ke pendorong kawalan.
Penurunan diteruskan.
Baiklah, kita mungkin terselamat,
tapi kerosakan itu tak seteruk yang diharapkan.
Nawaam…
Ada sebarang kerosakan pada meriam kyber?
Tiada kerosakan fungsi dikesan.
Kita akan tembak sebaik saja persiapan selesai.
Kita akan gunakannya untuk musnahkan armada pertahanan mereka.
Pasukan kita berada dalam kawasan tembakan.
Itu tak penting.
Faham.
Bersedia untuk menembak.
Pengecas meriam kyber bermula.
Bersedia untuk menembak.
Pengecas meriam kyber bermula.
Bersedia untuk menembak…
Dengar sini. Lord Dunbai, Lady Tafflah.
Mereka sudah bersedia untuk tembak meriam itu.
Bawa semua kapal kamu sejauh mungkin.
Itu bukan satu pilihan.
Senjata itu terlalu membinasakan.
Jika ia dilancarkan, seluruh galaksi ini akan hancur berderai.
Saya tak mahu sejarah hitam yang menimpa Bibin berulang lagi.
Kita akan selesaikan perhitungan ini, tak kira apa pun.
Semua kapal, turun ke Hy Izlan!
Nampaknya ia masih terpulang kepada kita.
Status kristal Kyber.
Sedang mengecas.
Tetapan senjata selesai. Tentukur dan sejajarkan meriam kyber.
Baiklah.
Musnahkan semuanya!
Pasukan musuh baru sahaja menceroboh bilik kawalan.
Mereka memang gigih.
Sebagai tanda hormat,
biar saya sendiri tamatkan riwayat mereka.
Jadi, awak pilih untuk kembali, Master Zhima?
Saya tak boleh lepas tangan
dan biarkan dosa-dosa jenayah awak menjadi lebih berat.
Ada apa, Kara?
Ayah saya dan Nawaam sedang bertempur sekarang.
Awak tak nampak yang cara awak
cuma untungkan penjenayah dan orang bodoh yang gila kuasa,
sementara orang biasa yang baik terpaksa menderita?
Mereka yang menentang berhak menderita.
Saya dah kumpul cukup kuasa untuk buat setiap makhluk tunduk kepada saya.
Awak salah.
Awak tak boleh paksa kehendak awak atas orang lain dengan kekuatan saja.
Baiklah, Master, saya tak perlukan awak lagi.
Tiada apa yang boleh halang saya, termasuk awak.
Tiada apa-apa yang boleh buat awak ubah fikiran?
Kara!
Ayah saya…
Saya tak pernah mahu bertarung dengan awak.
Maksudnya, awak sengaja menahan diri.
Awak silap menilai kemampuan saya, bukan?
Ya, awak guna lightsaber itu untuk bunuh master awak.
Baiklah, tunjukkan kemampuan sebenar awak.
Ada orang datang!
No comments yet. Be the first to leave one.